Friday 29 May 2009

Gelanggang Keramat Kembali

Keputusan tidak rasmi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang bermesyuarat petang tadi memutuskan untuk menerima rayuan kedua Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) untuk kembali membawa perlawanan Liga Super ke Stadium Sultan Mohamad IV.
Walaubagaimanapun, keputusan rasmi penguatkuasaan tarikh kebenaran perlawanan masih belum diputuskan.
Kami di kelatedotnet, memanjatkan jutaan kesyukuran diatas keputusan ini dan amat berharap tiada lagi kejadian-kejadian buruk seperti tragedi 7 april lalu yang telahpun merencat perkembangan dan kemajuan bolasepak kita.

ALHAMDULILLAH.

Thursday 28 May 2009

Kekejaman komunis

BANGI 27 Mei - "Ayah dan bapa saudara saya diikat dengan tali antara satu sama lain, mereka diseksa, seluruh tubuh ditetak dan ditakik-takik sebelum leher kedua-duanya disembelih.

"Semasa ditemui, mayat kedua-duanya hanya tinggal rangka dan tulang, bercampur antara satu sama lain tanpa kepala, amat jelas kesan takikan bertubi-tubi seperti sebatang pokok kayu yang ditakik-takik bagi dikeluarkan getahnya."

Demikian cerita Profesor Dr. Amat Juhari Moain, bekas Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM).

Beliau berkata, jenazah bapanya, Moain Saridin @ Shahidin dan Hassan Akasah yang dibunuh dengan penuh kejam tanpa perikemanusiaan oleh komunis itu kemudian dikebumikan dalam satu liang lahad di Kampung Sungai Dulang Darat, Rengit, Batu Pahat Johor.

Mengimbas kejadian menyayat hati yang berlaku pada akhir Jun 1945 tetapi masih lagi segar di ingatan seolah-olah baru berlaku semalam, Amat Juhari, 69, berkata, semasa dia dan bapanya mandi di tepi Sungai Dulang pada waktu petang, mereka didatangi beberapa penduduk yang meminta bantuan.

Menurut beliau, arwah ayahnya, seorang ketua kampung, dimaklumkan mengenai penangkapan seorang alim yang dikenali dengan nama Wak Sulaiman oleh sekumpulan komunis.

"Adalah menjadi tanggungjawab arwah ayah untuk membantu anak buahnya, lantas dia yang berselempang kain merah segera bergegas ke kawasan hutan di pinggir kampung, kawasan yang menjadi persembunyian komunis itu dengan ditemani oleh Hassan.

"Sehingga lewat tengah malam ayah, Hassan dan Wak Sulaiman masih tidak pulang dan selepas beberapa minggu, langsung tiada berita mengenai mereka bertiga, sama ada hidup atau mati.

"Pada malam yang sama terdapat seorang Cina bersenjata mundar-mandir di kawasan rumah kami, seperti tidak membenarkan kami keluar mendapatkan bantuan.

"Keadaan itu berlarutan sehingga beberapa minggu menyebabkan kami sekeluarga menjelang malam terpaksa menyorok di kawasan pokok buluh berhampiran bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beberapa minggu selepas itu apabila keadaan telah menjadi aman, penduduk kampung mula berani keluar rumah untuk mengerjakan kebun masing-masing dan ketika itulah mayat Moain dan Hassan ditemui di bahagian hutan.

Sementara itu, Amat Juhari berkata, pada akhir Mei tahun sama, sebelum kejadian itu berlaku, sekumpulan kira-kira 20 komunis yang lengkap bersenjata mengunjungi bapanya di rumah bagi mempelawa dan meyakinkan arwah supaya menyertai kumpulan haram mereka, tetapi telah ditolak.

Tambah beliau, kekejaman komunis tidak hanya terhenti di situ malah ramai lagi penduduk kampung yang berpengaruh seperti penghulu, orang alim dan pendekar dibunuh kerana enggan memberikan sokongan dan kerjasama kepada mereka.

"Saya masih ingat lagi kejadian di Kampung Sungai Tongkang berhampiran kampung kami apabila komunis menyerang rumah penghulu, mereka tembak bertubi-tubi sebelum dibakar menyebabkan kira-kira 30 orang yang berlindung di rumah berkenaan mati," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, arwah bapanya sebenarnya telah menghidu lebih awal kegiatan komunis di negara ini apabila mendapat maklumat melalui pembacaan dalam Utusan Melayu dan Utusan Zaman yang dilanggan terus daripada Singapura pada masa itu.

sumber : Utusan Malaysia

Bernafas semula...

5 kekalahan berturut-turut sejak menjadi naib juara piala fa cukup memberi azab yang teramat pedih buat The Red Warriors. situasi tidak menentu seolah-olah memberi satu gambaran bahawa zaman kejatuhan The Red Warriors yg bermula garang musim ini sudah bermula.
Namun, malam semalam membuktikan kembalinya sinar. kemenangan 1-0 ke atas KL Plus FC cukup memberi tonik berguna kepada pasukan untuk terus bernafas mengharungi baki perlawanan yang masih tinggal.
mungkin ada yang meramalkan bahawa kelantan sudah terkeluar dari perebutan takhta liga super musim ini. tapi siapa tahu. dengan saki baki perlawanan yang masih tinggal kelantan mampu mendaki semula. bola ini bulat. segalanya boleh berlaku.
kemenangan 1-0 malam semalam nyata mengembirakan kira-kira 1000 penyokong yang hadir ke stadium dan mungkin selepas ini mampu menarik semula mereka yg telah 'hilang'.
penulis sebenarnya cukup terharu dan bangga dengan mereka yg ke stadium semalam. disaat-saat pasukan mengalami zaman kemelesetan, tempoh masalah, mereka masih setia berdiri di belakang pahlawan2 merah. sebelum perlawanan bermula, ketika pemain masuk ke padang, penulis terdengar jeritan seorang penyokong fanatik, "gomo sek kito, biar meney kali nih, toksoh duk rusing, sek kawe ado lagi, aloh mene sek kawe maghi, " (gomo kelantan, biar mng kali ni. jangan dibimbang, penyokong akan setia disini).
begitulah jiwa penyokong setia. kalah menang bukan persoalan, yang penting sokongan sejati. biar kita sentiasa disisi. mengharungi duka dan duka. penyokong bukan hanya ketika senang sahaja !
kepada pemain, ayuh! masa masih ada. bangkitlah wiraku, bangkitlah !

Saturday 23 May 2009

Wallpaper | Kelantan



Anda akan jadi lebih berintegriti jika meninggalkan komen
terutamanya selepas memuaturun sesuatu dari blog ini....
terima kasih

Friday 22 May 2009

Menanti Kemarau Berakhir.

dilema penyokong, dilema pemain, dilema pengurusan...
dilema, dilema, dilema..
apa yang berlaku sebenarnya kepada pasukan kesayanganku yg mendapat jolokan the red warriors ini? seolah-olah hilang punca, hilang arah tuju, terkapai-kapai kelemasan mencari kemudi yang hilang.
sesudah tewas penalti kepada selangor dalam penentuan final piala fa tempoh hari, pahlawan merahku terus ditimpa malang. tewas dan terus tewas. kemarau kemenangan kini semakin kuat dirasakan sehingga terjentik di minda bahawa liga super yang sebelum ini yang dilihat hampir dalam genggaman kini mungkin tinggal angan-angan.
entah apa yang berlaku kepada pemain. penatkah, atau masih belum dapat melupakan kekecewaan terlepas piala fa?
melihat kepada kedua2 faktor ini, mungkin ada kebenarannya.
faktor keletihan dan kepenatan boleh diterima akal. kenapa? sebab pasukan kelantanku adalah satu-satu nya pasukan liga super yang bermain'away game' untuk setiap perlawanan. gara-gara hukuman penggantungan stadium sultan mohamad IV menyebabkan kita beroleh stadium baru, nun jauhnya bukit jalil dari bandaraya islam kota bharu. jauhnya mereka terpaksa merantau untuk menjadi tuan rumah..
faktor kekecewaan? tidak boleh diterima sebenarnya dari sudut pemain profesional. tp dari sudut sains sukan faktor ini menjadi jawapan tambahan kepada kemerosotan prestasi pasukan kelantan kini. cuma istilahnya perlu diubah. bukan kekecewaan, tetapi 'burn out' setelah mencapai kemuncak prestasi untuk mara ke perlawanan akhir piala fa selepas dihujani dengan pelbagai permasalahan, kontroversi dan juga tekanan-tekanan dari mereka yang sentiasa mencemburui keselesaan dan kemegahan sesuatu pasukan. impikasi menumpukan sepenuh perhatian, tumpuan, kudrat, mental dan fizikal untuk menghadapi cabaran piala fa menyebabkan berlakunya tempoh 'burn out' atau 'fatigue' sepertimana yg the red warriors lalui tika ini.
entah lah.....
harapan dalam hati masih tidak berubah. harapan untuk pasukan tidak terus rebah. namun kami akan sentiasa mendukungmu the red warriors! sokongan kami bukan ketika menang, sokongan kami sepanjang zaman!
ayuh the red warriors, bangkitlah dengan penuh keazaman untuk menembus tradisi. tamatkan segera kemarau ini..................

SETINGGI MANA PIALA DIJUNJUNG, TINGGI LAGI MARTABAT DIJULANG