Wednesday 17 August 2011

Ramadhan | aku, dia dan cerita

ENTRI BERTARAF DIARI...

HAPPY BIRTHDAY TO ME...

ENTRI BERTARAF DIARI INI ADALAH SEBAGAI UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA peminat nombor 1 Sangkunang, Ishaz Zafsh yang bersusah payah menggerakkan jejari runcing beliau menaip kata-kata ucapan kepada saya.. Thanks my Wirawati.

Ehem.. Lupa nak bagi salam. ASSALAMUALAIKUM dan SALAM 17 RAMADHAN.
17 Ramadhan bersamaan dengan 17 Ogos 2011. 17 Ogos 2011 - 17 Ogos 1986 [samadengan] 25.

25 TAHUN JUBLI PERAK
Wah, sambutan ulangtahun Jubli Perak tu. 25 Tahun. Bermakna sudah 24 tahun berlalu aku diberi peluang menyedut O2 dan menghembus CO2 di alam yang terbentang luas ini. Alhamdulillah... Sesungguhnya perjalanan ini sungguh panjang. Dan Engkau telah dan akan mengatur sebaiknya untukku. Kerana Engkau Maha Mengetahui segalanya.

25 TAHUN DIA
Detik 25, 2011 ini adalah saat terindah dalam hidup. Aku dihatinya dia dihatiku. Semoga Allah satukan kami dalam ikatan kekal abadi. Biar masa mencemburui aku kan terus menanti.

25 TAHUN SAHABAT
Alhamdulillah, sepanjang diberi ruang berjalan diatas bumi ini, Allah mengurniakanku ramai kawan, ramai kenalan, ramai sahabat dan ramai saudara. Berjalan, melihat dan mentafsir... Ramai orang aku kenali. Ijazah terbaik datangnya dari jalanan. Ya, sepanjang perjalanan jauh, ia banyak mendewasakan aku. Mematangkan aku dalam setiap pergaulan, dalam setiap persahabatan.

Alhamdulillah, syukur padaMu. Kerana sahabat hidup aku di tahun 2011 ini banyak dipermudahkan. Syukur pada Mu ya Allah kerana menghadirkan aku sahabat seperti mereka.
Aku di rumah yang selesa tika ini kerana sahabat. Aku memandu kenderaan besar dengan harga yang murah juga kerana sahabat. Aku mampu menambah pendapatan sampingan lain juga kerana Sahabat. Allah berkatilah hidup mereka..

25 TAHUN MAMA
Sepanjang-panjang tahun aku lalui. Tingkat demi tingkat aku lepasi, tahun 2011 adalah tahun yang paling bermakna dalam hidupku dan kedua orang tuaku. Permulaan sebuah kehidupan bermulanya di sini. Tahun 2011 menghadirkan nikmat yang tidak terhingga kepada ku. Tahun 2011, air mata Mama mengalir menyaksikan aku menggenggam segulung ijazah. Sudah lama pipi ini tak dikucup Mama, hari itu penantian itu hadir. Kata Mama, "Im proud to be ur Mama"... "thanks Mama. This is for u. My ijazah is yours, my job is yours, my salary is yours, and everything i did is yours.." (dalam bahase melayu kelate weh, aku x cakap inggeris ngan mama. Mau kene pelempang).

Lama aku menanti saat ini. Saat berkerjaya kerana inilah masanya aku membalas semua jasa orang tua 24 tahun yang lepas. Walau aku sedar duit yg aku sesen pun tidak mampu membalas berjuta jasa dan pengorbanan mama dan abah.

Sedetik sebelum berbuka, satu mesej diterima,
"Salam Abe Ngoh. Selamat Hari Lahir. Besa doh anok ma ni. Ma raso baru jah kmarin Ma dukung Abe Ngoh. Happy Birthday Ngoh. Semoga jad anak yg soleh. dan semoga peningkatan umor ni disusuli bersama kematangan. Selamat menempuh dunio yang lebih mencabar"

Saat membaca mesej, aku terkenangkan detik 24 tahun yang lalu. Mama bertarung nyawa melahirkan aku ke dunia. Betapa azabnya tidaklah kumengerti. Tanpa kelengkapan canggih, tanpa fasilitas seperti bayi-bayi hari ini, tanpa bidan yang tak sempat tiba, hanya bertemankan Abah. Tabik untuk Mama. Mama sungguh hebat.

Menghirup nafas segar buat kali pertama, Syafiq diberi nama. Bermaksud 'Yang disayangi'.. Aku ingin terus disayangi. Terima kasih Mama. Kerana asuhan Mama aku berdiri hari ini, kerana suapan Mama badanku sihat cergas, kerana didikan Mama aku berjaya hari ini, kerana rotan Mama aku tau menyembah Pencipta, kerana minat Mama, turunnya jiwa Bolasepak dalam diri ini. Maaf kerana tak dapat jadi pemain bolasepak negara. Biar Abe Long sorang je. Angah, ikut didikan Abah. Jadi pendidik bangsa...

Ya Allah Ya Tuhanku, sihatkanlah tubuh badan Mama. Sembuhkanlah penyakit yang dideritai Mama. Permudahkan setiap urusan perubatan Mama. Aku sayang MAMA.

Birthday tahun ini, aku tak nak hadiah dari Mama. Biar aku yang beri hadiah untuk Mama. Mamaku sayang. I LOVE U...
~Cintaku tertinggal di dalam hati Mama & Abah~

Saturday 13 August 2011

Ramadhan Badrol Bahtiar | Alor Star ke Wigan

Salam Ramadhan ke 13. Lagi 2 hari tamatlah separuh masa pertama Ramadhan tahun ini. Menuju ke separuh masa kedua yang lebih getir dengan masa permainan yang lebih pantas dan rancak. Asakan lawan pun bertambah-tambah hebatnya. Masa tambahan bermula nanti. Jangan lupe Qunut ye..

Ehem..Beberapa hari suhu panas menguasai Pekan Karawang, SASA the legend bakal ke LIga Jerman, terbaharu atmosfera Alor Star pula yang diselaputi aroma yang lagi best. BADDROL BAHTIAR dapat tawaran ke kelab Divisyen 1 England, Wigan Athletic. Kesohehan khabar, bermula di sini....


Itu BUKAN website dari Malaysia beb. Itu internasional punya..

Makin murah rezeki pemain Malaysia kebelakangan ini nampaknya. Jika cerita sensasi Safee-Bundesliga masih samar-samar. Yang ini nyata tidak samar lagi. Mana datangnya tsunami kalau takde gempa bumi kan...

Logika vs Retorika. Vote 4 logika. Memang ada betulnya andai kebolehpercayaan berita berada pada paras tertinggi. Sebab musabab utamanya sudah tentulah pasaran atau dalam bahasa orang Wigannya ialah MARKETING. Pasaran EPL untuk rakyat Malaysia sangat luas. Tengok saja kunjungan kelab-kelab English ke Malaya saban tahun semakin meriah. Tahun ini saja dah 3 pasukan datang.

Itu belum dicampur lagi dengan penglibatan korporat Malaysia dalam Bisnes bolasepak negara penjajah itu. Disana kita ada Tune Group, kita ada Berjaya Holding, kita ada Air Asia, kita juga ada TM. Dan orang kita juga dah jadi owner kelab sana Cardiff City. Jadinya, hubungan bisnes bolasepak England dengan duit rakyat Malaysia dah semakin rapat jurangnya.

Atas faktor-faktor itulah, aku rasa Wigan pun taknak terkecuali dari menjadikan Malaysia sebagai pasaran baru mereka. Kerana mereka tau, orang Malaya suka bolasepak English maaa...

Good Luck Badd. Buat yang terbaik. Sebab hang hat terbaek di Malaysia...

Wednesday 10 August 2011

Ramadhan di Karawang


Panas panas sensasi... yeaahh..
uhukk !

Assalamualaikum dan salam 1 Ukhuwwah, 1 saudara, 1 Malaysia dan juga satu Nusantara.
Berita benar atau tidak benar. Bomber sepakbola utama pasukan negeri Malaysia, SASA atau nama dalam surat lahir Mohd Safee bin Mohd Sali kabarnya dirisik untuk diuji coba bersama sebuah pasukan dalam liga sepakbola Jermani atau Bundesliga. Waah, mcm indon dah ayat..

Itu lah cerita pagi Ramadhan ke 10 yang mulia ini. HAri ni dah sepuluh hari ye. Bermakna hari ini berakhirlah 1 dari 3 fasa Ramadhan. Berakhir fasa Kerahmatan, kita menuju pula ke fasa Pengampunan untuk 10 hari seterusnya..Teruskan ibadah anda...

Opss, berbalik kepada cerita di Karawang. Apa Karawang tu? Karawang tu ialah lokasinya dimana penyerang kesayangan kita sedang bertapak tika ini iaitu Pelita Jaya FC. Pelita yang semakin bernyala sumbunya sejak datangnya jejaka pujaan Malaya ke2 ini (selepas Apek).

Khabarnya dah dirisik kelab dari Jerman. Kesohehan nya tidak lah aku ketahui sebab dapat cerita ni pun dari Astro Arena. Harapnya betul la ye. Astro mana pernah tipu pelanggannya kan..Mungkin prestasi baik Safee semasa perlawanan sarkis Tour EPL tempoh hari dipandang secara celik oleh agen-agen pencari bakat diluar sana.

Sebelum ni dah banyak dah rumour sebegini. Sangkunang pun dah banyak keluarkan cerita tak jadi perpindahan-perpindahan sensasi pemain Malaya.. Aidil brothers dapat tawaran kelab Slovakia, Asraruddin diminati secara serius di Endhoven, Badrol ke akademi Stamford Bridge, banyak la kot. Zaman sebelum blog Sangkunang wujud pun dah ada rumours sensasi melibatkan penyerang negara. Azman Adnan Di lamar Millwall FC (EPL 90-an). Itu cerita masa aku skolah rendah. Darjah 3 kot. Tapi ingat lagi la cerita tu.

Dalam banyak-banyak cerita sensasi ni, cerita sensasi melibatkan Safee memang jadi. Rumours ke Indonesia dah jadi kenyataan. Rumours Safee sedang dinilai panel Sydney FC memang betul dan disahkan sendiri oleh kelab itu. Dan harapnya, cerita ini bukan sekadar cerita sensasi di kedai kopi. INI SERIUS.

Siapa kata pemain Malaysia takleh bersaing di Bundesliga? Salah tu. Sebenarnya, corak permainan pemain-pemain kita memang secocok dengan rentak Bundesliga. Tengok saja Khalid Jamlus. Sape yang masih ingat? Tahun 2000 beliau pernah menjalani ujian di Eintracht Francfurt (masa tu main divisyen 2 kalo x silap). Mase pre-season kelab tu wat tour ke negara Arab. Khalid skor 3 gol menjadikan kelab itu benar-benar serius ingin memikatnya. Semua segala bagai dah setel, tandatangan hampir diturunkan, secara tiba-tiba jugak Khalid menghayunkan stoking putih lebih awal. Mahu kembali ke liga tempurung kelolaan FAM. Akhbar pengutuk sukan nombor 1 (masa tu dan masa kini) secara serius juga menjadikan kepulangan Khalid sebagai berita sukan utama. Tajuknya "RINDU NASI LEMAK"..
Serius !...Aku tak tipu weh. Kalo tak caya korang tanya otai-otai bola yang selalu folo bola malaya zaman 90-an dulu...

Jadi, sempena Ramadhan yang mulia ini, pakat-pakat doakan ye kawan-kawan. Agar dapat kita lihat Safee terbang ke bumi Nazi sana.


PEACE YAWWW...

~cinta SASA tertinggal di karawang~


Tuesday 9 August 2011

Aku dan Stadium

Entri bertaraf diari. Papan kekunci diketuk oleh jari-jari montel tanpa menggunakan salur medula oblungata secara terperinci..

Aku dan stadium. Stadium dan aku.
memang tak boleh dipisahkan. Aku tak tau kenapa keobsesan ini terjadi.

Perabih duit ke stadium satu perkara kecik.
Sesak napas nipis poket masa study, gigih catu fulus menapak menari-nari.
nilainye sudah mencecah angka ribu ringgit malaysia derr...

kotak ke2 sudah hampir penuh. kene cari kotak ke3

Riuh stadium ada sepakbola. Aku ada di sana.
Sunyi stadium tanpa acara. Aku masih di sana.

Gembira sama taulan. Aku bersama di sana.
Sedih kecamuk kecewa. Aku langkah ke sana.

Pening problemo sini sana. Aku sendirian bawa bersama keproblemoan itu ke sana.
Walau monumen itu sepi tanpa penghuni. Aku gembira menatap wajah indah itu. Seolah-olah ia pun gembira aku meluahkan isi hati kecamukku kepadanya..

Mama pernah berkata. "mu ni x abih-abih nge stedium. sikit lagi kijo di stedium laa mu"...
Yupp... doa mama mana yg tak pernah makbul. Aku ditakdirkan berkerja di Stadium. KFC Stadium Cheras. Walau hanya seketika masanya, itulah lambang keobsesan tiada perhentian.
kenangan si penggoreng ayam uncle colonel

Hari ini dilanda keributan hembusan beliung. Jiwa kacau, jiwa kosong. Kesana kulega minda. Berteman my green cikaro, the green goblin. Secawan teh buatan mami harga pakej x pernah berganjak. Waaahhhhh... Senang sekali.

Kembali lurus wayar tersimpul mati. Dihati berbunga mekar. Inspirasi berdiri tegar. Pasak teguh bumi berakar.

Andai suatu hari, dapat berjumpa Dr Mahathir secara peribadi, inginku marah beliau.
Kenapa membina stadium Bukit Jalil segedabak itu?
Kalo stadium tu sekecik patung angry bird bersaiz bola baling, dah lama aku dakap, peluk, cium stadium Bukit Jalil itu....uhuk...CINTAKU TERTINGGAL DI STADIUM bersama dia.......

Saturday 6 August 2011

MASA UNTUK SAFI8, AMIRULHADI


85 % hampir complete.
Itu kisah penghijrahan terbaru bintang sensasi Harimau Malaya, SafiQ RahiM yang dikhabarkan bakal menyertai Persija Jakarta untuk Liga Super Indonesia 2011-2012. Mendapat bidaan dari dua kelab iaitu Persija dan Persib Bandung, Safi8 mungkin memilih untuk menyarung jersi The Oranje bersama hero pencen Indonesia Bambang Pamungkas.


Sementara itu di daerah Bandung, kelab sepakbola kebanggaan mereka Persib khabarnya beralih arah memancing Amirul Hadi setelah kegagalan menambat hati Safiq sekaligus menambah bilangan Harimau untuk 'merumput' di tanah jawa menyertai Safee Sali yang bakal menandatangani kontrak terbaru bersama Pelita Jaya.

Sumber dari FAS menyatakan kedua-dua mereka sudah menyelesaikan beberapa urusan dan dijangka Piala Malaysia 2011 akan berlangsung tanpa kelibat Safiq dan Amirul.

Pergi lah, kerana itu yang terbaik. Macam aku pernah cakap dulu. TINGGALKAN LIGA SUPER MALAYSIA INI untuk bakat-bakat lain. Agar suatu hari nanti akan ada Safee yang lain, akan ada Safiq yang lain.

Dan jika penghijrahan ini menjadi kenyataan, aku tidak segan silu untuk mengangkat tangan tabik hormat buat Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) kerana berjaya menjadi kilang pemain berkualiti, gedung pengeksport bakat terbaik Asia Tenggara...