Thursday 19 April 2012

Skeleng Untukmu FAM


Kempen 10 sen untuk FAM yang dilancarkan minggu lepas berjaya mengumpul duit skeleng 10sen bernilai RM 2124.00 untuk diserahkan kepada FAM. Kutipan skeleng ini dilancarkan oleh gabungan kelab penyokong sebagai membantu Tan Sri Annuar Musa yang dikenakan bayaran penghakiman penggantungan 4 April lalu.

Bukan sekadar niat mahu membantu Tan Sri. Angka RM2124 itu sangat kecil bagi beliau. Malah, lebih dari itupun beliau mampu membayarnya. Tapi ia lebih kepada menganyim atau sindiran kepada FAM yang sangat kemaruk duit.


Penyerahan skeleng 2K oleh wakil penyokong

Ironinya, pitih skeleng selalunya diberikan kepada pengemis. Dan FAM memang layak jadi pengemis.

Pakak kiro laa sep mu


sumber gamba: Kelab Penyokong Kelate


Friday 13 April 2012

Ranking Tak Penting


Gelak guling-guling sampai ke Wisma FAM bila terbaca laporan akhbar yang menyebut, "RANKING TAK PENTING" oleh Setiausaha Sangat Agung FAM, Datuk Azuddin.. kehkehkeh..Katanya ranking hanya perkara teknikal.. Malah beliau yakin Harimau Malaya mampu mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki ujung tahun ini... Tak penting eh.. Abis tu apa yang penting?


Sementara itu, di sebuah sekolah rendah berdekatan dengan Kelana Jaya, seorang murid bernama Udin baru sahaja menerima buku rekod peperiksaan dari guru kelas beliau.

Mata Pelajaran / Pencapaian
BM = GAGAL
BI = GAGAL
MATH = GAGAL
SAINS = GAGAL

KEDUDUKAN/RANKING = 45/45

Dengan hati yang girang tanpa perasaan bersalah, beliau membawa pulang buku rekod tersebut seraya menunjukkan kepada emak tersayang.

Emak Udin : Udiiiiiinnnnnn !!!!! apa nak jadi ni. 45/45. terok !
Udin : Alaa, rilek laa mak. Udin bace suratkhabar hari ni cakap ranking tu tak penting mak.
Emak Udin : !@#(&Y!#^&#*!#


Kembali ke Wisma FAM. Orang besar FAM cakap ranking tak penting. Kalau ranking tak penting, kenapa FIFA wat sistem ranking ye..... BoDo# FIFA..

Saturday 7 April 2012

Bola Shebbie: Murahnya Jawatan Tinggi Dalam FAM

dari Harian Metro

WOW! Begitulah reaksi saya apabila membaca laporan akhbar Tan Sri Annuar Musa digantung dua setengah tahun kerana meluahkan pendapat mengenai pasukan kebangsaan. Sekali lagi kontroversi tercetus membabitkan arena sukan bola sepak negara kita.

Kontroversi timbul apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak mempertahankan atau melindungi salah seorang ahli Majlis Tertinggi mereka sendiri. Tiada perlindungan untuk Timbalan Presiden. Tiada perlindungan bagi Pengerusi MSL Sdn Bhd. Tiada perlindungan buat Timbalan Presiden Jawatankuasa Pasukan Kebangsaan serta Pengerusi Pembangunan bola sepak wanita.

Apa yang berlaku bukan membabitkan persoalan apa yang diperkatakan tapi betapa murahnya jawatan itu dalam pentadbiran bola sepak di negara kita.Presiden Fifa, Sepp Blatter mendabik dada dengan laungan ‘Football Family’ tapi di Malaysia, seorang ahli Majlis Tertinggi dianak tiri. Jelas tiada semangat kekeluargaan dalam FAM. Sukan bola sepak sebenarnya membabitkan emosi, ekspresi dan pendapat.Kritikan penting untuk mencapai tahap serta taraf yang lebih tinggi.

Kritikan juga penting sebagai batu loncatan ke arah kejayaan. Pendapat pula menunjukkan minda yang aktif. Ada pendapat baik dan ada pula pendapat buruk tapi apa yang lebih teruk tiada pendapat langsung. Sekiranya keputusan seri dengan Filipina dianggap keputusan baik, maka kasihan bagi mereka yang berpendapat sebegitu. Kita sudah menunjukkan satu peningkatan dalam bola sepak antarabangsa tapi itu hanya satu permulaan dan kasihan juga kepada mereka yang berpendapat prestasi tinggi boleh dicapai dengan sekadar memetik suis.

Selepas menjuarai Piala AFF pada 2010, adakah kita menunjukkan prestasi sebagai juara? Adakah wujud kesinambungan di kalangan pemilihan skuad? Salah satu permintaan seorang jurulatih bola sepak adalah ‘menepati jangkaan’ (manage expectations) dan ini yang menjadi masalah. Penonton serta peminat mengharapkan kemajuan, tidak kira betapa kecil. Penonton dan peminat boleh terima sekiranya pasukan melalui perubahan tapi apabila prestasi sebuah pasukan turun naik maka pendapat akan disuarakan.

Kembali kepada penggantungan Tan Sri Annuar Musa, kini timbul persoalan adakah kejayaan Kelantan di bawah naungan beliau mengganggu pemikiran mereka yang berada dalam FAM? Adakah Tan Sri Annuar Musa dianggap ‘lebih besar daripada bola sepak’ (bigger than football) di negara kita? Seterusnya, kini wujud kekosongan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di MSL Sdn Bhd berikutan ketiadaan Stuart Ramalingam tapi perlu ingat, hanya mereka yang tidak mempunyai pendapat saja dibenarkan memohon.

Tanpa Tan Sri Annuar Musa, ada kekosongan sebagai Pengerusi MSL tapi jawatan ini juga memerlukan mereka yang tidak ada pendapat, untuk memohon.

.::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Dengan maksud lain, ayat Shebbie merujuk seseorang yang mahu jawatan tinggi dalam FAM haruslah seorang yang BISU !!!