Sunday 25 May 2014

Tengku Abdullah Presiden FAM

Short entry------------------

TAHNIAH PRESIDEN BAHARU FAM.
Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Kita tunggu wawasan, visi, dan perancangan Tengku Abdullah untuk bolasepak Malaysia.

Monday 13 January 2014

JERSI PAHANG 2014



cantik, kemas dan menarik.. Aras Kuasa, tanda Power nya Pahang....
kredit foto : FB Puma Malaysia

Wednesday 1 January 2014

Thursday 1 August 2013

R.I.P CHUA BOON HUAT THE LEGEND....


Persiapan skuad hoki negara untuk Piala Asia dilanda perkhabaran suram apabila tonggak, dan pemain paling senior dalam skuad kebangsaan, Chua Boon Huat maut dalam kemalangan di Lebuhraya Damansara Puchong pagi tadi.

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada negara. Secara peribadi, Chua adalah pemain yang paling aku respek. Satu-satunya pemain hoki berbangsa Cina dalam skuad kebangsaan, dan mengabdikan diri kepada sukan hoki negara sepanjang hayatnya. Malah sanggup kembali dari persaraan semata-mata mahu membantu meningkatkan semula mutu persembahan skuad negara.

Chua mula dikenali seawal remaja apabila beliau adalah pemain paling muda yang disenaraikan untuk skuad kebangsaan dalam Sukan Komanwel 1998. Pernah bersara, namun kembali menyahut panggilan skuad negara. Sejak beliau kembali, hoki Malaysia kian mengorak langkah.

Semoga permergian Chua tidak menjatuhkan moral pemain negara untuk berjuang dalam Piala Asia beberapa hari lagi. Sebaliknya, berjuanglah habis habisan untuk menghadiakan kejuaraan dan kejayaan layak ke Piala Dunia untuk mendiang Chua..

REST IN PEACE =(

Wednesday 24 July 2013

Dan FAM terus mencalit arang ke muka bola sepak negara....


Selesai sudah satu siri perlawanan sarkas edisi 2013 yang menyaksikan Jurulatih Malaysia yang kononnya digelar The Blessed One terus berpuas hati dengan aksi anak-anak buah yang dicaturkannya. Kalah, menang, seri, itu bukanlah satu matlamat hidup Rajagobal sebagai jurulatih profesional. Malah, ranking pun turut tidak berada dalam senarai cita-cita Raja. Entah apa yang penting tak tahulah..

Bercakap tentang perkara penting dan tak penting dalam hidup Rajagobal, teringat kembali 3 tahun yang lalu. Kala itu, Malaysia baru sahaja menikmati klimaks bolasepak terbesar dalam hayat FAM iaitu memenangi Piala AFF Suzuki. Indahnya bukan kepalang. Umpama memenangi Piala Dunia. Ya, kita harus bergembira kerana itulah sahaja gula-gula kita sebagai peminat bolasepak Malaysia. Kita ditakdirkan jadi peminat bolasepak Malaysia. Justeru, terpaksalah kita mengakui hakikat bahawa itu sahajalah yang mampu kita kecapi. Mungkin itu sekali sahaja dan sukar untuk kita mengulanginya untuk tahun-tahun yang akan datang. Haruslah kita mendendangkan lagu lama tanpa berbuat apa-apa lagi kerana seperti yang diperkatakan tadi, itu sahajalah yang kita dan FAM  MAMPU.

Ketika itu, tumpuan rakyat Malaysia kembali melimpah kepada bolasepak Malaysia. Bolasepak Malaysia kembali bernyawa. Umpama ada sinar di hujung terowong gelap, FAM kembali meraih sokongan semua pihak. Dan Rajagobal terus dijulang sebagai wira bolasepak negara. Lejen katanya... Pembesar-pembesar FAM pun turut tidak terkecuali, menjanjikan perancangan yang hebat untuk masa depan negara. Satu perlawanan A setiap bulan. Itu janji mereka. Kita sentiasa ingat. Hanya mereka yang lupa janji mereka. Rajagobal pun senada, menjanjikan yang kepentingan skuad negara selepas itu ialah melayakkan diri ke peringkat lagi tinggi dalam Kelayakan Piala Dunia 2014. Singapura menanti. Bagi kita ketika itu, Singapura hanyalah semut kecil di selatan negara yang tidak perlu ditakuti...

Perlawanan berlangsung pada 23 dan 28 Julai 2011. Masihkah kita semua ingat, beberapa hari sebelum skuad Malaysia turun menggalas tugasan besar menentang negara tambak, kita rakyat marhaen dihidangkan dengan aksi perlawanan sarkas pada 13 Julai 2011 menentang Arsenal, dan 3 hari berikutnya menerima kunjungan sarkas Liverpool ke Kuala Lumpur.  Tewas 4-0 kepada Arsenal, tewas 3-6 kepada Liverpool. FAM dan Rajagobal bertepuk tangan kepuasan. Pemain keletihan, beberapa tonggak dilanda kecederaan. Perlawanan penting menentang Singapura berkesudahan Malaysia tewas, dan gagal melayakkan diri ke peringkat seterusnya. Namu FAM dan Rajagobal masih puas dengan pencapaian yang diraih.

Kata Rajagobal, "Kita kena faham, pemain kita bla, bla, bla, bla, blaaaa, blaaaa...Keutamaan kita ialah bla, bla, bla blaaa..mencari keserasian bla, bla, bla, blaaaa..."

Sejak dari itu, Rajagobal yang sudah dikenali sebagai Datuk K Rajagobal memulakan kerjaya baru beliau sebagai tukang eksperimen. Setiap perlawanan yang dilalui adalah eksperimen baginya, kerana tiada yang penting dalam sesebuah perlawanan kerana ianya hanya bertujuan melakukan eksperimen mencari keserasian pasukan.

Tahun 2012 menjengah. Kata Rajagobal, tahun ini kita ada misi penting. Iaitu mempertahankan Piala Suzuki. Tempoh bergembira sudah tamat tetapi masa bereksperimentasi masih belum tamat katanya. Tahun ini juga FAM melakukan transformasi besar dalam membangunkan bolasepak Asia Tenggara. Bukan bolasepak Malaysia ya. Transformasi ini lagi besar, iaitu membantu Singapura memperhebatkan pasukan melalui penyertaan Lion 12 ke dalam Liga Super Malaysia dan hasilnya Singapura merampas Piala Suzuki dari tangan Malaysia. Malaysia pulang awal. Namun, FAM dan Rajagobal masih puas hati dengan aksi skuad negara. 

Kata Rajagobal, "Kita kena faham, pemain kita bla, bla, blaaaa, saya kenal pemain saya bla, bla, bla, blaa, balaaaaa....Kita kena faham tugasan utama kita ialah Kelayakan Piala Asia bla, bla, bla, blaaaa...."

Itulah Rajagobal yang kita kenal. Itulah dia. Dapat pula sokongan 'back up' dari pembesar-pembesar FAM melalui presiden dan juga Setiasaha Agung hebat giler terer kental bagus giler tu...

Sekarang sudahpun pertengahan tahun 2013, kita terus dimomokkan oleh Rajagobal dan FAM. Tiada hala tuju dan matlamat jelas. Sekadar mengharungi hari-hari tanpa hala tuju. Beginilah kita. Kelayakan Piala Asia pun tak nampak yang kita akan menyerlah. Kerana FAM dan Rajagobal sentiasa berkesperimentasi. Yang menjadi mangsa eksperimen ialah maruah bolasepak negara.

DAN FAM-RAJA TERUS MENCALIT ARANG KE MUKA BOLASEPAK MALAYSIA...