Wednesday 31 March 2010

F1: Lotus menuju Grand Prix Malaysia

Menjelang Grand Prix Petronas Malaysia hujung minggu nanti, bahang saingan sudah terasa. Baik bagi pasukan gergasi mahupun muka-muka baru. Pasukan gergasi seperti Mclaren, Ferrari, Mercedes tentunya hadir bersama dengan misi mengejar kejuaraan. Namun, kehadiran pasukan baru seperti Lotus, Virgin dan Hispania(yg ni menyemak je) juga tidak sekadar melengkapkan saingan. Mereka punya misi tersendiri. Dan misinya, sudah tentulah menjadi pasukan terbaik dalam kalangan pasukan-pasukan baru disamping cuba mencuri perhatian untuk melakukan kejutan mengutip satu dua mata..

Bercakap mengenai pasukan baru, sudah tentunya perhatian kita terarah kepada pasukan dari negara kita, Lotus F1 Racing. Sesudah menempatkan diri di tempat ke13 pada Grand Prix Melbourne minggu lepas, Lotus dibawah teraju Datuk Tony Fernandes dan rakan-rakan terus memandang ke hadapan untuk menderum di laman sendiri.

BERITA NOMBOR SATU;
Dengan disokong oleh konsortium tempatan seperti Tune Group, Naza dan Proton, Lotus kini terus mengorak langkah mengutip satu demi satu penaja. Bermula dengan kejayaan menarik minat CNN International, Lotus seterusnya mendapat penajaan syarikat minuman UK, LR8 , terbaru Lotus berjaya menarik minat gergasi telekomunikasi negara MAxis untuk sama-sama melekatkan logo di badan jentera Lotus di litar nanti.

BERITA NOMBOR DUA;
Bermula Grand Prix Malaysia dan seterusnya, Jalur Gemilang akan memecut bersama jentera Lotus di litar. Upacara melekatkan bendera malaysia pada jentera lotus secara rasminya telah disempurnakan oleh Tun Dr Mahathir di Pavillion.
BERITA NOMBOR TIGA;
Lotus mungkin bakal menerima penajaan besar daripada Petrobras, untuk membawa gergasi petroleum Brazil itu kembali ke kancah formula satu tak lama lagi. Kalo kompem berita ni, masyuk jugak. kaler petrobras pun sama ngan lotus..
http://www.motorsport.com/news/article.asp?ID=360620
SYABAS DAN SELAMAT MAJU JAYA BUAT PEMILIK, PENGURUSAN, PEMANDU, DAN SELURUH WARGA KERJA LOTUS F1 RACING SERTA SELURUH RAKYAT MALAYSIA YG MENYOKONG LOTUS UNTUK GRAND PRIX HUJUNG MINGGU NANTI..

Wednesday 24 March 2010

Kerisauan Butler Terhadap Bolasepak Malaysia.

Bekas jurulatih Kelantan & pemain West Ham United, Peter Butler percaya bahawa kekalahan kelab bolasepak terbaik Malaysia, Selangor menunjukkan betapa seriusnya masalah mutu bolasepak negara.

Selangor, pemenang kejuaraan liga pada 2009 dan ketika ini diantara pasukan teratas dalam senarai Liga Malaysia, dibolosi 6 gol pada perlawanan pembukaan Piala AFC oleh kelab Sriwijaya dari Indonesia pada awal minggu lalu.

"Ini sangat membimbangkan. " kata Butler, yang kini bertugas di Yangon United, Myanmar setelah meninggalkan pasukan Kelantan tahun lepas.

"Peluang melatih dalam arena bolasepak yang berpotensi cerah seperti Malaysia dan melihat kekalahan 6-1 pasukan Selangor kepada pasukan yang mempunyai beberapa pemain antarabangsa, menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena. "

"Ini jelas menunjukkan jurang yang sangat berbeza diantara saingan domestik bolasepak Malaysia dan negara-negara Asia yang lain. Siapa sangka 10 tahun yang lepas kelab bolasepak dari Singapura (Singapore Armed Forces) akan bermain dalam Liga Kejuaraan Asia manakala pasukan seperti Selangor dan Kedah ditundukkan oleh lawan pada saingan yang lebih rendah seperti Piala AFC ? "

"Pada ketika ini Sriwijaya bukanlah pasukan yang terbaik dan hanya mempunyai 2 pemain import. Ini jelas menunjukkan peluang yang kurang cerah untuk Selangor pada kempen seterusnya"

"Selangor ketika ini mengungguli Liga Super Malaysia, bagaimanakah situasi ini dapat menggambarkan status mutu pasukan-pasukan lain ?"

By John Duerden
Goal.com
terjemahan: Kelab Penyokong Bolasepak Malaysia

Saturday 27 February 2010

Persahabatan Antarabangsa :MALAYSIA vs YEMEN


Kepada balatentera-balatentera Ultras Malaya mahupun Harimau Malaya (kedua-dua ni adalah entiti berbeza ok), malam ini ramai-ramai kita memenuhkan Stadium Nasional Bukit Jalil untuk memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan yang akan menerima kunjungan Yemen untuk satu aksi perlawanan persahabatan antarabangsa. Kebetulan pula hari ini ada karnival jomheboh tv3 di perkarangan stadium nasional, apa kata kalian berkunjung ke karnival kemudian gerakkan kaki anda, keluarkan 10 hengget untuk bersama-sama kami memberi sorakan kepada barisan harimau kita.

Lupakan kegagalan mendapatkan perlawanan persahabatan menentang negara Adebayor, Togo. Mereka nampaknya sangsi akan tahap keselamatan dan ancaman keganasan di Malaysia memandangkan Malaysia adalah negara kelahiran Azhari. Tak apa lah, mungkin mereka masih trauma dengan terrorist ni selepas tragedi serangan di Kejohanan Piala Negara Afrika di Anggola baru-baru ini.

Kuat ke tak kuat ke lawan kita, itu bukan persoalan. Yang penting perlawanan ni adalah perlawanan kelas A yang memberi kesan kepada perubahan mata untuk ranking FIFA. Ayuh rakan-rakan rakyat malaysia sekalian.
SAMA-SAMA MEMBERI SOKONGAN KEPADA PASUKAN KEBANGSAAN !

Friday 26 February 2010

Kembali ke Padang..

pemain-pemain kelate memandang masa depan mereka

Setelah terkeluar dari saingan Piala FA minggu lepas, skuad The Red Warriors bakal kembali ke padang permainan esok, menerima kunjungan sahabat dari seberang PS Semen Padang FC, dalam satu perlawanan persahabatan di stadium keramat, Stadium Sultan Mohamad IV.
Perlawanan persahabatan ini juga diatur sebagai perlawanan persembahan sempena Majlis Pelancaran Tahun Bolasepak Kelantan 2010 oleh mastermind TRW, Tan Sri Annuar Musa.

Kepada pihak pengurusan & pemain, lupakan igauan semalam, teruskan perjuangan yang mendatang. Kepada penyokong juga, bolasepak kita masih meniti kejayaan, biarkan yang sudah itu berlalu, perjuangan kita masih belum selesai....

Sunday 14 February 2010

Revenge of The Fallen...

poster ini bukan milik gua. memandangkan photoshop gua masih berada di bengkel, terpaksalah gua mencilok poster ini dari encek Emmet http://sukahepy.blogspot.com/ dengan harapan beliau sudi mengongsikan poster yg cun melecun ini untuk tatapan di blog gua. Rajin2 laa melawat blog die jugak.. huhu...

16 Februari, pahlawan padi atau sang kenari atau kedah bakal menerima kunjungan pahlawan merah. Menariknya perlawanan ini nanti adalah sudah pasti nye kerana revenge yang bakal dilakukan oleh kelantan sesudah kekalahan memalukan dari aksi syed adney dalam perlawanan di kota bharu bulan lepas.
Tengok poster diatas, kedah menaruh harapan kepada penggempur utama Azlan Ismail, dan Kelantan pastinya Akmal Rizal (belum pasti)..
Yang menariknya lagi, Azlan adalah pemain berasal dari kelantan, manakala Akmal adalah anak jati Kedah. Mungkin kedua2 pemain ini boleh bertukar jersi selepas perlawanan nanti, itupun kalau ade stok jersi lebih.