Thursday, 9 December 2010

Formula Satu | Kemelut Lotus-Lotus



cerita formula satu.....

Tahun pertama penampilan di litar F1, pasukan Tony Fernandes muncul sebagai pasukan baru terbaik. Musim kedua, 2011 Tony turut mengumumkan Lotus Racing akan bertukar nama kepada Team Lotus.

Hari ini, laporan akhbar menyiarkan berita Proton, salah satu penaja Lotus Racing 2010 mengumumkan Proton Holding melalui Group Lotus sudahpun menguasai Gennie Capital untuk memegang teraju utama pasukan Renault F1 untuk musim 2011 membawa nama Lotus Renault GP.

Tindakan terbaru Proton ini bakal menyaksikan 2 Lotus bakal berentap di litar luma F1. Lotus original milik Proton melalui Group Lotus. Dan Lotus milik Tony Fernandes adalah nama Lotus yang diperoleh melalui penguasaan saham Team Lotus oleh Konsortium milik Tony bersama rakan-rakan.

Pertikaian pemilik sebenar Lotus bermula sejak pertengahan musim 2010. Nak cerita pun tak paham jugak sebab kemelut Proton-Tony ni melibatkan perundangan yang menyaksikan konsortium Tony sudahpun memenangi hak menggunakan nama TeamLotus.

Apa-apalah, perundangan, ke mahkamah ke, tunggu musim 2011 bermula. Biar litar yang tentukan sape lagi hebat.

*Kalo Team Lotus dapat naik podium, NEGARAKU akan berkumandang.....

Monday, 6 December 2010

BON VOYAGE DEKMAN

foto:sukanmania

Tubuhnya sudah dibaluti warna kuning hitam, bukan lagi merah putih...
BON VOYAGE Akmal. Semoga hajatmu tercapai. Terima kasih kerana menjulang TRW ke tahap ini...

Kembalinya Hero Lama

Lupakan seketika saingan Piala Suzuki yang menyaksikan kesemputan Malaysia menguasai saingan dan kesemputan peminat menyaksikan siaran langsung..

Kembali ke Kota Bharu.
Peminat TRW sudah pun menerima perkhabaran bahawa Kelantan kini mendapat sentuhan orang lama setelah bintang-bintang sepakat meninggalkan pasukan. Untuk musim 2011, skuad bimbingan Satianathan bakal mendapat sentuhan kembali Hero lama iaitu Khalid Jamlus, Wan Rohaimi dan Danial Fadly selain nama-nama yang sudah diumumkan sebelum ini iaitu Azwan Roya, Aziz Ismail dan Solihin Kanasian (K Soley).

Berbicara tentang pengambilan Khalid Jamlus yang disifatkan peminat sebagai langkah kebelakang yang diambil KAFA. Kembalinya Khalid juga dilihat sebagai langkah terdesak KAFA yang kehilangan beberapa nama besar yang mengambil keputusan berhijrah ke pasukan lain.

Walaupun ramai yang meragui keupayaan Khalid yang sudah semusim berehat panjang dari saingan kompetitif, saya berpendapat langkah Khalid kembali ke Kota Bharu waja DIPUJI !

Disaat segelintir pemain kesayangan KAFA yg dahulunya 'nobody', tapi menempa nama bersama The Red Warriors, kini mengangkat kaki melupakan budi, Khalid mungkin jadi penyelamat. Khalid Jamlus melupakan ego diri untuk kembali menyahut cabaran walaupun suatu ketika dahulu dia pernah dibuang walaupun KHALID JAMLUS pernah menyuarakan hasrat untuk menjadikan Kota Bharu sebagai destinasi terakhir sebelum menggantung but.
Pernah disingkirkan suatu ketika, sesetengah pemain bergelar bintang mungkin akan buat2 merajuk atau jual mahal jika pasukan lama mencarinya untuk rujuk kembali, tapi tidak bagi Khalid.

Sehingga kini, sentuhan Khalid Jamlus mungkin diragui, tetapi keikhlasan dan ketulusan hatinya usah diragui...

VIVA KHALID JAMLUS !!!

Wednesday, 1 December 2010

Misi Bermula..


Malam ini, bermula satu cabaran baru, cabaran sebenar untuk anak-anak buah K Rajagobal membuktikan kejaguhan di rantau ini sesudah membuktikannya pada peringkat bawah 23 tahun di Sukan Sea yang lalu.

Skuad kita bertandang ke Jakarta dalam keadaan tempang, dan terpaksa pula mengharungi gelora Bung Karno yang memang terkenal dengan 'gelora'nya.

Ayuh Amri Yahyah...
Sepertimana pernah kamu perbudakkan Edwin Van De Sar satu ketika dulu, Markus Horisson mungkin mangsa seterusnya malam ini. Ulangi kegemilangan, pimpinlah adik2 harimau itu sebaik mungkin.
InsyaAllah kemenangan di pihak kita.

Apapun yang terjadi,
MALAYSIA TETAP DI HATI !

Monday, 29 November 2010

Brendan Gan | Masa Depan Malaysia?

Brendan Gan, pemain Liga Australia berusia 22 tahun ketika ini sedang beraksi bersama kelab professional negara itu, Sydney FC. Dilahirkan di Australia tetapi bapanya, adalah rakyat Malaysia dilahirkan di Negeri Sembilan.

Khabar dari laman sosial, Facebook menyatakan yang beliau berminat untuk mewakili pasukan kebangsaan Malaysia seandainya mendapat tawaran. Kata sumber utusan;

Selain itu, Azzuddin berkata FAM mempunyai perancangan untuk berjumpa wakil Brendan Gan, 24, yang difahamkan berminat mewakili Malaysia di pentas antarabangsa sekiranya diberikan peluang.

''FAM akan usahakan dalam masa terdekat menemui Brendan, namun ia perlu mendapat makluman Jawatankuasa Teknikal terlebih dahulu dan mendapat perkenan Presiden, Sultan Ahmad Shah.

''Banyak perkara perlu kami teliti terlebih dahulu seperti profil dan laporan prestasi Brendan sebelum kami mengemukakan tawaran bermain bersama skuad kebangsaan, '' katanya.

Profil, laporan, prestasi????
Sudah sah la dia ni bagus, kalo dia tidak bagus mestilah dia ada kat Malaysia sekarang ni. Main dengan Felda United atau Sinar Dimanja Maisarah FC.

PERATURAN

Mengikut undang-undang FIFA, seseorang pemain bolasepak profesional layak bermain untuk negaranya, negara kelahirannya, atau negara kelahiran ibu atau bapanya.

Seseorang pemain profesional juga layak bermain di sebuah negara lain melalui proses naturalisasi atau proses pengurniaan kerakyatan oleh kerajaan kepada pemain tersebut.

Pemain layak mewaliki negara baru dengan syarat, pemain tersebut masih belum mewakili sesebuah negara dalam mana-mana perlawanan antarabangsa kelas A. Sekiranya pemain tersebut mewakili negara untuk perlawanan peringkat umur (contohnya bawah 19 tahun), pemain tersebut masih layak mewakili negara baru.

Dalam kes Brendan Gan, beliau layak terus untuk beraksi dengan Malaysia selagi beliau masih belum mendapat Cap bersama skuad kebangsaan Australia.

NATURALISASI SINGAPURA
Di rantau Asia Tenggara, Singapura merupakan negara yang aktif mengimport pemain dari luar negara untuk dinaturalisasikan kedalam skuad kebangsaan mereka. Pemain-pemain yang dinaturalisasikan Persatuan Bolasepak Singapura ini sebenarnya tiada kaitan langsung dengan Singapura, sama ada ayah, ibu, atuk atau nenek. Mereka sebenarnya diberi kerakyatan oleh kerajaan Singapura untuk membolehkan mereka bermain dengan Singapura. Contohnya, Daniel Bennet dari England, Shi Jiayi dari China dan Aleksander Duric dari Yugoslavia.

YOUNGHUSBAND DI FILIPINA
Jika Malaysia berjaya mendapatkan khidmat Brendan Gan, proses kemasukan Brendan ke dalam pasukan kebangsaan Malaysia SAMA SEKALI tidak menyerupai tindakan Singapura. yang nyata menggunakan jalan pintas. Kaedah yang bakal digunapakai oleh kita mungkin akan menyamai proses yang dilakukan oleh Filipina ketika membawa masuk pemain muda Liga Inggeris ke dalam skuad kebangsaan mereka.

Philip Younghusband dan James Younghusband mulanya adalah pemain skuad Akedemi Chelsea. Kedua-dua beradik ini adalah rakyat kelahiran United Kingdom tetapi ibu mereka adalah rakyat kelahiran Filipina. Kewujudan mereka berdua dikesan oleh penggemar 'game Football Manager', lantas menghubungi Persatuan Bolesepak Filipina. Pihak Persatuan tidak menuggu lama, dan kini Younghusband bersaudara adalah pemain skuad kebangsaan Filipina.

PEMAIN ASING DALAM SKUAD GARUDA
Persatuan SepakBola Indonesia khabarnya kini sedang mengesan 46 orang pemain berdarah Indonesia yang kini sedang beraksi di Liga Belanda. Hasil pencarian, 3 orang pemain kini sudah sah menjadi milik Indonesia, Sergio van Dijk, John van Breukeling dan Irfan Bachdim.
2 daripadanya dikhabarkan bakal memperkuatkan cabaran Indonesia untuk Piala AFF /Suzuki Diember nanti.

MASA DEPAN MALAYSIA
Andai benar kesudian Brendan pulang ke Malaysia, FAM seharusnya bertindak cepat. Jangan berulang kembali kes Shaun Maloney, pemain kelahiran Sarawak yang layak bermain untuk Malaysia. Tapi kini sudah menjadi milik Scotland sesudah pemain itu mendapat aksi kelas A bersama skuad kebangsaan Scotland.

Kepada FAM, bawa pulang Brendan secepat mungkin dan teruskan berusaha menghubungi darah-darah Malaysia yang lain yang khabarnya kini 2 orang berada di Liga Jepun, dan beberapa nama lagi di Liga Championship Inggeris...