Saturday 30 July 2011

HARIMAU MENANGIS SIAPA YANG TAHU...

Berat hati merasa, berat lagi hati yang menanggung... Disember 2011, air mata gugur di Bukit Jalil mengiringi lakaran gemilang Sang Harimau memacak panji agung di puncak jaya.
Julai 2011, air mata sekali lagi gugur di laman keramat. Berbeza motif, air mata kini hadir bersama menoktahkan gerakan kencang Sang Harimau dalam misi ranjau berliku mencari setitik makna suci penuh kasih di puncak awan.

Air mata pejuang tanda cinta. Sekelumit kebencian tidak harus ada bersama segenggam kecintaan. Biarlah kecintaan menguasai sepenuh ruang. Hindarkan kebencian...
Pejuang ke12 tetap bersamamu Harimau Malaya.. SangBelang !

ATAS DASAR CINTA......

Cintaku Tertinggal di Stadium~

Sunday 24 July 2011

Kubu Longlai

5-3.
Itulah jawapan dari Jalan Besar seberang Tambak Johor. Sama seperti beberapa perlawanan terdahulu, barisan tengah dan serangan negara menampilkan aksi mantap dan bertenaga. Tapi corak menarik ini di 'spoil'kan oleh kelonglaian barisan pertahanan skuad negara yang melepaskan gol-gol mudah.

Nada kekecewaan ini bukan sahaja dari kita penyokong, tapi turut disuarakan oleh Timb Presiden FAM, TS Annuar Musa
Frustrating melihat OUR DEFENDERS malam ni...and more frustrating to continously losing to a city state like spore..
Tulisan ini bukan mahu mengkritik barisan Rajagobal, jauh sekali mahu menghentam wira-wira negara di padang sana. Juga tidak sesekali mahu jadi tuan penasihat untuk suruh Raja pilih orang tu, ambik orang ni...Tapi hanya mahu mengaitkan corak permainan skuad kebangsaan tika ini dengan punca-punca relevan.

Bolos 4 gol menentang Taiwan, 4 gol berdepan Arsenal, 6 gol dari Liverpool dan terkini 5 gol 'hadiah' untuk Sang Singapura-pura.. Keseluruhannya 19 gol untuk 5 perlawanan.

Kenapa barisan pertahanan kita lemah disaat serangan kita menampilkan aksi cantik ala Eropah?Gua nak kaitkan situasi ini dengan faktor aksi dalam Liga Super.

Ramai orang kata, pengharaman pemain import 3 tahun kebelakangan ini berjaya melahirkan pemain-pemain serangan yang berkualiti kerana aksi mereka tidak dibayangi aksi, kemahiran dan fizikal pemain-pemain import yang lebih baik. Ketiadaan pemain seperti Marlon Alex James, Mahmadou Moustapa dan beberapa nama lagi membuka ruang luas buat orang kita. Kerana itulah timbulnya nama-nama sepert Abdul Hadi Yahya, Ismail Faruqhi, Baddrol Bahtiar dan ramai lagi. Dari itu kita juga telah memiliki 'pool of fowards' yang sangat besar untuk menyarung jersi kebangsaan.

Namun disebalik peningkatan kualiti barisan serangan pemain-pemain barisan atas, timbul pula masalah di barisan bawah. Pemain pertahanan di Liga Super Malaysia tiada kualiti. Kenapa? Kerana pemain-pemain pertahanan di Malaysia tidak biasa berhadapan dengan aksi-aksi luar biasa pemain-pemain asing. Kerana asakan yang diterima oleh pemain pertahanan dalam Liga Malaysia hanya berkisar kepada pemain sama, yang boleh dikatakan sama tempo permainan dan sama kemahiran membawa bola ke pintu gol. Berbanding jika kita memiliki pemain import dalam liga, pemain pertahanan kita akan lebih bersedia dengan gerakan-gerakan yang dihasilkan oleh penyerang-penyerang import berkualiti. Itulah yang jadinya hari ini. Muslim dan rakan-rakan seakan-akan mengambil mudah setiap gerakan penyerang lawan.

Kenapa Piala Suzuki 2010 pertahanan kita sangat mantap???
Oh ye. Piala Suzuki 2010 menampilkan aksi mantap dari barisan pertahanan kita. Dan barisan pertahanan sama masih lagi bersama pasukan kebangsaan -Muslim, Fadhli, Mahali, Asra. Kenapa waktu tu mantap ye?
Iye, masa tu pertahanan kita sangat mantap kerana pada waktu itu, daripada '4 backs' ini, hanya Asra seorang sahaja produk Liga Super Malaysia. 3 lagi bukanlah produk Liga Super. Muslim, Fadhli, dan Mahali adalah produk pelaburan FAM di Slovakia. Disana mereka dibiasakan dengan aksi pantas dan tangkas pemain-pemain Eropah. Di sana juga mereka sudah terbiasa dengan keadaan fizikal orang sana yang tegap dan kasar. Sekembalinya mereka dari Slovakia, mereka meneyertai pasukan kebangsaan, dan pengalaman di sana memberikan sesuatu yang lebih bertenaga untuk Harimau Malaya.

Kenapa sekarang mereka longlai?
Jawapan sudah dijawab. Aksi mereka sedikit menurun kerana Liga Super Malaysia atau bahasa orangputihnya MSL. Selepas menjulang Piala AFF, 3 serangkai ini kembali ke pangkuan Harimau Muda dan beraksi dalam Liga Super Malaysia. Nampak bukan? 6 bulan berada dalam kepompong liga ini, kualiti yang ada pada mereka sudah mulai menurun. Bukan salah mereka. Tapi salah persekitaran pemain-pemain penyerang dalam liga kita yang tidak mampu memberi 'peluh lebih' kepada anak-anak muda ini.

Dan perancangan seterusnya membawa skuad emas ini ke Liga Singapura juga dilihat tidak memberikan lebih pendedahan kepada mereka. Jalan terbaik, kembali ke Liga Slovakia. Duit FAM kan banyak, Astro ada, TM ada, tiket stadium pun RM30 skrg ni. Tebal dompet. Apa salahnya guna sikit kan...

Apa pun, keputusan 5-3 bukanlah kekalahan kepada kita kerana itu baru separuh masa pertama. Masih ada separuh masa kedua yang perlu digunakan sebaik mungkin oleh Harimau kita di gelanggang bolasepak 'sebenar' khamis nanti.

Masuk kandang singa, menyinga,
Masuk kandang harimau, kita bunuh saja itu singa...

Friday 22 July 2011

MISI PASTI

Aku jadi buruan,
kerana nilai tubuh badan,

Aku jadi buruan,
konflik manusia-haiwan tiada kesudahan,

Aku jadi buruan,
mengancam segenap lapisan keturunan,

Kini,
Aku mahu memburu,
Ambil kembali daulat maruah dan keagungan,
kerana aku tahu,
AKU RAJA,

AKU AKAN TERUS MEMBURU.......

Friday 15 July 2011

Meneroka Minda Kelas Kepala Lutut


Selesai sudah teka-teki format Liga Super 2012 yang menyaksikan pengekalan format lama disamping beberapa penambahbaikan diambil. Antaranya, kembalinya khidmat awang import, selain keputusan terpaksa menamatkan benteng kebal milik pasukan Pahang.(mungkin)..hehehe....

Perjanjian juga telah pun dimuktamadkan bahawa pasukan masa depan negara, Harimau Muda akan menyertai Liga Singapura (Liga S) musim hadapan. Sebagai galang ganti, kita harus menerima anak singa import kota seberang sebagai sebahagian anggota keluarga Liga Super Malaysia (MSL). Kata FAM selaku penguasa bolasepak Malaya, keputusan menghantar HM ke Liga S adalah satu inisiatif memberi pendedahan antarabangsa kepada skuad muda ini.

Persoalannya, cukup antarabangsakah Liga S tu?
Sangkunang disini bukanlah bertujuan nak mempertikaikan tahap keantarabangsaan Liga Republik itu, tapi terasa sikit tak puas hati dengan perancangan terbaru FAM yang disifatkan sebagai langkah terkebelakang.

Kenapa wa cakap terkebelakang? Sebab utamanya, bukan nak berlagak. Tapi hakikatnya bukan taraf kita sebagai pasukan gergasi Asia Tenggara nak beraksi di liga 'little dot' tu. Sebagai juara Asia Tenggara, adakah FAM melihat perencanaan ini sebagai menguntungkan kedua-dua pihak?

TIDAK sama sekali. Program kerjasama FAM-SAF ini hanya menguntungkan satu pihak. Iaitu bolasepak Singapura !

Toleh ke belakang, pandang sejarah. Masih ingatkah kita, awal tahun 2010 FAM pernah memohon untuk menghantar skuad Harimau Muda A ke Liga Singapura. Ingat? Sampai ke kita ke sana? Tidak tuan-tuan... Permohonan kita ditolak mentah-mentah oleh Singapura. Mentang-mentang lah masa tu, kita masih lagi 'bajingan' di rantau ini. Ditolaknya mentah2, takut nanti kita mempelajari sesuatu dari sana la kan.. kan...

Kegagalan menyertai Liga S 2010 menyebabkan FAM gelabah. Lantas mencuba sesuatu yang berani. Sertai liga divisyen bawahan Slovakia sebagai pasukan pelengkap bertaraf 'friendly match'. Sememangnya langkah itu membawa ganjaran besar kepada skuad HM. Memperoleh pengalaman berharga, membawa pulang kemahiran bolasepak taraf tinggi dan semangat permainan berani mati. Dan pakej yang dibawa pulang ini membawa Malaysia menjulang Piala AFF buat kali pertama. Yang ini, syabas untuk FAM.

Tapi kenapa setelah kita menjulang diri kita ke satu aras yang lebih tinggi, disaat itulah kita merendahkannya semula. Dan Singapura seolah-olah terpegun dengan aura yang dibawa HM, disebalik kemerosotan aksi skuad Singapura-pura mereka. Lalu menggubal 'dasar pandang ke Malaya' untuk pendedahan berguna kepada skuad mereka. Mengutip kemahiran dari aksi rancak yang dihidangkan oleh MSL tika ini. Dan kita ke liga kandang mereka. Sedangkan pemain kebangsaan mereka pun banyak berkelana ke Liga Indon.

Mungkin FAM nakkan Anak Singapura-pura mampu meningkat setapak lagi hebat dari Harimau Muda..kan...

Dah nampak sape yang untung dan sape yang rugi kan...kan..

Itu dari sudut pembangunan. Dari sudut lain, keuntungan $$$ yang dikaut dari kedatangan penonton. Ye walaupun tahap keghairahan rakyat Malaysia terhadap MSL tidaklah segah Indonesia, tapi jumlah kedatangan penonton ke stadium dalam aksi MSL adalah lebih meriah dari Liga S yang hanya didatangi kaum keluarga pemain sahaja. KAH KAH.....

Tak tau laa apa yang pegawai FAM fikirkan. Dan tak tau laa jugak kalau ada keuntungan di pihak kita disebalik rancangan ini. Wa tabik 135 kali kat Wisma FAM kalau langkah ini memberi impak besar terhadap HM...haha

Yang pasti, keputusan ini wa nampak berkisar kepada keputusan drastik dari minda berkelas kepala lutut !

Tuesday 12 July 2011

Pahang sah dihumban ke Liga Perdana

KHABAR DARI WISMA FAM KELANA JAYA.

Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Liga Super sebentar tadi memutuskan bahawa pasukan paling kebal abad ini PAHANG akhirnya sah diturunkan pangkat ke Liga Perdana setelah menduduki 2 tangga akhir bersama-sama Perlis.

Berikut merupakan beberapa keputusan yang dibulat suara untuk Liga Super 2012;
  • PAHANG, PERLIS ke Liga Perdana.
  • PKNS dan SARAWAK menarik nafas lega, kerana penat lelah mereka berbaloi. Layak ke LIga Super 2012.
  • Harimau Muda A akan bermain di Liga Singapura, sementara tempatnya dalam Liga Super Malaysia akan digantikan oleh Singa Muda atau Young Lion Singapore.
  • Khidmat pemain import DIBENARKAN, dengan kuota 2 orang untuk setiap pasukan.

Selamat kembali Awang Import.
Selamat kembali ke Liga Super untuk Sarawak.
Selamat Datang ke Liga Super untuk PKNS dan Young Lions.

Thursday 7 July 2011

HARIMAU SIAP SIAGA !

Live dari AFC House Kuala Lumpur.
Majlis undian Kelayakan Akhir Olimpik 2012 baru sahaja berakhir.

KUMPULAN C
JEPUN
BAHRAIN
SYRIA
MALAYSIA


Awas unta padang pasir, juga Sang Samurai.. Harimau Malaya sedia membaham mangsa !

Wednesday 6 July 2011

Friday 1 July 2011

Persib Intai Safiq


Khabar dari seberang. sini
Kelab tersohor Liga Super Indonesia, Persib Bandung FC dikhabarkan akan memancing kapitan Harimau Malaya, Safiq Rahim untuk menghadapi musim 2011/12 yg akan bermula Julai nanti.

Jika ini perpindahan ini menjadi kenyataan, Safiq akan menjadi pemain kedua Malaysia yang 'merumput' (bak kata orang indon) di liga tanah seberang sana..

ALL THE BEST !