Allahyarham Mokhtar Dahari yang masih dikenang sehingga ke hari ini walaupun hayatnya sudah bersemadi hampir 17 tahun lalu.
Biarpun ramai generasi muda masa kini tidak mengenali dengan dekat bintang negara itu, tapi hampir semua pasti pernah mendengar namanya - pemain dengan bakat semulajadi yang mengangkat imej Malaysia setaraf dengan jaguh bolasepak dunia. Paling ketara, Pestabola Merdeka yang menjadi gelanggang dia mempamer taring dan kehebatannya.
Pada usia 23 tahun, Mokhtar atau lebih terkenal dengan jolokan SuperMokh diiktiraf Majalah World Star Soccer sebagai penyerang terbaik Asia dan ketika itu jugalah dia dinobatkan Olahragawan Kebangsaan 1976.
Kelebihan dimiliki ‘Supermokh’ banyak dengan sepakan deras bak peluru menjadi elemen penting hinggakan tiga jari mendiang R Arumungam, bekas penjaga gol negara pernah patah ketika cuba menampannya. Itu belum dikira bijaknya penyerang ternama negara itu membaca gerakan lawan dan meloloskan diri.
Dengan 167 kaps antarabangsa, dia berjaya meletakkan Malaysia di kedudukan tertinggi pentas bola sepak Asia seterusnya mampu membuka mata dunia hingga kuasa bola sepak dunia. Skuad England B bimbingan Bobby Robson turut merasa bahangnya selepas diikat skuad negara 1-1 hasil jaringan menakjubkan Mokhtar.
Walaupun kelibat pemain istimewa seperti Mokhtar yang tiada galang gantinya sehingga kini sudah lama meninggalkan kita, bayangan kehebatannya tidak pernah padam apatah lagi apabila mengingati susah payah anak kelahiran Setapak, Kuala Lumpur itu mencipta nama walaupun dia memang sudah memiliki kurniaan yang tiada pada orang lain.
Mokhtar sangat gigih ketika latihan, sejak di bangku sekolah lagi dia yang menuntut di Victoria Institution tidak pernah jemu berlatih sehingga namanya sudah sebati dengan di skuad kebangsaan pun dia masih sama apabila terus mengawal bola sambil menggelecek tiang-tiang kecil sebelum melepaskan tendangan kencang ke gawang yang kosong untuk menajamkan kuasa pemusnah yang ada pada dirinya.
Malah dia tidak suka diganggu ketika latihan apatah lagi mengaitkan kemasyhuran dirinya di padang dengan kehidupan peribadi hingga menjadikan dia idola paling diminati.
Apapun kehilangan permata paling berharga bola sepak negara itu tidak seharusnya ditangisi sampai bila-bila dan generasi sekarang sepatutnya cuba menjadikannya sebagai motivasi meningkatkan diri supaya bola sepak negara kembali segar seperti sebelumnya.
bulan ini,
baru saja dinobatkan antara 30 pemain terbaik asia sepanjang zaman menurut senarai yang dikeluarkan oleh International Federation of Football History & Statistic (IFFHS), sebuah badan penilaian di bawah kelolaan FIFA.
nama bolasepak malaysia masih wujud dalam senarai dan maknanya bolasepak kita sangat dipandang tinggi suatu ketika dulu dan ketinggian darjat itu masih lagi ada pada hari ini namun ia hanyalah kenangan.
dikala bangga mendatang, timbul juga rasa sedih,
kenapa bolasepak kita hari ini tidak secerah dulu.
mendung mendatang seolah-olah tiada ruang untuk awan gelap itu berarak pergi.
apa pun, buruk mana, teruk mana, setinggi mana pun kritikan aku hamburkan,,,
Bolasepak Malaysia masih tebal bersarang dihatiku.
HIDUP ULTRAS MALAYA !
2 comments:
HiDuP ULTraS MaLaYA!HiDuP mSiaN FootBaLL!
hiduuuuuuuup!
Post a Comment