Wednesday 10 February 2010

Ekslusif : Jentera LOTUS F1 Racing 2010

Kereta Lotus F1 Racing untuk musim 2010 secara rasminya akan dilancarkan pada 12.2.2010 di The Royal Horticultural Hall, London. Tapi bayangan rupa bentuk jentera rasmi yang bakal dipacu oleh Jarno Trulli dan Heikki Kovalainen serta Fairuz Fauzy ini sudahpun berjaya dirakam oleh spy F1. Gambar diatas dirakam pada 9.2.2010 ketika pemandu ketiga Lotus, Fairuz sedang melakukan ujian ke atas jentera baru ini di Litar Silverstone. Melihat kepada rupa bentuk yang 'tak menarik' serta tidak keMalaysiaan ini, gua tak rasa yang ini kereta rasmi. Nampak kosong je. Jadi, sama-sama lah kita tunggu 12hb ini untuk melihat bagaimana rupa bentuk jentera f1 malaysia pertama. Adakah itam macam gambar tu ataupun lain rupanye..

*tengok gambar tu, teringat kereta KL Minardi yang pernah dipacu Alex Yoong satu ketika dulu


Sunday 7 February 2010

Malaysia ke Piala Dunia FIFA...

Setelah kejayaan merangkul pingat emas bolasepak Sukan Sea disember lalu, Malaysia sekali lagi mencipta nama. Kali ini Malaysia secara rasminya telah melayakkan diri ke Piala Dunia FIFA Afrika jun nanti.
Namun begitu, yang akan ke Piala Dunia nanti bukan lah skuad K Rajagopal mahupun skuad Slovakia Azrai. Yang akan ke sana nanti ialah Subkhiddin Salleh, pengadil Malaysia yang mendapat jemputan untuk menjadi salah seorang warga kerja pengadilan 32 pasukan terbaik dunia nanti. Tahniah buat Subkiddin. Sekurang-kurangnya kebolehan anak Malaysia mendapat pengiktirafan FIFA untuk bersama-sama menjayakan Piala Dunia Afrika Selatan nanti.

MALAYSIA BOLEH

Masihkah kau ingat?

skuad Piala AFF/Tiger 2004, separuh akhir sebelum tewas kepada Indonesia

dari kiri berdiri :
Khalid Jamlus (kini ATM, denga crite dah kene drop)
Indra Putra Mahayudin (kini Kelantan)
Khaironisam Sahabudin (kini Felda FC)
Akmal Rizal Rakhli (kini Kelantan)
Azmin Azram Aziz (udah bersara)
Ahmad Shahrul Azhar (juge bersara)

dari kiri duduk:
Tengku Hazman R Hassan (kini Terengganu)
Subri Sulong (kini T-Team)
Rosdi Talib (juge T-Team)
Norhafiz Zamani Misbah (kini KL Plus)
Liew Kit Kong (kini Selangor)

Sunday 31 January 2010

Harimau Muda ke Slovakia?

Tengok buletin sukan tibi tige tadi, rasanya ramai yang dah tau pengumuman FAM bahawa skuad HArimau Muda A akan beraksi di liga junior Slovakia. Satu perkembangan yang menarik dan menggembirakan semua peminat bolasepak Malaysia kerana akhirnya pasukan ini tidak dibubar sepertimana kekalutan yang melanda sebelum ini.

Terpaksa laa aku menarik balik kritikanku terhadap FAM? oh tidak... Aku hanya tabik kat FAM sekiranya mereka dah sampai ke Slovakia dan betol kompem beraksi disana. Sebab aku takut ade masalah 'teknikal' disaat peminat teruja menanti aksi Harimau Muda di slovakia. Bukan apa, aksi Liga Singapura dulu pun diwar-warkan kompem, tp apa yang dah jadi.

Andaikata pemergian mereka ke Slovakia menjadi kenyataan, Alhamdulillah. Nasib mereka akhirnya terbela. Tapi aku harus tangguhkan dulu ucapan terima kasihku terhadap FAM sehingga mereka menyepak bola di negara yang mempunyai awek2 cun itu kelak...

Thursday 28 January 2010

Harimau Muda tidak akan dibubar. Ye ke???

dari utusan malaysia...



KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih berteka-teki mengenai masa depan skuad Harimau Muda A walaupun memberi bayangan ia mungkin akan ke kancah Liga Super.


FAM dalam mesyuarat teknikalnya, semalam menemui jalan penyelesaian terbaik untuk skuad bawah 21 tahun kebangsaan itu, namun cadangan mereka perlu mendapat kelulusan exco yang akan bermesyuarat, Ahad ini.


Walaupun enggan mendedahkan apakah cadangan yang bakal dibawa ke exco, namun Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Redzuan Sheikh Ahmad memberi jaminan, skuad itu tidak akan dibubarkan.


"Kalau mereka tidak diterima oleh liga negara sendiri, di mana lagi mereka hendak bermain.


"Yang pasti, rancangan ini akan melibatkan pemain-pemain sebagai sebuah pasukan, ia tidak akan dibubar atau dipecahkan.


"Saya percaya, cadangan ini akan diterima oleh exco kerana ia adalah perkara baik, namun biarlah ia diumumkan sendiri oleh Presiden (Sultan Ahmad Shah),'' ujarnya.


Katanya lagi, skuad Harimau Muda A memerlukan perancangan serius kerana mereka membawa matlamat besar, termasuk mempertahankan pingat emas Sukan SEA apabila temasya kembali ke Indonesia pada 2011.


Ujarnya, FAM mempunyai beberapa alternatif untuk anak-anak buah jurulatih, Azraai Khor Abdullah itu, namun beraksi dalam liga yang memberikan pertandingan beterusan adalah rancangan terbaik.


"Kita tidak boleh membiarkan pemain tiada pertandingan, mereka perlu beraksi dan sebagai sebuah pasukan, justeru beraksi dalam liga yang menawarkan perlawanan berterusan merupakan idea terbaik.


"Kita akan mencari satu jalan yang memberi keuntungan kepada semua pihak, bagaimana ia akan dilaksanakan, itu bergantung kepada exco yang akan membincangkan kedudukan mereka, Ahad ini,'' katanya lagi.


Pasukan Harimau Muda A sepatutnya beraksi dalam Liga Super selepas muncul juara Liga Perdana musim ini, namun rancangan itu tertangguh kerana ada usaha untuk membawa mereka beraksi dalam Liga Singapura.

Bagaimanapun hasrat untuk menimba pengalaman dalam liga negara jiran tidak kesampaian kerana terlalu banyak syarat yang ditetapkan persatuan bola sepak Singapura, selain terpaksa melalui prosedur yang memakan masa terlalu lama.


"Saya ingin menjelaskan bahawa Singapura sebenarnya tidak menolak permohonan Malaysia seperti yang dilaporkan media sebelum ini tetapi kita melihat proses untuk beraksi di negara itu terlalu rumit dan memakan masa panjang kerana ia kena melalui pelbagai prosedur.


"Pintu untuk beraksi dalam Liga Singapura masih terbuka, tetapi kita kena melalui pelbagai syarat yang mungkin tidak berapa menguntungkan kita,'' kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad.


Sementara itu, ditanya kedudukan skuad bawah 23 kebangsaan untuk beraksi di Eropah, Redzuan berkata, ia masih di peringkat rundingan dengan Kementerian Belia dan Sukan.


Bagaimanapun tegasnya, sama ada rancangan tersebut menjadi kenyataan atau tidak, FAM sudah mempunyai perancangan untuk skuad emas negara itu.


"Jika jadi ke Eropah, ia merupakan bonus yang baik tetapi jika tidak, kita sudah ada perancangan untuk mereka, termasuk mengatur perlawanan persahabatan.


"Kita akan pastikan, semua pemain dapat berkumpul sekurang-kurangnya sekali sebulan untuk berlatih dan diberi pertandingan, tetapi mereka tetap berada dalam keadaan fizikal yang kompetitif kerana beraksi buat kelab masing-masing dalam saingan liga,'' katanya.


-----------------------------------------------------


jawapan untuk FAM berdasarkan kata2 yg di bold kan;

  • Harimau Muda memang memerlukan perancangan serius. Tapi korang bijak pandai kat pejabat wisma FAM tu yg x serius buat kerja. Ibarat mendengar guruh di langit, air setempayan dicurahkan. Dengar cerita nak masuk liga S, terus buat keputusan sendiri mengkompemkan penyertaan tersebut walhal permohonan masih belum lulus.
  • Harimau Muda sepatutnya beraksi dlm liga Super Malaysia, tp tertangguh kerana usaha nak ke singapura.. eleeeh, macam laa orang tak tau. makcik jual nasik lemak kat kampung pun tau yg pengguguran Harimau Muda adalah angkara korban. Korban nak pastikan pasukan negeri pemerintah bola boleh terus bermain dlm liga super dan terselamat melalui tangan ajaib buat kali kedua dalam sejarah liga super malaysia.
  • Banyak proses?? haa, tau pun macam mana pengurusan sebuah liga profesional. memang laa banyak proses. ingat liga kampung ke boleh masuk suka ati. Pengurusan liga dun kat daerah aku pun lagi bagus kot.
  • aku rasa, kalau FAM boleh suka ati buat naik turun sesebuah pasukan dalam liga kita sekarang, why not masukkan balik Harimau Muda ke dalam liga. Alaa, bukan susah pun, liga kat negara kita kan format dia ikut suka ati barisan pemerintah. so, kacang je..
  • andai kata skuad impian ini terkubur, my word is F U !