Showing posts with label piala dunia. Show all posts
Showing posts with label piala dunia. Show all posts

Monday 31 May 2010

Mereka di Piala Dunia.

Kurang 14 hari lagi kot, perhimpunan satu dunia akan berlaku. Semuanya kerana bolasepak. Yang kuat dan macho akan berhimpun di Afrika Selatan. Yang lemah dan tak hensem akan berada di depan tiwi sahaja. Siapa yang lemah dan siapa yang kuat. Ahhh...pedulikan semua itu. Ini kisah benar, ini cerita betul. Ahhhhh, mengarut lagi..

Liga Malaysia? masih berjalan dan takkan sesekali aku lupakan. Tapi ini piala dunia. kata orang the greatest game on earth. Lugi maa lu talak tengok. NAk tengok sape? Entah...
Messi? Ronaldo? Torres? Zidane? oopss, Zidane dah pencen lor...
Entah. aku tertarik ngan piala dunia. Tapi tak tertarik pun ngan nama2 nih. Mungkin Indra Putra lagi bagus dari Ronaldo. Jika Indra Putra berada dalam satu pemerintahan bola yg berwawasan. (tiada sebarang pengkritikan ye...)

Tapi dalam 32 pasukan yang layak menendang bola di Afrika Selatan nanti, aku hanya tertarik dengan 3 pasukan. Tak lah sehebat barisan Azzuri, tapi mampu menggegar barisan pimpinan Cannavaro itu. (kapten lagikah dia? atau sudah pencen juge?)
.........................................................................

Pasukan2 pilihanku...;

KOREA UTARA / DPR KOREA

tarian komunis ke nih?

- ranking 105 dunia. satu tangga di depan thailand.. pergghhhh... masuk worldcup tu.
- kekuatan tak dapat dikenalpasti.
- yang aku tau pasukan ni pernah seri dengan Malaysia pada tahun 2000 dulu.
- walaupun pernah seri dengan Malaysia, puak komunis ini lebih maju dari Malaysia. Mereka pernah menjejaki kaki ke Piala Dunia pada tahun 1966 di England.
- jersi pasukan setakat ini aku belom jumpe dijual di kedai2 al-ihsan mahupun as-siam..

KOREA SELATAN / SOUTH KOREA

Singa Asia

- ranking 47
- Kelibat orang penting Mencester Unaited bakal mencuri perhatian di bumi Afrika nanti. Siapa lagi kalo bukan Pak Cik Sung.
- Kejayaan terbesar di Piala dunia adalah pada tahun 2002 semasa Asia menjadi tuan rumah pertama. Mara ke Separuh akhir.
- Merupakan 'Giant Killer' kepada pasukan otai seperti Italy dan Sepanyol pada tahun tersebut.
- Edisi 2006 di Jerman, mereka gagal ke pusingan kedua. Tersingkir awal akibat kecekapan penjaga garisan ketika perlawanan ketiga menentang Switzeland mengakibatkan Perancis yang masa tu sudah pun nazak, berjaya melangkah ke pusingan kedua.

JEPUN / JAPAN

samurai biru, siap sedia berkamikaze

- Ranking 45
- pencapaian terbaik adalah pusingan ke2. Juga semasa mereka menjadi tuan rumah.
- pasukan samurai biru. dikenali sebagai pasukan yang tidak pernah kenal erti menyerah dan penat. sesuai la dengan nickname nye.
- Dibawah bimbingan jurulatih tempatan, pasukan ini pastinya menaruh keringat bintang mereka kepada 'beckham Asia'-Shinsuke Nakamura, dan bintang Bundesliga, Keisuke Honda.

........................................................................

KENAPA AKU SOKONG PASUKAN-PASUKAN CIKAI NIH?

Saturday 29 May 2010

Rakyat Malaysia Berjuang Untuk Piala Dunia (WAJIB BACA)

Piala Dunia 2010 makin hampir. Setesen2 tivi semakin galak menyiarkan iklan2 tentang bola.. Tokei-tokei jersi dari siam pun makin lebar senyumnya, jualan jersi makin laris. Sebut apa saja, England, Jepun, Belanda, Portugal, pendek kata semua kuasa yg pernah menjajah kita kita berada di pentas piala dunia 2010...

Berbicara tentang Piala Dunia, aku teringat cerita orang2 tua satu ketika dulu. Kisah perjuangan rakyat Malaysia di piala dunia. Pernah diceritakan oleh mak aku..(mak aku pun folo kisah bolasepak tau!).. dan kisah sedih itu muncul kembali pabila ku membaca tulisan brader dingin dari sokernet....
............................................................................

ESPANA 1982: KISAH PERJUANGAN RAKYAT MALAYSIA

SUMBER : SOKERNET


Tahun itu adalah tahun mereka. Pada setiap hari yang mereka lalui, mereka berharap semoga piala dunia tahun ini adalah milik negara mereka. Pasti... tahun ini adalah tahun milik Sepanyol. Pasti! Itulah kegembiraan dan itulah harapan rakyat Sepanyol kerana piala dunia tahun itu berlangsung di sana. Tanpa mereka tahu, mereka sekali lagi akan kecewa.

Jauh di Amerika Selatan, skuad yang dicanang-canangkan sebagai skuad paling berbakat di dunia sedang gigih menjalankan persiapan. Tidak ada yang kurang. Mereka ada Junior, Falcao, Socrates, Zico, Serginho dan Eder. Semua serapah sudah cukup cuma belum diuji di padang rumput.

Brazil 1982 - penuh bakat


Kembali ke Eropah, di sebuah stadium yang kosong di Itali, kelibat seorang pemain yang bakal menggegarkan piala dunia tahun itu sedang gigih berlatih. Dia bukan sandaran utama tetapi sesuatu akan terjadi, sesuatu yang akan menobatkannya menjadi lagenda yang bernama Paolo Rossi.

Rossi, tengah tak sedap hati.


Jauh di Argentina, pekik tawa pemain bercampur baur dengan satu semangat, semangat mahu mempertahankan Piala Dunia 1978. Di sebalik kelibat pemain-pemain yang penuh semangat itu, terselit seorang legenda yang sedang dalam pembikinan. Piala dunia tahun itu adalah yang pertama untuknya, piala dunia yang akan mengajarkan erti perjuangan, dan hari-hari Deigo Maradona pun semakin hampir.

Maradona, kalau cikgu disiplin sekolah nampak, siap rambut dia


Di Eropah Barat, di hujung padang berdiri satu susuk pemain, memandang jauh ke langit Perancis. Dia sedang memasang azam yang kukuh. Dia mahu menjadi yang terbaik dan dia mahu menjadi yang paling hebat. Dia mahu menunjukkan kepada dunia siapa Michel Platini.

Platini, agak kacak



Sementara itu jauh di hujung benua Asia. Di sebuah negara yang masih memegang kuasa pengeksportan getah dunia, seorang lelaki menatap akhbar dengan wajah yang kecewa. Tahun itu, Kementerian Penerangan tidak mahu mengeluarkan perbelanjaan bagi kos siaran langsung Piala Dunia 1982.


Mungkin kerajaan mahu berjaga-jaga ekoran kos pilihan raya umum 1982, ataupun mungkin juga perbendaharaan sudah berkurang kerana gigihnya kerajaan melaksanakan Projek Serbuan Subuh, membeli semua saham Sime Darby di pasaran saham negara penjajah. Mungkin juga kerajaan tidak mahu adanya judi sukan.


Mungkin juga kerana Kementerian Penerangan tahu, masih ramai rakyat Malaysia yang tidak ada televisyen. Jauh di pinggir Sarawak dan Sabah, masih ramai rakyat yang lebih khuatir berkenaan tanaman koko dan kelapa mereka. Ada waktu penduduk itu menenangkan hati dengan meminum kepala ataupun mengulum biji koko mentah yang masih manis. Namun, tidak ada siapa pun tahu apa sebab sebenarnya.


Lelaki yang kecewa itu pantas mencapai kertas dan pen. Dia mahu berbuat sesuatu. Biarlah kerajaan dengan masalahnya. Biarlah rakyat yang lebih gemar di kebun koko dan kelapa bergelumang dengan nyamuk, tetapi dia tetap mahu siaran langsung Piala Dunia 1982. Tidak mungkin dia sekadar duduk sambil mengharap Dr. Mahadir membuat sesuatu. Tidak mungkin....


Lalu pada suatu hari yang baik, sebuah akhbar menyiarkan surat lelaki itu. Sekiranya kerajaan tidak ada wang, jadi biarlah kita rakyat Malaysia yang menyumbangkan wang. Entah daripada mana semangat itu datang, tanpa mengira kaum, agama dan parti, kesemuanya menyokong cadangan itu. Satu dana dibentuk, curahan wang datang mencurah-curah. Semuanya demi Piala Dunia 1982.


Jauh sebelum Najib melaungkan 1 Malaysia, rakyat Malaysia sudah bersatu. Hampir dua juta sudah terkumpul namun ia masih jauh daripada sasaran. Pada saat penuh emosi itu akhirnya syarikat swasta tanpa diarah-arah melangsaikan selebihnya. Rakyat Malaysia tersenyum, dunia memandang kagum.

Pada 13 Jun 1982, beberapa minit sebelum perlawanan sulung Argentina menentang Belgium, pada saat semua televisyen dunia dikuasai iklan para penaja, di televisyen Malaysia terbit satu rangkaian kata-kata penuh keramat.... SIARAN LANGSUNG DITAJA OLEH RAKYAT MALAYSIA.


Pada tahun 1982, rakyat Malaysia akhirnya mampu melihat bagaimana barisan penuh bakat Brazil tumpas pada permainan penuh disiplin milik Itali. Pada waktu yang sama harapan rakyat Malaysia bagi melihat kebangkitan Algeri berakhir dengan kontroversi. Austria dan Jerman dituduh berkonspirasi menidakkan peluang Algeria, negara kecil yang membuatkan penduduknya histeria.

Skuad Jerman Barat yang sistematik dan kolar jersi pun boleh tahan lebar


Pada tahun itu jugalah rakyat Malaysia dapat melihat secara langsung perlawanan terhebat piala dunia 1982, Jerman Barat seri tiga sama dengan barisan yang dikemudi pemain penuh inspirasi Michel Platini, yang akhirnya, impian Platini lebur kerana penalti.


Pada waktu itu jugalah buat pertama kali rakyat Malaysia melihat kelibat bakal legenda dunia, Deigo Maradona yang diberikan kad merah kerana darah mudanya. Dan pada tahun itu jugalah rakyat Malaysia melihat kelincahan pemegang kasut emas Piala Dunia 1982, Paolo Rossi membenamkan Jerman pada perlawanan akhir.


Namun, pemenang utama Piala Dunia 1982 adalah rakyat Malaysia.