Tuesday 30 June 2009

Pandang ke belakang?

Adakah Liga Bolasepak profesional Malaysia semakin menuju zaman penghabisan? cakap-cakap dari pihak fam khabarnya mahu liga malaysia kembali ke liga semi-pro berikutan masalah kewangan pasukan yang semakin meruncing dan yang terbaru melibatkan pasukan MyTeam FC yang berkira-kira untuk menarik diri dari saingan musim hadapan sebagai langkah penyelesaian untuk skuad dari realiti tv itu.

Jika direnung sedalam-dalamnya, adakah liga profesional menjadi punca masalah kewangan pasukan? apa yang salah dengan liga? pada hemat sangkunang, liga tidak salah tapi orang yang menguruskan liga itu yang salah. salah mengurus, salah mentadbir, salah merangka, dan salah melaksana. kenapa kita gagal?

Entahlah, sangkunang tidaklah pakar mana dalam hal ehwal pengurusan bolasepak, tapi apa yang sangkunang nampak kebergantungan berterusan pasukan kelab/negeri kepada FAM dalam hal ehwal kewangan menyebabkan pasukan negeri/kelab terus 'manja' untuk menagih dana dan geran tahunan dari FAM semata-mata.
kebanyakkan pasukan negeri/kelab dalam liga malaysia tidak merangka pelan strategik untuk menjana kewangan seperti menjalinkan kerjasama dengan syarikat korporat dan mencari seberapa banyak rakan penaja dalam usaha mengkorporatkan pasukan agar masalah-masalah lama seperti isu gaji dan kebajikan pemain tidak tergendala.

kembali ke liga semi-pro, atau kekalkan status pro sedia ada (walaupun sangkunang rasa tidaklah pro mana pun)......

... x pasti mana lebih bagus

Saturday 20 June 2009

My team oh MyTeam ?


Sebentar tadi aku membelek sebuah majalah bolasepak lama dalam koleksiku. salah satu artikel yang menarik perhatianku ialah artikel berkenaan pasukan bolasepak yang diilhamkan dari sebuah rancangan realiti televisyen. Pasukan mana lagi kalau bukan pasukan MyTeam FC. Dalam artikel tersebut, penulis membuat liputan mengenai persiapan pasukan untuk menyertai LIga Malaysia dan juga turut menyelitkan azam, visi, dan misi pasukan yang dibimbing oleh Bojan Hodak itu untuk menjadi sebuah kelab bolasepak yang terulung di Malaysia selain menunjukkan kepada dunia bolasepak, bagaimana mahu menguruskan sebuah kelab bolasepak secara profesional.

Memang diakui, dan tidak dinafikan pasukan MyTeam ketika itu mempunyai ciri-ciri yang lengkap dalam pembikinan menjadi sebuah kelab yang hebat. Dengan pemimpin kelab yang berpengaruh dan berwawasan, penajaan yang kukuh dari syarikat2 besar dan sumber kewangan yang melimpah, MyTeam mempunyai kekuatan tersendiri mewujudkan satu fenomena baru bolasepak malaysia dengan menonjolkan imej pasukan kelab disebalik bayangan pasukan-pasukan lain yang bertunjangkan negeri.

Myteam is not MyTeam. Aku bukan penyokong MyTeam pun. Tapi sebagai peminat bolasepak Malaysia, aku suka mengikuti perkembangan pasukan ini kerana kerana banyak sebab. Ada lah sebabnya..
Setelah dua tiga tahun beradu kekuatan di liga utama malaysia, khabar angin semenjak dua ini agak tidak menyenangkan (mereka). MyTeam dikatakan mengalami masalah kewangan! biar betul. Dari khabar angin, ia bertukar menjadi khabar dalam surat khabar. Pendedahan pemain mengenai masalah gaji tertunggak disusuli dengan laporan akhbar mengenai hasrat pengurusan kelab mahu menjual pemain membuatkanku tersengih kepelikan. Takkan kelab se'gah' MyTeam boleh mengalami masalah kewangan. Kesilapan pengurusan kah? atau penaja lari kah? mana satu??

Seingat aku satu ketika dulu, pasukan ini terlalu kaya sehingga mampu berlatih di Ol Trepod. selain menggunakan MSN sebagai tempat latihan.

Jadi.....

Kata kawan-kawanku, ni semua ada kaitan dengan politik. Politik macam mana tu? Hmmm, pertukaran tampuk pemerintahan negara memberi kesan kepada MyTeam. Yeke? hmmm, entah lah.

Cuma aku berharap, pemilik pasukan ini akan berusaha bersungguh-sungguh memulihkan pasukan agar tidak menjadi pasukan kelab seterusnya yang menemui titik noktah sepertimana yang dialami oleh kelab2 di Malaysia sebelum ini.

Aku yakin dan yakin, bosnya mampu menyelamatkan MyTeam !

(cerita ini belum tamat lagi rasanye. sape tau kenapa MyTeam jadi gini???)

Friday 19 June 2009

Korea Utara ke Piala Dunia... Kita?


Korea Utara ke Piala Dunia. Celik betul-betul. KOREA UTARA, bukannya pasal KOREA SELATAN pasukan park ji-sung mahupun lee hyong-pyo ataupon lee chun-soo. kalau korea selatan orang tak bising sangat sebab korea selatan memang memiliki barisan pemain bintang.. ini kisahnya korea utara, negara nuklear.!
Mengejutkan bukan? tapi itulah realitinya. KOrea Utara menamatkan penantian 44 tahun untuk layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2010 di afrika Selatan setelah seri dengan Arab Saudi 0-0 sekaligus mengenepikan laluan pasukan gergasi arab iran, yg terpaksa menerima hakikat gagal ke piala dunia 2010.
bercerita mengenai kejayaan Korea Utara, sememangnya keputusan ini amat menakjubkan bagi mereka sendiri dan sesiapa saja, baik rakyat pyongyang, ban ki-moon (s/u PBB), mahupun datuk che mat jusoh serta shebby singh. tengok saja lah kumpulan B pusingan akhir kelayakan yang menempatkan Korea Selatan, UAE, Iran, arab Saudi dan korea Utara sendiri. pada peringkat awal pusingan kelayakan, ramai yang mampu memberi ramalan mengenai kesudahannya. rata-rata berpendapat korea utara sekadar pelengkap kumpulan B dan tidak mendatangkan banyak masalah buat pasukan seperti arab saudi dan iran. kini, ramalan meleset. korea utara mengiringi jirannya, korea selatan menempah tiket automatik ke piala dunia 2010.
kita? bila lagi? sejenak, malu jugak rasanya. korea utara tu tak memiliki liga bolasepak profesional mahupun semi pro ! kalau dah negara tak ade liga profesional, maknanya pemain yang ada dalam skuad kebangsaan korea utara bukan pro (ramai jadi askar profesional kot).
dan alangkah malunya kita, malaysia yang memiliki pemain dan liga profesional sehingga kini tak payah cerita piala dunia, pingat emas sukan sea pun kita masih terkial-kial !
teringat beberapa tahun lepas (tak lama, baru je beberapa tahun), malaysia dan korea utara tidak jauh bezanya. tapi kini, kita memang di taraf yang BERBEZA !

Friday 29 May 2009

Gelanggang Keramat Kembali

Keputusan tidak rasmi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang bermesyuarat petang tadi memutuskan untuk menerima rayuan kedua Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) untuk kembali membawa perlawanan Liga Super ke Stadium Sultan Mohamad IV.
Walaubagaimanapun, keputusan rasmi penguatkuasaan tarikh kebenaran perlawanan masih belum diputuskan.
Kami di kelatedotnet, memanjatkan jutaan kesyukuran diatas keputusan ini dan amat berharap tiada lagi kejadian-kejadian buruk seperti tragedi 7 april lalu yang telahpun merencat perkembangan dan kemajuan bolasepak kita.

ALHAMDULILLAH.

Thursday 28 May 2009

Kekejaman komunis

BANGI 27 Mei - "Ayah dan bapa saudara saya diikat dengan tali antara satu sama lain, mereka diseksa, seluruh tubuh ditetak dan ditakik-takik sebelum leher kedua-duanya disembelih.

"Semasa ditemui, mayat kedua-duanya hanya tinggal rangka dan tulang, bercampur antara satu sama lain tanpa kepala, amat jelas kesan takikan bertubi-tubi seperti sebatang pokok kayu yang ditakik-takik bagi dikeluarkan getahnya."

Demikian cerita Profesor Dr. Amat Juhari Moain, bekas Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM).

Beliau berkata, jenazah bapanya, Moain Saridin @ Shahidin dan Hassan Akasah yang dibunuh dengan penuh kejam tanpa perikemanusiaan oleh komunis itu kemudian dikebumikan dalam satu liang lahad di Kampung Sungai Dulang Darat, Rengit, Batu Pahat Johor.

Mengimbas kejadian menyayat hati yang berlaku pada akhir Jun 1945 tetapi masih lagi segar di ingatan seolah-olah baru berlaku semalam, Amat Juhari, 69, berkata, semasa dia dan bapanya mandi di tepi Sungai Dulang pada waktu petang, mereka didatangi beberapa penduduk yang meminta bantuan.

Menurut beliau, arwah ayahnya, seorang ketua kampung, dimaklumkan mengenai penangkapan seorang alim yang dikenali dengan nama Wak Sulaiman oleh sekumpulan komunis.

"Adalah menjadi tanggungjawab arwah ayah untuk membantu anak buahnya, lantas dia yang berselempang kain merah segera bergegas ke kawasan hutan di pinggir kampung, kawasan yang menjadi persembunyian komunis itu dengan ditemani oleh Hassan.

"Sehingga lewat tengah malam ayah, Hassan dan Wak Sulaiman masih tidak pulang dan selepas beberapa minggu, langsung tiada berita mengenai mereka bertiga, sama ada hidup atau mati.

"Pada malam yang sama terdapat seorang Cina bersenjata mundar-mandir di kawasan rumah kami, seperti tidak membenarkan kami keluar mendapatkan bantuan.

"Keadaan itu berlarutan sehingga beberapa minggu menyebabkan kami sekeluarga menjelang malam terpaksa menyorok di kawasan pokok buluh berhampiran bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beberapa minggu selepas itu apabila keadaan telah menjadi aman, penduduk kampung mula berani keluar rumah untuk mengerjakan kebun masing-masing dan ketika itulah mayat Moain dan Hassan ditemui di bahagian hutan.

Sementara itu, Amat Juhari berkata, pada akhir Mei tahun sama, sebelum kejadian itu berlaku, sekumpulan kira-kira 20 komunis yang lengkap bersenjata mengunjungi bapanya di rumah bagi mempelawa dan meyakinkan arwah supaya menyertai kumpulan haram mereka, tetapi telah ditolak.

Tambah beliau, kekejaman komunis tidak hanya terhenti di situ malah ramai lagi penduduk kampung yang berpengaruh seperti penghulu, orang alim dan pendekar dibunuh kerana enggan memberikan sokongan dan kerjasama kepada mereka.

"Saya masih ingat lagi kejadian di Kampung Sungai Tongkang berhampiran kampung kami apabila komunis menyerang rumah penghulu, mereka tembak bertubi-tubi sebelum dibakar menyebabkan kira-kira 30 orang yang berlindung di rumah berkenaan mati," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, arwah bapanya sebenarnya telah menghidu lebih awal kegiatan komunis di negara ini apabila mendapat maklumat melalui pembacaan dalam Utusan Melayu dan Utusan Zaman yang dilanggan terus daripada Singapura pada masa itu.

sumber : Utusan Malaysia