Sunday 8 March 2009

Piala FA :Kelantan ke separuh akhir


BERAKSI di hadapan lebih 20,000 penyokong sendiri jelas memberi kelebihan kepada Kelantan apabila berjaya membenam UPB-MyTeam 3-1 pada aksi suku akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV malam tadi.

Kemenangan itu melayakkan Kelantan mara ke saingan separuh akhir menerusi kemenangan agregat 4-2.

Turun dengan kelebihan satu jaringan di tempat lawan, Kelantan sepatutnya tampil lebih yakin, namun akibat ‘lambat panas’ mereka ketinggalan pada minit kesembilan.

Penyerang UPM-My Team, Norsharul Idlan Talaaha berjaya merobek gawang tuan rumah selepas menyudahkan hantaran lintang Bunyamin Umar.

Sang Kijang yang tersentak dengan gol awal tersebut terus menggandakan asakan dan pada minit ke-26, pemain sayap, Zamri Ramli meledak gol penyamaan.

Perlawanan menjadi semakin rancak apabila kedua-dua pasukan berbalas serangan dan malang bagi UPB-MyTeam apabila dua percubaan mereka dinafikan palang gol.

Pada babak kedua, Kelantan mengeluarkan Khalid Jamlus dan memasukkan Ramzul Zahini.

Gol kedua Kelantan hadir pada minit ke-53 menerusi Nor Farhan Mohamad yang berjaya menanduk masuk hantaran ketua pasukan Badri Radzi.

Kelantan yang bagai dahagakan jaringan terus mengatur gerak dan selang lima minit kemudian, stadium bergema lagi.

Badri melengkapkan kemenangan bergaya tuan rumah melalui sepakan percuma melepasi jangkauan penjaga gol, Syed Adney Syed Hussin.

-Harian Metro.


Tuesday 3 March 2009

Buku Memang Bertemu Ruas !

Menarik ! Hangat ! Panas ! this is futbol !!!
itulah ungkapan kata-kata sebagai mengulas suasana di stadium shah alam ketika perlawanan liga super antara selangor melayan kunjungan kelantan malam kelmarin.
menarik kerana perlawanan ini menerima kunjungan hampir 50 000 penyokong. lebih menarik kerana penyokong kelantan berjaya memenuhi 1/4 tempat yg diperuntukkan untuk kapasiti kelantan dan berjaya mengimbangi jumlah penyokong tuan rumah. lebih lebih menarik adalah kerana ribuan penyokong kelantan sanggup datang dari kelantan untuk menyertai ribuan penyokong kelantan yg bermastautin di lembah kelang. perlawanan ini ibarat perlawanan separuh akhir piala malaysia walhal ia hanyalah perlawanan liga yang masih jauh perjalanannya.
Hangat... ya memang hangat. walaupun kelantan kecundang 3-0 kepada selangor, tapi perlawanan ini menyajikan aksi yang sama hebat baik di dalam padang dan di luar padang. aksi seimbang antara kedua-dua pasukan, lawan sorak antara kedua2 pihak penyokong, dan aksi perang mulut antara jurulatih, K Devan dan Peter Butler memberi liga malaysia imbasan aksi jurulatih EPL yg tidak sah kalau tidak berkecoh di tepi padang.
dari hangat bertukar panas. sesi provokasi antara penyokong berlangsung dengan aman bertukar menjadi ganas. dari aksi ejek-mengejek berpindah ke aksi balingan botol. tidak cukup dengan botol, kerusi stadium dicabut sebagai acara selingan iaitu pertunjukan kerusi terbang. tidak habis dengan objek terbang, suhu stadium shah alam pantas bertukar. aksi kejar mengejar, pukul memukul mengambil tempat sehingga aksi di dalam padang terpaksa dilupakan buat sementara untuk memberi tumpuan kepada aksi ong-bak di bahagian penyokong sehinggalah dileraikan oleh polis yang boleh dikatakan terlalu sedikit untuk mengimbangi jumlah hadirin. ingatkan sudah abis, hakikatnya aksi kejar mengejar disambung kembali diluar stadium setelah 90 minit masa permainan berakhir.
huh...
inilah akibatnya bila emosi tak terkawal dek latahan provakasi lawan, baik kelantan mahupun selangor.
apa-apa pun tahniah buat penyokong kelantan.
bukan kerana aksi panas,
tapi tahniah kerana berjaya menunjukkan semangat cintakan bolasepak yang begitu tinggi terutama yang sanggup datang dari jauh semata-mata utk perlawanan ini sehingga berjaya menukar shah alam menjadi mini kota bharu.
dan tahniah juga buat selangor yang berjaya membuktikan mereka unggul dan tidak rela dicalarkan dihalaman sendiri.

* puas hati bayar soploh hengget masuk stadium. memang berbaloi krn mcm2 yg boleh disaksikan. xpercaya tanya penyokong yg hadir baik kelantan dan juga selangor.