Wednesday 26 January 2011

KARATHU PENGGANTI SATHIA...

Info dari Azman Eusof, (bekas penolong jurulatih Harimau Muda),
M Karathu kini sah menjadi jurulatih Kelantan menggantikan Satianathan yang 'diberhentikan' secara paksa oleh FAM.
Sementara itu, Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa melantik B. Satianathan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kejurulatihan dan Pembangunan Bolasepak KAFA.
DIBUNUH TAK MATI, DITAHAN TAK HENTI,
PATAH SAYAP BERTONGKATKAN PARUH,
AYUH KELATE,
KACHE SAPA MENE,
KELATE KU SAYE !

Monday 24 January 2011

GELORA KOTA BHARU | Satia Letak Jawatan


Sehari selepas pengumuman tajaan bernilai jutaan ringgit kepada skuad The Red Warriors, persiapan Kelantan menghadapi perlawanan Sumbangsih Liga Super 2011 dikejutkan dengan berita perletakan jawatan ketua Jurulatih, B. Satianathan berkuatkuasa serta merta (info dari INFOSUKAN Tv1). Perletakan jawatan Satia ini disebabkan oleh keputusan Jawatankuasa Disiplin FAM yang mengumumkan pengekalan hukuman gantung 6 bulan kepada bekas jurulatih kebangsaan itu kerana mengkritik badan induk bolasepak Malaysia pertengahan tahun lalu.

Di saat Kelantan bersiap sedia melangkah ke padang menghadapi sesuatu kejohanan, cerita duka perletakan jawatan jurulatih seperti sudah menjadi satu badi buat skuad yang dahulunya dikenali dengan jolokan Kijang Emas ini. Untuk rekod, pada tahun 2008, jurulatih pasukan Norizan Bakar meninggalkan Kelantan beberapa hari sebelum bermulanya sepak mula Piala Malaysia. Skrip yang sama berulang setahun kemudian apabila jurulatih, Peter James Butler meninggalkan pasukan secara mengejut, juga beberapa hari sebelum Kelantan memulakan kempen Piala Malaysia 2009.
Di saat bahang pertembungan di Shah Alam 29 Januari ini semakin panas, berita perletakan jawatan ini nyata menambahkan lagi gelisah dalam kalangan peminat tegar The Red Warriors, apatah lagi skuad ini sebelumnya turut dilanda kontroversi perpindahan 'haram' beberapa pemain berstatus bintang, masih lagi belum mencapai jalan penyelesaian.
Pemimpin nombor 1 bolasepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa juga tidak terkecuali merasai kegelisahan ini. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau melalui laman Facebook rasmi miliknya, beliau nyata kecewa dan dukacita dengan perkhabaran terbaharu ini. Tambahnya, apakah seperti suatu kebetulan setiap kali kita menghadapi sesuatu kejuaraan, kita terbeban dengan masalah yang berat. Namun, beliau meminta semua pihak bertenang kerana menurutnya Satia masih belum meletak jawatan secara rasmi.
Apa pun, kami berharap, isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin agar persiapan yang telah disusun tidak hancur begitu sahaja. Dan kepada Jawatankuasa Disiplin FAM, insaf-insaf lah. Orang tu kritik sikit je, terus kau hancurkan karier orang tu...
FAM..... RAKYAT SUDAH MULA MENERIMA KALIAN, TAPI KALIAN MASIH CUBA MENGULANGI RENTAK LAMA. BERUBAHLAH !!!!

HAPPY Bersama The Red Warriors.



Kancah Liga Malaysia musim 2011 belumpun bermula. Namun kemeriahan musim ini paling awal didominasi oleh Juara Piala Malysia 2009, Kelantan. Diselubungi beberapa kontorversi perpindahan pemain bintang, sedikitpun tidak menjejaskan perancangan pasukan The Red Warriors dalam menyuntik keghairahan seluruh pendukung Wira Merah itu.

Semalam, di Kota Bharu berlangsung satu majlis menandatangani penajaan HAPPY Prepaid sebagai rakan penaja utama pasukan The Red Warriors. Penajaan ini membolehkan logo HAPPY Prepaid dipamerkan pada dada jersi pemain, menyertai syarikat-syarikat lain yang sebelumnya sudahpun bersetuju bersama The Red Warriors seperti Alhamra, Sinar Harian, Yusmira Trading, dan Al-Jabbar Group.

Syabas buat Tan Sri Annuar Musa, yang berjaya menarik penglibatan korporat terhadap bolasepak Kelantan. Semoga usaha mengkorporatkan pasukan ini dapat dicontohi oleh pasukan-pasukan lain di Malaysia sekaligus merancakkan kembali saingan liga domestik kesayangan kita ini...





Logo Liga Super Malaysia

Banyak cerita menarik menjelang sepak mula Liga Malaysia 2011. Berita gembira pertama telah pun kita dengar, iaitu kebebasan setiap pasukan bertanding mempamerkan logo penajaan masing-masing setelah berakhirnya tajaan TM Berhad pada musim ini.


Gembira lagi, apabila syarikat media Malaysia ASTRO bersetuju menjadi rakan penaja FAM dan bermurah hati menyumbangkan dana RM440 Juta untuk keseluruhan tempoh tajaan selama 4 tahun.


Hadirnya Astro Media ke kancah bolasepak Malaysia turut membawa pakej yang menarik untuk memeriahkan saingan Liga Malaysia agar setanding dengan liga-liga luar negara. Apa yang menarik logo Liga Malaysia meliputi Liga Super dan Liga Perdana khabarnya akan diganti dengan logo baru yang lebih menarik dan bersifat internasional.
Berikut ialah bayangan logo dari pihak penaja yang akan dipilih oleh Jawatankuasa Liga Super diketuai Tan Sri Annuar Musa dan bakal diumumkan pada hari rabu ini.
.

Agak menarik kan? Simple dan membawa motif tersendiri, selain susunan imej yang kreatif.




Thursday 13 January 2011

JERSI BARU...

Jersi baru dilancarkan pada 7 Januari 2011.. Maknanya, dah agak terlewat laa aku hapdet story ni ye... Walau bagaimanapun, aku tetap nak update sebab permintaan tinggi. Aku tengok statistik carian yg hangat sehari dua ni ke blog sangkunang ialah berkenaan jersi baru skuad The Red Warriors 2011..

Jersi baru keluaran UMBRO yang sarat dengan logo penaja...








gambar-gambar dipow dari SINI

Durian Runtuh Untuk HARIMAU MALAYA


Kerajaan hari ini mengumumkan durian runtuh, RM 50 000 saham Amanah Saham Wawasan dan RM 15 000 tunai kepada setiap seorang pemain dan Jurulatih skuad Harimau Malaya yang menjulang Malaysia sebagai juara baru Piala AFF Suzuki baru-baru ini.
Merayau-rayau di beberapa forum, ada laa sorang dua yang mempertikaikan kenapa kerajaan terlalu memanjakan bolasepak. Bolasepak kita baru juara Asia Tenggara, sedangkan kita ada juara dunia basikal, skuasy, badminton, boling padang. Kenapa mereka semua dipandang sebelah mata aje????
Jawapannya senang;
MAMPUKAH SUKAN SKUASY atau BOLING MAMPU MENARIK PENGLIBATAN 100 000 RAKYAT DI VENUE PERLAWANAN/PERTANDINGAN SEPERTI MANA YANG MAMPU DILAKUKAN OLEH BOLASEPAK....

Monday 3 January 2011

Astro Sertai Zaman Transformasi Liga M

Sejak memasuki Pejabat FAM 31 Julai 2010, insan bernama Annuar Musa pantas menjanjikan transformasi besar-besaran Liga Malaysia bermula musim 2011-2012.
Misi Annuar Musa untuk menarik penglibatan korporat ke dalam bolasepak Malaysia mula membuahkan hasil. Astro Media tampil menjadi rakan penaja FAM dengan tawaran RM 220 juta untuk tempoh 4 tahun. Syabas FAM, Syabas ASTRO..

Itu cerita kewangan badan induk.

Untuk liga, ramai yang sudah tahu yang musim 2011 adalah fasa pertama perubahan. Pada fasa pertama ini, perubahan jelas yang kelihatan pada wajah liga ialah TIADANYA LAGI logo penaja utama FAM pada jersi pemain. Bermakna, setiap pasukan berhak meletakkan logo penaja masing-masing..
Agak-agaknya, macam ni laa nanti ye...


2010 Yang Gemilang

Rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan salam tahun baru 2011. Seperti yang semua pihak sedia maklum, 2010 sudah kita tinggalkan, tinggalkan bersama banyak kenangan manis. Pastinya kejayaan pasukan bolasepak Malaysia menguasai pentas bolasepak Asia Tenggara akan terus dikenang sebagai pencapaian terbaik Bolasepak Malaysia di zaman moden ini.
Dan...
Pemimpin sukan yang paling berjaya 2010 ialah TAN SRI ANNUAR MUSA.

sebabnya, kerana beliau naik ke podium KEJUARAAN sebanyak 2 kali..
Di pentas kejuaraan, menjulang Piala Malaysia bersama The Red Warriors buat kali pertama dalam sejarah.
Di pentas kejuaraan, menjulang Piala AFF bersama Malaysia buat kali pertama dalam sejarah.