Showing posts with label i love malaysia. Show all posts
Showing posts with label i love malaysia. Show all posts

Friday 24 June 2011

KITA 12 TERBAIK ASIA


23 JUN 2011, sejarah besar tercipta di bumi Malaya. Monumen SUKOM 98 menjadi saksi kebangkitan dan penyertaan Malaysia sebagai antara kuasa baru bolasepak Asia.

Meremang bulu roma, bergetar biji mata dapat menikmati saat indah wisel penamat ditiup sang penguasa ditengah padang sekaligus mengesahkan penyertaan Malaysia ke dalam kelompok 12 Asia.

Daripada 46 negara Asia dalam AFC, kita 12 terbaik.. Memang terbaik !!!!


wajah wira-wira muda Malaysia di laman web AFC.

SEMOGA KITA MAMPU MENCIPTA SEJARAH YANG LEBIH BESAR...

OLIMPIK LONDON !

Tuesday 28 December 2010

CERITA DARI SEBERANG | Sudahlah

Menjelang Final kedua Piala Suzuki, bahang pertembungan makin terasa. Kedatangan pasukan kebangsaan Malaysia mendatangkan gelisah seluruh rakyat Indonesia. Sesi latihan pasukan Harimau Malaya terpaksa dilencongkan ke tempat lain gara-gara 40 ribu rakyat Jakarta berhimpun di tempat latihan Malaysia. Femes juga Malaysia ni ye. Pasukan Garuda datang sini takde pun orang nak kisah.

Sementara itu media-media picisan, nyamuk dan juga arus perdana Indonesia semakin galak mengapi-apikan amarah rakyat Indon kepada Malaysia. Antara cerita pelik yang didengar ialah kononnya Malaysia menggunakan bomoh!. Malaysia juga didakwa bermain kotor dengan menabur serbuk gatal di tempat latihan pasukan Indonesia. Dan cerita laser-melezer juga semakin hangat dengan pelbagai foto superimpose yg tak masuk akal disiarkan demi menunjukkan kejahatan Malaysia.

Lebih memburukkan keadaan apabila Presiden Persatuan Sepakbola Indonesia, encik Nurdin ape tah, mengeluarkan kenyataan bahawa layanan buruk dari penyokong Malaysia diterima oleh barisan Indonesia sejak di penginapan, jalanan hingga ke lapangan.. bodo betul kenyataan macam tu dikeluarkan oleh pemimpin bola diorang semata-mata nak tutup kelemahan sendiri.

Blogger-blogger gampang yg tak sekolah kat sana pun sibuk jugak nak memanaskan lagi suhu pertembungan, dengan mengajak rakyat Indonesia beramai-ramai 'menyiksa' penyokong Malaysia, atas balasan jahat yang dilakukan penyokong Malaysia terhadap penyokong mereka di Kuala Lumpur.. Jahatkah penyokong Malaysia???


Kalian sebenarnya bertuah. Di Kuala Lumpur, penyokong kalian boleh bebas bergerak, bebas berkongsi kenderaan awam, boleh makan kat kafe yang sama, dan dengan aman juga supporter kalian dibenarkan menyanyi dan bersorak menguasai tangga stadium bukit jalil. Tiada pun penyokong Malaysia yang mengganggu laluan kalian. Malah kami di Malaysia lebih memilih untuk memberikan senyuman berbanding cercaan sebab kami tau kita saudara dan tidak ada gunanya bermusuhan hanya kerana sebijik bola. Malah, lebih dari itu, kalian penyokong Indonesia diberi layanan karpet merah oleh pemimpin bola disini. Pihak FAM menyediakan sejumlah tiket yang banyak dan 40% ruang dalam stadium untuk kalian duduk dengan selesa sehinggakan rakyat kami terpaksa bersesak-sesak dan ramai yang datang ke stadium tanpa dapat menyaksikan aksi di padang gara-gara terlalu sesak.

Lain pula situasinya di Jakarta, tak mungkin rakyat Malaysia diberi layanan sebegitu rupa. Tak mungkin supporter Malaysia bebas berjalan dalam kumpulan kecil. Tak mungkin juga ada yang berani mengibar bendera di tengah jalanan kerana kami tau, aksi itu pada kaca mata kalian bersifat provokasi dan harus dihapuskan dan pandangan kalian.

Merayau-rayau di alam siber, rasa sedih melihat kata-kata orang seberang yang mati-matian mahu memusuhi Malaysia. "sediakan parang, buluh runcing untuk malingsia", antara provokasi bodoh yang tak cerdik. Di laman facebook juga, mereka tergamak meletakkan gambar orang dipenggal kepala dan 'caption'nya tertulis, "Ini menanti supporter Malaysia"..

Bermacam-macam gambar superimpose menghina Malaysia disiarkan, antaranya ini,
dan banyak lagi termasuklah penghinaan terhadap Yang Dipertuan Agong dan lambang-lambang negara yang tak sanggup disiarkan..

Belek-membelek, sehinggalah sampai ke gambar yang paling tragis-

dengan caption yang dahsyat -
"Ya Allah, kau hantarkanbencana keatas negeri Malaysia...."
"gambaran yang ditonggu-tonggu oleh seluruh rakyat asia..."...

ASTAGHFIRULLAH.......

Sebagai seorang Islam, aku mendoakan....

"YA ALLAH, KAU PELIHARAKANLAH INDONESIA DARI SEBARANG BALA BENCANA DAN TEGUHKANLAH PERPADUAN SESAMA MUSLIM DIANTARA KAMI RAKYAT MALAYSIA & INDONESIA "

...................................

MADE IN MALAYSIA

Tak perlu lagi memandang ke luar sana, tak perlu lagi berbicara tentang kehebatan Red Star Belgrade, Beksiktas, Aremania dan sebagainya.
Bumi MALAYA sudah punyai produk tersendiri....






Sunday 26 December 2010

TANAH TUMPAHNYA DARAHKU


INILAH BARISAN KITA,
YANG IKHLAS BERJUANG,
SIAP SEDIA BERKORBAN,
UNTUK IBU PERTIWI,

SEBELUM KITA BERJAYA,
JANGAN HARAP KAMI PULANG,
INILAH SUMPAH PENDEKAR KITA,
MENUJU MEDAN BAKTI,

ANDAIKATA KAMI GUGUR SEMUA,
TABURLAH BUNGA DI ATAS PUSARA,
KAMI MOHON DOA,
MALAYSIA BERJAYA,

SEMBOYAN TELAH BERBUNYI,
MENUJU MEDAN BAKTI.

MALAYSIA,
Tanah TumpahNya Darahku

Monday 30 August 2010

WALLPAPER | MERDEKA ON FOOTBALL PITCH


"The Independence of Malaya has been won on the football pitch of this country"
- TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ, 1957.

________________________________________________
Anda akan jadi lebih berintegriti jika meninggalkan komen
terutamanya selepas memuaturun sesuatu dari blog ini....
terima kasih

Sunday 29 August 2010

Wallpaper | Bahtera Merdeka


Bonda senyum riang
Menerima bahtera merdeka
Putra putri sayang
Putra putri sayang
Sedang berjuang

Fajar telah tiba
Nan menyinsing membawa harapan
Tanah Semenanjung
Tanah Semenanjung
Permata nilam

Jiwa dan raga
Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman merdeka

Duhai ibu pertiwi
Putra putri datang sujud bakti
Ingin menunaikan
Ingin menunaikan
Sumpah dan janji


Wednesday 28 July 2010

sedih episod 2

Perbualan Datuk Dr Ramlan Aziz, Pengarah ISN dan Mohd Faozi Mukhlas, jurulatih penjaga gol kebangsaan yang dipetik dari laman sosial facebook berhubung sikap rakyat Malaysia yang menyokong pasukan Korea Selatan Ahad lepas....



TERIMA KASIH COACH YANG RETI MENGHARGAI PENAT LELAH DAN PERJUANGAN PENYOKONG MALAYSIA YG TAK PUTUS2 MEMBERI DOKONGAN DAN GALAKAN TIDAK KIRA APA KEADAAN....


LOVE MALAYSIA
HATE FAM !

sedih

(SILA CARI GAMBAR MEREKA YANG MEMBELAKANGI MALAYSIA DI FACEBOOK "TM SYOKNYA BOLA") malu aku nak paparkan disini....


Sedih, malu, kecewa.....

Melihat aksi anak-anak muda berkulit sawo matang, berbibir jawa, hidung tak mancung, mata tak sepet, rambut kusut sedikit kerinting.... sah orang malaysia laa tu.

Tapi berpakaian merah, mengibarkan bendera korea selatan, terkinja-kinja riang gembira bersorak untuk pasukan harimau putih korea, disebalik ngauman harimau malaya di kandang sendiri sabtu lepas.

Mengapa masih ramai yg bersikap sedemikian? kalo pasukan kebangsaan malaysia menentang pasukan kelab, aku tak heran sangat. walaupun ia tetap salah dari segi patriotik terhadap negara sendiri. Tapi bila mengibarkan bendera asing yg sedang menentang negara sendiri, aku anggap itu satu penderhakaan terhadap tanah air. Ada yg bagi alasan, "kami disponsor tiket 10 hengget oleh kelab penyokong korea, jadi kami kene laa sokong korea"... PALA OTAK KO !


Andai kata perang meletus di negara kita. Kita diserang atas, bawah, laut, udara. Bermacam jenis musuh menusup ke dalam sistem pertahanan negara untuk melenyapkan kita. Aku rasa tak susah bagi musuh, -hulur saja 10 hengget kepada golongan macam ini, nescaya mereka akan mengangkat senjata untuk menghapuskan tentera negara kita sendiri..

Entah lah, aku tak tau kenapa teruk sangat nasionalisme dalam kalangan rakyat negara kita nih. Dalam Asia Tenggara ni Malaysia antara negara yg memiliki rakyat yg sangat rendah tahap kecintaan terhadap negaranya. MUngkin kita terlalu senang. Mungkin juga salah kerajaan yang terlalu menyuap nasi ke mulut rakyat. Siap kunyah lagi, tunggu telan saje. Mungkin juga sistem pendidikan kita yg salah. Andai pendidikan menjadi punca, sudah sampai masanya kerajaan 1malaysia Najib merombak apa yg ada sekarang untuk memastikan generasi masa depan malaysia tidak terus hanyut, tidak terus berdiri dengan sikap yang ada pada hari ini.

Itu pun kalo mahu lihat Malaysia terus berdiri di peta dunia... Sesuatu perlu dilakukan........

Tuesday 8 June 2010

COMMITTED TO THE GAME : MOMENT OF GLORY



"MALAYSIA LAYAK KE SUKAN OLIMPIK"
Video yang sangat kool daripada maxis. mengembalikan memori kegemilangan bolasepak malaysia zaman silam. Sedih bercampur bangga aku tengok koleksi video ni. Bila lagi Malaysia nak kembali perkasa macam dulu-dulu.....

tahniah Maxis atas usaha murni memurnikan bolasepak Malaysia

Sunday 6 June 2010

COMMITTED TO THE GAME : HASSAN SANI



"MALAYSIA LAYAK KE SUKAN OLIMPIK"
Video yang sangat kool daripada maxis. mengembalikan memori kegemilangan bolasepak malaysia zaman silam. Sedih bercampur bangga aku tengok koleksi video ni. Bila lagi Malaysia nak kembali perkasa macam dulu-dulu.....

tahniah Maxis atas usaha murni memurnikan bolasepak Malaysia

COMMITTED TO THE GAME :SANTOKH SINGH



"MALAYSIA LAYAK KE SUKAN OLIMPIK"
Video yang sangat kool daripada maxis. mengembalikan memori kegemilangan bolasepak malaysia zaman silam. Sedih bercampur bangga aku tengok koleksi video ni. Bila lagi Malaysia nak kembali perkasa macam dulu-dulu.....

tahniah Maxis atas usaha murni memurnikan bolasepak Malaysia

Saturday 5 June 2010

COMMITTED TO THE GAME : SOH CHIN AUN



"MALAYSIA LAYAK KE SUKAN OLIMPIK"
Video yang sangat kool daripada maxis. mengembalikan memori kegemilangan bolasepak malaysia zaman silam. Sedih bercampur bangga aku tengok koleksi video ni. Bila lagi Malaysia nak kembali perkasa macam dulu-dulu.....
tahniah maxis atas usaha membantu bolasepak malaysia.

COMMITTED TO THE GAME : JAMES WONG



"MALAYSIA LAYAK KE SUKAN OLIMPIK"
Video yang sangat kool daripada maxis. mengembalikan memori kegemilangan bolasepak malaysia zaman silam. Sedih bercampur bangga aku tengok koleksi video ni. Bila lagi Malaysia nak kembali perkasa macam dulu-dulu.....

Saturday 29 May 2010

Rakyat Malaysia Berjuang Untuk Piala Dunia (WAJIB BACA)

Piala Dunia 2010 makin hampir. Setesen2 tivi semakin galak menyiarkan iklan2 tentang bola.. Tokei-tokei jersi dari siam pun makin lebar senyumnya, jualan jersi makin laris. Sebut apa saja, England, Jepun, Belanda, Portugal, pendek kata semua kuasa yg pernah menjajah kita kita berada di pentas piala dunia 2010...

Berbicara tentang Piala Dunia, aku teringat cerita orang2 tua satu ketika dulu. Kisah perjuangan rakyat Malaysia di piala dunia. Pernah diceritakan oleh mak aku..(mak aku pun folo kisah bolasepak tau!).. dan kisah sedih itu muncul kembali pabila ku membaca tulisan brader dingin dari sokernet....
............................................................................

ESPANA 1982: KISAH PERJUANGAN RAKYAT MALAYSIA

SUMBER : SOKERNET


Tahun itu adalah tahun mereka. Pada setiap hari yang mereka lalui, mereka berharap semoga piala dunia tahun ini adalah milik negara mereka. Pasti... tahun ini adalah tahun milik Sepanyol. Pasti! Itulah kegembiraan dan itulah harapan rakyat Sepanyol kerana piala dunia tahun itu berlangsung di sana. Tanpa mereka tahu, mereka sekali lagi akan kecewa.

Jauh di Amerika Selatan, skuad yang dicanang-canangkan sebagai skuad paling berbakat di dunia sedang gigih menjalankan persiapan. Tidak ada yang kurang. Mereka ada Junior, Falcao, Socrates, Zico, Serginho dan Eder. Semua serapah sudah cukup cuma belum diuji di padang rumput.

Brazil 1982 - penuh bakat


Kembali ke Eropah, di sebuah stadium yang kosong di Itali, kelibat seorang pemain yang bakal menggegarkan piala dunia tahun itu sedang gigih berlatih. Dia bukan sandaran utama tetapi sesuatu akan terjadi, sesuatu yang akan menobatkannya menjadi lagenda yang bernama Paolo Rossi.

Rossi, tengah tak sedap hati.


Jauh di Argentina, pekik tawa pemain bercampur baur dengan satu semangat, semangat mahu mempertahankan Piala Dunia 1978. Di sebalik kelibat pemain-pemain yang penuh semangat itu, terselit seorang legenda yang sedang dalam pembikinan. Piala dunia tahun itu adalah yang pertama untuknya, piala dunia yang akan mengajarkan erti perjuangan, dan hari-hari Deigo Maradona pun semakin hampir.

Maradona, kalau cikgu disiplin sekolah nampak, siap rambut dia


Di Eropah Barat, di hujung padang berdiri satu susuk pemain, memandang jauh ke langit Perancis. Dia sedang memasang azam yang kukuh. Dia mahu menjadi yang terbaik dan dia mahu menjadi yang paling hebat. Dia mahu menunjukkan kepada dunia siapa Michel Platini.

Platini, agak kacak



Sementara itu jauh di hujung benua Asia. Di sebuah negara yang masih memegang kuasa pengeksportan getah dunia, seorang lelaki menatap akhbar dengan wajah yang kecewa. Tahun itu, Kementerian Penerangan tidak mahu mengeluarkan perbelanjaan bagi kos siaran langsung Piala Dunia 1982.


Mungkin kerajaan mahu berjaga-jaga ekoran kos pilihan raya umum 1982, ataupun mungkin juga perbendaharaan sudah berkurang kerana gigihnya kerajaan melaksanakan Projek Serbuan Subuh, membeli semua saham Sime Darby di pasaran saham negara penjajah. Mungkin juga kerajaan tidak mahu adanya judi sukan.


Mungkin juga kerana Kementerian Penerangan tahu, masih ramai rakyat Malaysia yang tidak ada televisyen. Jauh di pinggir Sarawak dan Sabah, masih ramai rakyat yang lebih khuatir berkenaan tanaman koko dan kelapa mereka. Ada waktu penduduk itu menenangkan hati dengan meminum kepala ataupun mengulum biji koko mentah yang masih manis. Namun, tidak ada siapa pun tahu apa sebab sebenarnya.


Lelaki yang kecewa itu pantas mencapai kertas dan pen. Dia mahu berbuat sesuatu. Biarlah kerajaan dengan masalahnya. Biarlah rakyat yang lebih gemar di kebun koko dan kelapa bergelumang dengan nyamuk, tetapi dia tetap mahu siaran langsung Piala Dunia 1982. Tidak mungkin dia sekadar duduk sambil mengharap Dr. Mahadir membuat sesuatu. Tidak mungkin....


Lalu pada suatu hari yang baik, sebuah akhbar menyiarkan surat lelaki itu. Sekiranya kerajaan tidak ada wang, jadi biarlah kita rakyat Malaysia yang menyumbangkan wang. Entah daripada mana semangat itu datang, tanpa mengira kaum, agama dan parti, kesemuanya menyokong cadangan itu. Satu dana dibentuk, curahan wang datang mencurah-curah. Semuanya demi Piala Dunia 1982.


Jauh sebelum Najib melaungkan 1 Malaysia, rakyat Malaysia sudah bersatu. Hampir dua juta sudah terkumpul namun ia masih jauh daripada sasaran. Pada saat penuh emosi itu akhirnya syarikat swasta tanpa diarah-arah melangsaikan selebihnya. Rakyat Malaysia tersenyum, dunia memandang kagum.

Pada 13 Jun 1982, beberapa minit sebelum perlawanan sulung Argentina menentang Belgium, pada saat semua televisyen dunia dikuasai iklan para penaja, di televisyen Malaysia terbit satu rangkaian kata-kata penuh keramat.... SIARAN LANGSUNG DITAJA OLEH RAKYAT MALAYSIA.


Pada tahun 1982, rakyat Malaysia akhirnya mampu melihat bagaimana barisan penuh bakat Brazil tumpas pada permainan penuh disiplin milik Itali. Pada waktu yang sama harapan rakyat Malaysia bagi melihat kebangkitan Algeri berakhir dengan kontroversi. Austria dan Jerman dituduh berkonspirasi menidakkan peluang Algeria, negara kecil yang membuatkan penduduknya histeria.

Skuad Jerman Barat yang sistematik dan kolar jersi pun boleh tahan lebar


Pada tahun itu jugalah rakyat Malaysia dapat melihat secara langsung perlawanan terhebat piala dunia 1982, Jerman Barat seri tiga sama dengan barisan yang dikemudi pemain penuh inspirasi Michel Platini, yang akhirnya, impian Platini lebur kerana penalti.


Pada waktu itu jugalah buat pertama kali rakyat Malaysia melihat kelibat bakal legenda dunia, Deigo Maradona yang diberikan kad merah kerana darah mudanya. Dan pada tahun itu jugalah rakyat Malaysia melihat kelincahan pemegang kasut emas Piala Dunia 1982, Paolo Rossi membenamkan Jerman pada perlawanan akhir.


Namun, pemenang utama Piala Dunia 1982 adalah rakyat Malaysia.

Wednesday 16 September 2009

1Malaysia F1 Team

Malaysia bakal mengaum di pentas perlumbaan termewah dunia, Formula 1 dengan tertubuhnya pasukan 1Malaysia F1 racing team yg diumumkan Perdana Menteri semalam. Dengan kerjasama kerajaan malaysia, didokong dan disokong syarikat2 seperti Proton, Lotus, NAZA, Air Asia, pasukan ini bakal memulakan perjalanan litar bermula 2010.
FIA semalam mengumumkan kemenangan bidaan Lotus sebagai pasukan ke13 yg mengesahkan penyertaan kancah F1 2010.

Sebenarnye, Malaysia sudah sekian lama terlibat dalam perlumbaan berteknologi tinggi, bermula dengan penyertaan Petronas bersama pasukan Sauber pada tahun 1995, kemudian pelancaran Litar F1 pertama di Asia iaitu SIC pada tahun 1999, kemasukan Alex Yoong bersama pasukan Minardi pada tahun 2001, kemudian prestasi cemerlang pasukan A1 Malaysia dalam kancah A1 Grand Prix kini.

Penubuhan pasukan F1 ini melengkapkan penyertaan penuh negara kita dalam sukan permotoran itu sekaligus merealisasikan harapan dan impian arkitek F1 Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad yg mahu Malaysia mempunyai pasukan sendiri ketika melancarkan projek SIC satu ketika dulu.

Gua, sebenarnya teruja dan gembira. memanglaa projek ini boleh dikatakan projek mega dan berisiko tinggi apatah lagi disaat pasukan-pasukan besar F1 seperti Honda pun menarik diri kerana masalah kewangan. tetapi kita jangan lupa, projek ini adalah projek usahasama untuk membawa jenama bersama2, baik di pihak kerajaan malaysia, proton, lotus, airasia mahupun naza. dan lebih dari itu, malaysia sebenarnya sudah bersedia dan sudah berkecimpung dalam arena F1 lebih dari satu dekad ! maknanya kita sudah bersedia segala2nya baik dari segi matlamat, risiko dan selok belok industri ini. Projek F1 malaysia ini juga sebenarnya mampu merintis Dasar Industri Sukan yg digagaskan oleh kementerian belia dan sukan baru2 ini.

Apa-apapun, gua x sabar menanti pengumuman siapa 2 orang yang akan diberi tanggungjawab mengemudi jentera pasukan ini nanti. bagi gua, Fairuz Fauzy sudah bersedia dan matang untuk memacu jentera F1. sorang lagi tu, ambik laa pemandu berpengalaman luar. Michael Schumacher ke.. hehe, dia tgh single tu...

fairuz sedia kibar cabaran

SELAMAT HARI MALAYSIA

31 ogos sudah berlalu. Kini 16 september kembali lagi. mungkin ramai yg sudah melupakan 16 september juga merupakan tarikh keramat rakyat malaysia. 16 september 1963, tarikh terbentuknya Persekutuan Malaysia dengan penyertaan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, dan Singapura untuk membentuk satu gagasan, satu sekutu, satu nama, satu kerajaan, satu pemerintahan dan satu Malaysia.

Gagasan Malaysia buat pertama kalinya dicetuskan oleh tokoh-tokoh Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Ghazali Shafie (1954), Tan Cheng Lock (1955), dan pada tahun 1959 Lee kuan Yew ada menyebut bahawa Tanah Melayu dan Singapura patut bergabung. Cadangan konkrit akhirnya disuarakan oleh Tunku abdul Rahman semasa persidangan Agung UMNO dengan Tunku menjemput penyertaan Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei.

Berlandaskan idea untuk memupuk persefahaman serantau dan melahirkan bangsa yang kaya budaya, keseimbangan kaum serta kebebasan dari cengkaman British dan ancaman komunis, akhirnya Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada 16 September 1963 (tarikh asal dicadang 31 ogos 1963) setelah melalui pelbagai rintangan termasuk bantahan dan konfrantasi dari kerajaan Indonesia.

Kini walaupun tanpa Singapura yang kemudiannya menarik diri, Malaysia bergerak pantas mengharungi liku-liku globalisasi dunia. walau berbagai rintangan dan onak duri sepanjang kedewasaan ini, perjalanan harus ditempuhi demi survival gemilang nama Malaysia dipersada dunia. Ayuh rakyat Malaysia, rapatkan saf, eratkan ikatan. sama-sama kita bergerak seiring membina satu mercu tanda tanah air gemilang.

SATU WARISAN, SATU MATLAMAT, SATU MALAYSIA.

Monday 31 August 2009

SATU MALAYSIA


Berdiri teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Satu Malaysia untuk semua

SALAM 1 MALAYSIA

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN KE 52
KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA.
HARGAI DAN SYUKURILAH NIKMAT KEMERDEKAAN YANG KITA MILIKI
PADA HARI INI.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Aku memohon darimu....
Kau peliharalah negaraku Malaysia ini agar terus
aman, damai dan harmoni.
Jauhilah kami dari perasaan hasat dengki, benci-membenci,
serta hasut menghasut sesama sendiri.
Lindungilah kami dari sebarang kekacauan dan pencerobohan
sama ada dalam bentuk fizikal mahupun pemikiran.
Amin......

Thursday 28 May 2009

Kekejaman komunis

BANGI 27 Mei - "Ayah dan bapa saudara saya diikat dengan tali antara satu sama lain, mereka diseksa, seluruh tubuh ditetak dan ditakik-takik sebelum leher kedua-duanya disembelih.

"Semasa ditemui, mayat kedua-duanya hanya tinggal rangka dan tulang, bercampur antara satu sama lain tanpa kepala, amat jelas kesan takikan bertubi-tubi seperti sebatang pokok kayu yang ditakik-takik bagi dikeluarkan getahnya."

Demikian cerita Profesor Dr. Amat Juhari Moain, bekas Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM).

Beliau berkata, jenazah bapanya, Moain Saridin @ Shahidin dan Hassan Akasah yang dibunuh dengan penuh kejam tanpa perikemanusiaan oleh komunis itu kemudian dikebumikan dalam satu liang lahad di Kampung Sungai Dulang Darat, Rengit, Batu Pahat Johor.

Mengimbas kejadian menyayat hati yang berlaku pada akhir Jun 1945 tetapi masih lagi segar di ingatan seolah-olah baru berlaku semalam, Amat Juhari, 69, berkata, semasa dia dan bapanya mandi di tepi Sungai Dulang pada waktu petang, mereka didatangi beberapa penduduk yang meminta bantuan.

Menurut beliau, arwah ayahnya, seorang ketua kampung, dimaklumkan mengenai penangkapan seorang alim yang dikenali dengan nama Wak Sulaiman oleh sekumpulan komunis.

"Adalah menjadi tanggungjawab arwah ayah untuk membantu anak buahnya, lantas dia yang berselempang kain merah segera bergegas ke kawasan hutan di pinggir kampung, kawasan yang menjadi persembunyian komunis itu dengan ditemani oleh Hassan.

"Sehingga lewat tengah malam ayah, Hassan dan Wak Sulaiman masih tidak pulang dan selepas beberapa minggu, langsung tiada berita mengenai mereka bertiga, sama ada hidup atau mati.

"Pada malam yang sama terdapat seorang Cina bersenjata mundar-mandir di kawasan rumah kami, seperti tidak membenarkan kami keluar mendapatkan bantuan.

"Keadaan itu berlarutan sehingga beberapa minggu menyebabkan kami sekeluarga menjelang malam terpaksa menyorok di kawasan pokok buluh berhampiran bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beberapa minggu selepas itu apabila keadaan telah menjadi aman, penduduk kampung mula berani keluar rumah untuk mengerjakan kebun masing-masing dan ketika itulah mayat Moain dan Hassan ditemui di bahagian hutan.

Sementara itu, Amat Juhari berkata, pada akhir Mei tahun sama, sebelum kejadian itu berlaku, sekumpulan kira-kira 20 komunis yang lengkap bersenjata mengunjungi bapanya di rumah bagi mempelawa dan meyakinkan arwah supaya menyertai kumpulan haram mereka, tetapi telah ditolak.

Tambah beliau, kekejaman komunis tidak hanya terhenti di situ malah ramai lagi penduduk kampung yang berpengaruh seperti penghulu, orang alim dan pendekar dibunuh kerana enggan memberikan sokongan dan kerjasama kepada mereka.

"Saya masih ingat lagi kejadian di Kampung Sungai Tongkang berhampiran kampung kami apabila komunis menyerang rumah penghulu, mereka tembak bertubi-tubi sebelum dibakar menyebabkan kira-kira 30 orang yang berlindung di rumah berkenaan mati," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, arwah bapanya sebenarnya telah menghidu lebih awal kegiatan komunis di negara ini apabila mendapat maklumat melalui pembacaan dalam Utusan Melayu dan Utusan Zaman yang dilanggan terus daripada Singapura pada masa itu.

sumber : Utusan Malaysia