Monday 30 June 2008

We Are The Champion !

oleh : sapixx, 30 Jun

hampir sebulan berlangsung, akhirnya pesta bolasepak eropah Euro 2008 melabuhkan tirainya semalam dengan menobatkan spain/sepanyol selaku juara baru yang merampas takhta kejohanan daripada greece yg pulang awal untuk edisi kali ini.
lebih manis, sepanyol bukan sahaja membawa pulang trofi rebutan itu, malah turut merangkul sekali trofi penjaring terbanyak kejohanan melalui bintang mudanya david villa.
laluan sepanyol untuk merangkul kejuaraan kali ini memang sudahpun terbayang di peringkat kumpulan lagi dengan aksi-aksi memukau barisan bintangnya yang nampak tidak kekok walaupun tanpa kehadiran muka tetap skuad seperti raul gonzalez yg diketepikan jurulatih dengan harapan memberi peluang kepada gandingan torres-villa.
keadaan ini agak berbeza dengan naib juara, jerman yang agak goyah di peringkat kumpulan namun masih unggul untuk melangkah ke final.

bagaimanapun, untuk edisi kali inginku tabik spring pada pasukan turki dan russia yang sebelum kejohanan tidak diberi harapan untuk melepasi kumpulan pun. namun mereka membuktikan keberkesanan percaturan mereka untuk membawa mereka mara sehingga ke separuh akhir. jika edisi 2004 lalu memberi peluang kepada greece untuk melakukan kejutan, kini tiba giliran turki dan russia pula. walaupun gagal menjengah hingga ke final namun layak ke separuh sudah memadai bagi mereka.
sebenarnya dari awal lagi kehadiran russia ke kejohanan ini tidak harus dipandang sepi. kerana kehadiran mereka bukan kosong semata-mata. mereka bukan berhasrat untuk melancong di swiss/austria. mereka datang bersama pakar taktikal terbaik dunia. siapa yg x kenal guss hiddink?? sesudah melakar sejarah membawa korea selatan ke semi final world cup 2002, hiddink ke psv eindhoven untuk membimbing kelab belanda itu ke separuh akhir eufa champions league, kemudian merantau ke australia untuk membawa australia ke world cup selepas beberapa siri kegagalan. di world cup 2006, australia menjadi antara 16 pasukan terbaik setelah layak ke pusingan kedua. dan sekarang, hiddink melakar sejarah tersendiri bersama russia dan wajarlah jurulatih berkaliber ini dinobatkan selaku pakar taktikal dunia.
turki juga tidak ketinggalan menghiasi pentas kejutan edisi kali ini. turki juga merupakan sebuah pasukan yang menggunakan taktikal yang agak menarik sejak dari peringkat kumpulan lagi. yang menariknya, gol kemenangan turki kebanyakkan diperoleh ketika minit-minit akhir perlawanan. strateginya, mengubah formasi kepada ofensif setelah permainan menjengah minit 80. 3 perlawanan berturut2 turki mendapat kemenangan melalui gol lewat permainan dan hampir melakukannya di semi final ketika menentang jerman. tapi jerman lebih bijak menghidu taktik yang digunapakai kot...
anyway, tahniah kpd penyokong2 sepanyol dan sesiape yg beli jersi sepanyol...
aku beli belanda,huhuhuhu........

Saturday 28 June 2008

Another loss in the world of education

sedih hati, kelu x terkata mendengar berita pemergian abang yie @ cikgu zuwairy azhari (KPLI jan 2007)...

sedang aku tgh berseronok enjoy kagum unit beruniform di ulu bendul, panggilan dari abang kamarul petang 23 Jun membawa cerita duka. sesungguhnya pemergian abang yie satu kehilangan besar dalam dunia perguruan khususnya.
semasa hayatnya, arwah dikenang sebagai seorang yg bagus dan baik akhlaknya.

januari 2007 memperkenalkan kami. arwah diterima masuk untuk KPLI IPBA amblilan januari 07 dan sama2 duk di apatmen aku 104A....

arwah seorang yg warak dan berkepimpinan.. sbg seorang yg lebih dewasa dari aku, salah silap aku abang yie tegur, lambat aku semayang abang yie tegur, ada masalah abang yie tolong. sbe pun kebetulan dapat satu skul ngan abang yie SK Sungai Way...

abang yie meninggal dalam kemalangan maut ketika dalam perjalanan ke sekolah untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pendidik. perginya ku kira dalam keadaan yg mulia kerana dlm perjalanan untuk menjalankan tanggungjawab yg telah diamanahkan kepadanya untuk mendidik anak2 di pedalaman gua musang supaya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan anak2 malaysia yg lain.

doaku, semoga roh abang yie ditempatkan dalam kalangan orang2 yg beriman dan beramal soleh disisi Allah SWT...

abg yie, we will miss u!

---------------------------------------------------------

BERITA HARIAN ONLINE

Tiga maut dalam kemalangan di Machang

MACHANG: Tiga orang terbunuh apabila dua kereta yang mereka naiki
bertembung dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 28 Jalan Kota
Baharu-Machang di sini, pada 5.15 pagi ini.

Akibat kemalangan itu, guru Sekolah Kebangsaan Paloh Satu, Gua Musang, Mohd Zawairi Azahari, 30, yang memandu menghala ke Gua Musang, meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua lagi mangsa dikenali Masngod Musa, 37, dan Puteri Arisa, 20, yang menaiki sebuah kereta lain dari arah bertentangan, meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Machang.

Pegawai penyiasat pasukan polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah
Machang, Inspektor Roslan Markati mengesahkan kejadian itu. - Bernama

Friday 20 June 2008

TITUS JAMES PALANI

oleh: Sapix SangKunang, 20 Jun 2008

peminat bolasepak malaysia sekalian...
ingat lagi budak yg bernama Titus James Palani yg pernah menghiburkan malaysia pada tahun 1998 dengan aksi timbangan bolanya yg membawa namanya untuk didaftarkan dengan sebuah akademi bolasepak di perancis, La Harve...

10 tahun berlalu, batang idung mamat ni x pernah pun dilihat menyarung jersi kuning itam malaysia yg kusayangi nih. apa dah jadi?

x best ke main? malaysia x panggil ke?
kalo x best x kekal dia kat france nu.dah balik awal2 dah cam rudie ramli, fazli shaari, khalid jamlus, azwan soccastar tuh. huhuhu....

puas duk cari info pasal mamat nih, akhirnya hari ni jumpe jugak berita pasal dia kat utusan.
(utusan sukan 20 jun 2008)

harap FAM wat laa sesuatu .panggil dia balik main ngan team kebangsaan kita. at least bagi dia 1 cap. mana laa tau kan, tetiba mamat ni main hebat, kene panggil main ngan team perancis. jangan dilupa tuan2, perancis laa antara negara yang ramai menggunakan orang asing untuk national team dia, lihat saja lagenda dia, zidane. thuram lagi. sume orang luar tu. dapat nationality.. huhuhu, kalo titus dah ada atleast 1 cap ngan natioanal team kita, ikut undang2 FIFA dia dah xleh gi maen ngan mana2 negara dah.

FAM ni nak terantuk baru terngadah ke????
x ingat ke shaun malloney?
budak lahir kat sarawak tu.
layak untuk sarung jesi malaysia.
tp orang2 lembab di FAM lambat discover dia.
skrang dah hebat dia main ngan scotland.huhuhu

come on laa, jadi laa cam badan bolasepak negara lain. paling dekat tengok filipina. depa dah discover orang yg layak main ngan diorang. philip younghusband ngan james younghusband bukan orang filipina pun. tp mak @ bapak diorang ada darah filipina. skrang dah main ngan national team filipina.
satu lagi contoh yg terbaru.
indonesia pun dah wat menda sama cam filipina. diorang cari anak cucu indonesia yg tinggal di belanda/holland/nederland/pays bus, utk maen ngan indon. dah jumpe dah pun sorang.
irfan bachdim yg skarang ni main kat liga belanda, FC Utrecht...

FAM tunggu apa lagi?
nak tgk titus main world cup ke pasni?
tp bukan pakai jesi kuning laa, jesi biru beganding ngan karim benzema sumbat gol..

-huhuhu, aku nak jadi presiden FAMe.

Sunday 15 June 2008

EURO 2008. Pesta bolasepak Eropah bermula


kemeriahan bolasepak eropah sudahpun bermula. 16 pasukan terbaik eropah berhimpun di bumi austria dan switzerland untuk membuktikan kejaguhan masing2. Euro sebenarnya bukan milik eropah sahaja. buktinya, ia turut dinantikan oleh seluruh warga dunia termasuk di malaysia. masing2 sudah mencongak pasukan mana yg akan merangkul kejuaraan kali ini. sehingga kini, penyandang juara Greece nampak tidak punya keajaiban untuk mempertahankan mahkota yg dirangkulnya 4 tahun lalu. sama sama kita ikuti saingan ini dan walau sehebat manapun bolasepak eropah,

JANGAN LUPAKAN BOLASEPAK KITA !

Jadual Perlawanan EURO2008
Ahad 8 Jun 2008
1 Kump A

Switzerland

0-1

Czech Rep

Basel - St. Jakob-Park
2 Kump A

Portugal

2-0

Turkey

Geneva - Stade de Genève
Isnin 9 Jun 2008
3 Kump B

Austria

0-1

Croatia

Vienna - Ernst Happel
4 Kump B

Germany

2-0

Poland

Klagenfurt - Wörthersee
Selasa 10 Jun 2008
5 Kump C
Romania
0-0
France
Zurich - Letzigrund
6 Kump C
Netherlands
3-0
Italy
Berne - Stade de Suisse
Rabu 11 Jun 2008
7 Kump D
Spain
4-1
Russia
Innsbruck - Tivoli Neu
8 Kump D
Greece
0-2
Sweden
Salzburg - EM Stadion Wals-Siezenheim
Khamis 12 Jun 2008
9 Kump A
Czech Republic
1-3
Portugal
Geneva - Stade de Genève
10 Kump A
Switzerland
1-2
Turkey
Basel - St. Jakob-Park
Jumaat 13 Jun 2008
11 Kump B
Croatia
2-1
Germany
Klagenfurt - Wörthersee
12 Kump B
Austria
1-1
Poland
Vienna - Ernst Happel
Sabtu 14 Jun 2008
13 Kump C
Italy
1-1
Romania
Zurich - Letzigrund
14 Kump C
Netherlands
4-1
France
Berne - Stade de Suisse
Ahad 15 Jun 2008
15 Kump D
Sweden
1-2
Spain
Innsbruck - Tivoli Neu
16 Kump D
Greece
0-1
Russia
Salzburg - EM Stadion Wals-Siezenheim
Isnin 16 Jun 2008
17 Kump A
Switzerland
2:45
Portugal
Basel - St. Jakob-Park
18 Kump A
Turkey
2:45
Czech Republic
Geneva - Stade de Genève
Selasa 17 Jun 2008
19 Kump B
Poland
2:45
Croatia
Klagenfurt - Wörthersee
20 Kump B
Austria
2:45
Germany
Vienna - Ernst Happel
Rabu 18 Jun 2008
21 Kump C
Netherlands
2:45
Romania
Berne - Stade de Suisse
22 Kump C
France
2:45
Italy
Zurich - Letzigrund
Khamis 19 Jun 2008
23 Kump D
Greece
2:45
Spain
Salzburg - EM Stadion Wals-Siezenheim
24 Kump D
Russia
2:45
Sweden
Innsbruck - Tivoli Neu
Jumaat 20 Jun 2008
25 Suku Akhir
Juara Kump A
2:45
Naib Juara Kump B
Basel - St. Jakob-Park
Sabtu21 Jun 2008
26 Suku Akhir
Juara Kump B
2:45
Naib Juara Kump A
Vienna - Ernst Happel
Ahad 22 Jun 2008
27 Suku Akhir
Juara Kump C
2:45
Naib Juara Kump D
Basel - St. Jakob-Park
Isnin 23 Jun 2008
28 Suku Akhir
Juara Kump D
2:45
Naib Juara Kump C
Vienna - Ernst Happel
Rabu 26 Jun 2008
29 Separuh Akhir
Juara #25
2:45
Juara #26
Basel - St. Jakob-Park
Khamis 27 Jun 2008
30 Separuh Akhir
Juara #27
2:45
Juara #28
Vienna - Ernst Happel
Ahad 30 Jun 2008
31 Akhir
Juara #29
2:45
Juara #30
Vienna - Ernst Happel