Showing posts with label FAM. Show all posts
Showing posts with label FAM. Show all posts

Monday 3 January 2011

Astro Sertai Zaman Transformasi Liga M

Sejak memasuki Pejabat FAM 31 Julai 2010, insan bernama Annuar Musa pantas menjanjikan transformasi besar-besaran Liga Malaysia bermula musim 2011-2012.
Misi Annuar Musa untuk menarik penglibatan korporat ke dalam bolasepak Malaysia mula membuahkan hasil. Astro Media tampil menjadi rakan penaja FAM dengan tawaran RM 220 juta untuk tempoh 4 tahun. Syabas FAM, Syabas ASTRO..

Itu cerita kewangan badan induk.

Untuk liga, ramai yang sudah tahu yang musim 2011 adalah fasa pertama perubahan. Pada fasa pertama ini, perubahan jelas yang kelihatan pada wajah liga ialah TIADANYA LAGI logo penaja utama FAM pada jersi pemain. Bermakna, setiap pasukan berhak meletakkan logo penaja masing-masing..
Agak-agaknya, macam ni laa nanti ye...


Monday 22 November 2010

Masihkah Kau Ingat?

LIGA M DISWASTAKAN 2011

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mungkin menswastakan Liga Malaysia (Liga M) bagi musim 2011 jika pelbagai masalah masih lagi membelenggu perjalanan liga tahun depan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, antara masalah terbabit adalah kewangan seperti pembayaran gaji pemain dan pegawai, kemerosotan kualiti permainan dan kekurangan sambutan daripada penonton.

"Saingan Liga M musim depan akan menjadi medan terakhir FAM mencari jalan keluar daripada permasalahan itu dan kerana itu juga terdapat beberapa syarat tambahan kepada pasukan yang bertanding," katanya baru-baru ini.

Antara syarat yang perlu dipenuhi semua pasukan adalah membayar deposit penyertaan kepada FAM dan mempunyai bukti kedudukan kewangan yang kukuh sepanjang musim bagi mengharungi saingan Liga M musim depan.

Pasukan yang bersaing dalam Liga Super juga perlu membayar deposit penyertaan sebanyak RM150,000 manakala RM100,000 kepada pasukan yang bertanding dalam Liga Perdana.

Pasukan Liga Super pula perlu mempunyai bukti kedudukan kewangan berjumlah RM2.5 juta manakala Liga Perdana adalah RM1.5 juta.

"Jika semua syarat-syarat itu dapat dipenuhi dan dipandang serius oleh anggota-anggota gabungan, ia merupakan satu petanda yang baik untuk bola sepak negara ini," katanya.

Ketika ditanya kenapa FAM perlu menunggu sehingga 2011 sedangkan telah terbukti liga-liga luar negara yang diswastakan telah pun berjaya, Azzuddin berkata, ia berhubung rapat dengan budaya rakyat Malaysia.

"Cara kita sebagai rakyat Malaysia adalah dengan berdialog terlebih dulu, serta memberi ruang yang secukupnya sehingga sampai satu tahap apabila semuanya telah diberi barulah tindakan diambil," katanya.

Azzuddin berkata, anggota-anggota gabungan perlu menggunakan masa yang ada untuk berubah terutamanya bagi mencari dana serta mengambil insiatif sendiri untuk membuat hala tuju persatuan.

"Ini kerana dalam beberapa aspek seperti mencari sumber kewangan serta pengurusan dan pentabdiran anggota-anggota gabungan FAM tidak boleh campur tangan kerana ia tidak dibenarkan oleh perlembagaan persatuan," katanya.

Liga M kini diuruskan sepenuhnya oleh FAM di mana terdapat jawatankuasa-jawatankuasa tertentu dibentuk bagi mengendalikan perjalanannya. - Bernama

Monday, September 28, 2009

Masihkah kau ingat?
September 2009 S/U FAM, Azzudin dengan bangganya mengumumkan yg liga kebanggaan negara bakal diurus tadbir oleh badan swasta untuk saingan liga 2011.
Aku pun dengan bangganya rasa perubahan akan berlaku.
Hari ini, beberapa minggu sebelum menjelang tahun 2011. Adakah pelan penswastaan itu masih berjalan???

Monday 25 October 2010

Paritbuntarmali said....

Paritbuntarmali said...

Sathia mungkin terlupa bahawa jika memberi kenyataan akhbar harus berhati-hati. Bukan sebab Sathia ni jurulatih Kelantan semata-mata tetapi sebab Sathia ni bukan ada kena mengena dengan pasukan Selangor. Percayalah jika Sathia ni jurulatih Selangor tiada tindakan, hanya amaran sahaja dikenakan dan selepas rayuan dibuat semua boleh setel begitu aje.

Itulah senario bolasepak Malaysia atau lebih tepat lagi politik dari Wisma FAM. Raja Ahmad dan arwah Datuk Ahmad Basri pernah merasai bahana digantung FAM akibat dari teguran yang dibuat di akhbar. Banyak kes apabila melibatkan Selangor akan dibicarakan dengan lambat kerana pesalah berkenaan tidak dapat hadir dan lain-lain lagi alasan. Apabila keputusan diberi seperti hendak memberi hukuman seringan-ringannya.

TS Anuar Musa hanyalah seorang Timbalan Presiden di FAM yang ikhlas memperjuangkan bolasepak di Malaysia. Kejayaan Kelantan adalah bukti kemampuan beliau untuk membangunkan bolasepak jika tiada campurtangan pihak ketiga.

Untuk kemajuan bolasepak Kelantan jangka masa panjang, diharap tiada pihak ketiga yang akan masuk campur. Pasukan Kelantan adalah satu-satunya pasukan tanpa bantuan kewangan dari Kerajaan Negeri yang berjaya setakat ini. Biasanya bila sudah berjaya akan ada le pihak yang cuba untuk mendapat kredit kejayaan usaha orang lain.

Semoga Kelantan akan berjaya dalam final Piala Malaysia 2010 sebagai pasukan diuruskan secara peribadi oleh TS Anuar Musa. Kejayaan TS Anuar Musa ini juga boleh menjadi contoh terbaik kepada individu lain untuk menguruskan pasukan bolasepak di Malaysia.

Peminat bolasepak Malysia.


*Paritbuntarmali adalah pengunjung blog sangkunang yg selalu memberi komen2 bernas berkaitan apa2 isu yg diketengahkan.. Thanks bro....

Saturday 23 October 2010

SATHIA DIGANTUNG !


Dalam kerancakan persiapan menghadapi Kedah dalam aksi Separuh Akhir kedua di Kota Bharu malam ini, kem Kelantan dikejutkan dengan berita penggantungan Jurulatih, B. Satianathan selama 6 bulan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)....

WTF.....
Sebab penggantungan hanya adalah kerana mengeluarkan kenyataan berkaitan kesediaan stadium dalam perlawanan liga super antara Terengganu dan Perlis.
" sekiranya stadium tuan rumah tidak boleh digunakan maka stadium luar harus dijadikan stadium berkecuali untuk menjadi gelanggang pertarungan"

Kenyataan Satia adalah bersifat cadangan dan bukan kritikan. DAN kenyataan beliau adalah jelas, merujuk kepada aspek kesediaan stadium yg pernah terjadi kepada pasukan kelantan tahun lepas..

FAM MEMANG SUDAH GILO...
Kes 'Zidane' Malaysia yg menghantuk kepala pemain T-Team, Harris Safuan Kamal bila nak selesaikan???? atau dilupakan saja....

Dan nampaknya suara Annuar Musa sebagai Timbalan Presiden FAM sudah tidak didengari lagi di Wisma Kelana Jaya. Suara kem lain lebih kuat....

Sunday 17 October 2010

Anugerah Bolasepak Kebangsaan FAM / 100 Plus 2010


SENARAI PENCALONAN

Calon Penjaga Gol Terbaik
1. Mohd Sharbinee Allawee (Terengganu)
2. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
3. Sani Anuar Kamsani (N. Sembilan)
4. Hamsani Ahmad (Selangor)
5. Syamsuri Mustaffa (T-Team)

Calon Pertahanan Terbaik
1. Nasriq Baharom (Selangor)
2. Md Aidil Zafuan Abdul Razak (N. Sembilan)
3. Azizi Mat Rose (Kelantan)
4. Marzuki Yusof (Terengganu)
5. Reithaudeen Emran (Sabah)

Calon Tengah Terbaik
1. Safiq Rahim (Selangor)
2. Amri Yahyah (Selangor)
3. Amirulhadi Zainal (Selangor)
4. S. Kunalan (N. Sembilan)
5. Baddrol Bakhtiar (Kedah)

Calon Penyerang Terbaik
1. Norsharul Idlan Talaha (Kelantan)
2. Ashaari Shamsuddin (Terengganu)
3. Mohd Safee Sali (Selangor)
4. Azlan Ismail (Kedah)
5. Mohd Zamri Hassan (PKNS)

Calon Pemain Muda Terbaik
1. Mohd Faizal Abu Bakar (Kedah striker - 20 tahun)
2. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan goalkeeper - 21 tahun)

Calon Jurulatih Terbaik
1. K. Devan (Selangor)
2. B. Sathianathan (Kelantan)
3. Gary Phillip (Sabah)
4. E. Elavarsan (Felda United)
5. Ahmad Yusof (Kedah).

Thursday 14 October 2010

Gaduh | KAFA Pun Bersalah ???

FAM bakal memanggil Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) untuk memutuskan hukuman yang bakal dikenakan setelah tragedi yang tercetus malam selasa lepas. Lihat sini.

Sudah menjadi kebiasaan, jika terjadi apa-apa perkara buruk yang melibatkan penyokong Kelantan, kesemua media arus perdana sepakat menuding jari menuduh Kelantan punca segala masalah. Lantas FAM pun terikut sama untuk mengheret KAFA ke muka pengadilana gara-gara gagal mengawal tinkah laku penyokong.

Persoalannya, adakah peristiwa hitam di Shah Alam tempoh hari disebabkan oleh KAFA? sedangkan menjadi tanggungjawab dan bidang kuasa FAS selaku tuan rumah untuk menyediakan kawalan keselamatan yang ketat. Tapi lain pula dipihak FAS. Mereka mengatakan kejadianberlaku di luar stadium dan mereka tidak terlibat.

Bagaimana pula dengan peristiwa hitam di Kota Bharu 7 April 2009? Kelantan didenda gantung stadium gara-gara tragedi rusuhan dan bakar trak polis pada malam separuh akhir piala FA antara Kelantan dan Negeri Sembilan. KAFA dihukum walaupun ia berlaku selepas perlawanan. Ya, aku terima hukuman itu. Tapi dalam kes terbaru ini, FAS harus dihukum. Bukannya KAFA.

FAS memang gagal. Gagal segalanya. Bermula dari pintu masuk, kawalan keselamatan terlalu longgar tidak seperti di Kota Bharu. Polis dan RELA ramai yang berkawal tapi tidak melakukan pemeriksaan menyeluruh ke atas penyokong yang masuk. Aku sendiri masuk membawa beg galas yang tersimpan 'banner'. Aku memang bersedia jika ada pemeriksaan, kerjasama akan diberikan. Tapi di pihak pasukan keselamatan stadium, mereka hanya bertanya, "Dik, ada apa dalam beg?". "Ada banner encik." OK, masuk....

Itu yang dikatakan FAS sebagai kawalan ketat sudah dilakukan??? Kalau aku bawak bom C4 sekalipun, aku takkan mengaku yang aku bawak bom. Sebab mereka tak check. Kawan2 aku pun sama, yg bawak beg berisi baju hujan, kamera semuanya lepas dengan mudah.

Jika kawalan keselamatan dilakukan dengan ketat, aku percaya keadaan tidak seteruk malam itu. Teringat lagi malam Final Piala FA tahun lepas membabitkan pertembungan Selangor Kelantan di Bukit Jalil. Aku yang membawa beg berisi banner terpaksa melepasi 4 lapis pemeriksaan. Pertama di pintu masuk oleh pegawai stadium. Kedua polis selepas pintu masuk. Ketiga RELA. Dan yg terakhir terserempak ngan FRU yang sedang meronda. Habis segenap inci beg aku dibuka, banner pun dibentang habis untuk memeriksa kalau2 terselit sebijik dua mercun, bedil, bom dan sebagainya. Hasilnya, malam itu perlawanan bersih dari sebarang letupan mahupun ketegangan walaupun Kelantan tewas penalti kepada Selangor.


Jika pemeriksaan ketat telah dilakukan pada malam selasa lepas, tiadalah acara bom mengebom, tiadalah tergolek-golek pasukan paramedik dilancar 'mortar'.

Kegagalan seterusnya di pihak FAS ialah masalah pembahagian seat dalam stadium. Tempat duduk Kelantan penuh dan padat macam sardin ! dan diletakkan pula bersebelahan dengan penyokong Selangor di bahagian kerusi hijau yang jaraknya hanya 10 meter, memudahkan lagi provokasi dan melancarkan lagi perjalanan aksi baling-membaling. Mengapa tidak dibahagikan sama rata dan saling menghadap antara Selangor Kelantan dengan bahagian belakang gol ditutup sebagai penghalang yang luas..?

Melihat penyokong Kelantan memenuhkan ruang kerusi hijau belakang gol malam sabtu lalu, aku dapat menjangka sesuatu yg buruk bakal berlaku malam ini. Terdetik juga di hati, adakah pihak stadium SENGAJA membiarkan jarak yg kecil itu. Untuk mencetuskan pergaduhan dan yang bersalah memang satu malaysia akan sedia maklum. 10 jari akan menuding kearah Kelantan yang imej mereka sedia buruk dimata rakyat Malaysia. Takkan pihak FAS tak boleh jangka benda gini akan berlaku. Pengalaman2 sebelum ni dah banyak mengajar bahawa penyokong Kelantan dan Selangor TAK BOLEH DIBIARKAN BERDEKATAN DALAM STADIUM.

Kegagalan lagi? Pasukan keselamatan dalam stadium GAGAL mengawal tingkah laku penyokong kedua-dua pasukan ketika 'peperangan kecil' mula tercetus. Pada masa itu sepatutnya pihak keselamatan tidak tengok dan biar. Tangkap je kepala-kepala kedua-dua belah penyokong. Takut lah nanti yang lain... Contohi pasukan keselamatan di Kota Bharu, ada je kekecohan, bergari lah kat tangan. Sikap tunggu dan lihat di Shah Alam itulah yang menyebabkan situasi makin parah dengan lebih ramai yang turut serta, menambahkan lagi aksi yang tercetus sampai orang dah tak tengok kenapa Idlan Talaha dan Gunalan dibuang padang. Lagi syok tengok perang agaknya.

Berdasarkan kegagalan-kegagalan yang direkodkan ini, sudah sah bahawa PERSATUAN BOLASEPAK SELANGOR (FAS) harus didenda kerana GAGAL menyediakan venue perlawanan yang selamat !


Tuesday 5 October 2010

MSL 2011 mungkin berwajah baru

"Sementara itu seorang lagi Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa mendedahkan rundingan bersama penaja Liga Malaysia, Telekom Malaysia (TM) yang kontraknya akan tamat pada 31 Disember hujung tahun berada di peringkat rundingan.

‘‘Selain TM, kami sedang memperincikan penaja-penaja baru yang berminat, antara aspek baru yang akan diubah mengenai pendekatan jersi dan ruang iklan,” jelasnya."

sumber

_________________________________________

Alhamdulillah..
Sepertimana yg dijanjikan, nampaknya Tan Sri Annuar Musa menerima pakai & melanjutkan surat ke Majlis Eksekutif FAM berkenaan cadangan yang sangkunang utarakan melalui surat yang dihantar kepada beliau beberapa hari selepas beliau memenangi jawatan Timbalan Presiden FAM tak lama dulu..

Antara idea penambahbaikan yang dicadangkan kepada beliau ialah mengenai kedudukan TM selaku penaja utama, dan paparan logo besar pada jersi setiap pasukan yang aku kira banyak membantutkan usaha 'bussines in football' kerana ia bersifat monopoli sekaligus menghalang korporat lain dari turut serta dalam Liga Malaysia...


Sama-sama kita nantikan....

Thursday 23 September 2010

Masalah lampu limpah. Apa Tindakan FAM ?

Mat saleh penyokong Pahang meninggalkan stadium dengan perasaan hampa.
[gambar dari HarimauMalaya forum]



Minggu lepas, 17 September 2010. Mengikut jadual pertandingan liga tempatan, Piala Malaysia Kuala Lumpur bertandang ke Stadium Darul Makmur untuk bertemu tuan rumah, Pahang untuk aksi perlawanan kedua Piala Malaysia 2010.

Tapi, alangkah kecewanya penyokong dan penonton yang sudah berada di stadium kerana perlawanan itu terpaksa ditunda kerana masalah lampu limpah stadium yang tidak menepati standard. Maka pegawai perlawanan memutuskan perlawanan ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan.

Disini, aku boleh simpulkan bahawa kes ini terletak di bawah kategori 'GAGAL MENYEDIAKAN VENUE PERLAWANAN YANG SESUAI'. Kegagalan ini jika dirujuk dari undang-undang pemerintah bola era chemat jusoh, ianya harus melibatkan denda. Kenapa?

Sebab tahun lepas, tanggal 7 Januari 2009, Stadium Sultan Mohamad ke-IV Kota Bharu dituduh atas pertuduhan yang sama. Iaitu GAGAL MENYEDIAKAN VENUE PERLAWANAN YANG SESUAI akibat hujan lebat menyebabkan banjir di padang stadium. Rujuk sini, dan sini yang menyebabkan perlawanan tidak dapat dilangsungkan. Bezanya disini, peristiwa di Kuantan adalah melibatkan kesilapan manusia yang boleh diatasi jika pemeriksaan awal dilakukan, manakala peristiwa di Kota Bharu melibatkan bencana alam yang mana ia ditentukan oleh Tuhan.

Bezanya lagi, peristiwa di Kuantan hanya mengundang marah penyokong akibat terpaksa pulang hampa kerana tiada perlawanan, manakala di Kota Bharu padah yang diterima cukup besar. Akibat gagal menghalang hujan daripada turun dengan lebat sehingga menyebabkan banjir, Pasukan Kelantan dihukum 'kalah tanpa berlawan' dengan memberi 3 mata percuma kepada pasukan lawan iaitu KL Plus.

Berbalik kepada isu kegagalan pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) membaik pulih kerosakan lampu limpah, aku rasa FAM sepatutnya mengenakan hukuman denda kepada persatuan itu kerana dengan jelas telah berlaku kecuaian di pihak PBNP sedangkan kerosakan sudah lama dilaporkan.

Tak nak bagi kalah percuma pun tak apa lah, tapi kenakan denda sebagai peringatan kepada pengurusan pasukan lain agar aspek persediaan stadium tidak dipandang ringan oleh pihak pengurusan pasukan..

Sekian. Majulah Bolasepak Pahang Untuk Malaysia.

Wednesday 25 August 2010

Kabinet FAM | Pemilihan Jawatankuasa Induk

Mesyuarat pertama barisan kabinet FAM yg baru semalam telah membuat keputusan pembahagian portfolio Induk FAM.

Senarai Pengerusi Jawatankuasa FAM:
Bola Sepak Wanita: Tan Sri Annuar Musa
Futsal & Bola Sepak Pantai: Datuk Seri Abdullah Hishan
Keselamatan: Datuk Hussin Ismail
Kewangan & Pengurusan: Sultan Ahmad Shah
Media & Perhubungan Awam: Datuk Subahan Kamal
MSL: Tan Sri Annuar Musa
Audit Dalaman: Datuk Seri Mohamed Sulaiman
Pemeriksaan, Pemantauan & Ketelusan: Tan Sri Aseh Che Mat
Pengadil: Datuk Astamam Aziz
Pengurusan Pasukan Kebangsaan: Sultan Ahmad Shah
Pertandingan Antarabangsa: Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
Pertandingan Tempatan: Datuk Hamidin Amin
Perubatan & Sains Sukan: Dr Hamdan Khalib
Rayuan: Gnanarajah C Ayathurai
Status Pemain: Datuk Takiyuddin Hassan
Tatatertib: Datuk Taufik Razak
Teknikal & Pembangunan Belia: Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
Tiket & Pintu: S Sivasundram
Undang-undang & Peraturan: Datuk Afandi Hamzah

Saturday 31 July 2010

KABINET FAM 2010-2014


Muktamad sudah.
Berakhirnya Pemilihan Agung FAM penggal 2010-2014 sebentar tadi maka bermulanya satu episod baru dalam perjalanan bolasepak negara. Antara matlamat, impian dan hala tuju, muka-muka inilah yang bakal memegang amanah serta tanggungjawab besar. Terpulang kepada mereka, sama ada sesuatu yang drastik dapat digubal, atau impian hanya tinggal impian bak cerita-cerita dongeng yang sering didendangkan sebelum ini.

Apa-apa pun, kepada Timbalan Presiden yg baru, Tan Sri Annuar Musa kami sandarkan harapan. Semoga ada sinar dihujung kelam. Muka lama???? no hope!

...................................................................................

Presiden;
  • SULTAN AHMAD SYAH

Timbalan Presiden;
  • TENGKU ABDULLAH AHMAD SYAH
  • TAN SRI ANNUAR MUSA
Naib Presiden;
  • Datuk Afandi Hamzah
  • Datuk Hamidin Mohd. Amin
  • Datuk Subahan Kamal
  • Datuk Abdullah Hishan Hashim
Exco;
  • Dr. Hamdan Mohamed Khalib
  • Datuk Takiyuddin Hassan
  • Datuk Jeferey Low Han Chau
  • Datuk Astaman Abdul Aziz
  • Datuk Osman Salleh
  • Rosmadi Ismail
  • Mejar Rani Abdul Rahim
  • S. Sivasundram

VOTE FOR HIM


Hari ini, kabinet baru FAM akan dibentuk dengan pengemudinya sudah mengkompemkan diri untuk terus berkhidmat... Daulaaaaat Tuanku...

Kepanasan perebutan jawatan banyak berkisar kepada jawatan nombor dua iaitu Timbalan Presiden yang memperuntukkan 2 tempat. Aku berharap delegasi ahli Majlis FAM nanti akan membuat keputusan tepat. Pilihlah calon yang mampu membawa Malaysia keluar dari era kegelapan. Jangan pilih calon berdasarkan kasta kedudukan.

MAJULAH BOLASEPAK UNTUK MALAYSIA !

Sunday 27 June 2010

Pemilihan FAM penggal 2010-2014

AGM / Pemilihan Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Penggal : 2010 - 2014
Tarikh : 31 Julai 2010
Tempat : Hotel Glenmarie & Resort Shah Alam


---------------------------------------------------------------

CALON-CALON

PRESIDEN: masih berkuasa

Sultan Haji Ahmad Shah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar
-Sultan Pahang
-Penyandang kerusi Presiden (1976 - sekarang)

*MENANG TANPA BERTANDING SETELAH TIADA PENCALONAN LAIN UNTUK JAWATAN PRESIDEN


TIMBALAN PRESIDEN:

calon 1
masih hensem untuk mempertahankan jawatan

Datuk Redzuan Sheikh Ahmad
-Timbalan Presiden FAM kini



calon 2
sirih pulang ke gagang? patik rasa baik tuanku jaga PHM

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
-Presiden Persatuan Hoki Malaysia (PHM)

-Mantan Timbalan Presiden FAM (letak jawatan selepas kegagalan Malaysia di Piala Asia 2007)
-Anak Presiden sekarang.



calon 3
calon pilihan menerajui FAM pada masa depan

Tan Sri Annuar Musa
- Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA)
- Bekas Menteri Belia dan Sukan (1990-1993)


calon 4
ingin menambah koleksi jawatan presiden

Datuk Seri Shahidan Kassim
- Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA)
- Bekas Menteri Besar Perlis


calon 5
'orang lama' dalam FAM

Datuk Che Mat Jusoh
- Presiden Persatuan Bolasepak Terengganu
- Naib Presiden FAM (sekarang)


calon 6
??

Datuk Mokhtar Ahmad
- Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS)