Wednesday 31 December 2008

SELAMAT TINGGAL 2008

oleh : sapix sangkunang
31 disember 08

HAri ini merupakan penutup tirai tahun 2008 meninggalkan episod2 suka duka sepanjang tahun. dan esok, angka 2009 akan membuka tirai bakal hadir bersama dengan harapan, impian dan azam baru.
sedikit rangkuman untuk 2008

Politik
2008 menyaksikan negara Malaysia dilanda gelombang politik paling ganas dalam sejarah negara selepas tahun 1969. bermula dengen siri pilihanraya yang menyaksikan parti pemerintah barisan nasional gagal mempertahankan kemenangan 2/3 kerusi parlimen serta kehilangan 5 buah negeri kepada pakatan pembangkang.
rentetan dari itu, pelbagai suka duka ceritera dan drama menghiasi persada politik tanah air. rancangan pengambilalihan kerajaan pusat 16 september yg tak jadi kenyataan, kepulangan semula datuk seri anwar ke persada politik, skandal liwat anwar kembali membuka panggung. dan pastinya perkara yg paling menarik sebagai penutup cerita politik 08 adalah isu hukum hudud yang menggegar kembali setelah diasak KJ.. tahniah KJ.anda memang berani.

Sukan
sukan badminton menggegar. lee chong wei merangkul pingat perak sukan olimpik dan dianugerahkan datuk. menamatkan penantian sekian lama untuk merangkul pingat sukan olimpik. sukan bolasepak mestilah keutamaan. malaysia yg diharapkan untuk merangkul kejuaraan pertama piala aff/suzuki tetapi gagal untuk ke separuh akhir-gagal mengulangi kejayaan 2 tahun lepas. penantian kejuaraan malaysia akan diextend lagi..

Pendidikan
dunia pendidikan dikejutkan dengan pemergian timbalan menteri pelajaran, datuk razali ismail yang pulang ke rahmatullah. pemergian Allahyarham sememangnya dirasai oleh semua warga pendidikan kerana Allahyarham seorang yang sangat dedikasi dan komited terhadap perjuangan pendidikan malaysia sehingga mengenepikan seketika kehangatan perebutan jawatan dalam parti..

Tahun 2009 akan tiba dengan seribu satu cerita lagi. dan yang paling menarik adalh tahun 2009 adaalh tahun peralihan kuasa dimana YAB Datuk Seri Abdullah akan menyerahkan kuasa kepada timbalannya, Datuk Seri Najib..
semoga Malaysia akan terus aman makmur dan berupaya mengharungi cabaran politik globalisasi dengan lebih yakin dan mantap..

ALLAH SELAMATKAN MALAYSIA

DIMENSI BARU BOLASEPAK ASEAN


oleh : sapix sangkunang

Vietnam melakar kejuaraan pertama Piala AFF/Suzuki setelah mencipta kemenangan agregat 3-2 menewaskan jaguh asia tenggara, thailand di stadium hanoi hasil hasil jaringan minit-minit akhir oleh wira mereka lee cong vinh. kejayaan ini amat manis kerana hadir di hadapan penyokong mereka sendiri dan lebih manis lagi kerana mereka sebenarnya tidak diberi harapan pada awal saingan piala suzuki yg mana calon juara lebih tertumpu kepada thai dan singapore.apa yang menarik untuk diperkatakan disini ialah kuasa bolasepak asia tenggara hari ini sudahpun berkembang dan jaguhan asean tidaklah berpusat kepada thailand, singapore malah indonesia semata-mata. vietnam yang mara ke suku akhir piala asia 2007 sepatutnya sudah diberi perhatian awal2 lagi.
kembali ke malaysia, situasi ini secara tak langsung sebenarnya memberi cabaran yg lebih besar kepada malaysia yang belum pernah menjamah piala aff. saingan malaysia selepas ini sudah tentunya makin getir. jika edisi-edisi sebelom ini, malaysia adalah pasukan yg sering mengkonfemkan diri ke kelompok 4 terakhir atau semi final, namun tidak lagi ketika ini. segalanya sudah terbukti apabila malaysia tersingkir awal pada edisi kali ini sekaligus gagal mengulangi kejayaan semi final 2 tahun lalu.
apakah malaysia sudah merosot? jawapannya tidak! malaysia tidak merosot, permainan malaysia masih berkembang maju, tapi perkembangan malaysia tidak sepantas vietnam dan satu lagi pasukan yg dalam pembikinan menuju gemilang, myanmar. dengan kata lainnya, permainan malaysia makin ketinggalan dalam kalangan pasukan asean.
melihatkan keadaan semasa dengan kebangkitan vietnam, mahupun myanmar, malaysia harus sedar kita sekarang sudah terkeluar dari kelompok favourite asean... thai, singapore, vietnam, indon, myanmar, malaysia???
sesuatu perlu dilakukan segera untuk mengembalikan kejaguhan kita setidak-tidaknya menerajui asia tenggara...
jangan sampai satu hari nanti untuk ke piala aff pun kita terpaksa bersaing dalam kelayakan bersama loas, filipines, timor leste...
jangaaaaaaaaanlah !!!!!

Sangkunang Rempit-Episod 2

Skuad bermotor IPBA meneruskan ekspedisi merentas batasan timur dan barat.
kali ini anggota skuad seramai satu orang iaitu sangkunang ditemani skuad motor staf hospital kl seramai sorang jugak merempit dari jeli ke kl petang td.
perjalanan dimulakan pukul 10.00 pagi dan tiba di lembah kelang pada pukul 5.00 petang.

sekian................

Sunday 28 December 2008

SALAM MAAL HIJRAH

Satu Muharam detik permulaan,
Perkiraan tahun Islam Hijrah,
Perpindahan Nabi dan umat Islam,
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah,

Atas keyakinan dan iman yang teguh,
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu,
Rela berkorban harta dan nyawa,
Demi menegakkan Islam tercinta,

Hijrah itu Perjuangan,
Hijrah itu Pengorbanan,
Hijrah itu Persaudaraan,
Hijrah membentuk Perpaduan,

Oleh itu mari semua,
Kita sambut Maal Hijrah,
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman

“Ya Allah Ya Tuhanku,
Kekalkanlah kesucian agama Islam di Malaysia serta tinggikanlah martabat pemeluk-pemeluknya. Mantapkanlah iman dan jiwa pemeluk-pemeluk agama suciMu dan berilah kami kekuatan dalam menghadapi segala cabaran, ujian dan dugaan dariMu. Semoga tahun baru yang mendatang ini akan membawa bersama nikmat dan kesenangan dariMu dan jika kesulitan yang engkau turunkan, biarlah kesulitan itu akan menambahkan lagi kekuatan iman kami Ya Allah.”


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1930 KEPADA SEMUA BLOGGERS BERAGAMA ISLAM DAN SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT DI MALAYSIA.

Wednesday 24 December 2008

Takziah

al-fatihah buat sepupuku, Kak Lina yg kembali ke rahmatullah malam tadi.
arwah meninggal selepas melahirkan anak lelaki yang juga dijemput Allah beberapa jam lebih awal darinya. semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman disisi Allah.
kedua-dua beranak di simpan di lahad bersebelahan..
AL-FATIHAH................

DOWNLOAD BUKU UMUM PISMP IPGM

off topic bola sekejap. kembali ke dunia nyata....

kepada warga Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Institut Pendidikan Guru Malaysia, anda dijemput untuk mendownload Buku Umum PISMP IPGM yang telah dikeluarkan oleh BPG. Semoga pengedaran buku ini mampu menyelesaikan kekusutan minda dan keserabutan maximus dalam kepala otak anda akibat terlalu ditekan dan menekan kerana belajar tanpa hala tuju seperti yang sering rakan-rakan canang-canangkan.
Belajar dah nak abis tp baru dapat rangka kursus.
xpe laa, better late than never mat saleh kata.
selamat mendownlod

Monday 22 December 2008

Suzuki Cup :Thailand, Vietnam Tentukan Juara

Piala Suzuki 2008 hampir sampai ke kemuncak. Malaysia yang tersingkir awal pada edisi kali ini gagal setidak-tidaknya mengulangi kejayaan mara ke separuh akhir pada edisi lalu. terpaksalah kita menunggu lagi dua tahun lagi untuk menjamah piala suzuki/aff yang tidak pernah sampai ke bumi malaysia untuk kita menatapnya..
dan semalam, 'jaguh' asia tenggara, singapura yang dibarisi ramai pemain asing terpaksa tunduk kepada kekentalan barisan vietnam yang menundukkan singapura 1-0.
terdahulu, thailand mengesahkan kejaguhan mereka setelah membenam cabaran indonesia 2-1 dalam satu perlawanan yang sengit di stadium Rajamangala.
bertemu di final nanti, Vietnam menentang Thailand.
syabas buat vietnam

Tuesday 16 December 2008

SATIA SELAMAT

oleh: sapix sangkunang
16 disember 08

Disebalik desas desus rombakan pasukan kebangsaan serta berakhir ikatan antara Satianathan dan badan induk bolasepak negara, FAM hari ini membuat keputusan mengekalkan khidmat ketua jurulatih itu yang disambung kontraknya setahun lagi setelah mengambil kira kesuntukan masa menjelang perlawanan kelayakan Piala Asia dan juga persefahaman beserta keserasian skuad yang dibentuk Satia sejak 7 bulan yang lalu.
Keputusan mengekalkan satia ada baiknya kerana dibawah kendaliannya, skuad malaysia tidaklah seteruk yang dipandang ramai kerana sepanjang tempoh perkhidmatannya, ranking malaysia naik. Corak permainan skuad Malaysia boleh dikatakan agak meningkat walaupun hakikatnya kemarahan peminat ekoran prestasi mengecewakan di Piala Suzuki masih belum reda.
Jika dipandang dengan mata emosi semata-mata, memang wajar Satia dipecat, dan skuad yang ada digugurkan. Tapi dipandang dengan mata akal, berbaloikah?berkesankah?positifkah kalau kita bubarkan skuad ini. Siapa pula pengganti skuad ini nanti?kalau barisan pemain terbaik yang ada di malaysia sekarang ini dibubarkan 100% siapa pula akan menggalas tugas ganti?
Sebenarnya skuad yang ada sekarang sudahpun lengkap Cuma, kegagalan individu dan kekurangan daya tahan mental yang menjadi penyebab kita tersingkir dari kejohanan piala suzuki tempoh hari. Mungkin ada beberapa pemain yang patut digugurkan tetapi tidaklah wajar kalau dibubarkan semua.
Kita masih memiliki pemain2 yang hebat dan digeruni lawan seperti Safee Sali, Indra Putra Mahayuddin, Aidil Zafuan, dan ramai lagi pemain muda berbakat yang masih ada dalam skuad.
Pemain2 yang tidak membawa sumbangan kepada skuad kebangsaan, malah membawa bencana, sepatutnya berani membuat keputusan sekarang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada jersi kebangsaan sebelum kalian semua dikritik dengan lebih teruk lagi.
Bagi Satia pula, peluang kedua yang diberikan oleh FAM ini perlulah digunakan dengan sebaik mungkin kerana cabaran yang mendatang pasti lebih besar. Anda tidak punya banyak masa sebelum sepak mula kelayakan Piala Asia. Kenalpasti beberapa pemain yang harus berundur dan beberapa muka yang harus diangkat naik. Bina stamina dari sekarang dan perkasakan basic skill yang selalu dilupakan sehingga jadik kesilapan bodoh.
Ayuh, buktikan masih ada sinar untuk skuad kita.
tentang FAM, biarkanlah mereka dengan jawatan mereka.............

Saturday 13 December 2008

Epilog Kegagalan Yang Gagal

Oleh: Sapix Sangkunang
13 disember 08

Semalam kita dirundung kegagalan, hari ini kita masih berada dalam lingkungan kegagalan, harap-harap esok yang menjelma bukan lagi mengundang kegagalan. Namun, itulah hakikat yang pahit untuk ditelan. Sistem bolasepak kita sudah gagal !
Mengapa? Siapa? Bagaimana?
Persoalan biasa yang sering ditimbulkan baik oleh pengkritik, media mahupun cerdik pandai sukan Malaysia.
Jawapan yang kononnya bernas yang sering diberikan oleh para cerdik pandai ini adalah “dahulu kita pasukan yang kuat”, “dahulu korea dan jepun gerun dengan kita”, “dahulu kita dipandang tinggi”....asyik-asyik jawapannya sama, dahulu, dahulu dan dahulu...mana penyelesaian? Setakat membandingkan dulu dan sekarang tu, para pengkritik kelas bawahan a.k.a pakcik makcik warung kopi secawan bertemankan karipap sejuk yang tak study sukan pun boleh jawab. Persoalan ini memerlukan jawapan berupa penyelesaian konkrit demi menyelamatkan sukan nombor satu ini.
Kerapkali juga liga bolasepak eropah dijadikan jawapan kepada kemerosotan bolasepak kita. Kerancakan bolasepak mat saleh penyebab kita merosot. iye ke? Mat saleh kat england tu ambik skill orang melayu ke? Oooo, masa british jajah tanah melayu, mereka ambik kemahiran kita bawak balik ke negeri oram putis?
Lagi?
Bolasepak kita gagal kerana fizikal kita tak setanding dengan orang negara lain. Ini jawapan yang saya dengar dari seorang tetamu rancangan Arena di TV1, 13 Disember. Tetamu yang dihormati itu memberi alasan kita kalah fizikal dengan thailand, they are more tougher than us.. ye ke? Tak boleh diterima jugak rasanya. Skuad malaysia yang ada pada hari ini tidak lagi patut menyalahkan saiz badan jika kalah. Dalam negara asia tenggara hari ini, pasukan malaysia adalah antara pasukan yang memiliki pemain bersaiz eropah selain singapoora yang mengimpot pemain oram putis. Fizikal bukan lagi persoalan untuk malaysia. Kita memiliki pemain badan besar seperti, shukor adan, asrarudin putra, indra putra, amirul hadi, syed adney, dan kembar zaquan-zafuan yang bukannya kerdil. Kecuali beberapa pemain sahaja seperti hardi dan daudsu yang lain bukannya layak dipanggil kecik. Tengok sajalah masa perlawanan malaysia-thailand. Pemain-pemain thailand ada rata-ratanya tidak boleh menandingi fizikal shukor, indra, asrarudin. Namun kita masih tewas.
Respon kepada kekalahan, ramai yang menuding jari kepada jurulatih, kepada penjaga gol, kepada ketumpulan penyerang, dan yang pasti kepada pengurusan bolasepak Malaysia. Ya, kegagalan sebenarnya adalah sistem bolasepak kita. Sistem dari akar umbi, pentadbir, dan juga perjalanan keseluruhan bolasepak di Malaysia adalah GAGAL.
Kerja mengurus sesebuah organisasi bolasepak sebenarnya bukan semudah walaupun punya harta berjuta. Harta, kedudukan dan kekayaan tidak menjamin seseorang itu mampu memimpin organisasi bolasepak dengan berkesan. Semua itu tidak berguna jika pemimpin dan pekerja organisasi itu tidak punya minat mendalam dalam bolasepak.
Tak payah bagi contoh panjang-panjang. Kita ambik contoh pengurusan laman web Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang ibarat hidup segan mati tak mau. Teruknya yang amat bagi laman web organisasi bolasepak negara yang tak up to date, x de bahan pastu masa pestabola tempoh hari boleh pulak under mentenen. ??!!?
Kenapa jadi macam ni? Jawapannya adalah kerana faktor minat.
Mereka yang bekerja menguruskan laman web FAM adalah orang yang dibayar gaji, punya kepakaran dalam iT. Tapi sayangnya, mereka mungkin kurang minat mendalam dalam mengambil tahu selok belok perjalanan bolasepak malaysia.
Kita tengok situasi seterusnya; pengendali laman web kelab penyokong bolasepak negeri/kelab seperti kelate.net, yob4ever.com, hijaukuning.com, dan juga harimaumalaya.com yang jauh lebih hebat webnya berbanding apa yang ada dalam laman web FAM... siapa mereka? Orang-orang yang mengendalikan laman-laman web penyokong ini adalah orang yang tidak dibayar gaji oleh sesiapa malah sanggup menggunakan dana sendiri semata-mata kerana MINAT !
Bila kita punya minat yang tinggi, apa yang dilaksanakan pun InsyaAllah akan menjadi. Pengurusan laman web itu adalah contoh yang kecil. Tapi sekecil-kecil contoh itu boleh kita zoomkan untuk pengurusan yang lebih besar. Sudah tentulah pengurusan organisasi itu sendiri. Biar orang yang berkeupayaan + punya minat/pengetahuan mendalam dalam bolasepak malaysia yang menguasai barisan tadbir urus badan bolasepak malaysia. Cukuplah badan bolasepak kita dicorakkan oleh orang-orang politik yang sekadar mahu mencari kepentingan peribadi didalam organisasi. Biar semua individu yang bekerja dengan badan bolasepak itu orang yang cintakan bolasepak. Biar tak pandai main bola, asal tahu pasal bola. Tahu sejarah, dan pengetahuan yang luas dalam hal ehwal bolasepak malaysia khasnya dan dunia amnya.
Ayuh FAM.. kami menuntut perubahan. Kami bukan mengritik semata-mata. Kami bersuara kerana kami sayangkan bolasepak malaysia.

“HIDUP MATIKU SEORANG MALAYSIA”

Thursday 11 December 2008

Piala Suzuki : Berkecai Sudah

oleh : sapix sangkunang
dalam episod frust menonggeng, xde mood nulis manjang!


hajat peminat bolasepak Malaysia untuk menyaksikan piala aff.suzuki hadir buat kali pertama ke Malaysia terpaksa ditangguhkan beberapa tahun lagi.
Sudah jelas dan terang sebentar tadi, Malaysia ditunjukkan jalan keluar oleh thailand yang menghukum aksi longlai Malaysia.
kesilapan helmi eliza sudahpun dihukum oleh satianathan yang memasukkan syed adney utk mengambil tempat yang ditinggalkan helmi.
nyata kemasukan adney tidak memabawa apa2 makna utk malaysia yg mudah ditumbangkan thailand.
namun apa yang pasti, kegagalan pemain pada edisi kali ini membawa kepada kegagalan besar yang harus ditanggung B Satianathan yg mana kontraknya menjadi galang ganti. putus jodoh bersama malaysia adalah harga yang terpaksa dibayar oleh Satia walaupun beliau sudahpun melakukan yang terbaik untuk malaysia termasuk menaikkan kembali ranking malaysia. namun dalam bolasepak, silap siapapun, jurulatih lah yang bertanggungjawab terhadap kesilapan itu.
"HIDUP MATIKU MASIH SEORANG MALAYSIA"

Wednesday 10 December 2008

Piala Suzuki : Helmi Malang Malaysia Tenggelam


oleh; sapix sangkunang 10 disember 08

Malaysia berdepan prospek pulang awal dari kejohanan setelah tewas 2-3 kepada Vietnam pada perlawanan kedua Piala Suzuki semalam.
dan orang yang dipersalahkan atas kekalahan ini ialah penjaga gol terbaik negara, Helmi Eliza Elias yang melakukan kesilapan besar dengan melepskan gol yang tidak sepatutnya dilakukan sebagai pemain profesional seperti beliau.
namun, seprofesional manapun, sehebat manapun seseorang keeper, mesti suatu hari akan hadir hari malang buat mereka yang seringkali melakukan kesilapan 'bodoh' yang mengundang kedukaan kepada pasukan. saya disini bukanlah hendak mengkritik tp hendak menjentik sedikit.
sebenarnya dalam karier helmi dalam skuad kebangsaan, perlawanan menentang Vietnam semalam adalah 'hari' helmi sepertimana 'hari-hari' yang melanda penjaga gol sebelum ini. helmi yang diangkat dan diagung2kan sebagai penyelesai masalah gawang malaysia yang sering bermasalah akhirnya dimaki hamun juga setelah azizon kadir dimaki hamun berkilo-kilo banyaknya selepas aksi mengecewakan piala asia 2007.
sorot kembali hari-hari malang gol keeper walaupon bertaraf piala dunia;
pada tahun 2002, penjaga gol berbisa england, david seamen terkulai layu bersama2 pasukannya gara-gara kesilapannya gagal menangkap bola sepakan percuma ronaldinho dalam perlawanan menentang brazil yang seterusnya menghukum england keluar dari kejohanan.
di malaysia, masih ingatkah kita pada Kamaruzzaman Hassan?
penjaga gol skuad sukan sea malaysia pada tahun 2001. malaysia ketika itu yang diterajui allan harris dengan barisan pemain hebat seperti akmal rizal, indra putra, hairuddin, gagal di perlawanan akhir bolasepak sukan sea di KL, ditewaskan thailand 1-0 gara2 kesilapan mudah yang dilakukan kamaruzzaman, tertampan bola ke gawang sendiri walaupun tidak diasak oleh pemain thailand yang seterusnya membawa episod malang kepada malaysia dan dirinya sendiri yg dikritik dan terus menyepi dari aksi antarabangsa sehingga kini..
dalam piala malaysia pun situasi ini berlaku. final piala malaysia 2004, megat amir faisal tersilap langkah gagal menyelamatkan lontaran kedalam adrian jurad chamrong yang membawa kemenangan perlis menjuarai piala malaysia menewaskan kedah 1-0.
dan semalam adalah hari untuk helmi eliza elias. tak tahulah apa sebenarnya yang ingin dilakukan helmi ketika itu, namun apa yang pasti ia mengundang kemarahan besar B Satianathan yang mana kegagalan helmi bakal membawa kepada kegagalan satianathan seterusnya bakal menyaksikan jodoh malaysia dan satia bakal ditamatkan jika malaysia pulang awal kali ini.
walau apapun, harapan masih ada walaupun senipis manapun, ia tetap dipanggil harapan.
malaysia bakal berdepan tuan rumah thailand hari ini, mengharapkan satu kemenangan disamping mengharap belas ihsan loas untuk mencipta keajaiban untuk menundukkan vietnam. satu perkara yang agak mustahil berlaku diatas kertas namun tidaklah begitu mustahil berlaku diatas padang.
semoga berjaya anak-anak buah Satianathan.

"LAHIRKU SEORANG MALAYSIA"

Lelaki di IPTA/IPTS

by sapix sangkunang.

10 disember 08

Baru-baru ni, isu kekurangan billangan penuntut lelaki di IPTA ditimbulkan kembali. Kali ini di dewan mulia parlimen. Isu dibangkitkan oleh ahli parlimen Rembau, Yang Berhormat Encik Khairy Jamaluddin ketika bertanya soalan kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron.

Timbalan menteri itu menjawab walaupon kaum lelaki kurang di IPTA, namun kaum lelaki masih menguasai bidang pengajian peringkat doktor falsafah.

Untuk YB Khairy, sangkunang tolong jawabkan persoalan itu;

Sebenarnya, isu kekurangan lelaki di IPTA pada hari ini tidaklah perlu YB gusarkan mahupun ditakuti. Sebelum bertanya kenapa kurang, YB perlu menyelidiki faktor2 yang menyebabkan lelaki kurang di IPTA.

Pada pendapat sangkunang, lelaki kurang di IPTA bukan kerana lelaki kurang pandai semata-mata. Tapi perlu dilihat dalam sudut serta faktor yang luas lagi.

Pertama, IPTA dikuasai kaum perempuan kerana pemilihan untuk mendapat tempat dalam institusi itu lebih memihak kepada perempuan kerana sistem pendidikan kita yang masih ‘exam oriented’.

Sistem peperiksaan di peringkat sekolah adalah lebih kepada penilaian dalam dewan peperiksaan yang mana ia lebih menitikberatkan penguasaan memori calon berbanding kefahaman dan penguasaan amali. Oleh sebab itulah sistem ini lebih memihak kepada kaum perempuan yang kebanyakkannya berupaya untuk menghafal satu buku teks berbanding pelajar lelaki yang hakikatnya boleh melakukan perkara yang sama tetapi kurang sifat kerajinan berbanding kaum perempuan.

Jom selidik lagi kenapa lelaki kurang di IPTA.....

Institusi pengajian selepas SPM/STPM di negara ini adalah terlalu banyak merangkumi bidang kedoktoran, sektor awam mahupun yang yang terlibat dengan lapangan kemahiran, tidaklah tertakluk kepada universiti sahaja. Jadi kebanyakkan lelaki yang tidak diterima masuk ke IPTA ini menyertai institusi2 yang sejiwa dengan mereka seperti politeknik, kolej komuniti, pusat giat mara, institut latihan perindustrian dan banyak lagi.

Jadi, pernahkah kita terpikir, jika lelaki tidak memenuhi pusat2 sebegini, adakah kaum perempuan akan berbondong-bondong memenuhinya???

Sanggupkah kaum perempuan berkecimpung dalam lapangan yg memerlukan mereka dicemari minyak2 hitam enjin kenderaan, lori bas kontena, serta dibakar kulit dek terik panas mentari?

Satu lagi,

Walaupun kaum lelaki tidak ramai yang menyertai IPTA, tak bermakna mereka tidak berguna kepada negara. Jika tidak menyertai institusi2 kemahiran, ramai kaum lelaki akan menyertai pasukan2 keselamatan negara spt tentera, polis, maritim, bomba, kastam, imigresen dan sebagainya. Perempuan pun ada turut serta tetapi tidak ramai jumlahnya jika nak dibandingkan dengan populasi mereka diperingkat belia muda. Jadi jika kekurangan lelaki di IPTA dipersoalkan kenapa kekurangan perempuan dalam bidang2 sebegini tidak dipersoalkan walhal khidmat mereka pun diperlukan juga dalam bidang2 tersebut.

Hmmm, terfikir jugak sangkunang. Kalau terlalu ramai lelaki masuk IPTA/IPTS, sape laaa yang nak tolong kejar mat rempit malam2, sape laaa yang nak siram rumah terbakar, sape laaa yang nak tembak menembak dengan pengedar dadah, sape laaa yang nak jadi posmen hanta surat rumah ke rumah, sape laa nak jaga sempadan, sape laa, sape laaa.....

Cuba terbalikkan keadaan dan berfikir sejenak...Lelaki memenuhi IPTA/IPTS sementara pasukan2 keselamatan negara, bengkel lori bas keretapi, serta tukang-tukang besi keluli, dimonopoli kaum wanita.....

*setiap makhluk Allah punya peranan masing2 hatta seekor nyamuk sekalipun.

sekian

Monday 1 December 2008

BERJAYA ATAU BERAKHIR.........

Bermula 5 Disember ini skuad bolasepak kebangsaan yang berjersi baru bakal menggalas tugasan penting iaitu Piala Suzuki/AFF di Phuket sesudah dipindahkan dari bandaraya bergolak Bangkok, Thailand. Seminggu sebelum bermulanya kejohanan terbesar ASEAN ini,Timbalan Presiden FAM, Encik Khairy bin Jamaluddin sudahpun memberi kata dua kepada pengendali skuad kebangsaan, B. Satianathan supaya membawa pulang keputusan terbaik yang menjadi ukuran kepada kesinambungan kontraknya yang bakal berakhir tidak lama lagi. Keputusan terbaik yang dimaksudkan calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu tidaklah dijelaskan secara terperinci, sampai ke mana, juarakah, membelasah lawankah berkilo-kilo kah, mengekalkan rekod tanpa boloskah,mendapat anugerah jersi terchantekkah...????
Di pihak satianathan, yang terbaik itu sudahpun difahaminya. Apa lagi yang terbaik kalau bukan juara. Takkan laa kandas di peringkat kumpulan dikatakan terbaik. Kalau juara adalah maksud ahli parlimen Rembau itu, sudah pasti beratlah bebanan Satianathan untuk merealisasikannya namun ia bukanlah satu kemustahilan yang harus diwaswaskan.
Skuad Harimau Malaya diletakkan sekumpulan bersama Loas, Vietnam dan tuan rumah Thailand. Atas kertas, nampak Malaysia mungkin mudah menundukkan Laos, tapi berdepan laluan getir menentang Vietnam dan Thailand. Namun jika dilihat prestasi semasa, kekuatan Malaysia, Vietnam dan Thailand adalah agak setara. Begitu juga dengan pasukan pilihan yang menghuni kumpulan yang satu lagi, Singapura, Indonesia dan Myanmar. Cuma apa yang mungkin membezakan kesemua pasukan pilihan ini ialah semangat juang. Mungkin skuad kita agak ketinggalan dari segi semangat juang jika nak dibandingkan dengan Indonesia dan Thailand.
Walau bagaimanapun, skuad malaysia kali ini dianggap dan dilihat lebih lengkap berbanding edisi-edisi sebelum ini. Dari segi persediaan misalnya. Jika sebelum ini, persiapan untuk menghadapi AFF sekadar seminggu dua, tapi kali ini agak berlainan. Skuad ini sudah disediakan sejak Ogos lagi iaitu pada perlawanan menentang Chelsea. Kemudian skuad ini berpesta di pestabola merdeka sebelum mengharung gelora Indochina menyertai piala jemputan Grand Royal Myanmar. Dan kemuncak persiapan, skuad Malaysia menentang Singapura di petaling jaya semalam yg berkesudahan rimau dan singa berkongsi mata 2 sama.
Seperti yang ditegaskan Khairy, semuanya sudah lengkap dan kemahuan jurulatih seperti menyudahkan liga lebih awal sudahpun ditunaikan. Kini untuk merealisasi, bukan lagi janji...
Kita mahu dengar sorakan kemenangan, bukan lagi alasan.....

SELAMAT BERJUANG WIRA-WIRA MALAYA!