Showing posts with label bilalah pengurusan bola malaya nak bangun tido. Show all posts
Showing posts with label bilalah pengurusan bola malaya nak bangun tido. Show all posts

Friday 3 August 2012

BEC TERO Pancing Rozaimi - [DITOLAK]




Kelab Thailand yang juga bekas Naib Juara Liga Juara-Juara Asia, BEC TERO Sasana FC menawarkan kontrak 2 Tahun kepada 'Neymar Malaysia', Rozaimi Abdul Rahman.

Penawaran kontrak terus tanpa ujian pemilihan keatas pemain berusia 19 tahun tahun Sabah ini disertai dengan gaji lumayan berserta bayaran yuran perpindahan kepada majikan iaitu Sabah FA (SAFA).

Difahamkan, Rozaimi sememangnya berminat untuk menerima tawaran tersebut sekaligus mengembangkan karier bolasepak profesional ke luar negara. Namun, hasrat dan impian Rozaimi mungkin terkubur selepas pihak SAFA diberitaka
n menolak tawaran tersebut kerana mereka telah menandatangani perjanjian dengan Selangor, -melepaskan Rozaimi secara pinjaman untuk kempen Piala Malaysia.

offfffff****************

SAFA pentingkan diri.
SAFA takut.
SAFA sekat masa depan Rozaimi.
SAFA takut FAS....

Info.

Selepas berakhirnya kempen Kelayakan Piala Asia bawah 22 tahun bulan lepas, BEC Tero Sasana menghantar surat tawaran kepada SAFA untuk membawa Rozaimi menjalani ujian bersama kelab tersebut.
Pada masa yang sama, Sabah baru sahaja menamatkan aksi LIga Super 2012 dan gagal melayakkan diri bermain dalam Piala Malaysia 2012.
Pada masa yang sama juga, Selangor menawarkan tempat untuk Rozaimi beraksi bersama Red Giant dalam Piala Malaysia 2012.

Hati Rozaimi berada di Bangkok, sedangkan dirinya dipegang oleh SAFA selaku majikan. Pihak SAFA enggan melepaskan Rozaimi kepada BEC Tero sebaliknya SAFA bersetuju membenarkan ROzaimi menyertai Selangor. Lantas memaksa tangan Rozaimi menurunkan tandatangan bernilai beliau kepada Selangor. Berapa sen sangatlah jika nak dibandingkan dengan tawaran lumayan BEC Tero..Alangkah rugi dan kesiannya Rozaimi Abdul Rahman.

Mungkin Sabah FA terlalu takutkan dia nih


*PRESIDEN FAM SILA LETAK JAWATAN