Saturday 27 February 2010

Persahabatan Antarabangsa :MALAYSIA vs YEMEN


Kepada balatentera-balatentera Ultras Malaya mahupun Harimau Malaya (kedua-dua ni adalah entiti berbeza ok), malam ini ramai-ramai kita memenuhkan Stadium Nasional Bukit Jalil untuk memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan yang akan menerima kunjungan Yemen untuk satu aksi perlawanan persahabatan antarabangsa. Kebetulan pula hari ini ada karnival jomheboh tv3 di perkarangan stadium nasional, apa kata kalian berkunjung ke karnival kemudian gerakkan kaki anda, keluarkan 10 hengget untuk bersama-sama kami memberi sorakan kepada barisan harimau kita.

Lupakan kegagalan mendapatkan perlawanan persahabatan menentang negara Adebayor, Togo. Mereka nampaknya sangsi akan tahap keselamatan dan ancaman keganasan di Malaysia memandangkan Malaysia adalah negara kelahiran Azhari. Tak apa lah, mungkin mereka masih trauma dengan terrorist ni selepas tragedi serangan di Kejohanan Piala Negara Afrika di Anggola baru-baru ini.

Kuat ke tak kuat ke lawan kita, itu bukan persoalan. Yang penting perlawanan ni adalah perlawanan kelas A yang memberi kesan kepada perubahan mata untuk ranking FIFA. Ayuh rakan-rakan rakyat malaysia sekalian.
SAMA-SAMA MEMBERI SOKONGAN KEPADA PASUKAN KEBANGSAAN !

Friday 26 February 2010

Kembali ke Padang..

pemain-pemain kelate memandang masa depan mereka

Setelah terkeluar dari saingan Piala FA minggu lepas, skuad The Red Warriors bakal kembali ke padang permainan esok, menerima kunjungan sahabat dari seberang PS Semen Padang FC, dalam satu perlawanan persahabatan di stadium keramat, Stadium Sultan Mohamad IV.
Perlawanan persahabatan ini juga diatur sebagai perlawanan persembahan sempena Majlis Pelancaran Tahun Bolasepak Kelantan 2010 oleh mastermind TRW, Tan Sri Annuar Musa.

Kepada pihak pengurusan & pemain, lupakan igauan semalam, teruskan perjuangan yang mendatang. Kepada penyokong juga, bolasepak kita masih meniti kejayaan, biarkan yang sudah itu berlalu, perjuangan kita masih belum selesai....

Sunday 14 February 2010

Revenge of The Fallen...

poster ini bukan milik gua. memandangkan photoshop gua masih berada di bengkel, terpaksalah gua mencilok poster ini dari encek Emmet http://sukahepy.blogspot.com/ dengan harapan beliau sudi mengongsikan poster yg cun melecun ini untuk tatapan di blog gua. Rajin2 laa melawat blog die jugak.. huhu...

16 Februari, pahlawan padi atau sang kenari atau kedah bakal menerima kunjungan pahlawan merah. Menariknya perlawanan ini nanti adalah sudah pasti nye kerana revenge yang bakal dilakukan oleh kelantan sesudah kekalahan memalukan dari aksi syed adney dalam perlawanan di kota bharu bulan lepas.
Tengok poster diatas, kedah menaruh harapan kepada penggempur utama Azlan Ismail, dan Kelantan pastinya Akmal Rizal (belum pasti)..
Yang menariknya lagi, Azlan adalah pemain berasal dari kelantan, manakala Akmal adalah anak jati Kedah. Mungkin kedua2 pemain ini boleh bertukar jersi selepas perlawanan nanti, itupun kalau ade stok jersi lebih.

Wednesday 10 February 2010

Ekslusif : Jentera LOTUS F1 Racing 2010

Kereta Lotus F1 Racing untuk musim 2010 secara rasminya akan dilancarkan pada 12.2.2010 di The Royal Horticultural Hall, London. Tapi bayangan rupa bentuk jentera rasmi yang bakal dipacu oleh Jarno Trulli dan Heikki Kovalainen serta Fairuz Fauzy ini sudahpun berjaya dirakam oleh spy F1. Gambar diatas dirakam pada 9.2.2010 ketika pemandu ketiga Lotus, Fairuz sedang melakukan ujian ke atas jentera baru ini di Litar Silverstone. Melihat kepada rupa bentuk yang 'tak menarik' serta tidak keMalaysiaan ini, gua tak rasa yang ini kereta rasmi. Nampak kosong je. Jadi, sama-sama lah kita tunggu 12hb ini untuk melihat bagaimana rupa bentuk jentera f1 malaysia pertama. Adakah itam macam gambar tu ataupun lain rupanye..

*tengok gambar tu, teringat kereta KL Minardi yang pernah dipacu Alex Yoong satu ketika dulu


Sunday 7 February 2010

Malaysia ke Piala Dunia FIFA...

Setelah kejayaan merangkul pingat emas bolasepak Sukan Sea disember lalu, Malaysia sekali lagi mencipta nama. Kali ini Malaysia secara rasminya telah melayakkan diri ke Piala Dunia FIFA Afrika jun nanti.
Namun begitu, yang akan ke Piala Dunia nanti bukan lah skuad K Rajagopal mahupun skuad Slovakia Azrai. Yang akan ke sana nanti ialah Subkhiddin Salleh, pengadil Malaysia yang mendapat jemputan untuk menjadi salah seorang warga kerja pengadilan 32 pasukan terbaik dunia nanti. Tahniah buat Subkiddin. Sekurang-kurangnya kebolehan anak Malaysia mendapat pengiktirafan FIFA untuk bersama-sama menjayakan Piala Dunia Afrika Selatan nanti.

MALAYSIA BOLEH

Masihkah kau ingat?

skuad Piala AFF/Tiger 2004, separuh akhir sebelum tewas kepada Indonesia

dari kiri berdiri :
Khalid Jamlus (kini ATM, denga crite dah kene drop)
Indra Putra Mahayudin (kini Kelantan)
Khaironisam Sahabudin (kini Felda FC)
Akmal Rizal Rakhli (kini Kelantan)
Azmin Azram Aziz (udah bersara)
Ahmad Shahrul Azhar (juge bersara)

dari kiri duduk:
Tengku Hazman R Hassan (kini Terengganu)
Subri Sulong (kini T-Team)
Rosdi Talib (juge T-Team)
Norhafiz Zamani Misbah (kini KL Plus)
Liew Kit Kong (kini Selangor)