Showing posts with label siratan oblongata. Show all posts
Showing posts with label siratan oblongata. Show all posts

Thursday 24 November 2011

Saje Nak Menunjuk...


Merujuk perkara diatas, bebutang papan kekunci ini sengaja diketuk untuk menunjukkan kepada dunia bahawa blog ini sangat meriah bila tibanya musim bola (klimaks).

Hal ini mungkin disebabkan laman rasmi yang dikelola oleh badan pemerintah bola tidak cukup informasinya untuk dijadikan sumber pembelajaran buat rakyat jelata.

sekian ~

MUSLIM AHMAD MEMANG POPULAR

Monday 1 August 2011

Salam Ramadhan...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM 1 RAMADHAN....
Pantas betul masa berlalu, sedar tak sedar ramadhan kembali. Hadir bersama 1001 rahmat dari Allah. Datang bersama membuka pintu syurga seluas-luasnya, dan menutup pintu neraka serapat-rapatnya.. Rapak jik oghe kito kato..Jadi gunakanlah ruang, masa dan tenaga yang diberi Allah kepada kita dengan sebaiknya. Tak payah la nak tunggu tua baru nak beribadah kan.

Hari ini kita masih muda, yang pasti esok kita sudah tua. Dan yang paling pasti AJAL tidak mengenal USIA..

RAMADHAN PIALA DUNIA
Ramadhan kali ini tanpa Harimau Malaya di pentas dunia. Tersingkir, terpaksa memberi jalan kepada sang singa. Air mata 28 Julai masih terasa hangatnya. Cinta membara ini terpaksa ditahan lagi. Sekurang-kurangnya untuk 4 tahun akan datang. Lama menanti. Sungguh lama. Namun demi cinta sejati, aku akan terus menanti. Rindu dendam!
dan sebelum menutup mata, ingin sekali aku melihat mereka di sana....

RAMADHAN DI SINGAPURA-PURA
Semalam, majlis undian kelayakan Piala Dunia pusingan ketiga. Mood SEDIH melihat nama Singapura (MALAYSIA) diundi untuk bersama sekumpulan dengan Iraq, China dan Jordan..

Melihat nama SINGAPORE, aku tetap nampak yang MALAYSIA sebenarnya berada disitu. Apa boleh buat, bola itu bulat. Malaysia BOLEH, Singapura APA PUN TAK BOLEH...

RAMADHAN SI PEMBALING MERCUN
Ramadhan dan mercun memang tak boleh dipisahkan. Itu semua budak-budak punya mainan kan. Tapi ada jugak orang tua yang gila main mercun. Main mercun kalo baling kat tangan sendiri pastu putus 20 jari termasuk kaki dan tangan pun takpe la kan. Dah dia sendiri yang main.
Ini kisah mercun di Bukit Jalil tempoh hari. Tarikh 28 Julai 2011 akan diingati sampai mati oleh saudara Ahmad Jazimin. Selain malam kecewa buat Harimau Malaya, malam itu juga beliau telah kehilangan penglihatan sebelah kanan matanya angkara pembaling mercun durjana..
Kepada pembaling mercun tu, bulan2 ramadhan ni elok la ko taubat ye. Tapi ko kena ingat, dosa ngan Allah boleh taubat ngan Allah. Dosa ngan manusia sampai mati la ko tetap berdosa kalo orang tu tak ampunkan...


RAMADHAN SARUNG TANGAN EMAS JARI RUNCING
Ramadhan ini mungkin tidak seceria ramadhan sebelumnya buat pasangan sarung tangan emas Khairul Fahmi Che Mat dan pemilik jejari runcing Elia. Sudah sah, pasangan ini putus tunang. Mungkin ramai yang mendoakan diorang berpisah. Pujaan Malaya la katakan. Hero gadis-gadis yang minat drama korea.. Tu la yang jadi camni. Makbul kan kalo ramai.. Apa laa korang ni. jeles...


Apapun tabik untuk lu Apek.. aksi terbaik Apek 28 Julai lalu di Bukit Jalil sedikitpun tidak menunjukkan yang kepala otak beliau tengah berserabut.. Tahniah apek.

Pasal ikatan korang tu, dah takde jodoh nak wat camana kan. Mungkin Apek akan dapat pasangan yang lagi bagus... Sama jugak Jejari Runcing, mungkin akan dapat lagi bagus..

Jejari runsing jangan risau ye...kumbang bukan sekuntum..
Jangan terkejut la kan kalo blog ni dah x pakai nama sangkunang dah..tetiba jadi jejari pendek..
Haha, gurau je Elia.... Peaceee Yawwww !

ASSALAMUALAIKUM

Sunday 27 December 2009

Sketsa Bolasepak Malaysia

Kejayaan menamatkan kemarau emas 20 tahun sudah pun berakhir. Namun tidak bermakna perjuangan kita untuk memartabatkan kembali bolasepak Malaysia sudah berakhir. Kita masih punya misi yang besar. Ini hanyalah satu permulaan kepada suatu kebangkitan.

Sejak berakhirnya Sukan Sea lalu, gembira rasanya menatap media-media cetak mahupun elektronik tempatan. Gembira kerana hampir setiap hari ada cerita pasal bolasepak negara. Sana-sini topik perbualan tentang skuad emas rajagobal pun masih belum berakhir.

Memetik kata-kata menteri belia & sukan, "apa guna jadi juara keseluruhan sukan sea, jika tak menang bolasepak.", cukup membuktikan bahawa bolasepak adalah segala-galanya. Bolasepak sukan sea mendapat liputan meluas. satu-satunya sukan yang mendapat siaran ke Malaysia dari bumi Vientiene. Semua ini membuktikan bahawa bolasepak tetap dihati rakyat Malaysia.

Memang ramai yang mengkritik. Terlalu benci dengan bolasepak Malaysia. Tapi dalam benci ada rindu. Mereka tak boleh menipu diri sendiri tentang kerinduan terhadap kejayaan itu. Dan emas penutup 2009 itu setidak-tidaknya melunaskan sedikit rindu dendam yang dipendam sekian lama.
"BENCI TAPI SAYANG", kata Hasbullah Awang.

Melihat kepada kegilaan dan kefanatikan rakyat Malaysia terhadap bolasepak ini, sepatutnya pihak pemerintah bolasepak pandai memanipulasikan kefanatikan ini kepada keuntungan. Dalam bahasa mudahnya, bolasepak kita dah sepatutnya jadi satu industri. Tapi sayang ia masih belum layak dipanggil kerjaya yang selamat selagi pemerintah-pemerintah ini masih sayangkan bilik berhawa dingin di Kelana Jaya !

-------------------------------------
sori, lama x kemaskini. gua bercuti panjang di suatu kawasan yang tidak mempunyai air, api, telepon, apatah lagi gelombang berokben !

Monday 23 November 2009

Dilema Melayu Kita

Assalamualaikum dan salam perpaduan. Kali ini sangkunang taknak berceloteh pasal bolasepak. Lupakan sekejap bolasepak, lupakan sekejap stadium. Sebentar tadi satu Malaysia sudah saksikan siaran langsung Pertandingan Akhir Dikir Barat Kebangsaan RtM yg dimenangi oleh kumpulan Sri Istana dan Sri Arena. Tahniah kepada Sri Arena dari tumpat yang telah memenangi pertandingan akhir yg bertemakan kahwin & cinta ini.
Tp aku bukan nak ulas pasal dikir tadi. Saje bila dengar dikir barat, teringatkan satu lagu yang cukup menusuk kalbu aku suatu ketika dulu. Lagu ni mula didendangkan masa aku masih aktif berdikir di skolah dulu dan kini pencipta dan penyanyi lagu ini sudah pun dijemput Allah 2 tahun lepas. Al-fatihah buat Allahyarham Cikgu Naim.
Hayati lagu ciptaan Arwah ni...

Apa erti kemerdeka'e,
Bagi umat Melayu kito,
Tak boleh terima perubahe,
Anak cucu berputih mato,
Orang lain rebut peluwe,
Sanggupkah tengok sajo,
Masa tetap berjale,
sesaat tak tunggu kito,
Dilemo..Dilemo...Dilemo Melayu kito.

Bangso lain hidup bersatu,
Kita baloh samo sekampung,
Bangso lain koho maju,
Bangso kita masih mundur,
Oghe kecek cayo selalu,
Hangguk palo mace Jepun,
Ikut stail dulu-dulu,
Jadi katok bawah tepurung,
Dilemo...Dilemo...Dilemo Melayu kito.

Rumoh oghe rumoh batu,
Rumoh kito rumoh atap,
Rumoh oghe pagar batu,
Rumoh kito pagar krawat,
Rumoh oghe kapet bledu,
Rumoh kito tikar karat,
Maso bekwoh nyambuk natu,
Patoh gelegar cabuk tukak,
Dilemo...Dilemo...Dilemo Melayu kito,

Keto oghe keto Mercedeh,
keto kito Morris Minor,
Keto oghe asap nipih,
Keto kito asap bbungo,
Keto oghe idup denge suih,
Keto kito mapuh tolok sokmo,
Beli baru takdok pitih,
Beli berah pun hute sokmo,
Dilemo...Dilemo...Dilemo Melayu kito.

Anok oghe naik kapa terbe,
Anok kito naik teksi,
Anok oghe make hote,
Anok kito keda kopi,
Anok oghe jadi toke,
Anok kito jadi kuli,
Habih pitih tengoh bule,
Bare bini gada lagi,
Dilemo...Dilemo...Dilemo Melayu kito.

Anok oghe jadi peniago,
Anok kito jadi petani,
Anok oghe baju cap boyo,
Anok kito baju guni,
Anok oghe bahagio,
Anok kito ko duk pening,
Jadi mangso dadoh ganjo,
Jadi mangso budayo kuning,
Dilemo...Dilemo...Dilemo Melayu kito.

Anok oghe baco buku,
Anok kito duduk deghak,
Anok oghe masuk ke U,
Anok kito masuk lokak,
Anok oghe minum susu,
Anok kito togok ubak,
Macamano kito nok maju,
Kalu tok sey uboh sikap,
Dilemo...Dilemo...Dilemo Melayu kito.

Anok oghe dudok masjid,
Anok kito tepi jale,
Anok oghe duduk ngatik,
Anok kito duduk gewey
Anok oghe peranga baik,
Anak kito supo setey,
Dudok cari balo penyakik,
Tok sey pikir maso depe,
Dilemo...Dilemo...Dilemo Melayu kito.

downlod disini

Saturday 25 July 2009

Kecewa & Bangga



Aku sedikit kecewa,
bilamana warna asing membaluti mereka,
siapa mereka?
orang kita juga....

Aku sedikit hampa,
lihat mereka terlalu leka,
memilih untuk memperlekehkan kita,
orang kita jua....

namun aku gembira,
masih ada yang tidak lupa,
tentang jati diri perjuangan bangsa,
mereka memang orang kita,
ya, orang kita,
aku sangat bangga..............

tuan punya gambo

ULTRAS MALAYA.
WALAU SEDIKIT TIDAK MENGAPA.
KITA ADALAH KITA WALAUPUN MEREKA SEBAHAGIAN DARI KITA........

Friday 10 July 2009

PPSMI - Media yang poyo....

Aku gembira dan berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana telah mengambil langkah tepat menghapuskan PPSMI demi memastikan survival bahasa kebangsaan terus berpanjangan.
terima kasih !

Tapi aku kecewa dan muak dengan sikap media arus perdana negara ini. Aku bukanlah anti-surat khabar arus perdana mahupun penyokong kuat akhbar-akhbar nyamuk pembangkang malah aku juga bukan sebahagian dari mereka yang berarak ramai-ramai ke istana negara dulu. Tapi aku muak dengan tulisan-tulisan yang tak abis-abis membodek, bila-bila masa boleh tukar pegangan bergantung pada tempat dan keadaan.

Kenapa aku kata gini? Aku rasa media ni 'poyo' sebab masa isu PPSMI tengah memuncak, dikala rakyat berdemonstrasi membantah PPSMI, disaat kerajaan tegas mempertahankan PPSMI, akhbar perdana sana sini menyiarkan artikel mengenai kepentingan PPSMI dan mengkritik mana-mana pihak yang membantah PPSMI. Sana sini bercakap satu hala sehingga banyaklah fakta-fakta baru yang timbul serta hujah demi meyakinkan yang PPSMI itu penting.

Tapi sekarang???...
Sejak kerajaan mengumumkan pemansuhan PPSMI 2 hari lepas, akhbar-akhbar yang sama juga berbicara. tapi berlainan gaya. Corak penyampaian artikel-artikel yang disiarkan sama sekali berbeza dengan apa yang tersiar selepas rakyat berdemonstrasi membantah PPSMI satu ketika dulu. sedangkan akhbar itu SAMA dan penulisnya SAMA. Kini mereka memilih untuk mengeluarkan seberapa banyak hujah yang ada untuk membuktikan yang PPSMI itu silap.
huh.....

Cikgu Sangkunang: Terima kasih Datuk Seri Najib & Tan Sri Muhyiddin !

Friday 1 May 2009

Bolasepak oh bolasepak

bolasepak itu peperangan,
bolasepak itu pertentangan,

bolasepak itu penuh dengan perancangan,
bolasepak itu penuh dengan pertarungan,
bolasepak itu penuh dengan pelaburan,
bolasepak itu selalunya berakhir dengan kekejaman,

namun,
di dibalik gempita sebiji bolasepak itu,
muncul satu hakikat,
terbit satu hembusan keramat,
betapa manusia boleh sepakat,
tutur mesra tangan berjabat,
melalui sukan maruah diangkat.

Thursday 2 April 2009

Hakikat kezaliman (bukan versi apit)

satu ketika dahulu, tika aku di perkampungan, banyak kezaliman bagi diriku seorang khalifah di muka bumi yg aku lakukan keatas makhluk2 Allah lain.
seawal usia sehari, kerana terlalu sayang dan kasihkan aku, bonda menjagaku siang malam sehingga terpaksa bondaku membunuh nyamuk2 yg berhinggapan di jasadku. begitu juga dengan lalat2 kerana andai dihinggapinya pada tubuhku, maka banyaklah tahi lalat akan bertempekkan di kulit yg halus mulus.
aku membesar sebagai budak desda pinggiran hutan. anak desa tidak sah jika tidak melastik burung, menangkap pepatung untuk dibakar yg bukanlah untuk disantap. memburu belalang, menangkap semut hitam untuk dilagaka sesama kaum mereka sendiri.
hobiku berubah pabilaku menerjah usia baligh. kasihanku pada mahluk lain yg punya hak untuk hidup lantasku membebaskan terkukur2 jantan dan betina, serindit tua dan muda, merbah gelap dan cerah, kerna ku yakin mereka menderita hidup di sangkaran yg pada hemat pencinta burung mereka harmoni dan bergumbira dihidangkan sekoi dan air free setiap hari.
usia dewasa menerpa,
ahhhhhhhhhhhhh, persetankan semua itu. aku geram pada semut2 yg menceroboh bilikku sehingga rosak kertas bukuku, sehingga longgar ikatan pintuku...
aku pasrah! semuanya aku spray dengan ridsect walaupon aku tau mereka akan kembali dengan bala tentera yg lebih besar.!

hakikat kezaliman yg best,
http://freddiefitri.blogspot.com/2009/02/hakikat-kezaliman.html

Monday 26 January 2009

Selamatkan Bolasepak Malaysia

dalam saat ini, tika waktu ini mood aktivis2 dan pencinta2 bolasepak malaysia berada dalam keadaan yg amat kronik. marah, sedih, kecewa, hampa, putus asa berkolaborasi bersama-sama kecalaran bertimpa-timpa menempek ke wajah bolasepak malaysia.
marah kerana kalah kepada UAE, sedih kerana dimalukan dihalaman sendiri, hampa kerana 5 gol dibolosi, putus asa mengenangkan sejak bergelar bayi hingga berstatus bapak kita masih di takuk lama. entah berapa lama lagi harus ditunggu untuk menjelmakan wajah harimau malaya.5 tahun lagi, 10 tahun lagi, sasaran piala dunia 2018, mampukah atau sasaran ke piala dunia terlalu jauh utk kita sejauh 3 4 generasi mendatang?
sesuatu yg drastik perlu dilakukan agar kita tidak terus tenggelam hanyut lemah dibawa arus perubahan masa dan zaman. jika zaman sudah jauh berubah, kenapa 'orang' kita masih sama? (paham2 laaa)...
disebalik pendedahan lantang B Satianathan mengenai "M-League is not football", jika diteliti banyak kebenarannya dan realitinya itulah liga kita sekarang.
puncanya:

1. Tadbir urus Liga Malaysia
- jika diperhalusi dan diteliti, perlaksanaan Liga Super sepatutnya dibawah bidang kuasa Malaysian Super League Bhd (MSL) yg bertanggungjawab dalam perjalanan liga dan sbg sebuah syarikat, MSL perlu bertanggungjawab dalam mempromosi liga sepertimana yg dilakukan oleh kebanyakkan liga2 utama luar negara. tp apa yg diperhatikan MSL Bhd tidak berperanan langsung dalam menentukan hala tuju liga malaysia dan apabila liga tidak popular, peminat dipersalahkan & didakwa tidak patriotik.

2. FA sbg institusi penyumbang bakat telah gagal
- dalam menentukan kejayaan sesebuah pasukan kebangsaan, pasukan negeri/kelab memainkan peranan sebagai pusat penghasilan bakat atau feedar kepada pasukan kebangsaan. secara kasarnya, memang sistem ini wujud tapi secara halusnya adakah ini sahaja pemain berbakat yang kita ada? atau memang sistem pencarian bakat yang ada pada hari ini disasarkan hanya kepada sekolah sukan bukit jalil???
namun apa yg nyata, pembangunan akar umbi kita sebenarnya sudah nazak, dan memerlukan nafas dan idea baru.

3. Campur tangan politik
- sistem FA untuk pasukan liga malaysia yg ada pada hari ini sudah tidak releven dan sudah sampai masanya kita mereform sepenuhnya kepada sistem FC yg mana pasukan negeri/kelab tidak lagi terikat dengan politik semata-mata.
di beberapa buah FA negeri, perubahan suasana politik malaysia baru2 ini turut mengubah iklim bolasepak negeri2 tersebut. pertukaran kerajaan membawa bersama pertukaran pemimpin pasukan. perubahan tampuk pimpinan juga membawa kepada tarik tali antara pihak2 bercanggah mengenai nasib pasukan termasuklah kerajaan lama menarik kemudahan2 yg disediakan oleh kerajaan lama..what da...????
ini lah sedikit kecacatan perlembagaan di beberapa FA yg mensyaratkan presiden mestilah dari kalangan menteri besar.. xtau bola pun x pa laa asalkan menteri besar...

bercerita mengenai masalah bolasepak malaysia, terlalu banyak sebenarnya jika mahu dikupas. tp buat letih je kupas kalau x koyak2.
cuma buat masa ini eloklah kiranya FAM menumpukan pembangunan akar umbi sahaja. yang dah lapuk tu biarkanlah, tumpukan masa depan. satu cadangan dalam memperkasa bakat dari usia muda;
- FAM perlu jalankan kerjasama lebih erat dengan kementerian pelajaran malaysia. tempatkan bekas2 pemain kebangsaan bersama2 unit kokurikulum pejabat pendidikan daerah (PPD). pegawai ini bertanggungjawab merangka program pembangunan bakat di kawasan ppd tersebut sekali gus bertindak sbg ejen utk diserapkan ke akademi negeri.

sekian

Wednesday 31 December 2008

SELAMAT TINGGAL 2008

oleh : sapix sangkunang
31 disember 08

HAri ini merupakan penutup tirai tahun 2008 meninggalkan episod2 suka duka sepanjang tahun. dan esok, angka 2009 akan membuka tirai bakal hadir bersama dengan harapan, impian dan azam baru.
sedikit rangkuman untuk 2008

Politik
2008 menyaksikan negara Malaysia dilanda gelombang politik paling ganas dalam sejarah negara selepas tahun 1969. bermula dengen siri pilihanraya yang menyaksikan parti pemerintah barisan nasional gagal mempertahankan kemenangan 2/3 kerusi parlimen serta kehilangan 5 buah negeri kepada pakatan pembangkang.
rentetan dari itu, pelbagai suka duka ceritera dan drama menghiasi persada politik tanah air. rancangan pengambilalihan kerajaan pusat 16 september yg tak jadi kenyataan, kepulangan semula datuk seri anwar ke persada politik, skandal liwat anwar kembali membuka panggung. dan pastinya perkara yg paling menarik sebagai penutup cerita politik 08 adalah isu hukum hudud yang menggegar kembali setelah diasak KJ.. tahniah KJ.anda memang berani.

Sukan
sukan badminton menggegar. lee chong wei merangkul pingat perak sukan olimpik dan dianugerahkan datuk. menamatkan penantian sekian lama untuk merangkul pingat sukan olimpik. sukan bolasepak mestilah keutamaan. malaysia yg diharapkan untuk merangkul kejuaraan pertama piala aff/suzuki tetapi gagal untuk ke separuh akhir-gagal mengulangi kejayaan 2 tahun lepas. penantian kejuaraan malaysia akan diextend lagi..

Pendidikan
dunia pendidikan dikejutkan dengan pemergian timbalan menteri pelajaran, datuk razali ismail yang pulang ke rahmatullah. pemergian Allahyarham sememangnya dirasai oleh semua warga pendidikan kerana Allahyarham seorang yang sangat dedikasi dan komited terhadap perjuangan pendidikan malaysia sehingga mengenepikan seketika kehangatan perebutan jawatan dalam parti..

Tahun 2009 akan tiba dengan seribu satu cerita lagi. dan yang paling menarik adalh tahun 2009 adaalh tahun peralihan kuasa dimana YAB Datuk Seri Abdullah akan menyerahkan kuasa kepada timbalannya, Datuk Seri Najib..
semoga Malaysia akan terus aman makmur dan berupaya mengharungi cabaran politik globalisasi dengan lebih yakin dan mantap..

ALLAH SELAMATKAN MALAYSIA

Wednesday 10 December 2008

Lelaki di IPTA/IPTS

by sapix sangkunang.

10 disember 08

Baru-baru ni, isu kekurangan billangan penuntut lelaki di IPTA ditimbulkan kembali. Kali ini di dewan mulia parlimen. Isu dibangkitkan oleh ahli parlimen Rembau, Yang Berhormat Encik Khairy Jamaluddin ketika bertanya soalan kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron.

Timbalan menteri itu menjawab walaupon kaum lelaki kurang di IPTA, namun kaum lelaki masih menguasai bidang pengajian peringkat doktor falsafah.

Untuk YB Khairy, sangkunang tolong jawabkan persoalan itu;

Sebenarnya, isu kekurangan lelaki di IPTA pada hari ini tidaklah perlu YB gusarkan mahupun ditakuti. Sebelum bertanya kenapa kurang, YB perlu menyelidiki faktor2 yang menyebabkan lelaki kurang di IPTA.

Pada pendapat sangkunang, lelaki kurang di IPTA bukan kerana lelaki kurang pandai semata-mata. Tapi perlu dilihat dalam sudut serta faktor yang luas lagi.

Pertama, IPTA dikuasai kaum perempuan kerana pemilihan untuk mendapat tempat dalam institusi itu lebih memihak kepada perempuan kerana sistem pendidikan kita yang masih ‘exam oriented’.

Sistem peperiksaan di peringkat sekolah adalah lebih kepada penilaian dalam dewan peperiksaan yang mana ia lebih menitikberatkan penguasaan memori calon berbanding kefahaman dan penguasaan amali. Oleh sebab itulah sistem ini lebih memihak kepada kaum perempuan yang kebanyakkannya berupaya untuk menghafal satu buku teks berbanding pelajar lelaki yang hakikatnya boleh melakukan perkara yang sama tetapi kurang sifat kerajinan berbanding kaum perempuan.

Jom selidik lagi kenapa lelaki kurang di IPTA.....

Institusi pengajian selepas SPM/STPM di negara ini adalah terlalu banyak merangkumi bidang kedoktoran, sektor awam mahupun yang yang terlibat dengan lapangan kemahiran, tidaklah tertakluk kepada universiti sahaja. Jadi kebanyakkan lelaki yang tidak diterima masuk ke IPTA ini menyertai institusi2 yang sejiwa dengan mereka seperti politeknik, kolej komuniti, pusat giat mara, institut latihan perindustrian dan banyak lagi.

Jadi, pernahkah kita terpikir, jika lelaki tidak memenuhi pusat2 sebegini, adakah kaum perempuan akan berbondong-bondong memenuhinya???

Sanggupkah kaum perempuan berkecimpung dalam lapangan yg memerlukan mereka dicemari minyak2 hitam enjin kenderaan, lori bas kontena, serta dibakar kulit dek terik panas mentari?

Satu lagi,

Walaupun kaum lelaki tidak ramai yang menyertai IPTA, tak bermakna mereka tidak berguna kepada negara. Jika tidak menyertai institusi2 kemahiran, ramai kaum lelaki akan menyertai pasukan2 keselamatan negara spt tentera, polis, maritim, bomba, kastam, imigresen dan sebagainya. Perempuan pun ada turut serta tetapi tidak ramai jumlahnya jika nak dibandingkan dengan populasi mereka diperingkat belia muda. Jadi jika kekurangan lelaki di IPTA dipersoalkan kenapa kekurangan perempuan dalam bidang2 sebegini tidak dipersoalkan walhal khidmat mereka pun diperlukan juga dalam bidang2 tersebut.

Hmmm, terfikir jugak sangkunang. Kalau terlalu ramai lelaki masuk IPTA/IPTS, sape laaa yang nak tolong kejar mat rempit malam2, sape laaa yang nak siram rumah terbakar, sape laaa yang nak tembak menembak dengan pengedar dadah, sape laaa yang nak jadi posmen hanta surat rumah ke rumah, sape laa nak jaga sempadan, sape laa, sape laaa.....

Cuba terbalikkan keadaan dan berfikir sejenak...Lelaki memenuhi IPTA/IPTS sementara pasukan2 keselamatan negara, bengkel lori bas keretapi, serta tukang-tukang besi keluli, dimonopoli kaum wanita.....

*setiap makhluk Allah punya peranan masing2 hatta seekor nyamuk sekalipun.

sekian

Friday 7 November 2008

Di Kala Malam Bulan Mengambang

oleh : sapix sangkunang
7 November 08

Johan termenung memikirkan nasib dirinya yang tidak habis-habis dilanda kekecewaan melampau. sudah 3 purnama malang asyik menimpa dirinya yang berseorangan melalui liku-liku hidup. sudahlah cacat, keluarga yang ada sudah lama meninggalkan dirinya dek kerna tidak berupaya menahan kegagalan demi ketewasan yang sudah menjadi asam garam hidup johan.

Bukan johan tidak mahu mencuba, tetapi cubaannya kerapkali menemui jalan buntu di hujung perjalanan. baru saja tiga hari lepas, johan mendaki dan hampir sampai ke puncak gunung yang diimpikan selama ini untuk mengambil daun degasum yang dikatakan mampu membawa cahaya untuk menyembuhkan kecacatannya demi keluarga. tapi dia tersungkur, dan tergolek hanya beberapa langkah sahaja sebelum mencapai dahan pokok degasum. malam yang diterangi cahaya bulan tiba-tiba kelam.

Hari ini, johan tekad.hari ini johan berazam. johan tidak mahu memandang ke belakang lagi. cahaya bulan mengambang kali ini tidak akan johan persiakan. johan tahu, saat ini, detik ini bulan itu akan bersama menemani langkahannya. dan johan juga tahu bulan itu setia menemaninya walaupun kerlipan ribuan bintang di langit hanya akan bersamanya apabila dia sampai ke kemuncak pokok degasum yang diimpi itu.

Johan memandang bulan dan terus membuat langkahan....