Written by admin HarimauMalaya.com
Wednesday, 06 August 2008 01:27
Hari ahad yang lalu pihak FAM telah mengumumkan bahawa pada musim bola sepak yang baru sesi 2008/2009, tidak dibenarkan sama sekali setiap pasukan negeri atau kelab yang bertanding di dalam Liga M mengambil awang import bagi memperkuatkan pasukan negeri yang sedia ada. Di dalam forum harimaumalaya.com telah kecoh mengenai perkara ini dan ramai yang mengeluarkan hujah - hujah dan pada padangan saya terdapat kebenaran di setiap kata - kata tersebut. Disini kita cuba highlightkan adakah PERKARA DENGAN MENGHALANG PEMAIN IMPORT DARI BERAKSI DI MALAYSIA AKAN MENINGKATKAN KEMBALI MUTU DA KUALITI BOLA SEPAK MALAYSIA?
disini saya cuba mengkategorikan apa yang mungkin di pandang oleh FAM dan mengapa berlakunya perkara ini?
Dari sudut pandangan FAM
- Isu gaji pemain import yang mungkin terlalu tinggi
- Perlunya pendedahan kepada pemain Malaysia untuk lebih menyerlah di setiap pertandingan.
- Ketika ini terdapat ramai penyerang tempatan yang terpaksa bermain sebagai pilihan kedua kerana kecenderungan sesetengah pasukan untuk mengharapkan tenaga import di posisi serangan.
- Masalah kewangan di antara sesuatu kelab yang kecil dan besar
- Kehadiran pemain import musim ini juga dilihat gagal menarik perhatian peminat bola sepak tempatan untuk datang menyaksikan saingan Liga M- gara-gara kualiti sesetengah pemain import yang tidak banyak beza dengan pemain tempatan.
Dan perkara ini kadang - kadang boleh dilihat seperti perumpamaan yang diberikan oleh salah sorang ahli Harimaumalaya.com mengenai tindakan FAM.
Apa bezanya dengan:
- "Proton tak bagus... jom kita ban semua kereta import!!"
- "Bahasa Ingeris rakyat kita makin teruk... jom kita mansuhkan pelajaran English di sekolah2"
Dan cuba kita lihat perkara lepas dimana pada tahun 1999 sehingga 2001 FAM, pernah membekukan pengambilan pemain import sebelum ia dibuka Malaysia, adakah pada masa itu bola sepak kita berada pada tahap sama ketika era Ghani Minhat, Arthur Koh, Rahim Omar, Jalil Che Din dan Chan Tuck Choy sebelum digantikan dengan super MOKH Mokhtar Dahari? adakah pemain kita lebih berkualiti selepas pembukaan kembali pengambilan pemain import, Jika ranking dunia menjadi ukuran mari kita lihat pada tahun 1993 - Malaysia berada pada ranking ke 75 DUNIA dan terus merudum hingga ke ranking 166 pada hari ini.
Jadi adakah dengan pengambilan awang import ini akan memartabatkan kembali bola sepak Malaysia? jika kita lihat diluar ramai pemain import bermain di negara lain seperti Seria A , La Liga, BPL dan mereka masih lagi menjadi juara dunia, eropah dan pemain mereka lebih berskill jika di banding dengan Malaysia, dan perlu di ingat awang - awang import ini juga menaikkan nama - name kelab di Malaysia seperti Kedah dan Perak yang layak ke suku akhir AFC Cup dan mereka juga membawa nama FAM di belakang mereka. Contoh terbaik Kedah FA sekarang berada di ranking 111 yang dikeluarkan oleh www.iffhs.de, jika hendak dibandingkan dengan seluruh kelab di dunia yang entah berapa ribu dan ia mendahului lebih banyak kelab - kelab yang lain yang ternyata lebih popular seperti aston villa dan Manchester City.
Artikel ini ditulis bukan tidak mahu menyokong tindakan FAM membekukan pengambilan pemain import cuma jika boleh fikirkan kembal rationalnya dan cara yang terbaik untuk meningkatkan kembali kualiti pemain kita, dan rasanya dengan pembekuan pemain import ianya adalah cara terdesak tanpa memikirkan impaknya kepada keseluruhan kualiti bola sepak kita. Jika benar - benar kita fokus untuk kembalikan mengapai kegemilangan ketika era Super Mokh Mokhtar Dahari mungkin boleh dimulakan, dengan kembalikan kembali Akademi BolaSepak yang pernah disuarakan oleh Allahyarham Dato Ahmad Basri yang pernah di mansuhkan ketika dulu, dan jgn di POLITIKAN ISU BOLA SEPAK KITA yang semakin tenat.