puas hati.. memang puas hati tgk aksi kelantan menundukkan jagoan piala malaysia, selangor. kemenangan 5-2 ke atas barisan kendalian dollah salleh malam semalam membuktikan bahawa kelantan kini tidak bole dipandang rendah lagi.
hmmm, KELATE LONI TOK SRUPO MULO, kata website kelate dot net...
sudah lama sebenarnya peminat bolasepak kelantan dahagakan kejayaan dalam bolasepak. negeri jiran, terengganu sudahpun mengucup piala malaysia, kelantan masih belom berpeluang. tahun ni nampak menjadi kot, kalo prestasi yg ditunjukkan sekarang berterusan..
angin perubahan untuk bolasepak kelantan mula melanda penghujung tahun 2007 apabila datuk seri annuar musa mula mengambil alih teraju kepimpinan persatuan bolasepak kelantan (kafa).
sebagai bekas menteri belia dan sukan, tok war nampaknya begitu komited untuk melakukan sesuatu untuk bolasepak kelantan walaupun hakikatnya darah politik di kelantan tidak sewarna dengannya. namun, itu tidak dijadikan halangan untuk beliau melakukan langkahan awal dengan mengumumkan penjenamaan semula kafa. penjenamaan semula ini bukan hanya menukar logo semata-mata tapi turut menyuntik dana kewangan yang lebih kukuh dengan membawa masuk penajaan dari syarikat pembinaan anak kelantan REDLAND group of company, dan juga Air-Asia sebagai rakan penaja.
menyedari bahawa bakat pemain2 anak negeri perlu digilap oleh jurulatih yang berpengalaman, tok war membawa bekas jurulatih kebangsaan, norizan bakar untuk menabur bakti di bumi tok janggut ini. namun sayang jodoh cikgu jan bersama kelantan tidak panjang apabila beliau meletak jawatan sesudah membawa kelantan menduduki tempat ketiga dalam liga perdana.
lalu amanah melatih pasukan muda kelantan ini terletak di bahu jurulatih dari perancis, regis laguesse, bekas jurulatih kelab tersohor thailand, BEC Tero Sasana.
kini setelah mengharung 5 perlawanan, kelantan mengungguli takhta kumpulan A. tewas pada perlawanan pertama menentang sarawak, kemudian seri dengan negri sembilan, menumpaskan melaka, menundukkan terengganu dalam pertembungan menarik pantai timur dan yang terbaru mengejutkan merah kuning di stadium keramat sultan mohamad ke IV.kelantan semakin bergaya untuk mengukuhkan laluan ke suku akhir..
jikalau segala2 nya nampak menjadi dan pemain2 kelantan mengekalkan prestasi serta semangat sedia ada, tidak mustahil kelantan mampu pergi jauh untuk kempen piala malaysia 2008 ini.
aku sudah sedia ke bukit jalil tahun ni.hehe, InsyaAllah...........

1 comment:
Huhuhu memang penyokong bola yang fanatik lah ko nie... Tahniah kat Kelantan.. herm Johor nie bila nak naik plak?? dulu kan kalo ikut sjerah Johor pasukan yg hebat jgk huhhu pernah lwn final dgn Kleantan jgk kan?? smpai gaduh2.. huhuh
Post a Comment