Showing posts with label skersa bolasepak. Show all posts
Showing posts with label skersa bolasepak. Show all posts

Friday 13 January 2012

BOLASEPAK ITU RODA


http://www.hmetro.com.my/articles/PSSImahuikutjejakFAM/Article



Diberitakan bahawa organisasi caca merba sepak bola negara

jiran mahu mengikut jejak langkah PersaTUAN Bolasepak Malaysia dalam menyediakan skuad utama dan skuad pelapis masa depan dalam konteks kejayaan Harimau Muda di peringkat Asia Tenggara.

Wahh. Glemer FAM menerima pujian sebegitu rupa. Secara jujurnya, aku tumpang gembira jika mereka gembira dengan pujian dari seberang. Dan aku sebenarnya lebih gembira jika FAM tidak terus gembira dengan pujian. Seharusnya sekarang masa
merencana idea baru, visi baru, misi baru. Bukan takat mengungguli saingan Asia Tenggara, tapi sekarang adalah masa merencana masa depan bolasepak Malaysia untuk menerobos benteng Asia yang agak sukar untuk ditembusi seterusnya muncul sebagai kuasa utama Asia untuk menapak di pentas Piala Dunia satu hari nanti.

Ok, ini cuma angan-angan dari seorang rakyat marhaen. BUkan sang kapitalis di Kelana Jaya sana.

HIDUP IBARAT RODA


Ya, hidup ini ibarat putaran roda. Sekejap di atas, sekejap dibawah. Bolasepak Asia Tenggara juga sebenarnya sama kaedahnya macam roda. HAri ini dia diatas, esok belum tentu dia masih disana. Sejarah dan rekod sudah membuktikan perihal roda dan bolasepak Asia Tenggara.
Suatu ketika dahulu, Thailand gah memegang penguasaan empayar Asia bahagian Tenggara ni. BErtahan memegang piala AFF (dahulu Tiger Cup) untuk beberapa edisi dan kalungan pingat emas Sukan Sea tak lepas dari tengkuk pahlawan Siam. Beberapa ketika penguasaan bertukar, Indonesia muncul sebagai pencabar utama untuk membuktikan Thai tidak berkeseorangan di rantau ini.

Kiatusuk Senamuang. Lagenda Gajah Putih

Disusuli pula oleh Singapura yang pernah muncul Juara AFF seiring dengan kemunculan makhluk pelik-pelik yang bermain bersama satu pasukan yang sebelumnya dilihat berkulit cerah bertubuh sederhana berpangkal nama Mohd, Noor, Shah misalnya. Umpama Barat-Afrika di rantau Asia, mereka sememangnya sukar digugat ketika itu.

Kemudian timbul pula gaya baru permainan Asia Tenggara yang dipamerkan oleh pahlawan komunis dari Vietcong. Cekal, pantas, dan ligat. Mencipta sejarah memecah penguasaan gergasi, mereka menempatkan diri mencatat nama sebagai antara pasukan yang pernah menjulang Piala AFF.

Setelah mereka mengukir sejarah, kini tiba giliran kita. Muncul gergasi baru Asia Tenggara. Sejarah tak perlu dinyatakan sebab kanak-kanak tadika di Kampung Tok Che Dol pun tahu yang Malaysia menang Piala AFF dan menang Emas Sukan Sea.

Persoalan 1: Di mana kedudukan pasukan-pasukan juara tersebut di peringkat ASIA/DUNIA.

Persoalan 2: Asia Tenggara memang roda. Thailand yang gah memimpin Asia Tenggara dahulu kala kini terjerumus ke zaman kegelapan. Tanyalah FAM, bagaimana azabnya berada dalam zaman kegelapan. Singapura juga sudah tergelincir. Awang import semakin lanjut usia. Perlukan rekrut baru.

Perihal PSSI ikut jejak langkah FAM> Selepas 3 tahun dan berjaya menang sukan sea, sila hantar Garuda Muda ke Liga Singapura. Atau main Piala Emas RAja-Raja di Malaysia.

Wednesday 23 November 2011

BOLASEPAK ITU EMOSI RAKYAT


Dalam kita meraikan kejayaan skuad Emas Ong Kim Swee, aku tetibe rasa sedih dan sebak. Bukan sedih untuk Fakri, bukan juga sebab team Rajagoba yang kalah ngan India dan dilupakan oleh rakyat jelata akibat kejayaan anak-anak rimau. Nasib baik ko bro Raja.. Kehkeh, Melayu kan mudah lupa.. mudah..

Sebenarnya kan aku tumpang bersedih untuk seluruh rakyat marhaen Indonesia dan seluruh wilayah kepulauan Papua termasuk Ambon dan juga Timor Timur. Apa agaknya emosi diorang tika ini. Mesti ketewasan agung di lapangan sendiri tempoh hari masih sukar untuk dilupakan. Menangis lah, kerna itu sememangnya harus ditangisi.


Muka kecewa "kenapa ya nenek moyang gue nggak pindah ke Malasia??"


Sesape yang masih ingat tahun 2001. 2001 bukan 2011 ok.
Tahun 2001, Malaysia merupakan tuan rumah Sukan Sea ke-21. Tahun 2001 adalah tahun fasa-fasa akhir pemerintahan Great Leader Tun Dr Mahathir Mohamad. Dibawah pemerintahan Tun M, Malaysia memang cukup gah dalam arena penganjuran sukan-sukan besar. Tun M yang membawa Sukan Komanwel ke KL. Terbinanya Stadium Gelora Bukit Jalil (salah) juga adalah inisiatif Tun yang berhasrat menjadikan KL sebagai salah satu pusat sukan Asia. Kenapa Tun berbelanja besar untuk sukan? Tanya Tun, satu je jawapannya,
SUKAN MENYATUKAN RAKYAT.

Memang terbukti. Sukan menyatukan rakyat. Tahun 2001 adalah tahun sukan negara kesinambungan daripada kejayaan pengajuran SUKOM 98 yang sehingga kini aku masih rasa kehebatannya. Mana-mana rakyat Malaysia yang sudah mencapai umur matang pada tahun tersebut sudah tentunya berasa bangga yang amat hidup
di Malaysia. Kebanggaan terhadap negara melalui sukan tidak boleh dicapai melalui bidang-bidang lain. Nyata !

Berbalik kepada cerita lampau Sukan Sea 2001.
Sepertimana tuan-tuan rumah sebelum dan selepasnya, Sukan Sea adalah medan menggungguli saingan apatah lagi dengan status tuan, segala mak nenek acara sudah semesti menjadi kelebihan kepada kita. Ya, 111 pingat emas digondol menjadikan kita juara keseluruhan Sukan Sea ke21. Tetapi, Juara keseluruhan tidak memberikan apa-apa kegembiraan kepada rakyat jelata. Yang bergembira mungkin hanya puak-puak yang dapat pingat emas dan kaum kerabat sukan mereka saja. Ini semua gara-gara BOLASEPAK !

Tahun 2001 adalah tahun dimana PersaTUAN Bolasepak Malaysia memiliki skuad yang sangat hebat. Mungkin terhebat sepanjang FAM dibawah pemerintahan sultan. Kita punya barisan serangan yang sangat berbisa. Lagi bisa dari Tamil Arasu dan rakan-rakan.

Tahun tersebut Malaysia dikurniakan bakat luar biasa dari Jitra-Kedah. Ianya tak lain dan tak bukan ialah AKMAL RIZAL AHMAD RAKHLI. Manakan tidak, sebelum Sukan Sea bermula, Akmal Rizal sudahpun dinobatkan selaku penjaring terbanyak kelab bolasepak Divisyen 2 Perancis, FC Hegganau yang merupakan kelab angkat kepada Racing Strassbourgh.

Akmal & Hai-O masih berambut

Aksi hebat Akmal di Perancis terlalu cepat menular ke bumi Malaysia dan seantero Asia Tenggara walaupun ketika itu kita masih belum memiliki jalur lebar 4G, U dan sebagainya. Lantas, kekuatan beliau ditagih dan beliau dibawa pulang untuk memastikan ibu segala pingat berada dalam dakapan tuan rumah.

Kepulangan Akmal disambut oleh jurulatih negara, Allan Harris yang mengharapkan Akmal membawa bersama sentuhan Eropah. Di kaca mata media-media negara jiran, Akmal merupakan senjata rahsia Malaysia dan mereka tentunya bimbang status penggempur utama bintang negara mereka akan tercalar dek kerana hadirnya Akmal. Indonesia dengan Bambang Pamungkasnya, Thailand ketika itu dengan Teeratep Winothai yang baru pulang dari latihan dengan kelab Everton FC.

Sukan Sea 21 bermula di Kuala Lumpur. Abaikan sukan lain. Tumpukan perhatian kepada Bolasepak. Skuad terbaik Allan Harris dilihat mempunyai ramuan terbaik untuk menjadi kuasa baru bolasepak Asia TEnggara. Memiliki rangkaian penyerang berkualiti dibarisi Akmal, Hairuddin Omar (kapten), Nizzaruddin Yusof yang ternyata lebih hebat dari gandingan Izzaq Farris-Fakri Sarani, situasi yang seharusnya menggerunkan barisan pertahanan mana-mana negara bertanding. Di bahagian tengah, Malaysia memiliki Juzaili Sameon, K Rajan, Hairun Haled Masrom dan Indra Putra Mahayuddin selaku perancang utama. Seperti gandingan Muslim Ahmad-Fadhli Shas, barisan pertahanan Malaysia ketika itu dikemudi rapi oleh Norhafiz Zamani-Khaironnisam Sahabuddin dan diapit rapat oleh Rosdi Talib dan Subree Sulong. Sememangnya mantap.

Peringkat kumpulan memang tak ada masalah buat anak-anak harimau (belum lagi keluar nama Harimau Muda). Menewaskan Indonesia melalui gerakan cantik Akmal Rizal dan rembatan kencang K Rajan membuatkan kerabat pemerintah bola mula bermimpi awal bahawa pingat emas tahun ini milik Kuala Lumpur. Mara ke perlawanan akhir dengan bergaya membuatkan seluruh warga Asia Tenggara mula mengangkat tabik hormat kepada Akmal Rizal yang disifatkan mereka aksinya sudah jauh meninggalkan striker-striker lain di rantau ini.

Mara ke perlawanan akhir menentang Jagoan Asean. Sape lagi kalau bukan Skuad Gajah Putih- Thailand. Diatas kerta Malaysia memiliki segalanya. Diatas padang pun sama, Malaysia sememangnya menguasai perlawanan akhir yang disaksikan puluhan ribu rakyat di Bukit Jalil. Namun sayang, menguasai perlawanan tapi gagal menghasilkan jaringan membuatkan perlawanan terikat 0-0 sehingga hampir wisel penamat ditiupkan.

Ketika Indra Putra dan rakan-rakan mula mencongak aksi di masa tambahan, ketika pengadil sudah mula melihat jam dan mengepit rapat wisel di bibir, ketika itulah Teeratep Winothai melalukan larian kencang dari sebelah kanan setelah menerima hantaran jauh dari pertahanan. Teeratep ketika itu melakukan larian solo, dan melakukan cross ke arah pintu gol Malaysia yang dikemudi Kamaruzaman Hassan (bukan sharbinee). Sebenarnya ketika itu, situasi bola lintang itu sedikitpun tidak mendatangkan sebarang bahaya buat Kamaruzaman kerana tiada langsung pemain Thai lain yang berlegar di pintu gol. Tetapi Kamaruzzaman sendiri yang menjadikan bola itu bahaya, dengan menghulurkan kaki kanan untuk menyambut bola dalam ketika bola sebenarnya boleh ditangkap dengan tangan. Bila kaki dihulur, berlakulah biasan atau dalam bahasa inggerisnya dipanggil deflection, lantas bola tanpa segan silu menuju ke jaring pada masa di score board dicatatkan minit ke 90 !!!!! 1-0.

Di Berita Harian dan Utusan Malaysia keesokkan harinya, terpampang sebesar-besarnya muka Kamaruzzaman Hassan berlinangan air mata dengan tajuk utama 'MAAFKAN SAYA'..
Inilah Kamaruzaman (ihsan Rizal Hashim)

Satu minggu satu Malaysia berduka nestapa walaupun kita juara keseluruhan Sukan Sea21.

Sebab itulah aku memahami kedukaan yang dialami satu Indonesia ketika ini..

Sekian.....

****************************************
PEMBETULAN: FINAL SUKAN SEA 21 2001 BERTEMPAT DI STADIUM SHAH ALAM. Entah, x pasti...

Monday 1 August 2011

Salam Ramadhan...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM 1 RAMADHAN....
Pantas betul masa berlalu, sedar tak sedar ramadhan kembali. Hadir bersama 1001 rahmat dari Allah. Datang bersama membuka pintu syurga seluas-luasnya, dan menutup pintu neraka serapat-rapatnya.. Rapak jik oghe kito kato..Jadi gunakanlah ruang, masa dan tenaga yang diberi Allah kepada kita dengan sebaiknya. Tak payah la nak tunggu tua baru nak beribadah kan.

Hari ini kita masih muda, yang pasti esok kita sudah tua. Dan yang paling pasti AJAL tidak mengenal USIA..

RAMADHAN PIALA DUNIA
Ramadhan kali ini tanpa Harimau Malaya di pentas dunia. Tersingkir, terpaksa memberi jalan kepada sang singa. Air mata 28 Julai masih terasa hangatnya. Cinta membara ini terpaksa ditahan lagi. Sekurang-kurangnya untuk 4 tahun akan datang. Lama menanti. Sungguh lama. Namun demi cinta sejati, aku akan terus menanti. Rindu dendam!
dan sebelum menutup mata, ingin sekali aku melihat mereka di sana....

RAMADHAN DI SINGAPURA-PURA
Semalam, majlis undian kelayakan Piala Dunia pusingan ketiga. Mood SEDIH melihat nama Singapura (MALAYSIA) diundi untuk bersama sekumpulan dengan Iraq, China dan Jordan..

Melihat nama SINGAPORE, aku tetap nampak yang MALAYSIA sebenarnya berada disitu. Apa boleh buat, bola itu bulat. Malaysia BOLEH, Singapura APA PUN TAK BOLEH...

RAMADHAN SI PEMBALING MERCUN
Ramadhan dan mercun memang tak boleh dipisahkan. Itu semua budak-budak punya mainan kan. Tapi ada jugak orang tua yang gila main mercun. Main mercun kalo baling kat tangan sendiri pastu putus 20 jari termasuk kaki dan tangan pun takpe la kan. Dah dia sendiri yang main.
Ini kisah mercun di Bukit Jalil tempoh hari. Tarikh 28 Julai 2011 akan diingati sampai mati oleh saudara Ahmad Jazimin. Selain malam kecewa buat Harimau Malaya, malam itu juga beliau telah kehilangan penglihatan sebelah kanan matanya angkara pembaling mercun durjana..
Kepada pembaling mercun tu, bulan2 ramadhan ni elok la ko taubat ye. Tapi ko kena ingat, dosa ngan Allah boleh taubat ngan Allah. Dosa ngan manusia sampai mati la ko tetap berdosa kalo orang tu tak ampunkan...


RAMADHAN SARUNG TANGAN EMAS JARI RUNCING
Ramadhan ini mungkin tidak seceria ramadhan sebelumnya buat pasangan sarung tangan emas Khairul Fahmi Che Mat dan pemilik jejari runcing Elia. Sudah sah, pasangan ini putus tunang. Mungkin ramai yang mendoakan diorang berpisah. Pujaan Malaya la katakan. Hero gadis-gadis yang minat drama korea.. Tu la yang jadi camni. Makbul kan kalo ramai.. Apa laa korang ni. jeles...


Apapun tabik untuk lu Apek.. aksi terbaik Apek 28 Julai lalu di Bukit Jalil sedikitpun tidak menunjukkan yang kepala otak beliau tengah berserabut.. Tahniah apek.

Pasal ikatan korang tu, dah takde jodoh nak wat camana kan. Mungkin Apek akan dapat pasangan yang lagi bagus... Sama jugak Jejari Runcing, mungkin akan dapat lagi bagus..

Jejari runsing jangan risau ye...kumbang bukan sekuntum..
Jangan terkejut la kan kalo blog ni dah x pakai nama sangkunang dah..tetiba jadi jejari pendek..
Haha, gurau je Elia.... Peaceee Yawwww !

ASSALAMUALAIKUM