Thursday, 16 October 2008

Ada yang bertanya, kenapa ???


oleh : Sapixx 16 Oktober 08

Pasukan Kijang Emas, Kelantan sudahpun memulakan pra musim kempen Liga Malaysia 2009 dengan kejutan dan berita2 sensasi.Bagai mengamuk demi mengubat kedukaan musim lepas selepas gagal ke Liga Super, pasukan bolasepak LIga Perdana Kelantan di bawah teraju Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa menyuntik harapan baru buat kelantan dengan termeterainya kontrak barisan bintang dibarisi Khalid Jamlus (perak), Daudsu Jamaluddin(johor fc), Norfarhan Mohamad(pdrm), dan bekas kapten malaysia bwh2o, Ahmad Azlan Zainal(perak) dan seorang lagi pemain tengah kebangsaan yang juga bekas pemain perak & selangor bakal menyertai kelantan sedikit masa lagi.
Walaupun berita perpindahan sensasi ini sesuatu yang amat ditunggu2 peminat setia bolasepak kelantan, tetapi tidak semua yg berkata begitu. masih ada segelintir peminat yang mempersoalkan pengambilan pemain luar dan berpendapat adalah x macho kalo menang dengan pemain luar. mereka juga mempersoalkan tahap kesetiaan dan keikhlasan perjuangan pemain luar berbanding anak negeri.
Namun penulis percaya majoriti peminat bolasepak kelantan menyokong perpindahan sensasi ini. mungkin yang menentang itu adalah peminat yg ketinggalan zaman dan tidak mengikuti perkembangan bolasepak arus perdana yang sudahpun menjadi satu industri pada hari ini.

berikut petikan kata2 peminat yg menyokong langkah pembaharuan oleh kelantan dan menolak faktor anak negeri atau orang luar sebagai penyumbang kejayaan;

"HOK MANO SO DEMO NOK.. MENE PIALA DGN ORE LUAR KO XMENE2 PIALA GUNA LOCAL PLAYER...

KAWE NAK MENE PIALA... ORE NEGERI MANO XKISOH.. LAGI PN NI ZAMAN PROFESIONAL.. KALU NOK LOCAL PLAYER MAIN NEGERI SENDIRI.. KITA BALIK ZAMAN SEMI-PRO... KO GUANO...
"-priceles


"KAWE SOKONG DEMO...

KITO KENO TGK ZAMAN LA JUGOK &^$@#...
MENANG PIALO MALAYSIA...
OGHE XKIRO DOH GUNO PEMAIN ASAL KELATE KO DOK...
TGK SELANGOR...
KEDOH...
BUKEY SMUO PEMAIN2 DIO PAKA PEMAIN ASAL NEGERI SDIRI..
APO2 POWN..
LU PIKIR LA SDIRI! =)" - Amer Keyrick


"loni zamey profesional.
team mano bijok mengurus,
bijok cari pemain,
hok tu laa yg berjayo.

ambik player lua x bermakno kito pinggirkan anok negeri.
anok kelate masih ado tempat daley team. bukenye 25 oghe pemain kito tu oghe lua blako.

so lagi,
memandangkan pengurusan baru kito ni banyok pitih,
keno guno laa kelebihan tu.

kawe stuju kato priceles tu,
hok mano menentang kemasukan player luar tu x teringin ko nok tgk kito meney pialo.
tok teringin ko tgk sek2 kelate hok rama di kolo lumpo penuh stadium di luar kelate main.
x teringin ko nok tgk oghe2 kelate blarok rama2 gi bukit jalil final piala malaysia.
x teringin ko nok tgk oghe kelate kumpul lagi rama2 di air kale chepo tu sambut wira2 kelate wak kelik piala malaysia.

impak daripada kemasukan pemain bintang ko kelate tu loni napok doh.
kelate koho soho.
bulih kato hari2 sok koba wak masuk berita kelate.
ado harapan jadi pasukan elit supo kedoh, selango.

kalu dulu gak,
masuk sok koba jugok.
pasa gapo???
gaji x baya,
gaji tunggok,
pemain protes...
puah doh kito duk zamey tu.
lamo sangat doh kito kenal kelate kito ni sebagai pasukan x ganah. main bola x sedak...

loni laa masa untuk kito buktikan.
loni maso untuk kito gegar malaysia..

kawe sdiri pun banggo,
bilo jupo saing2 oghe luar.
dukkecek bola kecek pasal team kelate skali.

dulu kalu kecek pasa bola gak,
kawe duk denga crito oghe jah laa x leh nok crito pasa team sdiri..

kawe harap kelate mampu merangkul pialo musim baru nih.
buke staket satu pialo.
sapuh blako hok ado kat malaysia ni.
supo selangor wak mulo,
supo kedoh wak mulo.
" - sapixx

apa-apa pun, ini zaman bolasepak profesional dan bolasepak berkembang pesat dari hari-hari. jual beli pemain dijadikan industri di negara-negara eropah yg mana bakat yg dikurniakan dijadikan sebagai produk untuk diperdagangkan.
jadi anak negeri atau tidak, kesetiaan, keikhlasan, bukanlah satu persoalah besar kerana di era profesional ini pemain harus bijak memasarkan pakej yang mereka ada agar periuk nasik mereka terus berasap !

sekian dari Sapixx, Kelate Dot Net

Monday, 13 October 2008

PESTABOLA MERDEKA 2008

oleh : Sapixx
13, Oktober 08..

Piala keagungan negara, Pestabola Merdeka kembali. Piala yang diilhamkan oleh Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman pada tahun 1957 ini merupakan piala bolasepak tertua di Asia malah lebih lama dari Piala Kofederasi Bolasepak Asia (AFC Nation Cup) sendiri.

Pelbagai kenangan, suka duka, pahit manis, serta memori indah menyusuri zaman bersama-sama kemegahan piala ini.

Hasrat utama Tunku melancarkan kejohanan ini adalah untuk hadiah kemerdekaan Malaya dan memberitahu dunia bahawa Malaya sudah merdeka dan berdaulat disamping merancakkan lagi bolasepak di Asia yang pada masa itu tidaklah semegah hari ini. Pada masa itu Malaya merupakan antara kuasa bolasepak utama Asia kerana Malaya adalah antara negara yang diperkenalkan permainan bolasepak oleh penjajah British.

Pestabola Merdeka suatu ketika dahulu pernah menghimpunkan pasukan-pasukan ternama seperti Korea dan Jepun yang mana pada masa itu juga mereka seringkali 'kecut perut' bila berhadapan dengan Malaya/Malaysia.

Bukan mahu mengungkit, tapi sekadar terkenang cerita2 lama betapa prestijnya Kejohanan Pestabola Merdeka pada masa lampau.

Memasuki era 90-an, Pestabola melalui pasang surutnya. kejohanan ini pernah beberapa tahun, ditiadakan mungkin kerana alasan, kewangan dan prestasi semasa skuad Malaysia. Tahun 1989 merupakan tahun pertama Pestabola ditiadakan diikuti dengan tahun 1990. Tahun 1991, Pestabola kembali ke padang tetapi tahun berikutnya ditiadakan kembali. Malaysia menjulang kejuaraan apabila Pestabola Merdeka diadakan semula pada tahun 1993 dengan menewaskan Korea. Seperti yo-yo, Pestabola menyepi pada tahun 1994 dan diadakan semula pada tahun 1995. Bermula 1996, Pestabola ibarat dikuburkan apabila 4 tahun berturut-turut menutup gelanggang. Sudah lama berehat, Pestabola Merdeka sudah semakin dilupakan dalam kalendar kejohanan jemputan antarabangsa.


Memasuki era millenium, Pestabola kembali menemui peminat setia bolasepak negara. Tahun 2000 dan 2001 membuka padang, tetapi kembali sunyi untuk 4 tahun berikutnya..

Sehinggalah pada tahun 2006, Pestabola Merdeka kembali dengan azam untuk mengkonsistenkan penganjuran dan mengembalikan kembali keagungan kejohanan tertua ini. Tahun 2007 menyaksikan kejohanan ini hampir2 dibatalkan atas alasan kewangan dan penajaan. Mujurlah, FAM diselamatkan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) untuk menjadi penganjur sekaligus menyaksika Malaysia menjulang kejuaraan sesudah 14 tahun Piala Pestabola tidak berada bersama pasukan kebangsaan Malaysia.

Tahun ini, Pestabola kembali. menjanjikan cabaran yang lebih getir buat pasukan Malaysia. Kejuaraan mesti dipertahankan. Tutup mulut2 yang mengatakan kemenangan tahun lepas adalah nasib semata2. Biarlah nasib, biarlah kebetulan, MENANG tetap MENANG !

buktikan bahawa Malaysia sentiasa boleh !!!

Senarai Pemain untuk Pestabola Merdeka 2008

Goalkeepers: Mohd Helmi Eliza, Badrulzaman Abdul Halim, Syed Adney Syed Hussein

Defenders: S. Subramaniam, Mohd Asraruddin Putra, Norhafiz Zamani Misbah, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, Mohd Daudsu Jamaluddin, Irwan Fadzli Idrus

Midfielders: Mohd Ashaari Shamsuddin, Muhammad Shukor Adan, Mohd Khyril Muhymeen Zambri, Mohammad Hardi Jaafar, Azi Shahril Azmi, Mohd Amirul Hadi Zainal, Faderin Kadir

Strikers: Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, Mohd Safee Mohd Sali, Mohd Nizaruddin Yusof, Indra Putra Mahayuddin, Hairuddin Omar


Pasukan...


KUMPULAN A (Stadium MBPJ Kelana Jaya )

MALAYSIA
SIERRA LEONE
NEPAL
AFGHANISTAN


KUMPULAN B ( Stadium Shah Alam )

MYANMAR
MOZAMBIGUE
BANGLADESH
VIETNAM

Sunday, 12 October 2008

AZAN.........


Subhanallah. ..
Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan
melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan
Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'
Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan
kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.
Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang
dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah
S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.
Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa
antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.
Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula
di-Malaysia.
Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas
Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.
Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar
dibarat India.
Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka
masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.
Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di-Afghanistan dan Muscat.
Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka
masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman,
Kuwait dan Iraq.
Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur
Atlantik.
Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke
pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.
Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini
sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu
sembahyang, tidak putus-putus.
Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Monday, 6 October 2008

setelah lama.....


lamenye x mengepost......
rindu jugak nak menaip tp masa + keadaan x mengizinkan.
banyak masalah, esaimen, pastu wayarless rosak..huhuu, dah jarang main intenet.

semenjak dua menjak ni banyak perkara dan isu-isu yg berlegar dalam kepala. rasa nak nulis... politik x yah cakap laa, terlalu banyak mende yg nak dipikirkan. tp baik x yah pikir wat sakit kepala. x nak pikir pun susah jugak sebab memang aku akan pikir.espesialy tentang masa depan negara.. kita rakyat, kita berhak menentukan hala tuju negara. auk boleh cakap sebab aku dah berhak untuk memilih,huhuu...

umno, pas, pkr, dap, hindraf, lompat parti, peralihan kuasa, rebut jawatan...banyak tul!
lain kali laaaaaa.............

lupa tang tu jap, lupakan politik jap. aku nak cakap pasal bola laa.

liga super musim 09, pestabola merdeka, piala aff suzuki 09, kembar negeri sembilan ke eropah.

satu persatu....

liga malaysia 09 bakal membuka tirai x lama lagi. huhuhu, of kos laa aku nak cakap pasal kelantan. tesengih sorang2 tengok berita tan seri nua musa dah berjaya himpunkan pemain dan coach mantap untuk musim baru ni.. coach, peter butler ke kelantan sesudah kegagalan mendapatkan tandatangannya musim lepas. khalid jamlus, ahmad azlan zainal, farhan mohamad, daudsu jamaluddin, che hishamuddin, faizol che noh, wan zaman mustafa... huhuhu, atas kertas kelantan nampaknya antara pasukan yg memiliki barisan mantap ! pasal team lain pulak, pemain2 muda malaysia makin laris ekoran syarat fam yg menutup pintu utk player import... ada pro dan kon nya (dah diceritakan dalam post yg lepas)...
menarik? akmal rizal, indra putra, shukor adan diceraikan selangor bersama bapak mereka, dollah salleh. perak, bakal menghadapi musim yg penuh mencabar ekoran masalah kewangan menyaksikan pemain utama mereka meninggalkan pasukan- khalid ke kelantan, razali umar kandasamy ke perlis, hamsani ke selangor, dan ramai lagi yg khabarnya sudah meleraikan ikatan.

pestabola merdeka...
edisi baru yang agak mencabar bagi malaysia kerana membawa status sebagai juara bertahan. kejayaan taun lepas menjadikan cabaran semakin meningkat taun ni dengan pasukan2 yg mengesahkan penyertaan pun bukannya pasukan2 kerdil rantau ni aje. taun ni ada siera leon, mozambique, selain myanmar yg sememangnya ingin merampas kembali piala pestabola merdeka daripada malaysia.. sesungguhnya misi kali ini agak mencabar kerana pestabola ini juga dijadikan persiapan terbaik malaysia untuk menempuh cabaran di piala aff suzuki (piala tiger sebelom ni) ujung taun 2008 ni. diharapkan jurulatih B Ssatianathan bijak memilih dan menentukan pemain yg bakal menggalas cabaran. bukan pemain yg bijak berpolitik semata2! berita baik juga, pemain malaysia yg berpangkalan di perancis, titus james palani memberi khabar positif yg dia akan pulang ke malaysia untuk piala suzuki nanti. sejauh mana kehebatannya, kita nantikan.

seterusnya....
kisah star kembar negri sembilan- Aidil zafuan dan adiknya zaquan adha mendapat tawaran beraksi dengan kelab bolasepak elit di negara balkan -slovakia. khabarnya kedua-dua pemain ini mendapat perhatian ejen-ejen di liga elit sana untuk dibawa beraksi di liga negara tersebut. well, liga negara tu bukan lah sehebat liga sepanyol atau england, tetapi itulah tapak terbaik sebenarnya untuk pemain malaysia maju tapak demi tapak dalam membina karier bolasepak yg gemilang. park ji sung sendiripun bukan teros ke manchester. tambahan pula, adalah sesuatu yg sukar untuk anak malaysia bermain di england walaupon katalah kita ada sorang pemain yg gila babi hebat. kerana ranking negara kita masih jauh dari tangga top70, yg mana jika terkeluar dari senarai tu, sukarlah dapat permit kerja...

dah.......

Tuesday, 16 September 2008

Mantera Beradu


Malique Feat. M Nasir

Masih belum sempurna...

Gerakkan Hati... Hati gerakkan...
Pandanglah aku... aku lah dia...

Kulitku tebal... ku kebal... ingatku kebal...
Hanya berbual makan angin kembung perut mual...
Resah dan tidak senang... hidup tak pernah lenang...
Ku schizo paranoia takut pecah tembelang

Pecah tembelang... peta dah hilang...
Bangau dah pulang... suara sumbang...

Lidahku kaku tak selicin kuku
Teman baikku buku
Bini ku pena... tak pernah lena
Aku suka mengintai pantang ditenung
Berakhir pertelingkahan dalaman
Pasti belum

Ikut gerak hati... pena melayang
Dilihat dua layang pandang
Tak lah sekarang
Takat meradang
Tanya... abang gedang, apa barang?
Badan macam badang
Main macam belakang parang

Kuhunuskan keris musuh ada pistol
Tradisi kekalkan adaptasi harus betul
Tujuh baris keramat tujuh garis penamat
Baik berpada biar jahat asal selamat

Ramai saudaraku yang baik telah dipijak

Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Yo ijazah terbaik datangnya dari jalanan
Dari pengalaman bercakap dan bersalaman
Konflik motivasi cuba medatasi
Positif dan benci jadi inspirasi pagi

Peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
Halang biar keduanya muka cantik
Soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
Lebih hina dari zina

Lu bikin dosa ku bikin prosa
Testosterone testarosa
Citacita sosa kl kl kosa nostra
Jalan berliku ku harung roller coaster
Gah sentosa tiada penyesalan
Luas pandangan jauh dah berjalan
Tak sempurna masih ada kejanggalan
Gagal merancang, merancang kegagalan

Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Kucing bawa tidur rimau bawa igau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
Turun bukit pucat dengar tiga miaww
Kucing bawa tidur rimau bawa igau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

Tolak pintu gua tiga kerat tenaga
Kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
Ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
Menang dengan otak tak mesti dengan pedang

Sebelum jadi bangkai ikan koi renang renang
Pura pura salah jawapan untuk naik berang
Panggil lima kawan atau biar pergi laju
Risaukan pekara remeh kita tak akan maju
Muka sama hijau hati siapa tahu
Merah dah menyala pasti mati siapa mahu
Gagap tiga kali bercakap benar saja
Bulan terang ramai yang keluar buat kerja

Panjat pokok buluh cari tukun air terjun
Naik sampai nampak dah terpegun turun
Tiga ular ikut lompat atau paut
Kalau lari mati jika jerut maut

Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Puisi hati mu... hati mu puisi
Palu hati ku palu hatiku

Kulit tak besalin walau saling ganti baju
Pandang sini pandang sini
Ku berbahasa baku kata kata nahu
Himpun jadi satu
Mantera beradu dengan irama dan lagu

Akhirnya sempurna...