Wednesday, 30 November 2011

Entri Gua Bangang

wa gugel imej dengan katakunci bangang, kelua yang ini

Seminggu ni satu perkataan yang amat popular iaitu kepalabana edisi khas sebuah portal bolasepak rasmi dunia. Ceh.. Habis semua orang dikepalabanakan. Dari pemain, pengurusan sampai ke penyokong... Semuanya dah bertaraf kepalabana..

Jadah ape kepalabana ni sebenanya? Suke-suke je kan..

Pertama kali gua dikepalabanakan sebenanya bukanlah bermula sejak kekalahan sadis Malaysia di tangan Bahrain aritu. Istilah kepalabana bukan juga Lucius yang kenalkan. Gua dikepalabanakan pertama kalinya pada tahun 2005 iaitu pada hari pertama aku masuk ke sebuah pusat pengajian tinggi. Senior masa duk jerit perkataan bangang tu berulang kali sambil buat muka bengis. Bengis yang amat. Bangang secara serius gua masa tu. Sama bangang dengan Fakri Saraani yang dicop oleh sesetegah pihak sebagai bangang abadi.

Merujuk kepada entri yang membangangkan ultras kerana mengibar mafla sampai abis game dan memberi tepukan gemuruh sebagai tanda false impression kepada pasukan olimpik negara yang ditewaskan secara bangang oleh Bahrain, memang susah nak membangangkan balik penulis tersohor tu.

Maklumlah, brader Lucius Maximus tu lagi hebat dari gua. Sapa laa gua nak dibandingkan dengan beliau. Beliau terlebih dahulu makan bola sebelum gua. Beliau juga dah idup bertahun-tahun dalam zaman pemerintahan Sultan Bola, berbanding gua yang muncul kat dunia bola ni pun setelah Tengku Bola menyertai badan persaTUAN bola negara pingat emas sukan sea 2011 ni.

Lucius jugak ada buku. Gua tak ade. Kalo wa tulis pun kompemnye tak laku. Pihak Rasta Cafe pun tak sudi nak terima gua buat pelancaran dan promosi sambil menyediakan keropok lekor, nugget dan air sirap percuma kepada pengunjung. Dah gua minat dia. Gua ada buku dia. Gua salam ngan dia, hampir cium tangan. Dia menurunkan tandatangan sambil senyum ikhlas kat gua tanda persaudaraan blogger bolasepak. Gua dah frame buku dia tanda kenangan. Bukan buku Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia je. Buku-buku lain pun gua simpan, tanda sayangnya gua kepada beliau.

Berbalik kepada isu bangang minggu ini. Brader tu maki ultras gua paham. Sebab sesetengah budak ultras melabel penonton yang ke stadium tak patriotik kerana keluar awal dari stadium kerana kecewa dengan Ong Kim Swee yang tidak memasukkan Fakri sebagai pemain utama mahupun gantian. Gua paham, gua paham..

Tapi kan, bukankah perlawanan bolasepak itu sama situasinya dengan perang. Perang belom tamat bro. Kalau belom tamat kenapa kita dah berhenti berjuang? Masa 90 minit bro. Walaupon masa dah menuju minit ke 89, masa belom abis bro. Belom abis. Seminit berbaki apa-apa boleh berlaku. Mungkin dengan sorakan kalian, Harimau Malaya mampu menjaringkan lagi 2 gol. Siapa tahu kan. Jadi, buat semua penyokong, sokonglah sampai pengadil meniup wisel penamat. Barulah sah, menang ke seri ke kalah ke. Dah rasmi keputusan, barulah korang pun buat keputusan sendiri. Nak tepuk tangan ke, nak menangis ke, nak mengangkat jari tengah ke, nak mengkepalabanakan pemain itu ini ke.

Jadi, salah ke budak-budak ultras yang digelar robot bangang berkuasa bateri 90 minit tu buat? Kemon laa...bagi laa can kat budak-budak yang semangat kental tu.

Sorang lagi rakan penulis dalam blog rasmi dunia tu menambah cerita. Entri terbaru lagi kasar bunyinya. Logo ultras malaya pun dah diubah. Gamba apa gua tak pas
ti. Gua ni naif. Katanya, ultras tak diperlukan dalam bolasepak. Bunyi-bunyian dari ultras pun katanya tak memberi apa-apa efek pada permainan dalam padang. Aukk...

Gua tak hebat pasal sejarah. Tapi gua dengar ada orang cerita, zaman-zaman dulu kala, masa perang soldadu-soldadu perang bawak panji-panji besar tau. Kalo Dinasti China pulak, perang diorang diiringi oleh paluang gendang gergasi. Untuk apa tah. Orang cerita laa. Menatang tu untuk bagi semangat kat solja-solja yang sedang berjuang.

Jadi apa yang budak-budak ultras tu buat gua rasa laa kan, untuk memberi semangat kepada pemain. Bunyi bunyian (abaikan bunyi vuvuzela bangang tu), giant flag smua bagai... Itu gua rasa emosi sebenar bolasepak. Bukannya bunyi bunyian "beger, beger, air, air" oleh penjaja-penjaja cekik darah dalam stadium. Bukannya juga kumat kamit mulut menggigit kuaci yang tak pernah mengenyangkan hatta makan 13 kilo sekalipun.

So,

BANGANGKAN GUA BALIK ANDAI ENTRI GUA BANGANG....


Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2011


1.Kelab Terbaik:PKNS Selangor
2.FA Terbaik: Selangor FA
3.Pemain Harapan: Wan Zack Haikal
4.Jurulatih Terbaik: Irfan Bakti Abu Salim
5.Penyerang Terbaik: Norshahrul Idlan Talaha
6.Midfield Terbaik: Safiq Rahim
7.Defender Terbaik:Norhafiz Zamani Misbah
8.Best Keeper: Khairul Fahmi Che Mat
9.MVP@Supermokh:Norshahrul Idlan Talaha


sumber: Hafizal Hamad

Thursday, 24 November 2011

Saje Nak Menunjuk...


Merujuk perkara diatas, bebutang papan kekunci ini sengaja diketuk untuk menunjukkan kepada dunia bahawa blog ini sangat meriah bila tibanya musim bola (klimaks).

Hal ini mungkin disebabkan laman rasmi yang dikelola oleh badan pemerintah bola tidak cukup informasinya untuk dijadikan sumber pembelajaran buat rakyat jelata.

sekian ~

MUSLIM AHMAD MEMANG POPULAR

Wednesday, 23 November 2011

BOLASEPAK ITU EMOSI RAKYAT


Dalam kita meraikan kejayaan skuad Emas Ong Kim Swee, aku tetibe rasa sedih dan sebak. Bukan sedih untuk Fakri, bukan juga sebab team Rajagoba yang kalah ngan India dan dilupakan oleh rakyat jelata akibat kejayaan anak-anak rimau. Nasib baik ko bro Raja.. Kehkeh, Melayu kan mudah lupa.. mudah..

Sebenarnya kan aku tumpang bersedih untuk seluruh rakyat marhaen Indonesia dan seluruh wilayah kepulauan Papua termasuk Ambon dan juga Timor Timur. Apa agaknya emosi diorang tika ini. Mesti ketewasan agung di lapangan sendiri tempoh hari masih sukar untuk dilupakan. Menangis lah, kerna itu sememangnya harus ditangisi.


Muka kecewa "kenapa ya nenek moyang gue nggak pindah ke Malasia??"


Sesape yang masih ingat tahun 2001. 2001 bukan 2011 ok.
Tahun 2001, Malaysia merupakan tuan rumah Sukan Sea ke-21. Tahun 2001 adalah tahun fasa-fasa akhir pemerintahan Great Leader Tun Dr Mahathir Mohamad. Dibawah pemerintahan Tun M, Malaysia memang cukup gah dalam arena penganjuran sukan-sukan besar. Tun M yang membawa Sukan Komanwel ke KL. Terbinanya Stadium Gelora Bukit Jalil (salah) juga adalah inisiatif Tun yang berhasrat menjadikan KL sebagai salah satu pusat sukan Asia. Kenapa Tun berbelanja besar untuk sukan? Tanya Tun, satu je jawapannya,
SUKAN MENYATUKAN RAKYAT.

Memang terbukti. Sukan menyatukan rakyat. Tahun 2001 adalah tahun sukan negara kesinambungan daripada kejayaan pengajuran SUKOM 98 yang sehingga kini aku masih rasa kehebatannya. Mana-mana rakyat Malaysia yang sudah mencapai umur matang pada tahun tersebut sudah tentunya berasa bangga yang amat hidup
di Malaysia. Kebanggaan terhadap negara melalui sukan tidak boleh dicapai melalui bidang-bidang lain. Nyata !

Berbalik kepada cerita lampau Sukan Sea 2001.
Sepertimana tuan-tuan rumah sebelum dan selepasnya, Sukan Sea adalah medan menggungguli saingan apatah lagi dengan status tuan, segala mak nenek acara sudah semesti menjadi kelebihan kepada kita. Ya, 111 pingat emas digondol menjadikan kita juara keseluruhan Sukan Sea ke21. Tetapi, Juara keseluruhan tidak memberikan apa-apa kegembiraan kepada rakyat jelata. Yang bergembira mungkin hanya puak-puak yang dapat pingat emas dan kaum kerabat sukan mereka saja. Ini semua gara-gara BOLASEPAK !

Tahun 2001 adalah tahun dimana PersaTUAN Bolasepak Malaysia memiliki skuad yang sangat hebat. Mungkin terhebat sepanjang FAM dibawah pemerintahan sultan. Kita punya barisan serangan yang sangat berbisa. Lagi bisa dari Tamil Arasu dan rakan-rakan.

Tahun tersebut Malaysia dikurniakan bakat luar biasa dari Jitra-Kedah. Ianya tak lain dan tak bukan ialah AKMAL RIZAL AHMAD RAKHLI. Manakan tidak, sebelum Sukan Sea bermula, Akmal Rizal sudahpun dinobatkan selaku penjaring terbanyak kelab bolasepak Divisyen 2 Perancis, FC Hegganau yang merupakan kelab angkat kepada Racing Strassbourgh.

Akmal & Hai-O masih berambut

Aksi hebat Akmal di Perancis terlalu cepat menular ke bumi Malaysia dan seantero Asia Tenggara walaupun ketika itu kita masih belum memiliki jalur lebar 4G, U dan sebagainya. Lantas, kekuatan beliau ditagih dan beliau dibawa pulang untuk memastikan ibu segala pingat berada dalam dakapan tuan rumah.

Kepulangan Akmal disambut oleh jurulatih negara, Allan Harris yang mengharapkan Akmal membawa bersama sentuhan Eropah. Di kaca mata media-media negara jiran, Akmal merupakan senjata rahsia Malaysia dan mereka tentunya bimbang status penggempur utama bintang negara mereka akan tercalar dek kerana hadirnya Akmal. Indonesia dengan Bambang Pamungkasnya, Thailand ketika itu dengan Teeratep Winothai yang baru pulang dari latihan dengan kelab Everton FC.

Sukan Sea 21 bermula di Kuala Lumpur. Abaikan sukan lain. Tumpukan perhatian kepada Bolasepak. Skuad terbaik Allan Harris dilihat mempunyai ramuan terbaik untuk menjadi kuasa baru bolasepak Asia TEnggara. Memiliki rangkaian penyerang berkualiti dibarisi Akmal, Hairuddin Omar (kapten), Nizzaruddin Yusof yang ternyata lebih hebat dari gandingan Izzaq Farris-Fakri Sarani, situasi yang seharusnya menggerunkan barisan pertahanan mana-mana negara bertanding. Di bahagian tengah, Malaysia memiliki Juzaili Sameon, K Rajan, Hairun Haled Masrom dan Indra Putra Mahayuddin selaku perancang utama. Seperti gandingan Muslim Ahmad-Fadhli Shas, barisan pertahanan Malaysia ketika itu dikemudi rapi oleh Norhafiz Zamani-Khaironnisam Sahabuddin dan diapit rapat oleh Rosdi Talib dan Subree Sulong. Sememangnya mantap.

Peringkat kumpulan memang tak ada masalah buat anak-anak harimau (belum lagi keluar nama Harimau Muda). Menewaskan Indonesia melalui gerakan cantik Akmal Rizal dan rembatan kencang K Rajan membuatkan kerabat pemerintah bola mula bermimpi awal bahawa pingat emas tahun ini milik Kuala Lumpur. Mara ke perlawanan akhir dengan bergaya membuatkan seluruh warga Asia Tenggara mula mengangkat tabik hormat kepada Akmal Rizal yang disifatkan mereka aksinya sudah jauh meninggalkan striker-striker lain di rantau ini.

Mara ke perlawanan akhir menentang Jagoan Asean. Sape lagi kalau bukan Skuad Gajah Putih- Thailand. Diatas kerta Malaysia memiliki segalanya. Diatas padang pun sama, Malaysia sememangnya menguasai perlawanan akhir yang disaksikan puluhan ribu rakyat di Bukit Jalil. Namun sayang, menguasai perlawanan tapi gagal menghasilkan jaringan membuatkan perlawanan terikat 0-0 sehingga hampir wisel penamat ditiupkan.

Ketika Indra Putra dan rakan-rakan mula mencongak aksi di masa tambahan, ketika pengadil sudah mula melihat jam dan mengepit rapat wisel di bibir, ketika itulah Teeratep Winothai melalukan larian kencang dari sebelah kanan setelah menerima hantaran jauh dari pertahanan. Teeratep ketika itu melakukan larian solo, dan melakukan cross ke arah pintu gol Malaysia yang dikemudi Kamaruzaman Hassan (bukan sharbinee). Sebenarnya ketika itu, situasi bola lintang itu sedikitpun tidak mendatangkan sebarang bahaya buat Kamaruzaman kerana tiada langsung pemain Thai lain yang berlegar di pintu gol. Tetapi Kamaruzzaman sendiri yang menjadikan bola itu bahaya, dengan menghulurkan kaki kanan untuk menyambut bola dalam ketika bola sebenarnya boleh ditangkap dengan tangan. Bila kaki dihulur, berlakulah biasan atau dalam bahasa inggerisnya dipanggil deflection, lantas bola tanpa segan silu menuju ke jaring pada masa di score board dicatatkan minit ke 90 !!!!! 1-0.

Di Berita Harian dan Utusan Malaysia keesokkan harinya, terpampang sebesar-besarnya muka Kamaruzzaman Hassan berlinangan air mata dengan tajuk utama 'MAAFKAN SAYA'..
Inilah Kamaruzaman (ihsan Rizal Hashim)

Satu minggu satu Malaysia berduka nestapa walaupun kita juara keseluruhan Sukan Sea21.

Sebab itulah aku memahami kedukaan yang dialami satu Indonesia ketika ini..

Sekian.....

****************************************
PEMBETULAN: FINAL SUKAN SEA 21 2001 BERTEMPAT DI STADIUM SHAH ALAM. Entah, x pasti...

BOLASEPAK ITU EMOSI - Episod 1


Emosi = Tragedi

Takziah buat pendukung Timnas Indonesia atas musibah menimpa. Dua pendukung khabarnya mati akibat kesesakan maksimus di lapangan bergelora Jakarta.

Sememangnya tragedi seperti ini merupakan suatu peringatan. Amaran untuk semua, bukan saja di pihak pemerintah bola Indonesia, malah turut sama memberi satu notis berjaga-jaga buat kaum kerabat pemerintah bola Malaya.

Aspek keselamatan di stadium-stadium di Malaysia aku tengok semakin lama semakin teruk. Mungkin kerana terlalu mengikut rentak ghairah para peminat, pihak penganjur sudah lupa akan risiko keselamatan, lantas turut sama menari ditaburi dengan angka-angka ringgit lewat susuli angka korban.

Stadium berkapasiti 90 000, di buka kepada 100 000 hadirin hadirat... ~ terjadi di Gelora BUNG KARNO.

Stadium berkapasiti 100 000, dibuka kepada 120 000 para musibat ~pernah terjadi di Gelora Bukit Jalil.

Al-fatihah buat mereka yang gugur...

Monday, 21 November 2011

JUARAAAAAAA !!!!!!!!!!!!!!!!

TANAH TUMPAH DARAHKU !!!

KERANAMU HATIKU OH MALAYSIA



Apa keputusan, apa pengakhiran, Malaysia tetap ku JULANG !

Wednesday, 16 November 2011

Brendan Gan Sertai Sabah


Brendan Gan

Pemain muda Australia berdarah Nogori Semilan yang pernah mencetus prospek menyarung jersi Harimau Malaya dari Australia, Brendan Gan kini sah kembali ke Malaysia setelah menandatangani kontrak menyertai pasukan Sabah untuk Liga Super Malaysia 2012.

Brendan tiba ke Kota Kinabalu bersama rakan senegara, Michael Baird untuk menggalas tugas sebagai pemain import sekaligus membawa harapan besar SAFA dan seluruh warga Sabahawks untuk mengembalikan era kegemilangan Sabah seperti satu ketika dahulu.

Michael Baird

Sebut era kegemilangan Sabah dulu kala, negeri di bawah bayu ini boleh dikatakan antara pasukan gergasi dalam saingan liga kita. Merupakan pencabar utama dalam beberapa edisi Piala Malaysia, hampir-hampir menumbangkan Selangor dalam final 9
6 dimana tahun adalah tahun Sabah menjuarai Liga Perdana 1 (liga tertinggi ketika itu).

Zaman emas Sabah sememangnya tidak boleh dipisahkan dengan sentuhan Australia. Ingat lagi beberapa nama pemain kebangsaan Australia yang pernah menjadi tunjang kekuatan Sang Badak ini. Scott Ollerenshaw misalnya yang sememangnya sehingga kini masih menjadi lagenda buat peminat-peminat tegar Sang Badak. Robbie Mark Gaspar juga tidak terkecuali disamping sentuhan jurulatih dari Australia, Ron Smith yang mengemudi Sabah menjulang kejuaraan liga tahun 1996.

Jadi, tidak hairanlah kedatangan dua awang import dari Australia untuk musim akan datang menjadi cerminan aspirasi pihak SAFA membentuk skuad mantap dan kembali mengungguli saingan liga domestik.

Selamat Maju Jaya buat Sabahawks !!!

=)

Monday, 14 November 2011

Espanyol Ikat Bintang Muda Garuda


Debar menanti detik pertembungan musuh tradisi Malaysia-Indonesia dalam kancah Sukan Sea. Sang Garuda muda mengibas sayap ke bumi Sepanyol. Penyerang muda berusia 18 tahun, Athur Irawan lengkap menandatangani kontrak dengan kelab profesional La Liga, Espanyol. SUMBER dan SUMBER.

Permergian Irawan ke Sepanyol, mencatatkan sejarah tersendiri khasnya buat anak muda ini dan bolasepak Indonesia amnya, mengukir catatan warga Indonesia pertama beraksi dalam kancah liga kelas tinggi itu.

*menanti bintang muda Malaysia diterbangkan ke sana ~


Tuesday, 1 November 2011

Penyu Nangih


2 hari lepah, sek ye nangih kene penangang si Jang.. smalang, nangih lagi. Ayahande Irfan sah tinggalkan ting ye. Bunyi kabo nok ke Selangor..





Ilang Irfan, Mat Zang pun boley laaa...