Showing posts with label rajagobal-i know my players. Show all posts
Showing posts with label rajagobal-i know my players. Show all posts

Wednesday 1 August 2012

Raja dan Piala AFF Suzuki



Tamat sudah siri perlawanan sarkis EPL ke Malaya. Tewas tipis
2-1 kepada Arsenal, dan 3-1 kepada Juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City sudah cukup memberi kepuasan kepada K Rajagobal bahawa pasukannya sudah bersedia mempertahankan Piala AFF Suzuki.

Di pihak Raja dan FAM, tentunya perasaan klimaks memuncak dalam diri apatah lagi anak buah berjaya membolosi gawang kelab gergasi dunia. Satu melalui Azmi Muslim, satu melalui Azamuddin Akil. Kedua-duanya dari Liga Perdana yakni Liga Divisyen 2 bolasepak Malaya.

Walaubagaimanapun, jika dilihat secara menyeluruh, terlalu banyak kepincangan dalam barisan Rajagobal kali ini terutamanya dari posisi serangan. Gandingan kepercayaan Raja iaitu Safee Sali - Norshahrul Idlan Talaha sebenarnya bukan lagi pasangan kepercayaan penyokong Malaysia. Deretan peluang dan hantaran ternyata banyak disia-siakan begitu sahaja seolah-olah Safee Sali bukanlah seorang pemain termahal Malaysia dan Norshahrul bukanlah pemenang Anugerah SuperMokh...

Sentuhan magis yang pernah dijelmakan kedua-dua mereka pada Piala Suzuki edisi lepas sehingga membawa Malaysia menjulang piala ternyata sudah hilang
dari kaki mereka. Seorang dah terjebak dengan bolasepak Indon, seorang lagi masih terkial-kial kembali dari derita kecederaan. Peluang beraksi yang diberikan oleh jurulatih ternyata masih gagal dibalas sehingga ni mereka semakin dihukum penyokong. Tapi Raja masih sayangkan pasangan ini.

Jika pasangan ini gagal, Malaysia sebenarnya masih banyak pilihan. Cuma Rajagobal yang harus berani menentukan....

Memang Raja kenal pemain dia (i know my players-Raja), tapi Raja masih belum kenal dia nih



MOHON ROZAIMI DIBERI PELUANG MAIN KESEBELASAN UTAMA SEBAGAI PENYERANG
& MOHON PRESIDEN FAM SILA LETAK JAWATAN.