Friday 27 February 2009

Liga Super :Buku Bertemu Ruas


Buku bakal bertemu ruas. itulah perumpamaan tepat bagi pemerhati dan peminat liga bolasepak malaysia menjelang pertemuan Selangor menentang Kelantan di Stadium Shah Alam, 28 februari 09.
kenapa buku bertemu ruas? tidak dapat dipastikan siapa buku dan siapa ruas. apa yang pasti kedua-dua pasukan yang kini menghuni tangga pertama dan kedua liga memiliki misi tersendiri dalam pencarian jagoan bolasepak malaysia musim ini setelah jaguh terdahulu, kedah sudahpun ketinggalan dalam meneruskan survival kegemilangan yang dicipta mereka beberapa tahun kebelakangan ini.
selangor atau red giant sudah tentunya mengharapkan gemilang stadium shah alam yang diwarnai sorakan merah kuning untuk melakar kejayaan mengutip mata penuh untuk mengambil alih teraju liga dari tangan kelantan.
namun harus diingat, lembah kelang bukanlah terlalu asing bagi laskar-laskar the red warriors. bermain di lembah kelang ibarat beramain di kampung halaman kerana penyokong-penyokong the red warriors pastinya akan meneruskan tradisi seperti sediakala iaitu memenuhkan gelanggang lawan untuk 'diubah' menjadi gelanggang sendiri.
jika diimbas rekod-rekod terdahulu, musim 2008 dalam persaingan piala malaysia, kelantan menumpaskan selangor 5-2 di kota bharu, namun tewas 4-1 di shah alam yang menyaksikan perjalanan kelantan untuk menggapai piala malaysia terhenti disitu.
apa-apa pun, musim ini tidak semestinya perlu mengikut skrip sedia ada seperti tahun lalu. dendam kesumat kelantan mesti dilunaskan di shah alam. bukan sahaja dendam membara peminat, tetapi pemain juga tidaklah terkecuali.
kelibat indra putra mahayuddin sudah pastinya menghadirkan gerun buat barisan gergasi merah apatah lagi di sanubari indra sendiri pastinya mahu memastikan selangor menyesal kerana menyingkirkannya pada penghujung musim lalu.
8.45 malam, 28 februari kini dinanti. ayuh red giant dan red warriors! penuhkan stadium shah alam. antara merah kuning dan merah putih, kita tengok merah mana yang mendominasi stadium. selamat berjuang wira-wira merahku sekalian...

GOMO KELATE GOMO !

Thursday 19 February 2009

Tidak mustahil musim ini milik Kelantan


AKSI terpuji Kelantan sehingga mengambil alih status pendahulu Liga Super dari Selangor, mencuri perhatian bekas penyerang sensasi pasukan itu, Hashim Mustapha, yang menyifatkan skuad itu kini berada pada posisi terbaik merintis kemungkinan mencipta musim paling gemilang dalam sejarah pasukan itu.

Pemenang tiga kali anugerah Kasut Emas pada 1990, 1993 dan 1994 itu yang kini berwatak penolong jurulatih kepada Peter Butler, turut menyifatkan skuad musim ini adalah barisan terbaik Kelantan pernah disaksikannya sejak sekian lama.

Hashim berkata, kejayaan menewaskan Pahang kelmarin, turut melengkapkan misi tiga dalam satu Kelantan - mengutip tiga mata, mencatatkan enam kemenangan berturut-turut serta merampas kedudukan selaku pendahulu carta Liga Super yang baru memasuki perlawanan ketujuh.


"Saya yakin jika semua pemain mengekalkan prestasi konsisten untuk jangka masa panjang, tidak mustahil musim 2009 ini akan menjadi milik Kelantan. Ini adalah peluang terbaik bagi Kelantan untuk bergelar juara liga utama bola sepak tempatan buat kali pertama.

"Malah, mungkin ini juga kali pertama sejak sekian lama Kelantan dilabel selaku pasukan pilihan dan pencabar utama kejuaraan liga," katanya

Hashim berkata, selain perubahan radikal dalam struktur pasukan oleh pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang diterajui Presidennya, Tan Sri Annuar Musa, kerjasama sepasukan serta komitmen jitu pemain ketika latihan, turut menyumbang kebangkitan Kelantan musim ini.

Namun dia mengakui, titik-tolak perjalanan panjang yang lebih mencabar bagi skuad Kelantan musim ini akan ditentukan apabila skuad itu berkunjung ke Stadium Shah Alam untuk menentang Selangor, minggu depan dalam pertembungan dua pasukan teratas.

Tuesday 17 February 2009

LIGA SUPER 17 FEBRUARI 2009

Keputusan Perlawanan TM Liga Super 2009

N. SEMBILAN 0 - 0 KL PLUS
PAHANG 1 - 5 KELANTAN
PERAK 0 - 1 TERENGGANU
PULAU PINANG 1 -1 PDRM
JOHOR FC 1 - 2 PERLIS
KEDAH 2 - 1 KM NAZA
SELANGOR 0 - 1 MYTEAM