Tuesday 12 June 2012

Re-Post| Malaysia-Singapura 2-0

Request oghe kuat 12th Warriors.... Afendy Latif
Kenyataan oghe kuat GEMPITA....Muhammad Hafiz dari fb beliau...

Man Of The Match anda siapa dan mengapa? Saya: Amirizwan Taj Tajuddin. Sebab 1st Half cover Alex Duric dengan jayanya. 2nd Half bermati-matian penuh kesungguhan sampai Last Minute baru dikeluarkan walaupun beberapa cap negara baharu. Tahniah kepada Amir(anak kelate, hehe).
Komen gua???

PRESIDEN FAM SILA LETAK JAWATAN.





Masihkah Kau iNgAT

Masihkah demo ingat, tahun 2009, remaja ini dilanda kegelapan.Gelap masa depan, segelap mata memandang, akibat kelongsong peluru pemedih mata liar ketika insiden hitam di Stadium Sultan Mohd IV...

selak

Kini hidup beliau sudah kembali bercahaya.


TAHNIAH HUZAIFAH. SEMOGA BERBAHAGIA KE ANAK CUCU...

Thursday 24 May 2012


mood angkuh.. kehkeh....
Alhamdulillah mene lagi...
WHY?
Why Always us yang mene,
buke sajo mene,
Why Always us yang keno diskriminasi,
Why Always us yang FAM dop puah ati,
Why always us yg jadi mangsa sep gong tu,

WHY, WHY, WHY???

PRESIDEN FAM SILA LETAK JAWATAN

Monday 21 May 2012

Nazmi kini sah bersama Beira-Mar Portugal

Sumber dari FB Kelab SC Beira-Mar. Nazmi Faiz Mansor kini menandatangani kontrak kelab.
Ikatan kontrak 3 tahun bermula 16 Ogos 2012-15 Ogos 2015..

ALHAMDULILLAH, TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH...

Percaya atau tidak, percayalah yang anak Malaysia juga mampu.

cuma
PRESIDEN FAM SILA dan PERLU LETAK JAWATAN

Thursday 17 May 2012

Nazmi Dapat Liputan Di Portugal


Tanpa kabel, tanpa politik, tanpa pengaruh kepentingan perniagaan, siapa sangka anak muda Malaysia juga mampu memijak rumput Eropah secara merit. Pemergian Nazmi Faiz ke POrtugal untuk menjalani ujian pemilihan kelab SC Beira-Mar mencuri tumpuan apabila boleh dikatakan beliau merupakan satu-satunya anak Malaysia yang diintai pencari bakat Eropah dengan kelebihan peribadi yang ada padanya. Berlainan dengan pemain-pemain Malaysia sebelum yang yang banyak mencuba nasib di luar negara atas ehsan politik. Atas kabel ahli perniagaan Malaysia, dan juga atas tiket pemilikan kelab. Ada juga yang melalui bayaran..

Belumpun bermula sesi ujian, Nazmi sudahpun mendapat perhatian media sana. Di suatu sudut, liputan media Portugal terhadap beliau merupakan satu kebanggan bagi kita dan Nazmi sendiri. Namun di suatu sudut yang lain, itu merupakan ujian awal untuk Nazmi sendiri. Ujian berhadapan dengan dunia glamor. Diharap Nazmi tidak hanyut dengan ujian awal ini, dan terus membuktikan yang beliau sememangnya layak mendapat liputan media bak bintang.

Semoga Sukses !
Semoga Presiden FAM Letak Jawatan......