Monday 27 April 2009

WHAT A NIGHT !!!



tuan punya gambar

fantastik!
itu yang mampu terluah dari bibir pabila kaki melangkah masuk ke stadium nasional bukit jalil malam sabtu lepas. buat pertama kali dalam sejarah empat lima tahun final bolasepak malaysia, perlawanan akhir piala FA 2009 adalah perlawanan yang paling menarik.
menarik kerana stadium boleh dikatakan 'full house' dan sudah lama kita tisak merasai suasana sokongan yg hebat sebegini. suasana dan panorama di stadium sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. namun gambar diatas boleh menceritakan segala-galanya bahawa bolasepak malaysia masih belum mati. semangat juang yang ditunjukkan oleh kedua-dua penyokong baik kelantan mahupun selangor membuktikan semangat cintakan pasukan masih menebal walaupun liga malaysia tahun ini tanpa kelibat awang import.
tahniah buat penyokong terutamanya penyokong kelantan yang datang jauhnya dari kelantan.
pemandangan di stadium sebenarnya lagi menarik jika pihak keselamatan tidak mengenakan sekatan di bahagian tengah stadium yang menampakkan sedikit kerongakan. namun, untuk mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini antara kedua-dua belah pihak langkah mengenakan sekatan itu wajar demi memisah dan menjauhkan jarak untuk sebarang provokasi.
alhamdulillah, perlawanan berlangsung dan berakhir dengan tenang.pujian untuk penyokong kelantan yang menunjukkan semnagat profesionalisme sukan yang tinggi walaupun pasukan kelantan tewas dalam perlawanan akhir ini. dan pujian juga untuk penyokong selangor kerana tiadanya provokasi-provokasi melampau yang boleh membakar emosi penyokong kelantan.
red giant menang, red warriors kecundang. namun hakikatnya kedua-dua pasukan adalah pemenang setelah mengenepikan saingan pasukan2 lain untuk menjengah tempat ke slot akhir. terbukti, pengalaman 7 kali bermain di final piala fa menobatkan selangor sebagai juara 2009 berbanding kelantan yang sudah 39 tahun tidak merasa debaran pentas final.
buat skuad kelantan, tidak ada apa yang harus dikesalkan. ada baiknya kelantan tewas. sekurang-kurangnya pemain2 tidak mudah leka, tidak mudah berasa gah dengan prestasi pasukan. esok masih menanti. jadikan pentas final yang sudah sebagai azimat berguna untuk mengharung cabaran liga super dan piala malaysia yang masih panjang perjalanannya. biar kita bermula dengan pendakian konsisten untuk mencapai puncak. perjalanan menuju gemilang baru bermula sebenarnya. biarpun mengambil masa tidaklah mengapa. teringat sangkunang akan sejarah pasukan mppj fc satu ketika dulu. ada seorang penganalis sukan mengulas mengenai mppj fc, "adat dunia ini, sape yang naik cepat, maka cepatlah dia turun".

buat selangor, tahniah!
buat kelantan, tahniah !
selamat berjuang di liga super.
jumpa nanti di piala malaysia.

-SAYANGI BOLASEPAK MALAYSIA-

Friday 24 April 2009

Sedetik Menanti Sejarah

tidak sampai 24 jam dari sekarang, sejarah bakal tercipta buat bolasepak kelantan.
sejarah kali pertama beraksi di pentas final piala fa sejak piala ini diperkenalkan pada tahun 1990.
sejarah juga buat skuad red warriors kerana sudah 39 tahun skuad kijang tidak merasa nikmat pentas final sebarang piala utama.
dan sejarah gemilang bakal tercipta andai kata kelantan mampu menewaskan selangor esok untuk membawa pulang piala ini ke negeri cik siti wan kembang. sesuatu yang tampak sukar jika diambil kira prestasi semasa pemain2 selangor, namun dalam bolasepak segalanya boleh berlaku ditambah lagi dengan aksi final yang menuntut kedua2 pasukan bermain secara berhati-hati untuk meminimakan kesilapan.
menjelang saat2 akhir sebelum sepak mula final, bahang aksi semakin terasa. sesuatu yang dinanti pastilah kehadiran penyokong setia kedua-dua pasukan yang dijangka mampu mengembalikan semula kemeriahan bolasepak malaysia seperti dulu kala.
rakyat kelantan tika ini, tidak mengira pangkat kedudukan serta lokasi, sibuk bercakap mengenai bolasepak. dikedai kopi, pejabat, pasar malam dan dimana-mana saja semuanya ghairah untuk menanti kepulangan wira merah bersama trofi.
tempoh 39 tahun adalah satu tempoh masa yang terlalu panjang dimana ia menyaksikan berbagai-bagai episod suka duka, dan peristiwa untuk memahat sejarah bolasepak kelantan. pernah bergelar jaguh, juga dijolok pasukan samseng, episod duka jatuh merudum, melalui zaman gelap di liga fam, masalah kewangan yang kronik, sehingga membuatkan peminat setia menderita rindu terlalu lama.
kini, kita 'tok seghupo mulo'.. kita bangkit membina kekuatan. kehadiran tan seri annuar musa membawa sinar. sinar baru untuk bolasepak kelantan, sinar baru simbol perpaduan rakyat kelantan ditengah-tengah perbezaan fahaman politik. kini kita di landasan yang betul untuk menggenggam sesuatu. kita di masa yang tepat untuk menterjemah kehebatan.

ayuh kelantan...
inilah masanya, inilah saatnya, pulanglah bersama kejayaan.
kami sebagai penyokong sentiasa sedia mendukungmu !

TAHUN 2009 TAHUN BERMAKNA,
TAHUN KELATE MASUK FINAL,
JUMPA SELANGOR KAMI DAH JANGKA,
TAPI KAMI PASTI JADI JUARA.......!!!!!!!

Thursday 23 April 2009

Tuesday 21 April 2009

Rajagobal Jurulatih Baru Malaysia

FAM bikin kezutan lagi...
K. Rajagobal secara sah dilantik sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan malaysia menggantikan B. satianathan yg dipecat januari lalu ekoran kekalahan memalukan 0-5 kepada UAE.
pada pengumuman petang tadi, perlantikan rajagobal nyata tidak menepati ramalan ramai. sebelum ini, hanya 2 nama yang berkisar dalam pertimbangan FAM iaitu K. Devan dan Azrai Khor dan Azrai lebih menonjol selaku pilihan untuk kerusi panas itu. namun difahamkan, azrai enggan dilepaskan oleh KFA yang masih memerlukan khidmatnya dan di pihak Azrai sendiri, beliau mahukan kebebasan 100% jurulatih dalam memilih pemain sekiranya dilantik sebagai jurulatih kebangsaan.
persoalan?
apakah kehendak azrai enggan dipenuhi FAM yang masih takut untuk memberi kebebasan penuh kepada jurulatih dan masih percaya kepada ketelusan panel pemilihan pemain kebangsaan?
dan, benarkah kegagalan mendapatkan khidmat azrai membuatkan FAM terpaksa beralih arah kepada Rajagobal yang dibuat secara last minip? last minip decision...hmm, macam la x pernah berlaku dalam FAM sebelum ni.
umum mengetahui bahawa rajagobal baru sahaja beberapa hari dinaikkan pangkat daripada tugas lamanya iaitu jurulatih bawah 20 kepada jurulatih bawah 23. dan selepas beberapa hari memegang tanggungjawab untuk membimbing skuad bawah 23, rajagobal kini terpaksa menggalas tugas yang lebih berat membentuk skuad kebangsaan.
pelik sungguh keputusan yang FAM buat ni. bukan berniat untuk memperkecilkan kewibawaan rajagobal, tapi hati ini memang berniat untuk memperkecilkan keputusan yang dibuat secara mengejut ni.
selepas pemecatan satianathan, FAM berkata mereka akan lebih berhati2 dalam memilih jurlatih kebangsaan dan memperhalusi setiap calon dan mereka yang benar2 layak dan berpengalaman sahaja wajar dilantik untuk mengemudi skuad kebangsaan.
sekarang apakah...? biarlaaa.

*kesian rajagobal, mungkin akan jadi mangsa seterusnya kegagalan struktur bolasepak malaysia. tp sebagai peminat bolasepak tempatan, sangkunang berharap, skuad malaysia akan lebih maju dibawah bimbingan beliau.

Saturday 18 April 2009

Kelantan ke FINAL Piala FA

Alhamdulillah,
Alhamdulillah,
Alhamdulillah,

Sejarah akhirnya tercipta. pasukan kelantan mencipta sejarah untuk mara ke final piala fa buat pertama kali setelah mengetepikan cabaran negeri sembilan.
tumpas 0-1 di kota bharu yg disusuli dengan aksi ganas penyokong, kelantan akhirnya mampu menyerap tekanan di paroi untuk menumpaskan negeri sembilan 2-1.
menanti di perlawan akhir 25 april di bukit jalil nanti adalah musuh tradisi, selangor yang dijangka akan menjanjikan aksi final yang menarik buat kedua2 pasukan yang mempunyai ramai penyokong fanatik ini....

apa jadi di perlawanan akhir nanti, sama2 kita tunggu. yang penting kelantan sudahpun melengkapkan sasaran awal mara ke final.

ALHAMDULILLAH.

Thursday 16 April 2009

Menanti Pengemudi....

menanti dan terus menanti...
hingga kini 16 april, sudah lebih 3 bulan skuad kebangsaan malaysia tidak mempunyai jurulatih sejak pemecatan B. Satianathan selepas kekalahan malaysia kepada UAE januari lalu. walaupun liga malaysia agak meriah sejak akhir2 ini dengan pelbagai aksi, pelbagai isu dan pelbagai kontroversi, ramai yang sudah melupakan skuad kebangsaan malah di pihak FAM sendiri seolah-olah membiarkan saja skuad kebangsaan belayar tanpa arah dan hala tuju.
sejak berakhirnya khidmat sathia yang berjaya menaikkan ranking malaysia tahun lalu ditamatkan, bermacam nama dicanangkan untuk mengisi kerusi panas itu. peter white, allan harris mungkin kembali, dan ramai lagi tetapi kata putus telah ditetapkan oleh tuanku presiden, bahawa calon jurulatih kebangsaan adalah anak tempatan ! bermakna tiada ruang untuk kepakaran asing seperti harris dan white.
lalu timbullah nama2 seperti azrai khor, k.devan, dollah salleh, zainal abidin, rajagopal..
tp hingga hari ini, hanya satu nama saja yang mendapat tawaran iaitu azrai khor.
walaubagaimanapun, itu masih belum keputusan. khabarnya, KFA berat hati untuk melepaskan azrai yang banyak membawa kejayaan untuk kedah sehingga muncul juara double treble.
kesiannye pasukan kita.....
satu negara termasuk FAM sendiri mahukan yang terbaik, mahukan pencapaian daripada skuad kebangsaan. tapi mereka sendiri tidak menjalankan tanggungajawab iaitu menyediakan pasukan yang terbaik. tak kan laa minggu depan ada tournament, baru nak lantik jurulatih..
kepada FAM, cepatlah bertindak.

Sunday 12 April 2009

Surat Untuk Muhyiddin Yassin

Terlebih dahulu, saya ucapkan segunung tahniah buat tan seri muhyiddin kerana dilantik sebagai timbalan perdana menteri di bawah kabinet baru kerajaan persekutuan malaysia yang indah ini.
sebukit tahniah juga buat tan seri kerana disamping jawatan no2 kerajaan sudah dipikul, tan seri telah diberi tanggungjawab besar untuk memimpin satu lagi kementerian iaitu kementerian pelajaran.
umum mengetahui bahawa, kementerian pelajaran merupakan antara kementerian paling penting dalam pentadbiran kerajaan dengan jumlah warga kerja dan pelanggan2 kementerian iaitu pelajar yang begitu besar jumlahnya, maka sudah tentulah kementerian sebesar ini perlu dipimpin oleh seorang pemimpin yang begitu tegas, adil dan memahami hasrat akar umbi.
dalam memimpin sebuah kementerian yang bertanggungjawab melahirkan generasi dan modal insan yang berkualiti untuk malaysia pada masa hadapan, adalah menjadi tanggungjawab tan seri ketika ini untuk turun ke bawah melihat permasalahan untuk wujud dalam kementerian 5 tahun kebelakangan ini yang ada sebahagiannya melibatkan isu nasional dan juga boleh mencetus isu politik. sebagai contoh, polemik PPSMI yang tika ini tidak ketemu hujung jawapannya. adalah menjadi harapan saya sebagai warga kementerian untuk melihat tan seri mengambil inisiatif dan mengkaji semula perjalanan dan keberkesanan sistem ini sesuai dengan kehendak perdana menteri yang mengimpikan satu malaysia yang mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian.duduk semeja dengan pakar-pakar pendidikan untuk merumuskan satu resolusi baru dalam mencapai penyelesaian isu ini.
seterusnya, dalam kesibukan tan seri menjalankan tugas2 timbalan perdana menteri dan juga memimpin kementerian ini yang menuntut banyak perkara untuk difikirkan, saya berharap tan seri tidak melupakan kebajikan guru sebagai agen sosialisi dalam kementerian tan seri. apa yang saya maksudkan disi adalah peranan tan seri dalam menyelesaikan permasalahan yang melanda guru-guru pada hari ini. jika kita perhatikan, dalam dunia pendidikan yang penuh mencabar ini, persekitaran guru dewasa ini sering diganggu gugat dan guru juga berhadapan dengan pelbagai masalah dan ancaman dengan masyarakat. adalah menjadi harapan saya, guru tidak dipinggirkan semata-mata untuk menjaga hati dan perasaan pihak lain seperti ibubapa. sebagai contoh, sebelum ini, ada kes yang melibatkan guru, pelajar dan ibu bapa, menteri tanpa usul periksa sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan "Guru sekarang semakin bermaharajalela pukul pelajar". tidakkah terkilan hati dan perasaan guru yang bertungkus lumus menyampaikan ilmu dan pengetahuan kepada anak didiknya? maka, besarlah harapan warga guru untuk dipikul pada bahu tan seri untuk hari ini dan masa akan datang untuk terus disayangi dan dihormati oleh golongan ini.
tan seri,
Ketika ini sistem pendidikan kita ketika ini berada di persimpangan dan sekiranya kita tidak bersungguh-sungguh mewujudkan momentum yang baru, tidak mustahil lima ke sepuluh tahun akan datang negara kita akan jauh ketinggalan ke belakang negara-negara yang sedang mengejar kita.Tindakan dan keputusan yang hendak kita ambil hari ini bukan sahaja amat kritikal untuk kemakmuran jangka panjang negara malah lebih penting daripada itu, iaitu untuk survival generasi muda masa hadapan.
namun, dibawah tanggungjawab tan seri dan dibantu oleh dua orang timbalan, saya yakin yang tan seri akan melakukan banyak lonjakan. legasi yang ditinggalkan oleh tokoh pendidikan alaf baru, Allahyarham datuk razali ismail pada kita semua tidak harus dibiarkan berlalu. apa yang telah dirangka, tetapi tidak sempat disempurnakan oleh Allahyarham harapnya dapat disambung oleh tan seri.
semoga arena pendidikan negara terus berkembang mekar dibawah pimpinan tan seri...

yang benar,
Cikgu Sangkunang

Friday 10 April 2009

Terima Kasih Wahai Perusuh !

sangkunang sebagai salah seorang ahli kelate.net serta penyokong bolasepak kelantan, ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada makhluk-makhluk yang melakukan kekacauan di kota bharu tempoh hari. kalian sememangnya telah membantu kita mencapai sesuatu yang jarang dicapai oleh pasukan lain.
aksi kalian pada malam keramat itu menghasilkan kejayaan yang besar buat kita dan inilah implikasi tindakan kalian.

1. no more futbol in kota bharu. stadium kita dah tak selamat dan digantung sampai ujung musim !

2. seorang remaja penjual makanan di luar stadium diisytiharkan buta sebelah mata akibat serpihan kelongsong gas pemedih mata fru yg dilancarkan utk menyuraikan perusuh.. apa perasaan jika remaja itu sebahagian dari keluarga kalian yang merusuh? pikir laaaa...

3. kelantan fa yang baru saja keluar dari zon kemiskinan kini mungkin akan kembali miskin. KAFA didenda RM 100, 000 akibat huru hara yang tercetus. kesian tan sri annuar musa. penat carik duit nak kembalikan martabat bolasepak kelantan. duit habis wat bayar denda je.

4. rentetan denda, kelantan mungkin akan menarik diri dari persaingan liga malaysia jika tidak mampu membayar!

so, buat perusuh dan penghuruhara sekalian, sekali lagi diucapkan terima kasih. 'jasa dan sumbangan' kalian kepada bolasepak kelantan tidak mungkin kami lupakan.

Thursday 9 April 2009

Kabinet Baru Kerajaan Malaysia


Perdana menteri
Datuk Seri Najib Razak

Timbalan perdana menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin


Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi
Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam

Timbalan-timbalan menteri:
Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah


Menteri kewangan I
Datuk Seri Najib Razak

Menteri kewangan II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Datuk Chor Chee Heung (timbalan)
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)

Menteri pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)

Menteri pengangkutan
Datuk Ong Tee Keat
Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)
Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan)

Menteri perusahaan, perladangan dan komoditi
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)

Menteri dalam negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan)

Menteri penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim
Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan)
Senator Heng Seai Kie (timbalan)

Menteri tenaga, teknologi hijau dan air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal
Datuk Hassan Malek (timbalan)
Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan)

Menteri pengajian tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan)
Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)

Menteri perdagangan antarabangsa dan industri
Datuk Mustapa Mohamed
Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)
Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan)

Menteri sains, teknologi dan inovasi
Datuk Dr Maximus Ongkili
Fadillah Yusof (timbalan)

Menteri sumber asli dan alam sekitar
Datuk Douglas Uggah Embas
Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)

Menteri pelancongan
Datuk Ng Yen Yen
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)

Menteri pertanian dan industri asas industri
Datuk Noh Omar
Datuk Johari Baharum (timbalan)
Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)

Menteri pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)

Menteri kerja raya
Datuk Shaziman Abu Mansor
Datuk Yong Khoon Seng (timbalan)

Menteri kesihatan
Datuk Liow Tiong Lai
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)

Menteri belia dan sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Datuk Razali Ibrahim (timbalan)
Wee Jeck Seng (timbalan)

Menteri sumber manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (timbalan)

Perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Datuk Tan Lian Hoe (timbalan)

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan
Datuk Kong Cho Ha
Datuk Lajim Ukin (timbalan)

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat
Datuk Seri Sharizat Jalil
Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan)

Menteri luar
Datuk Anifah Aman
A Kohilan Pillay (timbalan)
Datuk Lee Chee Leong (timbalan)

Menteri wilayah persekutuan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Datuk M Saravanan (timbalan)

Ultras ke gini?


huh...ultars? hooligan? atau samseng?
yang nyata, kejadian rusuhan di kota bharu tempoh hari memalit sejarah hitam buat bolasepak kelantan khasnya dan malaysia amnya.
sejarahnya kerana kejadian rusuhan penyokong kali ini adalah yang terburuk dalam sejarah bolasepak kelantan.
pro, kejadian ini memberi mesej bahwa liga kita sebenarnya masih meriah. sape yang kate bolasepak kita makin suram dan muram?
tapi disebalik kemeriahan yang tercetus ini, persoalan timbul, adakah ini budaya kita?
budaya pecah-memecah, bakar-membakar kenderaan polis, merosakkan kenderaan awam.
inikah ultras kita?
setakat baling membaling botol, berlawan mulut antara penyokong kita boleh terima. tapi bila dah merosakkan kenderaan awam, ini sudah melampau.
sikap emosional segelintir penyokong yang melakukan kekecohan ini mencemarkan imej kelantan sebagai penyokong paling fanatik di malaysia. kesudahan yang terpaksa ditanggung sudahpun diterima! FAM memutuskan perlawanan menentang selangor sabtu ini terpaksa dipindahkan ke stadium berkecuali iaitu stadium nasional bukit jalil atas alasan stadium sultan mohamad ke4 TIDAK SELAMAT !
dari kaca mata ultras (spt luar negara), kejadian malam semalam berjaya mewujudkan atmosfera baru bolasepak malaysia. tetapi dari kaca mata kita sebagai orang timur, budaya mem'bbq' kenderaan polis adalah sesuatu yang tidak boleh diterima!

SETINGGI MANA PIALA DIJULANG, TINGGI LAGI MARTABAT DIJUNJUNG !

Sunday 5 April 2009

Wallpaper: Pahlawan Merah

salam warriors buat rakan2 KDNers.
terbaru dari sangkunang.
lupakan sekejap politik. kita layan bola......

Anda akan jadi lebih berintegriti jika meninggalkan komen
terutamanya selepas memuaturun sesuatu dari blog ini....
terima kasih

Friday 3 April 2009

Mimbar Jumaat


lokasi : masjid TNB Bangsar

khutbah jumaat hari ini membicarakan tentang proses peralihan kuasa di malaysia. khatib mengajak sidang jumaat bersama-sama merenungi konsep pemerintahan di dunia ini bukanlah satu kekuasaan sebaliknya merupakan satu amanah dan tanggungjawab berat daripada Allah SWT. khatib turut memetik kata-kata Saidina Abu Bakar as-Siddiq ketika menyampaikan ucapan perdana menggantikan Rasulullah s.a.w. sebagai khalifah menyeru umat Islam ketika itu yang maksudnya:

"Wahai manusia meskipun saya telah dilantik untuk memimpin kamu, tidak bererti bahawa aku yang terbaik di kalangan kamu semua. Jika kamu melihat aku berada dalam kebenaran, maka tolonglah aku. Seterusnya beliau berkata jika kamu melihat aku berada dalam kebatilan maka luruskanlah aku, taatilah aku selama aku taat mematuhi perintah Allah. Jika aku menderhaka kepada perintah Allah, kamu semua tidak perlu lagi mematuhi perintah aku".

rakan2 bloggers sekalian termasuk diri saya,
beramanah lah kita semua dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin, tidak kira pemimpin peringkat tinggi mahupun sekecil-kecil pemimpin dalam sesuatu persatuan hatta dalam keluarga sekalipun....

Akhirnya Sempurna....


Hari ini, 3 April 2009 telah menyempurnakan segala-galanya.
Meneruskan tradisi seperti sebelumnya, peralihan kuasa Perdana Menteri daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun Abdullah) kepada Datuk Seri Najib Razak selamat dijalankan setelah berlangsungnya upacara angkat sumpah jawatan di hadapan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong di istana negara sebentar tadi.
Peristiwa ini sebenarnya mencatatkan satu lagi sejarah negara. teori R.A.H.M.A.N akhirnya sempurna.

R- Rahman (tunku)
A- Abdul Razak

H- Hussein

M- Mahathir

A - Abdullah

N - Najib


selamat bertugas buat Datuk seri najib. semoga negara bertambah makmur dibawah pimpinanmu.
dan selamat bersara buat Tun Abdullah. pengorbananmu amat disanjung tinggi

Thursday 2 April 2009

Hakikat kezaliman (bukan versi apit)

satu ketika dahulu, tika aku di perkampungan, banyak kezaliman bagi diriku seorang khalifah di muka bumi yg aku lakukan keatas makhluk2 Allah lain.
seawal usia sehari, kerana terlalu sayang dan kasihkan aku, bonda menjagaku siang malam sehingga terpaksa bondaku membunuh nyamuk2 yg berhinggapan di jasadku. begitu juga dengan lalat2 kerana andai dihinggapinya pada tubuhku, maka banyaklah tahi lalat akan bertempekkan di kulit yg halus mulus.
aku membesar sebagai budak desda pinggiran hutan. anak desa tidak sah jika tidak melastik burung, menangkap pepatung untuk dibakar yg bukanlah untuk disantap. memburu belalang, menangkap semut hitam untuk dilagaka sesama kaum mereka sendiri.
hobiku berubah pabilaku menerjah usia baligh. kasihanku pada mahluk lain yg punya hak untuk hidup lantasku membebaskan terkukur2 jantan dan betina, serindit tua dan muda, merbah gelap dan cerah, kerna ku yakin mereka menderita hidup di sangkaran yg pada hemat pencinta burung mereka harmoni dan bergumbira dihidangkan sekoi dan air free setiap hari.
usia dewasa menerpa,
ahhhhhhhhhhhhh, persetankan semua itu. aku geram pada semut2 yg menceroboh bilikku sehingga rosak kertas bukuku, sehingga longgar ikatan pintuku...
aku pasrah! semuanya aku spray dengan ridsect walaupon aku tau mereka akan kembali dengan bala tentera yg lebih besar.!

hakikat kezaliman yg best,
http://freddiefitri.blogspot.com/2009/02/hakikat-kezaliman.html

Tahniah Dato' Pa


disaat negara kini sedang memberi tumpuan kepada proses peralihan kuasa antara Pak Lah dan Najib, sangkunang ingin mengambil sedikit kesempatan untuk seorang ahli politik yang sangkunang hormati.beliau bukan PM mahupun TPM. beliau hanya menteri pertanian dan industri asas tani, yg juga ahli parlimen jeli.rasanya masih belum terlewat untuk sangkunang mengalungkan setinggi2 tahniah dan syabas kepada beliau atas kejayaa mengungguli tempat pertama daripada 59 calon dalam perebutan untuk ahli Majlis Tertinggi UMNO baru2 ni dengan mendapat 2295 undi.
sebagai seorang anak jeli, tentunya sangkunang berkongsi kegembiraan ini bersama-sama penyokong kuat beliau yang lain memandangkan wajah jeli yang wujud hari ini adalah madah perjuangan beliau yang begitu kuat memperjuangkan kebajikan rakyat jeli dan berusaha keras membawa jeli keluar dari zon yang dikatakan daerah di kelantan yang paling mundur satu ketika dulu.
kejayaan datuk pa sudah dijangkakan dari awal sebenarnya. dengan imej orang kampung, beliau sangat mudah didekati rakyat dan perwatakan beliau ini bukan sahaja disukai kawan malah dikagumi lawan. masakan tidak, ketika seluruh kawasan di negeri kelantan dikuasai PAS, tetapi di jeli perwatakan dan jasa beliau masih cukup kuat di hati rakyat jeli untuk menidakkan hasrat PAS menguasai jeli.
masih kuingat, ketika zaman budak2 dulu, datuk pa selalu masuk kampung dan tugasnya meronda kampung berjumpa orang ramai. bukan berkereta, tapi meronda dengan membonceng motosikal penduduk yang dijumpainya ketika sampai. dan amalannya itu masih diteruskan sehingga hari ini walaupun beliau sudah pun menjadi seorang menteri.
semoga datuk pa terus berjuang menabur khidmat bakti untuk rakyat jeli khasnya, serta kelantan dan juga negara malaysia amnya. insyaAllah... bersama masyarakat orang asli jeli

berkopiah, berkain pelikat melawat rakyat

membonceng motosikal