Tuesday 11 November 2008

Pulanglah Titus James

oleh: sangkunang
11 november 08

Bermula 5 disember ini, pasukan bolasepak malaysia akan turun padang lagi beraksi dalam piala suzuki/aff di bangkok thailand dalam misi mengembalikan kegemilangan bolasepak malaysia yg agak kelam 3 4 tahun kebelakangan ni.
sangkunang perhatikan, persiapan dan persediaan malaysia untuk misi aff kali ini lebih mantap berbanding edisi-edisi sebelumnya yang dikenali dengan nama piala tiger dan piala aff...
jika sebelum ini, persiapan malaysia hanya ala kadar dengan menentang pasukan kelab2 dalam negara dan pemilihan pemain seringkali dilakukan secara last minit. tetapi kali ini, jurulatih B. Satianathan sudah bermula awal. pasukan negara sudah mula dikumpulkan keserasian dan kefahaman dalam kempen pestabola merdeka baru-baru ini, grand royal di myanmar yg akan bermula esok dan beberapa siri perlawanan persahabatan termasuk menentang hong kong dan singapura sebelum sepak mula piala suzuki.
persediaan malaysia juga mendapat berita positif dari perancis yg mana anak malaysia yg berpangkalan di sana, titus james palani sudah menyatakan persetujuan untuk kembali ke malaysia menyarung jersi keramat kunig hitam. cuma, titus berdepan dengan beberapa masalah untuk pulang ke malaysia. melalui e-mail yg dikirim oleh orang kuat harimaumalaya.com, titus menjelaskan masalah yang dihadapi sekarang yg seringkali membantutkan keinginannya untuk pulang sepertimana yg berlaku ketika perlawanan malaysia-chelsea dan juga pestabola merdeka tempoh hari.
titus menjelaskan yang dia sekarang sedang memohon status PR di perancis memandangkan dia sudah berada di sana hampir10 tahun. PR dipohon bertujuan untuk memudahkan lagi pergerakan karier bolasepak titus disana untuk menghapuskan status dirinya sebagai pemain import.
berbalik kepada permasalahan yang sedang dihadapi, titus menjelaskan bahawa undang-undang negara perancis menetapkan sesiapa yang sedang memohon status PR dan masih belum mendapat pengesahan, tidak dibenarkan keluar dari negara tersebut. mana-mana pemohon yg melanggar peraturan itu mungkin menghadapi kesukaran dalam proses pengesahan PR nya. peraturan ini dibuat oleh perancis memandangkan negara itu mempunyai ramai rakyat asing yg bermastautin di sana.
dalam email juga titus memberitahu yg dia akan mencuba sedaya upaya menyelesaikan masalah itu dengan membuat permohonan dan jika semuanya berjalan lancar, titus dijangka pulang sebelum bermulanya piala suzuki.
besarlah harapan peminat malaysia untuk melihat kelibat titus james di piala suzuki nanti. walaupun, sejauh mana kehebatannya tidaklah diketahui, namun setidak2nya ia boleh menjadi satu perang saraf kepada pasukan2 lawan dan sekaligus juga mampu menaikkan semangat pemain-pemain malaysia yg lain untuk untuk berjuang dengan 'french style'.....

MALAYSIA BOLEH !

Saturday 8 November 2008

Destinasi Bangkok

Details utk Trip ke Bangkok sempena AFF Cup 2008


(a) Tarikh dan Pengangkutan

Tarikh Berlepas; 5/12/2008 di LCCT,Sepang

Tarikh Balik; 11/12/2008 dari Bangkok

Tiket Pergi-Balik(airasia): RM480 - RM500

(b) Penginapan

Duration: 7 hari 6 malam (5/12/2008 - 11/12/2008)

Tempat: Hotel Ibis Siam, Bangkok (80meter dari venue perlawanan, Stadium Rajamangala)

Kos Penginapan (utk 7hari 6malam): RM250.00 (untuk 2 org sebilik) / RM130.00 (untuk 4 org sebilik, belum termasuk extra bed)

* Plz info kami awal2 jika kamu mahu share bilik 4 org.

(c) Pasport*

Pasport Berkumpulan - minimum 2 org,maksimum 20 org (murah je!!) - RM200 (utk semua yg takde passport)

* Belum diketahui brape kos satu kepala kerana hanya selepas confirmation oleh semua ahli baru blh dapat tahu siapa yg takde passport - (Contoh: RM200 / 20 org = RM10)

Pasport Antarabangsa - RM300

*bagi yg dah ada pasport, x perlu buat pasport baru kecuali kalau pasport anda dah mati!!!!

(d) Makan Minum dan Lain-Lain Kos

RM250**

**anggaran sahaja

(d) Jumlah anggaran (Kos Pasport, Makan Minum dan Lain-Lain Dikecualikan!)

RM750


Andaikata tiada sponsor, inilah dia kos-kos PROJEK BANGKOK kita. Rasanya kita tak perlulah tunggu nk ada sponsor baru nk pergi. Yang penting kita SANGGUP. Kalau dapat sponsor(kalau rezeki murah), Kos akan dikurangkan.

Bagi yang Berminat;
(sila sertakan nama penuh,ic, dan no telefon)
Hubungi : 0133537671 (aisamuddin)

Tempat Terhad!!!(50 tempat sahaja!!)

SILA NYATAKAN KESANGGUPAN ANDA SEBELUM JAM 11.59 Malam, 16/11/2008!!

TAWARAN INI TERBUKA UTK UMUM,SEBAR2KN KPD RAKAN2 ANDA!!

I Wish U Tewas Cepat ! amiiin...

Polis Kelantan buru ketua kumpulan samun paling dikehendaki

KOTA BAHARU: Polis Kelantan sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai ketua kumpulan samun paling dikehendaki yang licik melakukan jenayah samun di daerah Gua Musang, Jeli, Kuala Krai, Machang dan Tanah Merah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Mazlan Lazim berkata, polis mengenal pasti ketua kumpulan tersebut sebagai Bakri Jalil, 34, dari Kampung Banggol Kemiang, Paloh Rawa dekat Machang.

“Suspek yang dipercayai mempunyai 20 rekod jenayah lampau dalam kes curi dan samun bersenjata sangat dikehendaki pihak polis dan sudah diburu sejak dua tahun lalu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek menggunakan parang dan senapang patah ketika melakukan kegiatan curi dan samun.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek berkenaan diminta tampil menghubungi pihak polis dengan segera di balai polis berhampiran atau menghubungi DSP Ang Ah Ban (Bahagian Siasatan Khas Jenayah Berat) di talian 016-2279188,” katanya.

-------------------------------------------------------------------------------------

suspek telah melakukan rompak/samun berkumpulan dan bersenjata di sekitar jeli, kuala krai mengakibatkan orang kampung tidak tidur malam kerana takut kejahatan dan kedajalan yang dibawa mereka ini.
modus operandi mereka sama, iaitu memecah masuk rumah orang kampung secara berkumpulan (5 orang), seorang menunggu di kereta yg diletakkan jauh dari rumah mangsa. keluarga mangsa diikat. ketua keluarga (bapa atau lelaki) biasanya diikat dan dijaga oleh 3 perompak dengan pisau, parang dan keluli pemotong besi di kepala.
tempoh rompakan=kurang 1 jam

doakan semoga Allah cepat turunkan pengajaran setimpal dengan keributan yang mereka bawa.
amin........

Friday 7 November 2008

Di Kala Malam Bulan Mengambang

oleh : sapix sangkunang
7 November 08

Johan termenung memikirkan nasib dirinya yang tidak habis-habis dilanda kekecewaan melampau. sudah 3 purnama malang asyik menimpa dirinya yang berseorangan melalui liku-liku hidup. sudahlah cacat, keluarga yang ada sudah lama meninggalkan dirinya dek kerna tidak berupaya menahan kegagalan demi ketewasan yang sudah menjadi asam garam hidup johan.

Bukan johan tidak mahu mencuba, tetapi cubaannya kerapkali menemui jalan buntu di hujung perjalanan. baru saja tiga hari lepas, johan mendaki dan hampir sampai ke puncak gunung yang diimpikan selama ini untuk mengambil daun degasum yang dikatakan mampu membawa cahaya untuk menyembuhkan kecacatannya demi keluarga. tapi dia tersungkur, dan tergolek hanya beberapa langkah sahaja sebelum mencapai dahan pokok degasum. malam yang diterangi cahaya bulan tiba-tiba kelam.

Hari ini, johan tekad.hari ini johan berazam. johan tidak mahu memandang ke belakang lagi. cahaya bulan mengambang kali ini tidak akan johan persiakan. johan tahu, saat ini, detik ini bulan itu akan bersama menemani langkahannya. dan johan juga tahu bulan itu setia menemaninya walaupun kerlipan ribuan bintang di langit hanya akan bersamanya apabila dia sampai ke kemuncak pokok degasum yang diimpi itu.

Johan memandang bulan dan terus membuat langkahan....

Sunday 2 November 2008

BUDAK KELANTAN


Analisis Filem:
filem berkisarkan kehidupan remaja-remaja kelantan sekitar 90-an yg terkenal dengan 'gedebe' dan merupakan 'oghe mmegey kawase pasar seni'.
mengisahkan jaha, pemuda yg menghabiskan zaman persekolahan di sekolah henry gurney selepas kejadian bunuh di kelantan. kehidupan selepas zaman henry gurney kemudiannya dihabiskan di kuala lumpur dan disini bermulanya kehidupan x bermoral jaha yg terlibat dengan kegiatan perdagangan ubat batuk, pil kuda, gangsterisme dan menjual perempuan bersama rakan2, Bokbong, Jemey...
suatu hari jaha dipertemukan dengan kawan baik masa kecik iaitu Buchek, pemuda beriman yg baru menamatkan pengajian di universiti malaya. disini kegiatan jaha mula diketahui buchek. buchek yg 'terjun ke kandang harimau' cuba untuk bergaul dengan jaha dengan niat untuk membawa jaha kembali ke pangkal jalan.
konflik timbul apabila jaha sanggup untuk melepaskan aweknya, che nor untuk jaha sebagai satu jalan untuk menyelamatkan jaha dari dunia dosa yg di harunginya seharian...

cerita dia ada sedikit persamaan dengan konsep cerita Anak Halal..
pakat2 tengok je laa. nanti x best cerita semua
bukan orang kelantan jangan risau, subtitle disediakan =)