Sunday, 31 January 2010

Harimau Muda ke Slovakia?

Tengok buletin sukan tibi tige tadi, rasanya ramai yang dah tau pengumuman FAM bahawa skuad HArimau Muda A akan beraksi di liga junior Slovakia. Satu perkembangan yang menarik dan menggembirakan semua peminat bolasepak Malaysia kerana akhirnya pasukan ini tidak dibubar sepertimana kekalutan yang melanda sebelum ini.

Terpaksa laa aku menarik balik kritikanku terhadap FAM? oh tidak... Aku hanya tabik kat FAM sekiranya mereka dah sampai ke Slovakia dan betol kompem beraksi disana. Sebab aku takut ade masalah 'teknikal' disaat peminat teruja menanti aksi Harimau Muda di slovakia. Bukan apa, aksi Liga Singapura dulu pun diwar-warkan kompem, tp apa yang dah jadi.

Andaikata pemergian mereka ke Slovakia menjadi kenyataan, Alhamdulillah. Nasib mereka akhirnya terbela. Tapi aku harus tangguhkan dulu ucapan terima kasihku terhadap FAM sehingga mereka menyepak bola di negara yang mempunyai awek2 cun itu kelak...

Thursday, 28 January 2010

Harimau Muda tidak akan dibubar. Ye ke???

dari utusan malaysia...



KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih berteka-teki mengenai masa depan skuad Harimau Muda A walaupun memberi bayangan ia mungkin akan ke kancah Liga Super.


FAM dalam mesyuarat teknikalnya, semalam menemui jalan penyelesaian terbaik untuk skuad bawah 21 tahun kebangsaan itu, namun cadangan mereka perlu mendapat kelulusan exco yang akan bermesyuarat, Ahad ini.


Walaupun enggan mendedahkan apakah cadangan yang bakal dibawa ke exco, namun Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Redzuan Sheikh Ahmad memberi jaminan, skuad itu tidak akan dibubarkan.


"Kalau mereka tidak diterima oleh liga negara sendiri, di mana lagi mereka hendak bermain.


"Yang pasti, rancangan ini akan melibatkan pemain-pemain sebagai sebuah pasukan, ia tidak akan dibubar atau dipecahkan.


"Saya percaya, cadangan ini akan diterima oleh exco kerana ia adalah perkara baik, namun biarlah ia diumumkan sendiri oleh Presiden (Sultan Ahmad Shah),'' ujarnya.


Katanya lagi, skuad Harimau Muda A memerlukan perancangan serius kerana mereka membawa matlamat besar, termasuk mempertahankan pingat emas Sukan SEA apabila temasya kembali ke Indonesia pada 2011.


Ujarnya, FAM mempunyai beberapa alternatif untuk anak-anak buah jurulatih, Azraai Khor Abdullah itu, namun beraksi dalam liga yang memberikan pertandingan beterusan adalah rancangan terbaik.


"Kita tidak boleh membiarkan pemain tiada pertandingan, mereka perlu beraksi dan sebagai sebuah pasukan, justeru beraksi dalam liga yang menawarkan perlawanan berterusan merupakan idea terbaik.


"Kita akan mencari satu jalan yang memberi keuntungan kepada semua pihak, bagaimana ia akan dilaksanakan, itu bergantung kepada exco yang akan membincangkan kedudukan mereka, Ahad ini,'' katanya lagi.


Pasukan Harimau Muda A sepatutnya beraksi dalam Liga Super selepas muncul juara Liga Perdana musim ini, namun rancangan itu tertangguh kerana ada usaha untuk membawa mereka beraksi dalam Liga Singapura.

Bagaimanapun hasrat untuk menimba pengalaman dalam liga negara jiran tidak kesampaian kerana terlalu banyak syarat yang ditetapkan persatuan bola sepak Singapura, selain terpaksa melalui prosedur yang memakan masa terlalu lama.


"Saya ingin menjelaskan bahawa Singapura sebenarnya tidak menolak permohonan Malaysia seperti yang dilaporkan media sebelum ini tetapi kita melihat proses untuk beraksi di negara itu terlalu rumit dan memakan masa panjang kerana ia kena melalui pelbagai prosedur.


"Pintu untuk beraksi dalam Liga Singapura masih terbuka, tetapi kita kena melalui pelbagai syarat yang mungkin tidak berapa menguntungkan kita,'' kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad.


Sementara itu, ditanya kedudukan skuad bawah 23 kebangsaan untuk beraksi di Eropah, Redzuan berkata, ia masih di peringkat rundingan dengan Kementerian Belia dan Sukan.


Bagaimanapun tegasnya, sama ada rancangan tersebut menjadi kenyataan atau tidak, FAM sudah mempunyai perancangan untuk skuad emas negara itu.


"Jika jadi ke Eropah, ia merupakan bonus yang baik tetapi jika tidak, kita sudah ada perancangan untuk mereka, termasuk mengatur perlawanan persahabatan.


"Kita akan pastikan, semua pemain dapat berkumpul sekurang-kurangnya sekali sebulan untuk berlatih dan diberi pertandingan, tetapi mereka tetap berada dalam keadaan fizikal yang kompetitif kerana beraksi buat kelab masing-masing dalam saingan liga,'' katanya.


-----------------------------------------------------


jawapan untuk FAM berdasarkan kata2 yg di bold kan;

  • Harimau Muda memang memerlukan perancangan serius. Tapi korang bijak pandai kat pejabat wisma FAM tu yg x serius buat kerja. Ibarat mendengar guruh di langit, air setempayan dicurahkan. Dengar cerita nak masuk liga S, terus buat keputusan sendiri mengkompemkan penyertaan tersebut walhal permohonan masih belum lulus.
  • Harimau Muda sepatutnya beraksi dlm liga Super Malaysia, tp tertangguh kerana usaha nak ke singapura.. eleeeh, macam laa orang tak tau. makcik jual nasik lemak kat kampung pun tau yg pengguguran Harimau Muda adalah angkara korban. Korban nak pastikan pasukan negeri pemerintah bola boleh terus bermain dlm liga super dan terselamat melalui tangan ajaib buat kali kedua dalam sejarah liga super malaysia.
  • Banyak proses?? haa, tau pun macam mana pengurusan sebuah liga profesional. memang laa banyak proses. ingat liga kampung ke boleh masuk suka ati. Pengurusan liga dun kat daerah aku pun lagi bagus kot.
  • aku rasa, kalau FAM boleh suka ati buat naik turun sesebuah pasukan dalam liga kita sekarang, why not masukkan balik Harimau Muda ke dalam liga. Alaa, bukan susah pun, liga kat negara kita kan format dia ikut suka ati barisan pemerintah. so, kacang je..
  • andai kata skuad impian ini terkubur, my word is F U !


Saturday, 23 January 2010

LIGA SUPER | KEPUTUSAN 23/01/2010

Keputusan Perlawanan 5
LIGA SUPER MALAYSIA
23 Januari 2010

KL PLUS FC 0-0 KUALA LUMPUR
TERENGGANU 4-0 SELANGOR
PERLIS 2-0 PULAU PINANG
KEDAH 1-1 PERAK
KELANTAN 4-1 JOHOR FC

*Perlawanan PAHANG vs N SEMBILAN, JOHOR vs T-TEAM ditunda ke satu tarikh lain berikutan kemangkatan Sultan Johor.

Friday, 22 January 2010

Kesian Azraai.....


"Cakap (Azraai) memanglah senang tetapi apa pula kata pasukan lain dan kesannya kepada jadual liga sekarang? Sepatutnya juga Jawatankuasa Teknikal FAM yang berhak menentukan cara mana program Harimau Muda A dijalankan (selepas ditolak Persatuan Bola Sepak Singapura - FAS)," kata Datuk Che Mat Jusoh kpd Utusan...

Soalannya, sape yg senang bercakap? Azraai kah, atau FAM???
Selepas bertungkus lumus satu musim sehingga menjuarai Liga Perdana 2009, skuad masa depan Malaysia, Harimau Muda A dijadikan mangsa korban FAM untuk memberi laluan kepada Pahang beraksi dalam Liga Super 2010.
Disebalik kisah korban tragik Harimau Muda A, FAM merancang untuk menempatkan pasukan ini ke Liga Singapura. dan permohonan untuk ke Liga S ini dibuat secara las minip.. hmmm, kalo aku jadi jawatankuasa liga S pun aku akan tolak permohonan cacamerba ni. Penganjur Liga S ada hak untuk menolak kerana pasukan mereka sudah mencukupi. Lagipun, mereka sudah tentunya mahu jaga kualiti liga mereka. Ingat sikit, liga diorang bukan macam liga kita. Kita punya ni, masuk tahun baru pun pasukan belom kompem nak bertanding. malah, untuk liga perdana FAM terpaksa merayu penyertaan untuk mencukupkan pasukan... heh heh heh...... USM, majlis perbandaran muar.. heh heh heh...
Berita terbaru, Harimau Muda mungkin dibubarkan untuk memberi laluan pemain2 berbakat ini untuk bercerai sesama mereka dan mungkin akan melukut di pasukan2 liga super (bagi mereka ytak bernama)..
dan andaikata pingat emas Sukan Sea Jakarta 2012 terlepas ke tangan musuh, tolong jangan salahkan Azraai..... !

LIGA SUPER | JADUAL PERLAWANAN 5

HARI PERLAWANAN 5
23 JANUARI 2010
Plus FC VS K.Lumpur
Pahang VS N.Sembilan
T'Ganu VS Selangor
Johor VS T-Team
Perlis VS P.Pinang
Kedah VS Perak
Kelantan VS Johor FC

Tuesday, 12 January 2010

LIGA SUPER | Jadual Perlawanan 2

HARI PERLAWANAN 2

12 Januari 2010
Selangor VS Kuala Lumpur
Perak VS Terengganu
P.Pinang VS Pahang
T-Team FC
VS KL Plus FC

13 Januari 2010
Kedah VS Perlis
Kelantan VS Johor
Johor FC VS N.Sembilan

Sunday, 10 January 2010

LIGA SUPER | Keputusan

Keputusan Perlawanan 1
LIGA SUPER MALAYSIA

9 Januari 2009

N.Sembilan 1-2 Selangor
K.Lumpur 1-1 T-Team FC
KL Plus FC 3-1 P.Pinang
Pahang 2-1 Perak
Terengganu 0-0 Kelantan
Johor 0-3 Kedah
Perlis 0-1 Johor FC

Saturday, 9 January 2010

LIGA SUPER 2010 | Jadual Perlawanan 1

LIGA SUPER MALAYSIA 2010

HARI PERLAWANAN 1
9 Januari 2010

NEGERI SEMBILAN vs SELANGOR
(Perlawanan Sumbangsih, Piala Sultan Ahmad Shah)
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

KUALA LUMPUR vs T-TEAM FC
Stadium KLFA, Cheras

KL PLUS FC vs PULAU PINANG
Stadium MBPJ, Petaling Jaya

PAHANG vs PERAK
Stadium Darul Makmur, Kuantan

TERENGGANU vs KELANTAN
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin, KT

JOHOR vs KEDAH
Stadium Larkin

PERLIS vs JOHOR FC
Stadium Utama, Kangar

Friday, 8 January 2010

Pelancaran Jersi Baru The Red Warriors

gambar oleh : userun kelatedotnet


Akhirnya lengkaplah sudah persiapan Liga Super 2010 Kelantan yg akan bermula esok setelah jersi pasukan dilancarkan secara rasminya hari ini. Turut dilancarkan ialah laman web rasmi KAFA yg baru iaitu The Red Warriors http://www.theredwarriors.com/
Jersi baru skuad kelantan untuk musim 2010 memaparkan kesemua logo rakan penaja utama seperti Kumpulan Alhamra di hadapan, Sinar Harian di belakang atas, Air Asia di belakang bawah serta Yusmira Trading pada bahu kanan. Dan yang lebih menarik, jhersi baru ini turut memaparkan logo 1Malaysia sebagai satu sokongan kepada hasrat dan gagasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Memperoleh tajaan sukan daripada UMBRO, jersi kelantan pada musim ini berubah rupa 100% dari segi corak dengan menampilkan identiti baru iaitu petak3 croatia sekaligus memadamkan identiti pahlawan merah yg terdahulu iaitu batik.
Secara peribadi aku gembira dengan pelncaran jersi baru yang sarat dengan penaja ini sekaligus mencerminkan usaha bersungguh-sungguh Tan Sri Anuar Musa dalam memprofesional mengkorporatkan bolasepak kelantan. Cuma, kekecewaan pada jersi baru ini ialah berakhirnya identiti batik yang amat unik dalam arena bolasepak di Malaysia khasnya.

SELAMAT BERJUANG WIRA-WIRA MERAH !

Tuesday, 5 January 2010