Harimau di bumi Thailand.
1. Omar Amir Khata - Chanthaburi FC (2012)
2. Chun Keng Hong - Chanthaburi FC (2012)
3. Suhaidi Akmal - Chanthaburi FC (2012)
4. Khairul Iskandar - Chanthaburi FC (2012)
5. David Rowley - Chumpon & Nara United FC (2013)
6. Abdul Arif Abdullah - Yala United (2015 & 2017), Prachuap FC (2016), Hat Yai FC (2018)
7. Kiko Insa - Bangkok Glass FC (2017)
8. Shahrel Fikri - Nakhonratchasima FC (2018)
9. Curran Ferns Singh - Sukhothai FC (2018-2019)
10. Bryan See Tian Kiat - Bangkok FC (2019)
11. Dominic Tan - Police Tero FC (2019-now)
12. Zafuan Azeman - Angthong United (2019-now)
13. Norshahrul Idlan - BG Pathum United (2020-now)
----------------------------------------------------------------
Thursday, 16 January 2020
Monday, 9 February 2015
Mana Penaja Liga Malaysia 2015?
Liga Malaysia 2015 sudahpun membuka tirai dengan perlawanan 6 pertama dilangsungkan termasuk perlawanan Sumbangsih. Tahniah kepada Johor Darul Takzim FC yang menjulang Piala Sultan Ahmad Shah. Persiapan Liga Malaysia 2015 nampak menarik dengan hampir semua pasukan melakukan perbelanjaan besar-besaran membawa nama-nama besar untuk memeriahkan Liga tahun ini. Liga Super dan Liga Perdana sama hebatnya dari segi persiapan. Tidak kurang juga dengan pasukan-pasukan dari Divisyen 3 ataupun Liga FAM, turut sama meriah dengan kehadiran beberapa pasukan baharu 'masa depan' seperti Real Mulia FC dan Air Asia FC.
Walaubagaimanapun, kerancakan awal saingan liga tahun ini nampak sedikit terencat dengan kekurangan yang timbul pada perlawanan pertama. Aspek penajaan adalah satu perkara yang jelas dapat dilihat oleh semua pencinta bola Malaysia. Boleh dikatakan agak 'rare' dan janggal, liga bernilai jutaan ringgit milik FAM ini tidak bersedia dari segi penajaan. Bahagian tepi padang stadium sepi dengan kehadiran papan penaja. Langsung tiada, membawa maksud Liga Malaysia 2015 masih belum mempunyai penaja susulan berakhirnya kontrak tajaan ASTRO 2011-2014.
Nampak sangat FAM tidak bersedia dalam tempoh yang ada sedangkan mereka sendiri pun tahu yang kontrak Astro bakal berakhir dan sepatutnya pihak FAM buat kerja lebih untuk menguruskan hal ehwal penajaan ini. Untuk rekod, penajaan jutaan ringgit dari ASTRO sebelum ini adalah hasil usaha Tan Sri Annuar Musa pada tahun 2010 yang ketika itu beliau memegang jawatan Timbalan Presiden FAM yang bertanggungjawab menguruskan penajaan. Sekarang siapa yang urus? Entah lerr.. Yang pastinya orang-orang FAM lebih sibuk mendenda orang dari buat kerja untuk kemajuan bolasepak Malaysia.
Liga profesional yang tiada 'ad board' penaja adalah sama taraf dengan liga DUn dan liga piala kambing di kampung-kampung.
Sunday, 1 February 2015
Barisan The Red Warriors 2015
PENJAGA GOL
1. Muhammad Syazwan Yusof (22 Tahun)
19. Khairul Fahmi Che Mat (26 Tahun)
30. Shahrizan Ismail (34 Tahun)
PERTAHANAN
2. Norhafiz Zamani Misbah (33 tahun)---------| NEW
3. Fitri Omar (29 tahun)
4. Jonathan McKain (32 tahun)----------------| NEW
5. Nik Shahrul Azim Nik Abdul Halim (24 tahun)
6. Farisham Ismail (30 tahun)
15. Noor Hazrul Mustafa (26 tahun) ------------| NEW
17. Tuan Faim Tuan Zainal Abidin (23 tahun)
18. Nazri Ahmad (24 tahun)
24. Zairul Fitree Ishak (30 tahun)
TENGAH
7. Brendan Gan (26 tahun)
8. Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (23 tahun)
11. Wan Zack Haikal Wan Noor (23 tahun)
12. Amar Rohidan (27 tahun)
13. Ahmad Fakri Sharaani (25 tahun)
16. Badhri Radzi (32 tahun) [kapten]
21. Rozaimi Azwa Mat Noor (22 tahun) --------| NEW
22. Faizul Nazlin Sayuti (22 tahun)
25. Isacc Pupo (29 tahun)-----------------------| NEW
PENYERANG
9. Erwin Carillo (31 tahun)---------------------| NEW
10. Nor Farhan Muhammad (30 tahun)----------| NEW
20. Emmanuel Kenmogne (34 tahun)------------| NEW
23. Khairul Izuan Rosli (28 tahun)
1. Muhammad Syazwan Yusof (22 Tahun)
19. Khairul Fahmi Che Mat (26 Tahun)
30. Shahrizan Ismail (34 Tahun)
PERTAHANAN
2. Norhafiz Zamani Misbah (33 tahun)---------| NEW
3. Fitri Omar (29 tahun)
4. Jonathan McKain (32 tahun)----------------| NEW
5. Nik Shahrul Azim Nik Abdul Halim (24 tahun)
6. Farisham Ismail (30 tahun)
15. Noor Hazrul Mustafa (26 tahun) ------------| NEW
17. Tuan Faim Tuan Zainal Abidin (23 tahun)
18. Nazri Ahmad (24 tahun)
24. Zairul Fitree Ishak (30 tahun)
TENGAH
7. Brendan Gan (26 tahun)
8. Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (23 tahun)
11. Wan Zack Haikal Wan Noor (23 tahun)
12. Amar Rohidan (27 tahun)
13. Ahmad Fakri Sharaani (25 tahun)
16. Badhri Radzi (32 tahun) [kapten]
21. Rozaimi Azwa Mat Noor (22 tahun) --------| NEW
22. Faizul Nazlin Sayuti (22 tahun)
25. Isacc Pupo (29 tahun)-----------------------| NEW
PENYERANG
9. Erwin Carillo (31 tahun)---------------------| NEW
10. Nor Farhan Muhammad (30 tahun)----------| NEW
20. Emmanuel Kenmogne (34 tahun)------------| NEW
23. Khairul Izuan Rosli (28 tahun)
Tuesday, 6 January 2015
REAL MULIA FC
Kroni Bola Malaya mendapat berita kemunculan satu lagi kelab baru untuk memeriahkan arena bolasepak Malaysia. Kelab milik putera raja, REAL MULIA nama diberi.
Kelab milik Tengku Fadh Muazam Shah, putera kepada Sultan Pahang ini akan memulakan perjalanan mereka dalam kancah liga Divisyen 3 negara iaitu Liga FAM. Memulakan pendakian dari divisyen profesional terbawah, kelab ini nampaknya mahu pergi jauh. Tengok saja lah pemilihan barisan kejurulatihan mereka. Bukan calang-calang nama. Aliastar Edward sebagai Pengarah Teknikal dan jurulatih otai Yunus Alif. Selamat maju jaya kepada Real Mulia FC, semoga berjaya dan semoga kalian tukarlah logo tu ye. malu kokram tiru sejibik sejibik.. dushhh !
Monday, 8 December 2014
FAM Cari Rakan Penaja Baharu Liga M
Umum mengetahui bahawa ikatan penajaan Astro Media dengan Liga M berakhir pada tahun 2014. Oleh yang demikian, untuk 2015 dan musim-musim akan datang, syarikat baharu bakal diumumkan untuk menjadi rakan bisnes baharu FAM kearah menswastakan liga sepertimana kata mereka bermula 2016 dan zaman peralihannya ialah pada tahun 2015.
Setakat saat ini, belum ada pun berita ataupun pengumuman FAM tentang rakan penaja baharu menggantikan tempat Astro Media. Tetapi dikhabarkan, Liga M 2015 menarik persaingan banyak syarikat untuk mendapatkan hak penajaan liga M yang semakin berkembang maju ketika ini. Dengan sokongan dan liputan yang semakin meningkat, sudah semestinya banyak syarikat asing mahupun tempatan berlumba-lumba untuk turut sama melibatkan diri dalam arena bolasepak negara yang bolehlah dikatakan kini sebagai satu industri baharu yang menjana pendapatan lumayan.
Maka tidak hairanlah, dengar cerita syarikat terkemuka antarabangsa Zenith Media dan juga IMG Global Sports dikhabarkan sedang membida dan membuat tawaran terbaik untuk mendapatkan hak penganjuran Liga Malaysia 2015. Selain dua syarikat berkenaan, turut sama berminat membida Liga M ialah konglomerat tempatan, Telekom Malaysia (TM) dan juga Astro yang masih berminat untuk menyambung perkhidmatan mereka. Cuma kemungkinan untuk melihat Astro kembali bersama kita agak tipis setelah pihak FAM khabarnya tidak berpuas hati dengan dasar monopoli yang dilakukan oleh pihak AStro sebelum ini terutama sekali melibatkan hal ehwal hak penyiaran. Hal ini adalah kerana Astro adalah pemegang hak utama, dan dalam masa yang sama Astro juga merupakan syarikat penyiaran yang memiliki saluran sendiri, sudah tentulah timbul masalah monopoli dalam menyiarkan perlawanan siaran langsung pasukan Liga M.
Nampaknya liga domestik kita yang melalui zaman transformasi hebat dibawah ikatan Astro sebelum ini bakal mengalami perubahan yang lebih hebat jika hak penajaan selepas ini beralih kepada pemegang antarabangsa yang berpengalaman. Mungkin liga kita akan dipandang lebih tinggi, dan mungkin juga jika silap percaturan, liga kita boleh merudum kembali. Namun ia bergantung kepada kebijaksaan pihak pentadbir FAM untuk menentukan hala tuju liga kita untuk tempoh 5 tahun yang akan datang dan seterusnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)