Ehem,....Ramadhan tahun ini bakal menutup tirai bersama-sama bulan Ogos. BULAN LAPAN, tiada yang dapat diingati oleh seluruh warganegara Malaysia ini selain bulan bersejarah dimana pintu kebebasan dari belenggu penjajahan telah ditamatkan. Cengkaman dihapus sudah, jeritan keramat diteriakkan bersaksi mata telinga menangisi anugerah tidak ternilai harga bagi sebuah tamadun berdaulat.
Merdeka !!!!!!! Laungan keramat bertempik kegembiraan juga di tempat keramat. PADANG BOLA !

"THE INDEPENDENCE OF MALAYA HAS BEEN WON ON THE FOOTBALL PITCH OF THIS COUNTRY" -Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj 1957.
Berbekal semangat padang bola, Tunku menganjurkan satu kejohanan yang diberi nama PESTABOLA MERDEKA sempena mengingati kemerdekaan negara, disamping merapatkan tali silaturrahim negara baru ini dengan negara-negara serantau. Memegang rekod sebagai kejohanan antarabangsa tertua Asia, Pestabola terus gah membina nama sehingga menjadi medan saingan antara negara-negara kuasa besar bolasepak Asia dan sesekali disertai pasukan Eropah.
54 tahun berlalu, angka kemerdekaan sudah meningkat.Meningkat bersama kematangan rakyatnya merencana masa hadapan yang lebih gemilang. 54 usia Piala Pestabola Merdeka, tapi tidaklah bermaksud edisi kejohanannya juga sudah menjangkau angka 54 ! Kali terakhir tahun 2008, bermakna sudah 3 tahun ia hilang.
Dimana silapnya, tidak ada langsung keseriusan pihak pemerintah bola untuk memartabatkan kejohanan ini. Terlalu berkiblatkan perlawanan pertunjukan mungkin. Pestabola Merdeka semakin hari sudah semakin dilupakan kewujudannya. Seolah-olah menunggu masa dihantar ke Arkib Negara sebagai satu bahan bersejarah masa kuno.
~MERINDUI PESTABOLA MERDEKA~