Saturday, 13 December 2008

Epilog Kegagalan Yang Gagal

Oleh: Sapix Sangkunang
13 disember 08

Semalam kita dirundung kegagalan, hari ini kita masih berada dalam lingkungan kegagalan, harap-harap esok yang menjelma bukan lagi mengundang kegagalan. Namun, itulah hakikat yang pahit untuk ditelan. Sistem bolasepak kita sudah gagal !
Mengapa? Siapa? Bagaimana?
Persoalan biasa yang sering ditimbulkan baik oleh pengkritik, media mahupun cerdik pandai sukan Malaysia.
Jawapan yang kononnya bernas yang sering diberikan oleh para cerdik pandai ini adalah “dahulu kita pasukan yang kuat”, “dahulu korea dan jepun gerun dengan kita”, “dahulu kita dipandang tinggi”....asyik-asyik jawapannya sama, dahulu, dahulu dan dahulu...mana penyelesaian? Setakat membandingkan dulu dan sekarang tu, para pengkritik kelas bawahan a.k.a pakcik makcik warung kopi secawan bertemankan karipap sejuk yang tak study sukan pun boleh jawab. Persoalan ini memerlukan jawapan berupa penyelesaian konkrit demi menyelamatkan sukan nombor satu ini.
Kerapkali juga liga bolasepak eropah dijadikan jawapan kepada kemerosotan bolasepak kita. Kerancakan bolasepak mat saleh penyebab kita merosot. iye ke? Mat saleh kat england tu ambik skill orang melayu ke? Oooo, masa british jajah tanah melayu, mereka ambik kemahiran kita bawak balik ke negeri oram putis?
Lagi?
Bolasepak kita gagal kerana fizikal kita tak setanding dengan orang negara lain. Ini jawapan yang saya dengar dari seorang tetamu rancangan Arena di TV1, 13 Disember. Tetamu yang dihormati itu memberi alasan kita kalah fizikal dengan thailand, they are more tougher than us.. ye ke? Tak boleh diterima jugak rasanya. Skuad malaysia yang ada pada hari ini tidak lagi patut menyalahkan saiz badan jika kalah. Dalam negara asia tenggara hari ini, pasukan malaysia adalah antara pasukan yang memiliki pemain bersaiz eropah selain singapoora yang mengimpot pemain oram putis. Fizikal bukan lagi persoalan untuk malaysia. Kita memiliki pemain badan besar seperti, shukor adan, asrarudin putra, indra putra, amirul hadi, syed adney, dan kembar zaquan-zafuan yang bukannya kerdil. Kecuali beberapa pemain sahaja seperti hardi dan daudsu yang lain bukannya layak dipanggil kecik. Tengok sajalah masa perlawanan malaysia-thailand. Pemain-pemain thailand ada rata-ratanya tidak boleh menandingi fizikal shukor, indra, asrarudin. Namun kita masih tewas.
Respon kepada kekalahan, ramai yang menuding jari kepada jurulatih, kepada penjaga gol, kepada ketumpulan penyerang, dan yang pasti kepada pengurusan bolasepak Malaysia. Ya, kegagalan sebenarnya adalah sistem bolasepak kita. Sistem dari akar umbi, pentadbir, dan juga perjalanan keseluruhan bolasepak di Malaysia adalah GAGAL.
Kerja mengurus sesebuah organisasi bolasepak sebenarnya bukan semudah walaupun punya harta berjuta. Harta, kedudukan dan kekayaan tidak menjamin seseorang itu mampu memimpin organisasi bolasepak dengan berkesan. Semua itu tidak berguna jika pemimpin dan pekerja organisasi itu tidak punya minat mendalam dalam bolasepak.
Tak payah bagi contoh panjang-panjang. Kita ambik contoh pengurusan laman web Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang ibarat hidup segan mati tak mau. Teruknya yang amat bagi laman web organisasi bolasepak negara yang tak up to date, x de bahan pastu masa pestabola tempoh hari boleh pulak under mentenen. ??!!?
Kenapa jadi macam ni? Jawapannya adalah kerana faktor minat.
Mereka yang bekerja menguruskan laman web FAM adalah orang yang dibayar gaji, punya kepakaran dalam iT. Tapi sayangnya, mereka mungkin kurang minat mendalam dalam mengambil tahu selok belok perjalanan bolasepak malaysia.
Kita tengok situasi seterusnya; pengendali laman web kelab penyokong bolasepak negeri/kelab seperti kelate.net, yob4ever.com, hijaukuning.com, dan juga harimaumalaya.com yang jauh lebih hebat webnya berbanding apa yang ada dalam laman web FAM... siapa mereka? Orang-orang yang mengendalikan laman-laman web penyokong ini adalah orang yang tidak dibayar gaji oleh sesiapa malah sanggup menggunakan dana sendiri semata-mata kerana MINAT !
Bila kita punya minat yang tinggi, apa yang dilaksanakan pun InsyaAllah akan menjadi. Pengurusan laman web itu adalah contoh yang kecil. Tapi sekecil-kecil contoh itu boleh kita zoomkan untuk pengurusan yang lebih besar. Sudah tentulah pengurusan organisasi itu sendiri. Biar orang yang berkeupayaan + punya minat/pengetahuan mendalam dalam bolasepak malaysia yang menguasai barisan tadbir urus badan bolasepak malaysia. Cukuplah badan bolasepak kita dicorakkan oleh orang-orang politik yang sekadar mahu mencari kepentingan peribadi didalam organisasi. Biar semua individu yang bekerja dengan badan bolasepak itu orang yang cintakan bolasepak. Biar tak pandai main bola, asal tahu pasal bola. Tahu sejarah, dan pengetahuan yang luas dalam hal ehwal bolasepak malaysia khasnya dan dunia amnya.
Ayuh FAM.. kami menuntut perubahan. Kami bukan mengritik semata-mata. Kami bersuara kerana kami sayangkan bolasepak malaysia.

“HIDUP MATIKU SEORANG MALAYSIA”

1 comment:

Anonymous said...

alop pix...
pedas komen mu...
aku sokong 110%..
(aku_we)