Showing posts with label Piala AFF. Show all posts
Showing posts with label Piala AFF. Show all posts

Monday 3 January 2011

2010 Yang Gemilang

Rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan salam tahun baru 2011. Seperti yang semua pihak sedia maklum, 2010 sudah kita tinggalkan, tinggalkan bersama banyak kenangan manis. Pastinya kejayaan pasukan bolasepak Malaysia menguasai pentas bolasepak Asia Tenggara akan terus dikenang sebagai pencapaian terbaik Bolasepak Malaysia di zaman moden ini.
Dan...
Pemimpin sukan yang paling berjaya 2010 ialah TAN SRI ANNUAR MUSA.

sebabnya, kerana beliau naik ke podium KEJUARAAN sebanyak 2 kali..
Di pentas kejuaraan, menjulang Piala Malaysia bersama The Red Warriors buat kali pertama dalam sejarah.
Di pentas kejuaraan, menjulang Piala AFF bersama Malaysia buat kali pertama dalam sejarah.



Tuesday 28 December 2010

CERITA DARI SEBERANG | Sudahlah

Menjelang Final kedua Piala Suzuki, bahang pertembungan makin terasa. Kedatangan pasukan kebangsaan Malaysia mendatangkan gelisah seluruh rakyat Indonesia. Sesi latihan pasukan Harimau Malaya terpaksa dilencongkan ke tempat lain gara-gara 40 ribu rakyat Jakarta berhimpun di tempat latihan Malaysia. Femes juga Malaysia ni ye. Pasukan Garuda datang sini takde pun orang nak kisah.

Sementara itu media-media picisan, nyamuk dan juga arus perdana Indonesia semakin galak mengapi-apikan amarah rakyat Indon kepada Malaysia. Antara cerita pelik yang didengar ialah kononnya Malaysia menggunakan bomoh!. Malaysia juga didakwa bermain kotor dengan menabur serbuk gatal di tempat latihan pasukan Indonesia. Dan cerita laser-melezer juga semakin hangat dengan pelbagai foto superimpose yg tak masuk akal disiarkan demi menunjukkan kejahatan Malaysia.

Lebih memburukkan keadaan apabila Presiden Persatuan Sepakbola Indonesia, encik Nurdin ape tah, mengeluarkan kenyataan bahawa layanan buruk dari penyokong Malaysia diterima oleh barisan Indonesia sejak di penginapan, jalanan hingga ke lapangan.. bodo betul kenyataan macam tu dikeluarkan oleh pemimpin bola diorang semata-mata nak tutup kelemahan sendiri.

Blogger-blogger gampang yg tak sekolah kat sana pun sibuk jugak nak memanaskan lagi suhu pertembungan, dengan mengajak rakyat Indonesia beramai-ramai 'menyiksa' penyokong Malaysia, atas balasan jahat yang dilakukan penyokong Malaysia terhadap penyokong mereka di Kuala Lumpur.. Jahatkah penyokong Malaysia???


Kalian sebenarnya bertuah. Di Kuala Lumpur, penyokong kalian boleh bebas bergerak, bebas berkongsi kenderaan awam, boleh makan kat kafe yang sama, dan dengan aman juga supporter kalian dibenarkan menyanyi dan bersorak menguasai tangga stadium bukit jalil. Tiada pun penyokong Malaysia yang mengganggu laluan kalian. Malah kami di Malaysia lebih memilih untuk memberikan senyuman berbanding cercaan sebab kami tau kita saudara dan tidak ada gunanya bermusuhan hanya kerana sebijik bola. Malah, lebih dari itu, kalian penyokong Indonesia diberi layanan karpet merah oleh pemimpin bola disini. Pihak FAM menyediakan sejumlah tiket yang banyak dan 40% ruang dalam stadium untuk kalian duduk dengan selesa sehinggakan rakyat kami terpaksa bersesak-sesak dan ramai yang datang ke stadium tanpa dapat menyaksikan aksi di padang gara-gara terlalu sesak.

Lain pula situasinya di Jakarta, tak mungkin rakyat Malaysia diberi layanan sebegitu rupa. Tak mungkin supporter Malaysia bebas berjalan dalam kumpulan kecil. Tak mungkin juga ada yang berani mengibar bendera di tengah jalanan kerana kami tau, aksi itu pada kaca mata kalian bersifat provokasi dan harus dihapuskan dan pandangan kalian.

Merayau-rayau di alam siber, rasa sedih melihat kata-kata orang seberang yang mati-matian mahu memusuhi Malaysia. "sediakan parang, buluh runcing untuk malingsia", antara provokasi bodoh yang tak cerdik. Di laman facebook juga, mereka tergamak meletakkan gambar orang dipenggal kepala dan 'caption'nya tertulis, "Ini menanti supporter Malaysia"..

Bermacam-macam gambar superimpose menghina Malaysia disiarkan, antaranya ini,
dan banyak lagi termasuklah penghinaan terhadap Yang Dipertuan Agong dan lambang-lambang negara yang tak sanggup disiarkan..

Belek-membelek, sehinggalah sampai ke gambar yang paling tragis-

dengan caption yang dahsyat -
"Ya Allah, kau hantarkanbencana keatas negeri Malaysia...."
"gambaran yang ditonggu-tonggu oleh seluruh rakyat asia..."...

ASTAGHFIRULLAH.......

Sebagai seorang Islam, aku mendoakan....

"YA ALLAH, KAU PELIHARAKANLAH INDONESIA DARI SEBARANG BALA BENCANA DAN TEGUHKANLAH PERPADUAN SESAMA MUSLIM DIANTARA KAMI RAKYAT MALAYSIA & INDONESIA "

...................................

Cerita Dari Seberang | Bung Karno Tak Selamat

Persekutuan Bolasepak Asia Tenggara kini sedang menimbang kemungkinan perlawanan Akhir II esok dilangsungkan di luar Jakarta berikutan insiden rusuhan penyokong di Stadium Gelora Bung Karno akibat tak berpuas hati dengan urusan penjualan tiket.

Keputusan itu dibuat memandangkan keadaan padang stadium rosak teruk akibat dipijak oleh warga mereka sendiri, selain peningkatan ancaman terhadap keselamatan pemain Malaysia. Jika pagar mereka boleh roboh kerana amuk terhadap persatuan sendiri, bayangkan apa yang akan jadi jika amuk mereka ditujukan khas kepada pemain Malaysia....

Di pihak FAM, they are ready untuk jadi host sekali lagi, tapi tak mungkin game ni kembali ke Kuala Lumpur. Alternatif lain, perlawanan diadakan di stadium palembang misalnya...

Thursday 16 December 2010

Vietnam Tersungkur di KL

gambar oleh: Azri Ahmad Jefril


Alhamdulillah...
Tahniah kepada anak buah Rajagobal kerana berjaya menundukkan Vietnam 2-0 pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF sekaligus membuktikan bahawa layak ke separuh akhir bukan sekadar nasib semata-mata.
Aksi bertenaga pemain Malaysia turut dibantu oleh pemain ke 12 kita iaitu PENYOKONG. Kehadiran luar biasa penyokong untuk perlawanan yg melibatkan Malaysia pada malam ini adalah menakjubkan. Kehadiran luar biasa, dengan sokongan terbaik yg sudah lama tidak terbit dari penyokong Malaysia...
TERIMA KASIH PENYOKONG...

Wednesday 1 December 2010

Misi Bermula..


Malam ini, bermula satu cabaran baru, cabaran sebenar untuk anak-anak buah K Rajagobal membuktikan kejaguhan di rantau ini sesudah membuktikannya pada peringkat bawah 23 tahun di Sukan Sea yang lalu.

Skuad kita bertandang ke Jakarta dalam keadaan tempang, dan terpaksa pula mengharungi gelora Bung Karno yang memang terkenal dengan 'gelora'nya.

Ayuh Amri Yahyah...
Sepertimana pernah kamu perbudakkan Edwin Van De Sar satu ketika dulu, Markus Horisson mungkin mangsa seterusnya malam ini. Ulangi kegemilangan, pimpinlah adik2 harimau itu sebaik mungkin.
InsyaAllah kemenangan di pihak kita.

Apapun yang terjadi,
MALAYSIA TETAP DI HATI !

Sunday 28 November 2010

Medan Maruah atau Pengalaman?

Beberapa hari lagi, Skuad Harimau Malaya akan memulakan misi getir untuk menjinakkan Sang Garuda di Stadium Bung Karno.

Bertandang ke bumi Indonesia, Jurulatih K. Rajagobal tika ini tentunya pening kepala berhadapan krisis kecederaan dalam kalangan pemain utama Malaysia. Hakikat ini diakui sendiri oleh beliau dalam temubual oleh Harian Metro...

“Sekarang, saya terpaksa gunakan apa saja yang ada. Ini juga peluang terbaik buat pemain Harimau Muda membuktikan kemampuan dan saya berharap pemain muda yang diturunkan nanti dapat menggunakan aksi Piala Suzuki sebagai medan untuk menimba pengalaman,” katanya. (K. RAJAGOBAL) -metro
Medan menimba pengalaman???
Sukar sebenarnya menerima kenyataan sebegini walau kita semua tahu dan sedia maklum keadaan yang melanda pasukan kebangsaan sekarang.
Sudah banyak edisi sebelum ini yang kita gunakan sebagai medan menimba pengalaman. Kali ini, bukan lagi tempatnya. Kali ini adalah medan menjulang maruah negara. Status sebagai Juara Sukan Sea merupakan satu kelebihan buat kita. Disitulah sebenarnya pengalaman kita.

Ayuh Harimau. Bangkitlah segera...
Aku yakin dan pasti, tahun ni kita mampu.
Mampu melakar sesuatu.
Mampu mengukir gemilang.
bukan sekadar pengalaman untuk pelajaran.......

Wednesday 15 September 2010

Piala AFF / Suzuki 2010 | Undian Kumpulan

Kumpulan A

1. INDONESIA
2. THAILAND
3. MALAYSIA
4. (juara kelayakan)


Kumpulan B

1. Vietnam
2. Singapura
3. Myanmar
4. (naib juara kelayakan)

*Laluan sukarrr????
kat mana2 pun sukar beb kalo kita lemah...