Saturday 2 April 2011

Stadium Sultan Mohamad IV Venue Pra-Olimpik ?


KAFA melalui Presidennya, Tan Sri Annuar Musa hari ini menyatakan keinginan dan hasrat untuk membawa perlawanan kelayakan olimpik menentang Lebanon Jun ini ke Kota Bharu...


Tunggu je nanti ye...

Wednesday 30 March 2011

MISI TIDAK MUSTAHIL




Misi Piala Dunia


MALAYSIA vs TAIWAN

29 Jun & 3 Julai 2011


Misi Olimpik

MALAYSIA vs LUBNAN

19 Jun & 23 Jun 2011

Wednesday 26 January 2011

KARATHU PENGGANTI SATHIA...

Info dari Azman Eusof, (bekas penolong jurulatih Harimau Muda),
M Karathu kini sah menjadi jurulatih Kelantan menggantikan Satianathan yang 'diberhentikan' secara paksa oleh FAM.
Sementara itu, Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa melantik B. Satianathan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kejurulatihan dan Pembangunan Bolasepak KAFA.
DIBUNUH TAK MATI, DITAHAN TAK HENTI,
PATAH SAYAP BERTONGKATKAN PARUH,
AYUH KELATE,
KACHE SAPA MENE,
KELATE KU SAYE !

Monday 24 January 2011

GELORA KOTA BHARU | Satia Letak Jawatan


Sehari selepas pengumuman tajaan bernilai jutaan ringgit kepada skuad The Red Warriors, persiapan Kelantan menghadapi perlawanan Sumbangsih Liga Super 2011 dikejutkan dengan berita perletakan jawatan ketua Jurulatih, B. Satianathan berkuatkuasa serta merta (info dari INFOSUKAN Tv1). Perletakan jawatan Satia ini disebabkan oleh keputusan Jawatankuasa Disiplin FAM yang mengumumkan pengekalan hukuman gantung 6 bulan kepada bekas jurulatih kebangsaan itu kerana mengkritik badan induk bolasepak Malaysia pertengahan tahun lalu.

Di saat Kelantan bersiap sedia melangkah ke padang menghadapi sesuatu kejohanan, cerita duka perletakan jawatan jurulatih seperti sudah menjadi satu badi buat skuad yang dahulunya dikenali dengan jolokan Kijang Emas ini. Untuk rekod, pada tahun 2008, jurulatih pasukan Norizan Bakar meninggalkan Kelantan beberapa hari sebelum bermulanya sepak mula Piala Malaysia. Skrip yang sama berulang setahun kemudian apabila jurulatih, Peter James Butler meninggalkan pasukan secara mengejut, juga beberapa hari sebelum Kelantan memulakan kempen Piala Malaysia 2009.
Di saat bahang pertembungan di Shah Alam 29 Januari ini semakin panas, berita perletakan jawatan ini nyata menambahkan lagi gelisah dalam kalangan peminat tegar The Red Warriors, apatah lagi skuad ini sebelumnya turut dilanda kontroversi perpindahan 'haram' beberapa pemain berstatus bintang, masih lagi belum mencapai jalan penyelesaian.
Pemimpin nombor 1 bolasepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa juga tidak terkecuali merasai kegelisahan ini. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau melalui laman Facebook rasmi miliknya, beliau nyata kecewa dan dukacita dengan perkhabaran terbaharu ini. Tambahnya, apakah seperti suatu kebetulan setiap kali kita menghadapi sesuatu kejuaraan, kita terbeban dengan masalah yang berat. Namun, beliau meminta semua pihak bertenang kerana menurutnya Satia masih belum meletak jawatan secara rasmi.
Apa pun, kami berharap, isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin agar persiapan yang telah disusun tidak hancur begitu sahaja. Dan kepada Jawatankuasa Disiplin FAM, insaf-insaf lah. Orang tu kritik sikit je, terus kau hancurkan karier orang tu...
FAM..... RAKYAT SUDAH MULA MENERIMA KALIAN, TAPI KALIAN MASIH CUBA MENGULANGI RENTAK LAMA. BERUBAHLAH !!!!

HAPPY Bersama The Red Warriors.



Kancah Liga Malaysia musim 2011 belumpun bermula. Namun kemeriahan musim ini paling awal didominasi oleh Juara Piala Malysia 2009, Kelantan. Diselubungi beberapa kontorversi perpindahan pemain bintang, sedikitpun tidak menjejaskan perancangan pasukan The Red Warriors dalam menyuntik keghairahan seluruh pendukung Wira Merah itu.

Semalam, di Kota Bharu berlangsung satu majlis menandatangani penajaan HAPPY Prepaid sebagai rakan penaja utama pasukan The Red Warriors. Penajaan ini membolehkan logo HAPPY Prepaid dipamerkan pada dada jersi pemain, menyertai syarikat-syarikat lain yang sebelumnya sudahpun bersetuju bersama The Red Warriors seperti Alhamra, Sinar Harian, Yusmira Trading, dan Al-Jabbar Group.

Syabas buat Tan Sri Annuar Musa, yang berjaya menarik penglibatan korporat terhadap bolasepak Kelantan. Semoga usaha mengkorporatkan pasukan ini dapat dicontohi oleh pasukan-pasukan lain di Malaysia sekaligus merancakkan kembali saingan liga domestik kesayangan kita ini...