Monday, 13 October 2008

PESTABOLA MERDEKA 2008

oleh : Sapixx
13, Oktober 08..

Piala keagungan negara, Pestabola Merdeka kembali. Piala yang diilhamkan oleh Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman pada tahun 1957 ini merupakan piala bolasepak tertua di Asia malah lebih lama dari Piala Kofederasi Bolasepak Asia (AFC Nation Cup) sendiri.

Pelbagai kenangan, suka duka, pahit manis, serta memori indah menyusuri zaman bersama-sama kemegahan piala ini.

Hasrat utama Tunku melancarkan kejohanan ini adalah untuk hadiah kemerdekaan Malaya dan memberitahu dunia bahawa Malaya sudah merdeka dan berdaulat disamping merancakkan lagi bolasepak di Asia yang pada masa itu tidaklah semegah hari ini. Pada masa itu Malaya merupakan antara kuasa bolasepak utama Asia kerana Malaya adalah antara negara yang diperkenalkan permainan bolasepak oleh penjajah British.

Pestabola Merdeka suatu ketika dahulu pernah menghimpunkan pasukan-pasukan ternama seperti Korea dan Jepun yang mana pada masa itu juga mereka seringkali 'kecut perut' bila berhadapan dengan Malaya/Malaysia.

Bukan mahu mengungkit, tapi sekadar terkenang cerita2 lama betapa prestijnya Kejohanan Pestabola Merdeka pada masa lampau.

Memasuki era 90-an, Pestabola melalui pasang surutnya. kejohanan ini pernah beberapa tahun, ditiadakan mungkin kerana alasan, kewangan dan prestasi semasa skuad Malaysia. Tahun 1989 merupakan tahun pertama Pestabola ditiadakan diikuti dengan tahun 1990. Tahun 1991, Pestabola kembali ke padang tetapi tahun berikutnya ditiadakan kembali. Malaysia menjulang kejuaraan apabila Pestabola Merdeka diadakan semula pada tahun 1993 dengan menewaskan Korea. Seperti yo-yo, Pestabola menyepi pada tahun 1994 dan diadakan semula pada tahun 1995. Bermula 1996, Pestabola ibarat dikuburkan apabila 4 tahun berturut-turut menutup gelanggang. Sudah lama berehat, Pestabola Merdeka sudah semakin dilupakan dalam kalendar kejohanan jemputan antarabangsa.


Memasuki era millenium, Pestabola kembali menemui peminat setia bolasepak negara. Tahun 2000 dan 2001 membuka padang, tetapi kembali sunyi untuk 4 tahun berikutnya..

Sehinggalah pada tahun 2006, Pestabola Merdeka kembali dengan azam untuk mengkonsistenkan penganjuran dan mengembalikan kembali keagungan kejohanan tertua ini. Tahun 2007 menyaksikan kejohanan ini hampir2 dibatalkan atas alasan kewangan dan penajaan. Mujurlah, FAM diselamatkan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) untuk menjadi penganjur sekaligus menyaksika Malaysia menjulang kejuaraan sesudah 14 tahun Piala Pestabola tidak berada bersama pasukan kebangsaan Malaysia.

Tahun ini, Pestabola kembali. menjanjikan cabaran yang lebih getir buat pasukan Malaysia. Kejuaraan mesti dipertahankan. Tutup mulut2 yang mengatakan kemenangan tahun lepas adalah nasib semata2. Biarlah nasib, biarlah kebetulan, MENANG tetap MENANG !

buktikan bahawa Malaysia sentiasa boleh !!!

Senarai Pemain untuk Pestabola Merdeka 2008

Goalkeepers: Mohd Helmi Eliza, Badrulzaman Abdul Halim, Syed Adney Syed Hussein

Defenders: S. Subramaniam, Mohd Asraruddin Putra, Norhafiz Zamani Misbah, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, Mohd Daudsu Jamaluddin, Irwan Fadzli Idrus

Midfielders: Mohd Ashaari Shamsuddin, Muhammad Shukor Adan, Mohd Khyril Muhymeen Zambri, Mohammad Hardi Jaafar, Azi Shahril Azmi, Mohd Amirul Hadi Zainal, Faderin Kadir

Strikers: Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, Mohd Safee Mohd Sali, Mohd Nizaruddin Yusof, Indra Putra Mahayuddin, Hairuddin Omar


Pasukan...


KUMPULAN A (Stadium MBPJ Kelana Jaya )

MALAYSIA
SIERRA LEONE
NEPAL
AFGHANISTAN


KUMPULAN B ( Stadium Shah Alam )

MYANMAR
MOZAMBIGUE
BANGLADESH
VIETNAM

2 comments:

Hilmi Zulfadli Shahrom said...

GO GO MALAYSIA..

MALAYSIA MEMANG BOLEH !

SangKunang said...

InsyaAllah,
dengan sokongan padu peminat,
Malaysia berupaya mempertahankan kejuaraan...

jangan lalai wira2 ku!