Sunday 31 October 2010

JOGHO !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Justify Full
Satu Malaya tau doh.. Kelate meney...tokleh nok kato gapo doh. malah nok ngulah, mugo sghemo oghe kelih blako.duk stadium duk depe tibi. sghemo kelih dan sghemo mengakui yg KELATE JUARA !

ALHAMDULILLAH.
Penantian panjang ditamatkan sudah. Dendam lama dilangsai sudah.

Akhirnya air mata kegembiraan mengalir di Stadium Bukit Jalil....
CINTAKU TERTINGGAL DI STADIUM

Saturday 30 October 2010

BERSEDIA !!!

8 Jam sebelum sepak mula penamat musim bolasepak 2010.
Aku sudah bersedia. Bersedia menjadi sebahagian daripada sejarah.
Sejarah baru bolasepak Malaya. Piala keagungan berusia 84 tahun menjadi idaman.
Barisan Indra Putra.... In U We Trust...

ayuh perwira, seputih jersimu, sucikan perjuanganmu

Kepada pemain ke-12 laskar merah. Ayuh kita bersatu tenaga berpadu suara. Berikan sokongan 100%. Mereka memerlukan kita. Namun jangan sampai kita melanggar batas-batas etika kita sebagai orang beradab, orang terhormat. Jangan ulangi kesilapan lama. Beraksi ganas terhadap penyokong lawan sedikitpun tidak membantu pasukan kita untuk menang.

no, no, noo.. we dont want this action again

Friday 29 October 2010

Azam Si Kapitan : GO ALL OUT !

“Our supporters are no ordinary football fans ... they are passionate about the game. To let them down in the final was very sad. I knew there was a lot at stake when I took the first kick and when the ball hit the post, it broke their hearts and mine too.’’
Selaku jeneral padang, Indra Putra Mahayuddin menggesa rakan sepasukan agar berjuang mati-matian demi memastikan Piala Malaysia dapat dibawa pulang ke Kota Bharu buat kali pertama dalam sejarah sebagai hadiah paling bermakna buat peminat setia The Red Warriors yang sudah banyak berkorban jiwa dan raga dalam mengiringi perjuangan Kelantan.

Ayuh pahlawan-pahlawanku, jadilah pahlawan sebenar. Esok penentu segalanya. Tamatkan penantian panjang ini !

WALLPAPER | FINAL PIALA MALAYSIA 2010


__________________________________________
Anda akan jadi lebih berintegriti jika meninggalkan komen terutamanya selepas memuaturun sesuatu dari blog ini....
terima kasih

Thursday 28 October 2010

KONSPIRASI TIKET

foto: Shalaby Ibrahim

Kerancakan dan keghairahan menjelang final Piala Malaysia tahun ini tampak suram. Persiapan pasukan dan perang psikologi antara satu sama lain kurang meriah berbanding edisi lepas. Apa yang meriah kali ini ialah isu tiket, baik di pihak Kelantan mahupun Negeri Sembilan. Kedua-dua mengalami masalah sama berkaitan tiket.

FAM selaku penganjur perlawanan akhir telahpun mencetak 80 000 tiket. 30 000 diberikan kepada KAFA untuk dijual di Kota Bharu manakala 30 000 lagi dimiliki oleh PBNS untuk diedarkan di Seremban. Manakala baki 20 000 akan dijual di stadium Bukit Jalil pada hari perlawanan. Sekadar informasi, Stadium Nasional Bukit Jalil adalah berkapasiti 120 000 namun hanya 80 000 kapasiti dibenarkan untuk perlawanan ini atas faktor keselamatan.

Masalah yang berlaku. Di Kota Bharu khabarnya, hanya separuh daripada tiket yg diperuntukkan itu dijual kepada peminat. Separuh lagi menghilang. Sama juga keadaannya di Seremban. 30 000 habis walaupun pembelinya tidak sampai pun daripada jumlah itu. Timbul persoalan disini kemana menghilang tiket???

Aku rasa wujud konspirasi bisnes disini. Pihak persatuan menjual tiket secara borong kepada ulat dengan harga tinggi. dan ulat-ulat tiket akan menjual tiket final dengan harga mencecah RM60. Keghairahan peminat kedua-dua pasukan diambil kesempatan oleh pihak-pihak yg tak betanggungjawab untuk mengaut keuntungan mudah.

Senario ini pernah berlaku tahun lepas dimana sehari sebelum perlawanan berlangsung harga tiket khabarnya mencecah Rm80 di pasaran gelap. Tapi itu kes terpencil tidak seperti tahun ini yang nyata bersuluh bahawa tiket-tiket sudahpun lesap !

Di Kuala Lumpur, tiket2 di stadium Bukit Jalil akan dijual pada hari perlawanan bermula jam 10 pagi. Aku sangat bimbang dengan keputusan ini. Bimbang pada hari sabtu nanti, peminat-peminat yang masih tak bertiket akan berhimpun di perkarangan stadium seawal subuh. Jumlah peminat tak bertiket mencecah puluhan ribu, tapi peruntukan tiket yang ada hanyalah 4-5 ribu sahaja. Apa yang akan jadi nanti? Apa yang akan dilakukan oleh insan-insan kecewa ini? Bagaimana mereka hendak meluahkan kemarahan mereka??? doakan tiada apa2 yg akan berlaku.

dan jika tak mahu apa-apa berlaku, tiket untuk Kuala Lumpur seharusnya dijual 2 hari lebih awal. Bukannya PADA HARI PERLAWANAN !