Tuesday, 21 October 2008

Langkahan Bergaya Menuju Jaya

Oleh : Sapix SangKunang,
21 Oktober 08


Persaingan peringkat kumpulan untuk Pestabola Merdeka 08 sudahpun tamat. Malaysia melangkah ke separuh akhir dengan langkahan yang amat bergaya. Tundukkan Nepal 4-0, membelasah Awang Hitam Sierra Leone 4-0, dan mengajar Afganistan 'how to play football' 6-0.
dengan 3 kemenangan besar ini, Malaysia menerajui kumpulan A dengan 9 mata, 14 jaringan dan masih mengekalkan rekod bersih gawang tidak dibocori.

Namun, kemenangan bergaya ini masih belum mampu menutup mulut pengkritik-pengkritik setia pasukan negara yang tidak putus-putus mengeluarkan kata-kata 'bernas' mereka tidak kira apa jua keadaan, menang atau kalah, masih setia bersama skuad kebangsaan untuk mengkritik!

jika Malaysia kalah, semua sudah sedia maklum, yg kritikan diterima setinggi gunung kinabalu, melepasi sempadan keamanan, menjangkaui garisan cakerawala. ingatkan sudah menang pujian yg mendatang dan mengganti tempat. rupa-rupanya tidak sesekali. kritikan masih datang.
jika kalah dikatakan kita pasukan lemah, bodoh, macam budak sekolah dan bermacam gelaran. sudah menang dikatakan pula menang nasib, menang atas padang hodoh, menang dengan pasukan bawah umur, lawan tidak hantar pasukan utama, dan lawan dari pasukan yang bertaraf rendah.

abang oi! kita ingat kita ni pasukan bertaraf tinggi ke? nak tunggu kita tumpaskan Brazil dulu baru nak puji ke? tp jangan risau laa peminat setia. kita menang lawan pasukan bertaraf tinggi pun masih ada yg mengkritik. imbas kembali perlawanan malaysia menentang chelsea beberapa bulan lepas. kita kalah 2-0. ramai yang kata chelsea tidak main bersungguh2. apa yg x bersungguh??? kalo x bersungguh xdenye si Deco tu shoot kat keeper kita macam torpedo, xdenye si scholari tu marah2 kat player die. xdenye dia blame mcm2 lepas abis game.kenapa x sengih je??

berbalik pada soal taraf. kita ingat kita punye ranking sangat hebat ke berbanding pasukan yang datang? ukur baju di badan sendiri laa. meh nak tunjuk, kalo saudara saudari pengkritik rajin2kan diri tgk web FIFA ranking, tgk dimana malaysia.
dalam sistem ranking tu dia buat 4 page. page 1 memang otai bolasepak dunia, 2 pun diisi negara2 yg kerap keluar masuk piala dunia dan kejohanan2 utama benua masing2. page 3 bertaraf sederhana dan pasukan kita berada di page 4 dan terakhir. untuk pengetahuan semua, pasukan2 yg dijemput menyertai pestabola kali ni, kebanyaakkannya diisi oleh team di page 4. kecuali Sierra Leone di page 3 berkedudukan 133 dunia.
sampai x apa yg dimaksudkan?

x? ok, tidakkah anda berbangga selapas malaysia berjaya mengatasi negara2 yg setaraf ni? lihat dalam2 brader.lihat dalam-dalam. ini membuktikan yg kita sudahpun improve berbanding mereka dan kita dalam proses mencari lorong melepaskan diri dari kelompok page 4. berdasarkan perlawanan kumpulan pestabola kali ni. kita sudah berjaya. jika 2 3 tahun lepas, menentang negara2 setaraf pun, kita semput, kali ni kita x semput lagi.

jika brader-brader pengkritik ke stadium menyaksikan sendiri corak permainan malaysia sepanjang pestabola, nyata sudah nampak perbezaannya. pemain kini sudah memiliki apa yg dikatakan 'football sense'.. jika anda peka dan perhatikan, 2 3 tahun sebelom ni, corak permainan malaysia amat membosankan dengan larian2 perlahan dan taktik mengebom sering digunakan. mengebom merujuk kepada pemain yg suka sepak x tentu hala tanpa target yg khusus. jika diperhatikan juga, pemain posisi defender pada masa dulu hanya berpegang pada nama posisinya iaitu defend. defend je, bola datang sepak, bola masuk buang, bola mari lagi tummm, sepak je keatas nuu.. pandai-pandai laa stirker cari bola sendirik.keje aku dah setel...
tp sekarang tidak. defender malaysia pada hari ini bukan saja bertindak sebagai defend their area, tp defender sebagai feeder. maknanya, tugas mereka sebenarnya memudahkan tugas pemain tengah untuk menyediakan umpan berguna untuk dimanafaatkan oleh striker. itu yg aku nampak hari ini. kemunculan pemain pertahanan seperti aidil zafuan, asrarudin putra yang memiliki kepantasan larian kebijaksanaan kawalan serta ketenangan membuatkan barisan hadapan kita lebih senang mencetak gol.
malaysia menuju bolasepak moden.
InsyaAllah.....

moga2 malaysia mampu bergelar juara sekali lagi tahun ni.
zzzzzzzzzzzz, lain kali cerita lagi.

7 comments:

Suhaimi Abd Wahid said...

~huh smgt2 wargh bley ganti Hasbullah Awang bg jd host sukan huhu penkritik sukan pon bole huhu

Anonymous said...

belum boleh bangga baru nak jadi the best of the worst, kita lihat thailand dan waima singapure pun dah tinggi rangking dari kita.

padahal kita lebih dahulu maju dalam bolasepak ini khasnya 60an-80an tp itu semua sejarah yang nampaknya sukar untuk diulangi

Anonymous said...

belom boleh berbangga.
tp at least among the worst ni malaysia kene buktikan we r the best.
jangan jadik cam dulu..

worst among the worst.
tu yg kita xnak dengar.
moga malaysia berjaya

SangKunang said...

memang diakui, thailand, singapura rankingnye lagi tinggi dari kita.

sebab itulah perlunya perlawanan mcm ni. kita dalam proses mendaki tangga ranking agar keluar dari kedudukan kelompok sangat lemah.
jika dilihat dalam ranking fifa, ia dibahagikan kepada 4 bhg.
kuat (1-50), sederhana(51-100), biasa(101-150), sangat lemah(151-200).
dengan kemenangan ini sedikit2 ia menyumbang mata untuk kita keluar dari kelompok tu

Freddie said...

disamping menumpukan pada tahap bolasepak negara,satu benda yang harus diberi perhatian adalah sikap penonton.pada aku kita amatlah jauh berbeza berbanding dengan negara lain..waima indonesia sekalipun.pada pendapat aku,mereka ni datang stadium untuk menonton perlawanan bolasepak,bukan memberi sokongan kepada pasukan negara.kenapa mesti sokong dan puji melambung bila pasukan tunjukkan prestasi baik tapi bila prestasi menurun berbakul2 maki hamun diberi pada mereka?fikir2kanlah..our country,just like our mother.good or bad..its our mother.our country,right or wrong.when right,to be kept right.when wrong to be set right.

sebab tu tertubuhnya Ultras Malaya.agi mendidik dan memberi kesedaran apa tugas kita sebagai rakyat Malaysia.jadi marilah beramai2 sertai pertubuhan pengganas bolasepak negara,Ultras Malaya.

Sang Ceritera said...

wei sapik. aku nak letak komen kat kau kat mana?

dzulhakim baharom said...

bagus pert, bagus..
pedulik ape org nak ckp,

kalulah ramai rakyat malaysia yg patriotik dan smangat waja mcm ko, alangkah bagusnya..