Friday 23 July 2010

KARNIVAL RED WARRIORS

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI
KARNIVAL BOLASEPAK TERULUNG DI MALAYSIA

pakak maghi blako adik kakok anok branok kito blako. hok mano duk dekat tu jange duk denga oghe ceghito jah, hok mano duk jauh ejah gi kelik kalu bulih. kalu dokleh kito tupe gege puok kito ble-bley tengok gamba...

GOMO KELATE GOMO

Tuesday 20 July 2010

HARAM BERJERSI.....

Minat bola, fanatik bola, tidur makan minum semuanya bola.
Tapi jaga-jaga. Dalam pada kita berfanatik terhadap sesebuah pasukan bolasepak, mungkin secara tidak sedar kita sudah mensyirikkan Allah. Bukan melalui pemujaan, atau jampi mentera, tapi sehelai kain membalut tubuh sudah cukup untuk mendatangkan kemurkaan Allah.

Pemakaian jersi bolasepak yang memaparkan imej salib, syaitan dan jenama air kencing syaitan boleh menjurus kepada perbuatan syirik. Penasihat Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadoot berkata berbuatan memakai jersi-jersi tertera imej2 tersebut secara tidak langsung mencerminkan bahawa pemakainya sedang mengagung-agungkan sesuatu agama lain bagi jersi berimej salib, mempromosikan arak bagi jersi tertera jenama arak dan bersekongkol dengan syaitan bagi jersi yang berimej syaitan.

Jadi, minat minat juga, hukum tetap hukum walau apa pun alasan kita.......

PAPARAN JENAMA ARAK




IMEJ SALIB PADA JERSI


IMEJ SYAITAN.... !

Kalau kita fanatik sangat terhadap bolasepak, beralihlah kepada jersi ini.....


ini,

ini,

dan sudah semestinya ini.............


SOKONGLAH BOLSEPAK TEMPATAN !!!


Saturday 17 July 2010

Misi Penting..


Liga Super Malaysia berbaki 4 perlawanan sahaja lagi. Dengan Selangor masih memimpin carta liga dengan kelebihan 5 mata, bukan bermakna segalanya sudah berakhir buat Laskar Merah Putih Kelantan. Malam ini satu Stadium Bolasepak Cheras bakal diwarnakan dengan warna merah.

Kejayaan mengikat selangor minggu lepas pastinya memberi semangat buat anak buah B Sathianatan untuk terus mengejar Selangor sambil mengharapkan akan ada keajaiban di Stadium Shah Alam malam ini dari pasukan PuLau Pinang.

Pasukan tuan rumah, Kuala Lumpur yang menanti kunjungan Kelantan dengan harapan akan ada penyokong tuan rumah turun memberikan sokongan kepada mereka sepertimana era kegemilangan Kuala Lumpur pada zaman Razif Ismail suatu ketika dulu. Stadium mereka sentiasa penuh, sentiasa dahagakan kejayaan. Tapi kini entah kemana semuanya penyokong Kuala Lumpur. Nak kata sokong KL Plus, takde jugak.

Tapi, apabila menentang pasukan Kelantan, pihak pengurusan KL pastinya senyum lebar. tak kira apa keputusan dalam padang, yang penting, poket mereka penuh, tiket pastinya habis....

Thursday 8 July 2010

Menjelang Pertembungan Terhangat 2010

Siapa tidak kenal Paul si sotong sial (kate penyokong Jerman).. Dengan rekod 100 % ramalan tepat sepanjang Piala Dunia FIFA berlangsung.
Setelah berakhirnya perjuangan pasukan ramalan Paul, Jerman, kini Paul beraksi lagi. Menjelang perlawanan Liga Super 2010 Selangor menerima kunjungan Kelantan di Stadium Shah Alam suasana liga bolasepak tempatan kembali hangat walau terpaksa menyelinap di celah2 kemeriah Piala Dunia FIFA..

Paul pilih Kelantan, semoga Kelantan menang !
GOMO KELATE GOMO..........