Thursday 22 December 2011

Mengendali Pasukan Profesional Secara Profesional

Hari ini saya mahu bercakap bahasa surat khabar...Supaya nampak lebih sopan.

Sebelum itu, sila baca surat khabar.

Satu mukasurat sukan Utusan Malaysia hari ini membicarakan persiapan pasukan yang baru dapat mengecap nikmat beraksi di Liga Super setelah berusaha 8 tahun lamanya. Tahniah buat PKNS FC, Juara Liga Perdana 2011 dan menjadi keluarga terbaru Liga Super bersama Sarawak dan anak angkat merangkap anak emas, LION XII.

Sudah membaca laporan diatas? Ianya tentang persiapan rapi pengurusan PKNS FC dalam menguruskan bajet 7 juta. Banyak juga angka tersebut jika nak dibandingkan dengan angka yang dibelanjakan oleh Pahang. Mungkin separuh, mungkin tidak. Kalau tidak masakan mereka mahu kekal lama di liga kelas dua tersebut. Sedangkan sejarah pernah mencatatkan bahawa mereka adalah Juara Liga Super edisi pertama sejak ia diperkenalkan di tanah air ini. Masakan mereka mahu melupakan yang seantero Malaya pernah melabelkan mereka sebagai Real Madrid Malaysia lantaran mereka memiliki barisan bintang Malaya ketika itu. Belum ada Khairul Fahmi, Nazmi Faiz mahupun Fakri Sarani. Jauh lebih hebat dari barisan ini, mereka punya segalanya termasuk Vietcheslav Melnikov. Siapa tak kenal dia. Adik-adik generasi baru sila google siapa beliau. Mereka juga sama macam Real Madrid dari segi pemakaiannya. Adidas paparannya..
Oh, nampaknya saya terbabas sedikit dari landasan. Sila maafkan saya.

Berbalik kepada cerita PKNS yang tiada kaitan langsung dengan Real Madrid, saya sebenarnya ingin mengulas laporan yang disediakan di akhbar tersebut. Dari perenggan pertama, semuanya nampak lancar sehinggalah kepada perenggan ke 5 yang berbunyi,

"Dalam masa yang sama kami juga mengharapkan saingan musim depan PKNS FC akan mendapat sumbangan penajaan yang besar tanpa hanya mengharapkan geran tahunan sahaja.-Othman Omar, Penaung PKNS FC.

Mendapat sumbangan penajaan yang besar adalah salah satu contoh corak pengendalian kelab profesional yang sempurna. Berpandukan kata-kata tuan penaung tersebut, ianya kelihatan bagus untuk sesebuah kelab profesional bersaing dengan bantuan korporat. Seperti yang ditegaskan oleh bijak-pandai bolasepak dimana-mana sahaja, kuasa bolasepak banyak dijana oleh sektor korporat. Sama juga dengan PKNS. Selaku kelab tertua di Malaysia, sudah sampai masanya mereka muncul sebagai kelab yg mampu menjulang kejuaraan di Malaysia ini. Bukan sekadar bertanding untuk menunjukkan yang syarikat mereka ada nama. Lepas tu setahun dua bungkus. Oh, itu bukan PKNS. Itu Proton FC, Naza FC, KL Plus FC - sekadar menyebut beberapa nama.

Mencari sumbangan penaja bagi kelab yang dinaungi oleh syarikat sebesar PKNS adalah satu tugas yang tidak sukar sebenarnya. Sebab ianya PKNS, atau nama penuhnya Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, sebuah syarikat yang ada kepentingan dalam hal ehwal pentadbiran kerajaan dan pembangunan di negeri Selangor. Dalam projek-projek pembangunan PKNS, terdapat berpuluh-puluh lagi syarikat bernaung tender dibawahnya sama ada berskala kecil, sederhana mahupun bertaraf mega seperti Glomac contohnya. Jadi, apa salahnya kalau pengurusan PKNS menggunakan kelebihan sedia ada untuk memperoleh pernajaan dari mereka ini. Lainlah halnya dengan kelab bolasepak bertaraf nyamuk yang hidup segan mati tak mahu. Sinar Di Manja Maisarah misalnya. Entah dari mana, dari siapa dan untuk siapa kelab itu diwujudkan.

Situasi di Malaysia sekarang, ramai pengusaha bolasepak mengeluh kerana sektor korporat tidak mahu menyumbang kepada pembangunan bolasepak. Ayat menghentam selalu keluar dari mulut pemimpin bola ditujukan khas kepada mereka yang berduit kencang kerana enggan terlibat menghulur seringgit dua ringgit untuk bolasepak setempat. Sebenarnya pemimpin bola tersebut tidak pernah meminta pun secara langsung kepada korporat-korporat. Mereka terus menyuarakan kepada media. Dengan harapan syarikat korporat akan berlari-lari anak membawa kertas kerja -

"encik kelab A, kelab C, kelab X, tolonglah terima penajaan kami. Kami amat berminat menaja pasukan encik." situasi ini tidak berlaku di Malaysia.

Puiiiiii, Ptuuuuih laa.

Arena bolasepak kita masih belum bertaraf industri bolasepak diamana korporat perlu berebut-rebut menempek nama pada pasukan bolasepak. Belum lagi bertaraf Liga Perdana Inggeris. Belum lagi taraf dimana Mr Potato menghulur salam persahabatan dengan Manchester United. Belum lagi taraf jutawan-jutawan berebut membida pegangan dalam kelab. Belum lagi bertaraf semua itu.

Taraf kita sekarang ialah taraf pengendali pasukan atau pemimpin bola sesebuah kelab/negeri perlu menebalkan muka membawa kertas kerja, naik lif bangunan, ketuk pintu pejabat korporat, dan dengan renfah dirinya memohon tuan punya bangunan itu agar sudilah menguhulur sedikit dana kepada kami. Tak dapat banyak dikit pun jadi lah. Kalau dapat banyak, maka banyak dan besarlah nama syarikat tuan pada pasukan kami. Itu caranya.

Tambah Othman, PKNS FC juga perlu mencari strategi baru untuk meningkatkan penjualan tiket dengan mengharapkan kehadiran penonton.

Ini lagi satu hal sebenarnya. Mengharap kedatangan penonton berbekalkan usaha belas ihsan. Kesian mungkin orang akan datang tanpa ada sebarang usaha untuk memujuk mereka datang. Tanpa ada sebarang ikhtiar untuk menceritakan kepada penonton, kenapa mereka perlu datang. Langsung tidak ada sebarang langkah untuk memberitahu penonton bahawa mereka sebenarnya perlu datang.

"Saya merayu supaya rakyat negeri ini sama-sama memenuhkan stadium memberi sokongan kepada pasukan." Rayu seorang Yang Berhormat merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Negeri V.

Kepelikan dan kejelikan ini sebenarnya bukan hanya berlaku dalam kem PKNS. Ianya berlaku pada hampir kesemua pasukan negeri mahupun kelab yang bertanding dalam liga profesional di Malaysia. Kecuali sebuah pasukan di pantai timur, yang lain semua 'LOST !'.

Saya bagi contoh yang mungkin dikatakan bias atau berta sebelah. Namun itulah hakikatnya. Sekakat ini, hanya Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) sahaja yang tahu bagaimana untuk menarik penonton ke stadium.

"Eleh, Kelate boleh la. Orang dia fanatik. Gila bola", kata peminat G dalam Sokernet.

Saudara, kefanatikan dan keghairahan itu hanya mempengaruhi boleh jadi dalam 34 peratus sahaja. Itu pun terserap dan terfaktab dalam kalangan orang-orang kategori 'hard core' sahaja. Selebihnya ialah ketertarikan melalui PROMOSI. Promosi ialah cara terbaik untuk menarik kehadiran penonton ke stadium. Sama situasinya anda mempromosi barang dagangan anda dalam facebook. Semestinya mahu mendapat respon baik bukan?

Menjual gelas kaca, sudah semesti anda memaparkan gelas kaca dalam keadaan terbaik, cantik berkilat. Hanya peniaga-peniaga yang tolol dan bangang saja akan memuatnaik gambar gelas yang berdebu serta retak untuk dipromosi serta diniagakan.

Sama juga halnya dengan bolasepak. Bolasepak adalah produk. Pasukan adalah produk. Skil, kemahiran dan kecantikan permainan dalam pasukan adalah produk. Kekacakan serta kecomelan pemain dalam pasukan adalah produk. Pendek kata, dari stokin, telinga pemain, nama pasukan, padang stadium semuanya adalah produk yang harus diniagakan. Dan sebelum diniagakan, promosikan terlebih dahulu.

Kisah promosi akan bersambung~

Thursday 15 December 2011

Piala FA 2012


Dari jadual dah nampak dah pasukan mana yang akan ke Final. Satu slot dah kompem milik Red Warriors.. (kehkeh, gua sedang bercakap besar)

Friday 9 December 2011

Malaysia Negara Plagiat

Kisahnya dua negara berjiran. Tak pernah sunyi dari isu panas. Sentiasa tegang. Dari isu tenaga pekerja, menular ke isu sempadan. Dari lapangan politik menyusup masuk ke arena sukan. Pendek kata, Malaysia dan Indonesia memang tidak boleh bertemu. Pantas saja api kemarahan menyusup masuk mempengaruhi emosi. Mujurlah satu pihak lebih rasional berbanding satu pihak yang ternyata bangang secara serius !

Dari aku kecik sampai ke usia senja ni, satu je isu yang sering dimainkan oleh puak sana tentang keburukan Malaysia. Isunya ialah plagiat atau rompakan budaya atau di pihak sana dikenali sebaga MALING sehingga nama negara kita pun turut diubah sesuka hati.

Isu MALING selalunya berkaitan dengan budaya, contohnya isu tarian pendet yang dikatakan dicuri dari Indonesia. Tidak terkecuali juga isu bendera parti pemerintah Malaysia UMNO yang dikatakan ditiru atau dimaling dari Indonesia.

Dalam banyak-banyak isu plagiat yang diwar-warkan oleh media Indon, isu hari ini adalah isu plagiat yang paling bangang... MEmang lawak hari Jumaat...



khairul fahmi ( Penjaga Gawang Malaysia )

Plagiat
VJ Daniel

Badrool Bakhtiar ( Captain Malaysia U23 )
PLAGIAT
Eross Candra SHEILA ON 7
Safee Sali
Plagiat
Hamka Hamzah
Coba Deh Perhatin


Muka pemain bolasepak Malaysia pun dikatakan plagiat. Memang sah bangang !

* Jangan tunjukkan kebodohan secara melampau... hihi

Wednesday 7 December 2011

PIALA AFC 2012




foto : AFC

Saingan Piala AFC 2012 bakal membuka tirai.
Wakil Malaysia atau dengan nama lainnya FAM, ialah Kelantan selaku Juara Liga Super dan Terengganu selaku Juara Piala FA (tiada kaitan langsung sebagai naib juara Piala Malaysia) telah pun selamat diundi dalam grup masing-masing.

Terengganu di Group F, dan Kelantan The Super Warriors di Group H bersama Arema Indonesia, Navibank Vietnam dan Ayeyawady United Myanmar.

Sementara itu, Pasukan yang menggondol anugerah Persatuan Terbaik Malaysia Anugerah Bolasepak FAM/100 Plus 2011, iaitu Selangor diundi dalam kumpulan errrrrrrr......

SELAMAT MAJU JAYA

Friday 2 December 2011

FA Pelingkup Bola Malaysia

pencuri bakat

Bengang Ong Kim Swee [OKS]. Bengang bukan main bangang lagi setelah beberapa tonggak utama Harimau Muda A khabarnya mendapat tawaran lumayan dari beberapa FA bagi menghadapi saingan Liga Super musim 2012.

Bengang kan. Aku pun bengang. Seperti kata OKS, tak pernah berlaku lagi dalam mana-mana negara, pasukan kelab bergantung kepada pasukan kebangsaan untuk melahirkan pemain berkualiti. Sepatutnya kelab/FA negeri yang bertanggungjawab melhirkan bakat baru berkualiti seterusnya disalurkan kepada pasukan kebangsaan untuk manfaat negara. Malaysia tidak. Disini unik. Tugas FA adalah hanya mengepau pemain sedia ada dari pasukan kebangsaan/pelapis kebangsaan. Tiada hala tuju, tiada perancangan, malah pemimpin FA sendiri sebenarnya tiada minat dalam pengendalian pasukan bolasepak.

Di negara-negara maju bola, pasukan kebangsaan sebenarnya tak payah bekerja keras sangat. Sebab pemain-pemain dicedok dari kelab. Dari akdemi kelab masing-masing. Tugas jurulatih kebangsaan ialah memilih pemain, dan mengadunkan bakat pemain dengan taktikal sendiri.

Disini. Tugas seorang jurulatih kebangsaan ialah, mencari, menilai, menguji, melatih, mengajar balik dari A-Z, termasuklah stamina pemain. Itu hanya untuk satu kejohanan saja. Berdepan dengan satu kejohanan yang lain atau perlawanan yang lain, tugas-tugas yang disebutkan tadi akan berulang dari mula mencari sampai yang part A-Z.

Sekian. Majulah FA untuk MALAYSIA