Monday, 13 October 2008

PESTABOLA MERDEKA 2008

oleh : Sapixx
13, Oktober 08..

Piala keagungan negara, Pestabola Merdeka kembali. Piala yang diilhamkan oleh Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman pada tahun 1957 ini merupakan piala bolasepak tertua di Asia malah lebih lama dari Piala Kofederasi Bolasepak Asia (AFC Nation Cup) sendiri.

Pelbagai kenangan, suka duka, pahit manis, serta memori indah menyusuri zaman bersama-sama kemegahan piala ini.

Hasrat utama Tunku melancarkan kejohanan ini adalah untuk hadiah kemerdekaan Malaya dan memberitahu dunia bahawa Malaya sudah merdeka dan berdaulat disamping merancakkan lagi bolasepak di Asia yang pada masa itu tidaklah semegah hari ini. Pada masa itu Malaya merupakan antara kuasa bolasepak utama Asia kerana Malaya adalah antara negara yang diperkenalkan permainan bolasepak oleh penjajah British.

Pestabola Merdeka suatu ketika dahulu pernah menghimpunkan pasukan-pasukan ternama seperti Korea dan Jepun yang mana pada masa itu juga mereka seringkali 'kecut perut' bila berhadapan dengan Malaya/Malaysia.

Bukan mahu mengungkit, tapi sekadar terkenang cerita2 lama betapa prestijnya Kejohanan Pestabola Merdeka pada masa lampau.

Memasuki era 90-an, Pestabola melalui pasang surutnya. kejohanan ini pernah beberapa tahun, ditiadakan mungkin kerana alasan, kewangan dan prestasi semasa skuad Malaysia. Tahun 1989 merupakan tahun pertama Pestabola ditiadakan diikuti dengan tahun 1990. Tahun 1991, Pestabola kembali ke padang tetapi tahun berikutnya ditiadakan kembali. Malaysia menjulang kejuaraan apabila Pestabola Merdeka diadakan semula pada tahun 1993 dengan menewaskan Korea. Seperti yo-yo, Pestabola menyepi pada tahun 1994 dan diadakan semula pada tahun 1995. Bermula 1996, Pestabola ibarat dikuburkan apabila 4 tahun berturut-turut menutup gelanggang. Sudah lama berehat, Pestabola Merdeka sudah semakin dilupakan dalam kalendar kejohanan jemputan antarabangsa.


Memasuki era millenium, Pestabola kembali menemui peminat setia bolasepak negara. Tahun 2000 dan 2001 membuka padang, tetapi kembali sunyi untuk 4 tahun berikutnya..

Sehinggalah pada tahun 2006, Pestabola Merdeka kembali dengan azam untuk mengkonsistenkan penganjuran dan mengembalikan kembali keagungan kejohanan tertua ini. Tahun 2007 menyaksikan kejohanan ini hampir2 dibatalkan atas alasan kewangan dan penajaan. Mujurlah, FAM diselamatkan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) untuk menjadi penganjur sekaligus menyaksika Malaysia menjulang kejuaraan sesudah 14 tahun Piala Pestabola tidak berada bersama pasukan kebangsaan Malaysia.

Tahun ini, Pestabola kembali. menjanjikan cabaran yang lebih getir buat pasukan Malaysia. Kejuaraan mesti dipertahankan. Tutup mulut2 yang mengatakan kemenangan tahun lepas adalah nasib semata2. Biarlah nasib, biarlah kebetulan, MENANG tetap MENANG !

buktikan bahawa Malaysia sentiasa boleh !!!

Senarai Pemain untuk Pestabola Merdeka 2008

Goalkeepers: Mohd Helmi Eliza, Badrulzaman Abdul Halim, Syed Adney Syed Hussein

Defenders: S. Subramaniam, Mohd Asraruddin Putra, Norhafiz Zamani Misbah, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, Mohd Daudsu Jamaluddin, Irwan Fadzli Idrus

Midfielders: Mohd Ashaari Shamsuddin, Muhammad Shukor Adan, Mohd Khyril Muhymeen Zambri, Mohammad Hardi Jaafar, Azi Shahril Azmi, Mohd Amirul Hadi Zainal, Faderin Kadir

Strikers: Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, Mohd Safee Mohd Sali, Mohd Nizaruddin Yusof, Indra Putra Mahayuddin, Hairuddin Omar


Pasukan...


KUMPULAN A (Stadium MBPJ Kelana Jaya )

MALAYSIA
SIERRA LEONE
NEPAL
AFGHANISTAN


KUMPULAN B ( Stadium Shah Alam )

MYANMAR
MOZAMBIGUE
BANGLADESH
VIETNAM

Sunday, 12 October 2008

AZAN.........


Subhanallah. ..
Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan
melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan
Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'
Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan
kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.
Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang
dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah
S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.
Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa
antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.
Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula
di-Malaysia.
Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas
Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.
Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar
dibarat India.
Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka
masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.
Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di-Afghanistan dan Muscat.
Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka
masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman,
Kuwait dan Iraq.
Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur
Atlantik.
Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke
pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.
Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini
sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu
sembahyang, tidak putus-putus.
Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Monday, 6 October 2008

setelah lama.....


lamenye x mengepost......
rindu jugak nak menaip tp masa + keadaan x mengizinkan.
banyak masalah, esaimen, pastu wayarless rosak..huhuu, dah jarang main intenet.

semenjak dua menjak ni banyak perkara dan isu-isu yg berlegar dalam kepala. rasa nak nulis... politik x yah cakap laa, terlalu banyak mende yg nak dipikirkan. tp baik x yah pikir wat sakit kepala. x nak pikir pun susah jugak sebab memang aku akan pikir.espesialy tentang masa depan negara.. kita rakyat, kita berhak menentukan hala tuju negara. auk boleh cakap sebab aku dah berhak untuk memilih,huhuu...

umno, pas, pkr, dap, hindraf, lompat parti, peralihan kuasa, rebut jawatan...banyak tul!
lain kali laaaaaa.............

lupa tang tu jap, lupakan politik jap. aku nak cakap pasal bola laa.

liga super musim 09, pestabola merdeka, piala aff suzuki 09, kembar negeri sembilan ke eropah.

satu persatu....

liga malaysia 09 bakal membuka tirai x lama lagi. huhuhu, of kos laa aku nak cakap pasal kelantan. tesengih sorang2 tengok berita tan seri nua musa dah berjaya himpunkan pemain dan coach mantap untuk musim baru ni.. coach, peter butler ke kelantan sesudah kegagalan mendapatkan tandatangannya musim lepas. khalid jamlus, ahmad azlan zainal, farhan mohamad, daudsu jamaluddin, che hishamuddin, faizol che noh, wan zaman mustafa... huhuhu, atas kertas kelantan nampaknya antara pasukan yg memiliki barisan mantap ! pasal team lain pulak, pemain2 muda malaysia makin laris ekoran syarat fam yg menutup pintu utk player import... ada pro dan kon nya (dah diceritakan dalam post yg lepas)...
menarik? akmal rizal, indra putra, shukor adan diceraikan selangor bersama bapak mereka, dollah salleh. perak, bakal menghadapi musim yg penuh mencabar ekoran masalah kewangan menyaksikan pemain utama mereka meninggalkan pasukan- khalid ke kelantan, razali umar kandasamy ke perlis, hamsani ke selangor, dan ramai lagi yg khabarnya sudah meleraikan ikatan.

pestabola merdeka...
edisi baru yang agak mencabar bagi malaysia kerana membawa status sebagai juara bertahan. kejayaan taun lepas menjadikan cabaran semakin meningkat taun ni dengan pasukan2 yg mengesahkan penyertaan pun bukannya pasukan2 kerdil rantau ni aje. taun ni ada siera leon, mozambique, selain myanmar yg sememangnya ingin merampas kembali piala pestabola merdeka daripada malaysia.. sesungguhnya misi kali ini agak mencabar kerana pestabola ini juga dijadikan persiapan terbaik malaysia untuk menempuh cabaran di piala aff suzuki (piala tiger sebelom ni) ujung taun 2008 ni. diharapkan jurulatih B Ssatianathan bijak memilih dan menentukan pemain yg bakal menggalas cabaran. bukan pemain yg bijak berpolitik semata2! berita baik juga, pemain malaysia yg berpangkalan di perancis, titus james palani memberi khabar positif yg dia akan pulang ke malaysia untuk piala suzuki nanti. sejauh mana kehebatannya, kita nantikan.

seterusnya....
kisah star kembar negri sembilan- Aidil zafuan dan adiknya zaquan adha mendapat tawaran beraksi dengan kelab bolasepak elit di negara balkan -slovakia. khabarnya kedua-dua pemain ini mendapat perhatian ejen-ejen di liga elit sana untuk dibawa beraksi di liga negara tersebut. well, liga negara tu bukan lah sehebat liga sepanyol atau england, tetapi itulah tapak terbaik sebenarnya untuk pemain malaysia maju tapak demi tapak dalam membina karier bolasepak yg gemilang. park ji sung sendiripun bukan teros ke manchester. tambahan pula, adalah sesuatu yg sukar untuk anak malaysia bermain di england walaupon katalah kita ada sorang pemain yg gila babi hebat. kerana ranking negara kita masih jauh dari tangga top70, yg mana jika terkeluar dari senarai tu, sukarlah dapat permit kerja...

dah.......

Tuesday, 16 September 2008

Mantera Beradu


Malique Feat. M Nasir

Masih belum sempurna...

Gerakkan Hati... Hati gerakkan...
Pandanglah aku... aku lah dia...

Kulitku tebal... ku kebal... ingatku kebal...
Hanya berbual makan angin kembung perut mual...
Resah dan tidak senang... hidup tak pernah lenang...
Ku schizo paranoia takut pecah tembelang

Pecah tembelang... peta dah hilang...
Bangau dah pulang... suara sumbang...

Lidahku kaku tak selicin kuku
Teman baikku buku
Bini ku pena... tak pernah lena
Aku suka mengintai pantang ditenung
Berakhir pertelingkahan dalaman
Pasti belum

Ikut gerak hati... pena melayang
Dilihat dua layang pandang
Tak lah sekarang
Takat meradang
Tanya... abang gedang, apa barang?
Badan macam badang
Main macam belakang parang

Kuhunuskan keris musuh ada pistol
Tradisi kekalkan adaptasi harus betul
Tujuh baris keramat tujuh garis penamat
Baik berpada biar jahat asal selamat

Ramai saudaraku yang baik telah dipijak

Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Yo ijazah terbaik datangnya dari jalanan
Dari pengalaman bercakap dan bersalaman
Konflik motivasi cuba medatasi
Positif dan benci jadi inspirasi pagi

Peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
Halang biar keduanya muka cantik
Soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
Lebih hina dari zina

Lu bikin dosa ku bikin prosa
Testosterone testarosa
Citacita sosa kl kl kosa nostra
Jalan berliku ku harung roller coaster
Gah sentosa tiada penyesalan
Luas pandangan jauh dah berjalan
Tak sempurna masih ada kejanggalan
Gagal merancang, merancang kegagalan

Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Kucing bawa tidur rimau bawa igau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
Turun bukit pucat dengar tiga miaww
Kucing bawa tidur rimau bawa igau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

Tolak pintu gua tiga kerat tenaga
Kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
Ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
Menang dengan otak tak mesti dengan pedang

Sebelum jadi bangkai ikan koi renang renang
Pura pura salah jawapan untuk naik berang
Panggil lima kawan atau biar pergi laju
Risaukan pekara remeh kita tak akan maju
Muka sama hijau hati siapa tahu
Merah dah menyala pasti mati siapa mahu
Gagap tiga kali bercakap benar saja
Bulan terang ramai yang keluar buat kerja

Panjat pokok buluh cari tukun air terjun
Naik sampai nampak dah terpegun turun
Tiga ular ikut lompat atau paut
Kalau lari mati jika jerut maut

Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Puisi hati mu... hati mu puisi
Palu hati ku palu hatiku

Kulit tak besalin walau saling ganti baju
Pandang sini pandang sini
Ku berbahasa baku kata kata nahu
Himpun jadi satu
Mantera beradu dengan irama dan lagu

Akhirnya sempurna...

Wednesday, 6 August 2008

Isu pemain import akan diharamkan dimana rationalnya?

Written by admin HarimauMalaya.com
Wednesday, 06 August 2008 01:27

Hari ahad yang lalu pihak FAM telah mengumumkan bahawa pada musim bola sepak yang baru sesi 2008/2009, tidak dibenarkan sama sekali setiap pasukan negeri atau kelab yang bertanding di dalam Liga M mengambil awang import bagi memperkuatkan pasukan negeri yang sedia ada. Di dalam forum harimaumalaya.com telah kecoh mengenai perkara ini dan ramai yang mengeluarkan hujah - hujah dan pada padangan saya terdapat kebenaran di setiap kata - kata tersebut. Disini kita cuba highlightkan adakah PERKARA DENGAN MENGHALANG PEMAIN IMPORT DARI BERAKSI DI MALAYSIA AKAN MENINGKATKAN KEMBALI MUTU DA KUALITI BOLA SEPAK MALAYSIA?

disini saya cuba mengkategorikan apa yang mungkin di pandang oleh FAM dan mengapa berlakunya perkara ini?

Dari sudut pandangan FAM

  1. Isu gaji pemain import yang mungkin terlalu tinggi
  2. Perlunya pendedahan kepada pemain Malaysia untuk lebih menyerlah di setiap pertandingan.
  3. Ketika ini terdapat ramai penyerang tempatan yang terpaksa bermain sebagai pilihan kedua kerana kecenderungan sesetengah pasukan untuk mengharapkan tenaga import di posisi serangan.
  4. Masalah kewangan di antara sesuatu kelab yang kecil dan besar
  5. Kehadiran pemain import musim ini juga dilihat gagal menarik perhatian peminat bola sepak tempatan untuk datang menyaksikan saingan Liga M- gara-gara kualiti sesetengah pemain import yang tidak banyak beza dengan pemain tempatan.
Kadang - kadang kita boleh terpikir sendiri jika pemain import itu tidak berkualiti kenapa kelab sanggup berhabis duit mengambilnya? Jika kata pemain kita tidak cukup pendedahan boleh di tetapkan satu syarat hanya seorang penyerang import dibenarkan untuk setiap perlawanan atau diwajibkan setiap pasukan harus bermain dua penyerang satu tempatan dan satu penyerang import. Kemudian Isu kewangan, apa lagi tingkatkan iklan promosi Liga M, Lebihkan promosi mengenai bola sepak Malaysia, lebih banyak perlawanan - perlawanan di tayangkan di television tempatan, gunakan saluran kerajaan TV1 atau TV2 untuk cuba meningkatkan bola sepak Malaysia.

Dan perkara ini kadang - kadang boleh dilihat seperti perumpamaan yang diberikan oleh salah sorang ahli Harimaumalaya.com mengenai tindakan FAM.

Apa bezanya dengan:

- "Proton tak bagus... jom kita ban semua kereta import!!"
- "Bahasa Ingeris rakyat kita makin teruk... jom kita mansuhkan pelajaran English di sekolah2"

Dan cuba kita lihat perkara lepas dimana pada tahun 1999 sehingga 2001 FAM, pernah membekukan pengambilan pemain import sebelum ia dibuka Malaysia, adakah pada masa itu bola sepak kita berada pada tahap sama ketika era Ghani Minhat, Arthur Koh, Rahim Omar, Jalil Che Din dan Chan Tuck Choy sebelum digantikan dengan super MOKH Mokhtar Dahari? adakah pemain kita lebih berkualiti selepas pembukaan kembali pengambilan pemain import, Jika ranking dunia menjadi ukuran mari kita lihat pada tahun 1993 - Malaysia berada pada ranking ke 75 DUNIA dan terus merudum hingga ke ranking 166 pada hari ini.


Jadi adakah dengan pengambilan awang import ini akan memartabatkan kembali bola sepak Malaysia? jika kita lihat diluar ramai pemain import bermain di negara lain seperti Seria A , La Liga, BPL dan mereka masih lagi menjadi juara dunia, eropah dan pemain mereka lebih berskill jika di banding dengan Malaysia, dan perlu di ingat awang - awang import ini juga menaikkan nama - name kelab di Malaysia seperti Kedah dan Perak yang layak ke suku akhir AFC Cup dan mereka juga membawa nama FAM di belakang mereka. Contoh terbaik Kedah FA sekarang berada di ranking 111 yang dikeluarkan oleh www.iffhs.de, jika hendak dibandingkan dengan seluruh kelab di dunia yang entah berapa ribu dan ia mendahului lebih banyak kelab - kelab yang lain yang ternyata lebih popular seperti aston villa dan Manchester City.

Artikel ini ditulis bukan tidak mahu menyokong tindakan FAM membekukan pengambilan pemain import cuma jika boleh fikirkan kembal rationalnya dan cara yang terbaik untuk meningkatkan kembali kualiti pemain kita, dan rasanya dengan pembekuan pemain import ianya adalah cara terdesak tanpa memikirkan impaknya kepada keseluruhan kualiti bola sepak kita. Jika benar - benar kita fokus untuk kembalikan mengapai kegemilangan ketika era Super Mokh Mokhtar Dahari mungkin boleh dimulakan, dengan kembalikan kembali Akademi BolaSepak yang pernah disuarakan oleh Allahyarham Dato Ahmad Basri yang pernah di mansuhkan ketika dulu, dan jgn di POLITIKAN ISU BOLA SEPAK KITA yang semakin tenat.