Showing posts with label belasungkawa. Show all posts
Showing posts with label belasungkawa. Show all posts

Monday 6 December 2010

BON VOYAGE DEKMAN

foto:sukanmania

Tubuhnya sudah dibaluti warna kuning hitam, bukan lagi merah putih...
BON VOYAGE Akmal. Semoga hajatmu tercapai. Terima kasih kerana menjulang TRW ke tahap ini...

Wednesday 24 December 2008

Takziah

al-fatihah buat sepupuku, Kak Lina yg kembali ke rahmatullah malam tadi.
arwah meninggal selepas melahirkan anak lelaki yang juga dijemput Allah beberapa jam lebih awal darinya. semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman disisi Allah.
kedua-dua beranak di simpan di lahad bersebelahan..
AL-FATIHAH................

Friday 28 November 2008

DATUK RAZALI ISMAIL - Perginya Seorang Patriot

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Itulah yang berlaku dalam arena pendidikan hari ini. Tarikh 28 November 2008 adalah satu tarikh yang bakal diingati oleh seluruh warga pendidikan di Malaysia. Tarikh di mana kita kehilangan seorang wira yang hampir seluruh hidupnya diabadikan untuk kemajuan dunia pendidikan di Malaysia- Datuk Razali bin Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Secara peribadi, sangkunang amat sedih dengan pemergian Allahyarham yang sangkunang sifatkan terlalu awal kerana arwah baru sahaja menduduki kerusi penting di kementerian dalam perjuangannya membela dan memajukan pendidikan di Malaysia. Namun, sudah jadi adat dunia setiap dari kita pasti akan kembali kepada-Nya.

Allahyarham merupakan idola sangkunang. Sesiapa yang mengenali sangakunang pasti maklum tentang hal ini. Sangkunang sudah mula mengenali Allahyarham semasa beliau menjadi Pengarah Pelajaran Terengganu lagi. Perjalanan karier pendidikannya merupakan faktor utama membuatkan sangkunang tertarik. Bagi sangkunang, beliau adalah orang yang tepat pada posisi yang tepat. Beliau adalah pemimpin kementerian yang berjiwa guru dan amat rapat dengan warga pendidik dan juga bakal pendidik.

Masih lagi sangkunang ingat, ketika baru sahaja diangkat menjadi Timbalan Menteri Pelajaran, beliau membuat lawatan ke Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa untuk bertemu mata dengan warga Institut Pendidikan Guru Malaysia. Dalam ucapannya, beliau menggunakan persembahan power point, satu teknik yang tidak digunakan oleh ahli politik mahupun menteri yang lain. Apabila ditanya mengapa beliau beliau berbuat demikian, Allahyarham menjawab “saya bukan menteri, saya adalah guru. Guru mesti melakukan yang terbaik untuk memberi kefahaman dalam penyampaian”...

Satu perkara yang menimbulkan kekaguman terhadap arwah ialah keupayaannya memberi ucapan berkenaan pendidikan tanpa menggunakan teks. Kali terakhir sangkunang bertemu arwah ialah pada 19 November 2008, ketika beliau merasmikan satu sidang konvokesyen J-QAF peringkat kebangsaan di Putrajaya dimana arwah berucap tanpa menggunakan teks dan sangkunang terperasan satu perkara. Apabila Allahyarham Datuk Razali Ismail memberi ucapan, semua hadirin dalam dewan khusyuk memberi perhatian dan sanak saudara yang berada di luar dewan turut khusyuk memberi perhatian kepada skrin televisyen yang menunjukkan arwah sedang memberi ucapan. Ada yang berdiri, ada yang duduk, tua muda termasuk para petugas berkerumun berdekatan skrin untuk sama-sama mengikuti ucapan arwah yang sangat bermakna. Situasi yang sama sekali berbeza apabila orang lain memberi ucapan pada sidang yang lain.

Pergimu satu kehilangan. Ya, memang kehilangan. Kami di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) amat berterima kasih dan terhutang budi diatas segala jasa dan pengorbanan Allahyarham Datuk sehingga terangkatnya taraf kami pada hari ini yang satu ketika dulu adalah Maktab Perguruan. Hasil inisiatif dan kerja keras Allahyarham Datuk sejak berada di posisi Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG) lagi, kami bakal pendidik hari ini menikmati segala kemudahan serta pengikitirafan yang bakal menyaksikan IPGM/BPG melahirkan ‘anak sulung’/guru berijazah pertama dalam 2 tahun lagi. Sayang, Datuk tidak berkesempatan untuk menyaksikan sejarah yang bekal tercipta hasil keringat Datuk itu.

Banyak lagi jasa Allahyarham semasa hayatnya dalam membina mercu anda gemilang arena pendidikan negara termasuk Projek Persiangan-Salinatan yang akan meninggalkan seribu satu kenangan serta kemajuan pendidikan untuk anak-anak di Sabah dan Sarawak. Arwah sangat serius dalam membela anak-anak yang berada di ceruk pedalaman dan berusaha menyamaratakan pendidikan sesama bandar dan luar bandar. Arwah bukan bercakap kosong. Arwah turun padang sendiri berakit, bersampan, mendaki bukit demi menjenguk anak-anak malaysia yang berada jauh di pedalaman Sabah dan Sarawak. Masih sangkunang ingat, satu lawatan arwah ke asrama sebuah sekolah di pedalaman sarawak. Arwah membuat lawatan mengejut di malam hari dan masuk ke dalam asrama yang serba daif. Satu tindakan yang mengejutkan pegawai-pegawai ialah, Allahyarham Datuk Razali mengucup dahi salah seorang kanak-kanak yang tidur tidak berbaju diatas lantai dan Allahyarham Datuk menarik selimut untuk menyelimuti budak tersebut. Ini mengambarkan Arwah amat dekat dan komited terhadap pendidikan negara.

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
15 menteri boleh kucari-ganti,
Tapi tak akan sama dengan Datuk Razali seorang....

Semoga Allahyarham Datuk Razali bin Ismail ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan bertakwa disisi Allah.

Semoga rohmu tenang disana dan pergi sebagai seorang mujahid. Akan kami susuli perjuanganmu dengan ikhtiar ke arah masa depan pendidikan Malaysia yang lebih gemilang di masa hadapan. InsyaAllah........

Saturday 28 June 2008

Another loss in the world of education

sedih hati, kelu x terkata mendengar berita pemergian abang yie @ cikgu zuwairy azhari (KPLI jan 2007)...

sedang aku tgh berseronok enjoy kagum unit beruniform di ulu bendul, panggilan dari abang kamarul petang 23 Jun membawa cerita duka. sesungguhnya pemergian abang yie satu kehilangan besar dalam dunia perguruan khususnya.
semasa hayatnya, arwah dikenang sebagai seorang yg bagus dan baik akhlaknya.

januari 2007 memperkenalkan kami. arwah diterima masuk untuk KPLI IPBA amblilan januari 07 dan sama2 duk di apatmen aku 104A....

arwah seorang yg warak dan berkepimpinan.. sbg seorang yg lebih dewasa dari aku, salah silap aku abang yie tegur, lambat aku semayang abang yie tegur, ada masalah abang yie tolong. sbe pun kebetulan dapat satu skul ngan abang yie SK Sungai Way...

abang yie meninggal dalam kemalangan maut ketika dalam perjalanan ke sekolah untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pendidik. perginya ku kira dalam keadaan yg mulia kerana dlm perjalanan untuk menjalankan tanggungjawab yg telah diamanahkan kepadanya untuk mendidik anak2 di pedalaman gua musang supaya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan anak2 malaysia yg lain.

doaku, semoga roh abang yie ditempatkan dalam kalangan orang2 yg beriman dan beramal soleh disisi Allah SWT...

abg yie, we will miss u!

---------------------------------------------------------

BERITA HARIAN ONLINE

Tiga maut dalam kemalangan di Machang

MACHANG: Tiga orang terbunuh apabila dua kereta yang mereka naiki
bertembung dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 28 Jalan Kota
Baharu-Machang di sini, pada 5.15 pagi ini.

Akibat kemalangan itu, guru Sekolah Kebangsaan Paloh Satu, Gua Musang, Mohd Zawairi Azahari, 30, yang memandu menghala ke Gua Musang, meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua lagi mangsa dikenali Masngod Musa, 37, dan Puteri Arisa, 20, yang menaiki sebuah kereta lain dari arah bertentangan, meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Machang.

Pegawai penyiasat pasukan polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah
Machang, Inspektor Roslan Markati mengesahkan kejadian itu. - Bernama