Sunday 1 April 2012

Seleweng FAM

PANAS!!!!!!!!!! PENYELEWENGAN FAM MULA TERSEBAR!!!!!

Penyelewengan Pertama:

Jawatankuasa pasukan kebangsaan hanya bermesyuarat sekali sahaja. Dalam mesyuarat ini diutuskan bahawa setiap pasukan mempunyai timbalan, TS Annuar dilantik timbalan pasukan Senior. Selepas mesyuarat ini tiada lagi mesyuarat diadakan untuk bincang pasukan kebangsaan. Perlawanan persahabatan tidak dapat diatur, FIFA keluarkan jadual selama 4 tahun tetapi pasukan kebangsaan hanya setahun, itupun belum tentang ada pihak yg hendak berlawan memandangkan jadual FIFA 4 tahun?

Penyelewengan Kedua:

Perlantikan jurulatih kebangsaan dikatakan kuasa EXCO tapi mesyuarat tidak buat, jadi bagaimanakah perlantikan dibuat?Adakah berlaku penyelewengan? Mesyuarat EXCO hanya dibuat 4 kali sahaja dalam masa 2 tahun?

Kenapa gaji Rajagopal terlalu mahal, RM75,000 sebulan dan dikecualikan CUKAI PENDAPATAN? Gaji jurulatih terdahulu sekitar Rm25,000 sahaja.

Penyelewengan Ketiga:

Mesyuarat AGONG tidak buat, maka dari segi undang-undang FAM ini adalah tidak sah dan boleh diharamkan?

Mesyuarat pasukan kebangsaan juga hanya buat sekali sahaja?

Penyelewengan Keempat:

Presiden KAFA rapat dengan semua ketua pasukan dan ini ada pihak merasakan ini acaman kepada Presiden FAM dalam merebutkan jawatan presiden dalam kongres akan datang?

TS Annuar merupakan pengurusan tertinggi yang ada dalam negeri semasa pandangan TS diutarakan. Presiden dan Tengku Mahkota berada di london semasa itu, jadi perlukan TS Annuar mohon kebenaran kepada DIRI SENDIRI?

Penyelewengan Kelima:

Selama lebih 20 tahun Tuanku menjadi presiden, berapakalikah surat kebenaran dikeluarkan?

Titah Tengku Mahkota dianggap undang-undang, surat perkeliling dihantar ke setiap negeri tanpa kebenaran EXCO, tiada KEBENARAN diberikan untuk edarkan perkeliling. Maka adakah ini satu lagi penyelewengan pengurusan?

Penyelewengan Keenam:

TS Annuar mesti dihukum selama 2 tahun supaya beliau tidak dapat bertanding dalam kongres akan datang?. Maka selamatlah puak-puak Tunku Presiden?, selamatkah Rajagopal 75K?

Dan Penyelewengan TERBESAR.

Baru-baru ini TSAM ada bertanya akan hilangnya berjuta-juta ringgit dari akaun FAM. Kononnya duit dibawa keluar (oleh siapa, pandai-pandai la teka) untuk membayar insuran pemain Liga M. Tetapi selepas EMPAT bulan duit tersebut masih belum dibayar! Bila syarikat insuran bertanya TS terus selidik dan bertanya dan kelam kabut bayaran dibuat, tapi amaun dibayar jauh kurang dari amaun yang dibawa keluar dari akaun bank FAM. Berjuta-juta hilang.

TS mahu bangkitkan hal ini dalam kongress tahun 2011, maka dengan itu, pada tahun 2011, buat pertama kali dalam sejarah, TIADA perjumpaan kongress dibuat, untuk menghalang TS berkata-kata (nak kata pada media tak boleh!).

Jadi, demi menutup mulut TS selamanya mereka mahu jatuhkan kredibiliti TS dan buang beliau dari bola sepak Malaysia!

Woi Judin! Kami peminat tak bodoh la, kami dah nampak segala penyelewengan ini! Laknatullah!

copied from
-MALAYSIA FOOTBALL FORUM-

Saturday 31 March 2012

Godam Dendam


Hmmmm.. bak kata sorang kawan...

"nak jaga satu website pun susah, inikan pula nak jaga bolasepak seluruh Malaysia..."

Itulah dia kesah godam menggodam.

Masuk kali ni, dah tak terkira dah berapa banyak laman rasmi bolasepak malaya ni digodam. Lawan Indon kene godam ngan indon. Ada isu panas kene godam dengan rakyat sendiri. Kehkehkeh... Lawak tol laa. Tak ade ciri keselamatan langsung. Dah la website cam gampang. Tak hapdet info. Berita tahun lepas pun dikire berita terkini lagi.. kahkahkah..

Yang terbaru ni siap ada kartun segala bagai. Pastu yang takleh blah siap ada pool, undian untuk menyindir pemerintah bola kat Wisma FAM tu.. kehkehkeh....

Yang paaaaling takleh blah bila media gi tanya soalan kat Setiausaha AGUNG yang hebat serta macho, Kapten (B) Azzudin tentang isu godam website ni.

Jawapan baginda, opss beliau: "Tak jadi masalah. Kami tak ambik kisah. Banyak lagi benda lain yang harus difikirkan selain isu godam tu." Laaagi takleh blahhh! apa pun tak boleh !

#PRESIDEN FAM SILA LETAK JAWATAN#

Wednesday 29 February 2012

HARIMAUKINI


Sekojap tadi, Harimau Malaya hampir dimalukan oleh Pinoy Warriors...

Sebelum itu, fuhhhhhh. Laman ini sudah berhabuk. Berkulat mungkin...

Bismillahirrahmanirrahim..

Sudah lama nikmat menjulang Piala AFF berlalu. Lama sudah. Namun rembesan cecair dari celahan kelopak pancaindera pandang ini masih terasa hangatnya. Mungkin masih baru tapi ianya jelas nyata sudah lama.

Selepas episod gemilang dicipta barisan K Rajagobal di bumi Bung Karno, warga Malaya disuntik satu nafas baharu. Nyawa baru. Rejuvenate kata Peter Butler dalam bahasa ibunda beliau. Ibarat cahaya dihujung terowong Karak, sinar masih ada walau hampir gelita. Mungkin juga cahaya di atas tar ciptaan Ahmad Idham. Segala-galanya baharu tika itu. Zaman gelap sudah tamat. Alhamdulillah, kabus dah hilang, ribut dah tamat. Seluruh umat Malaya boleh tersenyum lebar. Tiada lagi luka duka, tiada lagi porak peranda di singgahsana sana.

Ceh. Tak ada kaitan langsung.

Aku nak cerita pasal bolasepak Malaysia semenjak dua menjak ni. Tadi je, Malaysia hampir ditewaskan Filipina. Hampir tewas. Hari tu belasah Kelantan, pastu menang tipis ngan Sabah. Sebelum-sebelum tu Malaysia berehat panjang. Honeymoon belum tamat. Yang ada pun masa game lawan India. Satu seri satu kalah. Good. Jumpa Australia, kalah besar tapi dapat pengalaman berguna kata Mr Raja.

Selain jumpa Filipina, Australia dan India, TIADA langsung perlawanan persahabatan kelas A sepertimana yang dijanjikan FAM sebaik saja kita menang Piala AFF Suzuki tak lama dulu. Yang ada hanya lawan kelab dalam Liga M. Menang 47-0 pun situ jugak kita.

Aku gemar mengungkit... Tengok ni BERITA

Berita banyak kemain. Arab Saudi mahu uji Harimau Malaya. Korea berminat uji Malaysia. Afghanistan jemput Harimau ke Kabul. Vicente Del Bosque mahu cabar Rajagobal.. Ceh, puii.. Banyak gosip !

Bila aku tengok aksi lawan budak-budak Pinoy sebentar tadi, nampak sangat taraf mereka dah meningkat dalam masa setahun kebelakangan ni. Kita? bukan kata kita merudum. Tapi kita ada masalah tidak konsisten dan tidak meningkat langsung. Takuk lama. Takuk mana, entahlah.

AFF 2012 dah tak lama. FAM masih gaya lama. Steady boss !

Friday 13 January 2012

BOLASEPAK ITU RODA


http://www.hmetro.com.my/articles/PSSImahuikutjejakFAM/Article



Diberitakan bahawa organisasi caca merba sepak bola negara

jiran mahu mengikut jejak langkah PersaTUAN Bolasepak Malaysia dalam menyediakan skuad utama dan skuad pelapis masa depan dalam konteks kejayaan Harimau Muda di peringkat Asia Tenggara.

Wahh. Glemer FAM menerima pujian sebegitu rupa. Secara jujurnya, aku tumpang gembira jika mereka gembira dengan pujian dari seberang. Dan aku sebenarnya lebih gembira jika FAM tidak terus gembira dengan pujian. Seharusnya sekarang masa
merencana idea baru, visi baru, misi baru. Bukan takat mengungguli saingan Asia Tenggara, tapi sekarang adalah masa merencana masa depan bolasepak Malaysia untuk menerobos benteng Asia yang agak sukar untuk ditembusi seterusnya muncul sebagai kuasa utama Asia untuk menapak di pentas Piala Dunia satu hari nanti.

Ok, ini cuma angan-angan dari seorang rakyat marhaen. BUkan sang kapitalis di Kelana Jaya sana.

HIDUP IBARAT RODA


Ya, hidup ini ibarat putaran roda. Sekejap di atas, sekejap dibawah. Bolasepak Asia Tenggara juga sebenarnya sama kaedahnya macam roda. HAri ini dia diatas, esok belum tentu dia masih disana. Sejarah dan rekod sudah membuktikan perihal roda dan bolasepak Asia Tenggara.
Suatu ketika dahulu, Thailand gah memegang penguasaan empayar Asia bahagian Tenggara ni. BErtahan memegang piala AFF (dahulu Tiger Cup) untuk beberapa edisi dan kalungan pingat emas Sukan Sea tak lepas dari tengkuk pahlawan Siam. Beberapa ketika penguasaan bertukar, Indonesia muncul sebagai pencabar utama untuk membuktikan Thai tidak berkeseorangan di rantau ini.

Kiatusuk Senamuang. Lagenda Gajah Putih

Disusuli pula oleh Singapura yang pernah muncul Juara AFF seiring dengan kemunculan makhluk pelik-pelik yang bermain bersama satu pasukan yang sebelumnya dilihat berkulit cerah bertubuh sederhana berpangkal nama Mohd, Noor, Shah misalnya. Umpama Barat-Afrika di rantau Asia, mereka sememangnya sukar digugat ketika itu.

Kemudian timbul pula gaya baru permainan Asia Tenggara yang dipamerkan oleh pahlawan komunis dari Vietcong. Cekal, pantas, dan ligat. Mencipta sejarah memecah penguasaan gergasi, mereka menempatkan diri mencatat nama sebagai antara pasukan yang pernah menjulang Piala AFF.

Setelah mereka mengukir sejarah, kini tiba giliran kita. Muncul gergasi baru Asia Tenggara. Sejarah tak perlu dinyatakan sebab kanak-kanak tadika di Kampung Tok Che Dol pun tahu yang Malaysia menang Piala AFF dan menang Emas Sukan Sea.

Persoalan 1: Di mana kedudukan pasukan-pasukan juara tersebut di peringkat ASIA/DUNIA.

Persoalan 2: Asia Tenggara memang roda. Thailand yang gah memimpin Asia Tenggara dahulu kala kini terjerumus ke zaman kegelapan. Tanyalah FAM, bagaimana azabnya berada dalam zaman kegelapan. Singapura juga sudah tergelincir. Awang import semakin lanjut usia. Perlukan rekrut baru.

Perihal PSSI ikut jejak langkah FAM> Selepas 3 tahun dan berjaya menang sukan sea, sila hantar Garuda Muda ke Liga Singapura. Atau main Piala Emas RAja-Raja di Malaysia.

Sunday 1 January 2012

Salam Tahun Baru & Jersi Baru

Jersi Baruuu....


Bukan...........

Ini jersi baru Kelantan 2012.

Jersi baru, barisan baru, stadium juga yang tak baru.
Semoga Super Warriors menggegar di tahun baru 2012.

SEP KITO JANGE PECOH !