Sunday 13 September 2009

HARIMAU BAHAM LESOTONG

tuan punye gambo

Persediaan skuad bimbingan K Rajagopal untuk menghadapi Sukan Sea nampaknya semakin mantap. Setelah siri jelajah Asia Barat disudahi dengan sempurna, skuad Harimau Malaya kembali ke tanah air melayan kunjungan pasukan Afrika, Lesotho. Di hadapan penyokong sendiri dengan aksi pantas dan bersemangat, Malaysia semakin mudah membelasah Lesotho 5-0.

Mengulas mengenai kemenangan besar Malaysia ini, gua berasa bangga dengan peningkatan yang ditunjukkan selari dengan kematangan para pemain setelah beberapa perlawanan menentang pasukan-pasukan gergasi. Namun disebalik kemenangan besar ini, ada yang memandang sinis dengan berkata-kata- "dengan Lesotho boleh laa engko belasah, ranking pun 160"...

Hmm, memang ler ranking dunia Lesoto tu 160. Malaysia plak 152.. 160-152 berapa jawapannye??? bukan ke 8. bile perbezaannya 8 tangga je, maknanya kedua2 pasukan atas kertas nampak setaraf. Tp atas padang, kita lagi hebat ler.
Hebat laa beb, 5-0 tu. kalo dengan pasukan yang sama taraf kita boleh belasah maknanya kita kuat. sebab biasanya kalo pasukan setaraf mesti pasukan tu agak liat utk ditewaskan atau paling tidak pun seri aje. tu baru namanya setaraf.

Nak bincang pasal ranking? jom tgk siri perlawanan persahabatan terdahulu. Lawan China, kita seri dengan China 0-0. Lawan Arab Saudi kita tewas 1-2 dan lawan Jordan kita seri 0-0.
China di ranking 107 dunia, Arab Saudi di ranking 65, dan Jordan di ranking 129.
Bermakna, ketiga-tiga pasukan ini adalah jauh lebih baik dari malaysia yg berada di tangga 152 ataupun halaman ke4 dalam senarai negara2 ranking FIFA.. ish2... bukan ke jauh darjat malaysia dengan Arab Saudi? Bukan ke luas jurang dengan China? bukan ke banyak lagi tangga nak kejar jordan?

Berdasarkan kenyataan yang mereka jauh lebih baik dari Malaysia, persoalannya kenapa ketiga-tiga pasukan ini tidak mampu membelasah Malaysia seperti mana Malaysia membaham Lesotho yang hanya dibezakan 8 tangga dalam ranking????
Oh, Malaysia main tempat sendiri boleh laa..
Abis tu, masa Malaysia lawan Arab Saudi main kat mana? Kuantan? atau Alor Setar?
hmm, apa2 je laa. yg penting bagi gua, dengan prestasi Malaysia yg agak baik ketika ini, coach Raja mesti merencanakan sesuatu utk mengekalkan rentak para pemain agar tidak goyang sehingga sukan sea nanti. momentum serta semangat sebegini perlu dikekalkan agar sasaran pingat emas (walaupon FAM x target apa2) berjaya dibawa pulang ke Malaysia.

CONGRATZ RAJA n PLAYER n ULTRAS n PENYOKONG n JUGA PENGKRITIK SEUMUR HIDoP !

sangkunang : sekali lagi diingatkan untuk FAM. jangan tidor! susun jadual friendly untuk 2010 siap2 !

Wednesday 2 September 2009

MALAYSIA B23 - Langkah Semakin Berani

Semakin hari semakin yakin, semakin bersemangat dan semakin berani. Itulah yang ada pada skuad bolasepak Malaysia bawah 23 bimbingan K. Rajagopal pada hari ini. Perjalanan untuk menuai pingat pada sukan sea hujung tahun nanti dipersiapkan sebaiknya. Peristiwa hampir memalukan Manchester United julai lepas nampaknya memberi kesan besar kepada skuad bolasepak negara.

Bemula dengan keyakinan dan moral pemain yang meningkat naik mendadak, jadual perlawanan persahabatan antarabangsa mereka kini sibuk dan padat. Malaysia berupaya menarik minat pasukan-pasukan kebangsaan bertaraf gergasi untuk mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa.

Selepas menentang Setan Merah, banyak perlawanan antarabangsa diatur. Skuad Malaysia kendalian Rajagopal bermula baik dengan mengikat Kenya kemudian disusuli dengan kejayaan menambat China 0-0 di Shah Alam.

Skuad Harimau Malaya kemudian terbang ke bumi Arab sempena bulan Ramadhan yang mulia untuk untuk beradu nasib menentang pasukan gergasi Asia, Arab Saudi. Keputusannya, seperti menentang China, Malaysia kini liat untuk melepaskan banyak gol kepada pasukan-pasukan gergasi. Malaysia yang membariskan 'budak-budak' bawah umur cuma tewas 2-1 kepada pasukan senior berbadan besar di tempat lawan pulak tu.

Selepas ini, beberapa perlawanan persahabatan lagi menanti sebelum tirai Sukan Sea dibuka. Antaranya menentang Jordan, 5 September dan Lesotho, 11 September.
Harapan kami, semoga semangat juang tinggi yang ditunjukkan oleh barisan muda ini akan terus berkekalan untuk mencapai misi merangkul pingat emas sukan sea nanti.

Diharapkan juga, jadual perlawanan berterusan macam ni menjadi titik tolak kepada perubahan FAM untuk menyusun jadual perlawanan persahabatan antarabangsa yang lebih terancang pada masa hadapan. Agar tiada lagi kes 'tak cukup perlawanan', 'kurang pendedahan'dan sebagainya. Kaji jadual antarabangsa FIFA dan susun elok2.. jangan asyik cuti memanjang !

sangkunang ; biarlah persatuan dicaci-maki, jangan sesekali pasukan dibenci !

Monday 31 August 2009

SATU MALAYSIA


Berdiri teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Satu Malaysia untuk semua

SALAM 1 MALAYSIA

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN KE 52
KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA.
HARGAI DAN SYUKURILAH NIKMAT KEMERDEKAAN YANG KITA MILIKI
PADA HARI INI.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Aku memohon darimu....
Kau peliharalah negaraku Malaysia ini agar terus
aman, damai dan harmoni.
Jauhilah kami dari perasaan hasat dengki, benci-membenci,
serta hasut menghasut sesama sendiri.
Lindungilah kami dari sebarang kekacauan dan pencerobohan
sama ada dalam bentuk fizikal mahupun pemikiran.
Amin......

Monday 10 August 2009

Nasib Anak Rantau & Liga M

PADA November 2002, Eric Johnson menerima satu emel. Dalam emel itu tercatat hasrat seorang pemuda untuk memburu impian.

Dua bulan kemudian, jurulatih kelab bola sepak Western Illinois itu menyambut kunjungan penghantar emel berkenaan.

Kosuke Kimura melangkah masuk ke pejabat Johnson tanpa dipelawa.

Sekalipun tidak fasih berbahasa Inggeris, Kimura memperkenalkan dirinya.

Mengimbas detik itu, Johnson ingat-ingat lupa mengenai emel yang menyatakan minat Kimura untuk mencuba nasib memburu impian di Amerika Syarikat.

Beribu batu ditempuhinya, dari Yokohama ke Illinois semata-mata untuk memenuhi cita-citanya.

Kini Kimura, antara tonggak Colorado Rapids, dikenali selaku pemain Jepun pertama menghiasi Major League Soccer atau MLS di Amerika Syarikat.

Musim pertamanya cukup mencabar.

"Saya banyak memanaskan bangku simpanan pasukan simpanan, bukannya skuad utama. Tapi sejak kecil saya dididik oleh bapa agar menjaga disiplin. Dia mengajar erti keyakinan diri dan keinginan."

Tanpa mengenal jemu, Kimura menjalani latihan keras, sentiasa bersaing malah memenangi kebanyakan bentesan, rebutan bola dan latihan pecut. Tidak lama kemudian dia mendapat peluang menyarung jersi pasukan utama Colorado.

Membesar di Jepun, Kimura, seperti remaja lain, menyimpan impian bermain dalam Liga J. Pada peringkat sekolah menengah, Kimura beraksi untuk pasukan simpanan Kawasaki Frontale.

Kimura mengalami kecederaan serius yang menyebabkan dia terlantar lebih sembilan bulan, lalu digugurkan oleh Kawasaki.

Dia kemudian tidak memilih bermain di peringkat universiti kerana percaya lazimnya pemain remaja menyertai kelab profesional dari peringkat menengah.

Rakannya, Issey Maholo, mencadangkan agar Kimura menulis kepada jurulatih-jurulatih Divisyen Satu di Amerika Syarikat.

Memandangkan Kimura tidak fasih berbahasa Inggeris, Maholo, yang bermain untuk Boston College dari 2003-2006, membantu menghantar emel kepada lebih 30 jurulatih sekolah Divisyen Satu di Amerika Syarikat.

Johnson antara yang memberi respons. Lantas terus terpikat menonton rakaman video yang dihantar dari Jepun.

Sesudah mengharungi ujian termasuk peperiksaan SAT, Kimura akhirnya berjaya.

Berapa ramai agaknya di kalangan pemain tempatan yang sanggup bersusah-payah mencari rezeki, menimba pengalaman dan ilmu di perantauan?

Berapa ramai pula agaknya jurulatih dan pegawai yang berlapang dada menerima seorang perantau untuk menyertai pasukan mereka?

Oh, terlupa, di Malaysia, kita melarang penggunaan pemain import. Kita juga tidak tahu struktur Liga Malaysia musim depan.

Yang kita tahu bola sepak Malaysia sedang menempuh zaman suram. Keputusan-keputusan yang dibuat oleh pengawal selianya di FAM tidak pula mencerminkan iltizam untuk mengubah keadaan.

Tidak seperti Kimura yang berusaha mengubah nasib dan keadaan dirinya.

dipetik dari harian kosmo

---------------------------------------------------------------------------------

sangkunang: terpikir jugak bila anak malaysia berani mencuba nasib di tempat orang. sering mengharapkan bantuan pihak fam untuk mengembangkan sayap ke liga luar adalah satu usaha yang kurang berkesan. contohilah pemain2 afrika yang berkelana dimana-mana saja demi bolasepak.