Showing posts with label semasa. Show all posts
Showing posts with label semasa. Show all posts

Monday 9 February 2009

Musim Amfibia Melompat dan Mengawan

Tika ini, negara Malaysia sedang mengalami musim melompat dan mengawan bagi sejenis amfibia yang datangnya daripada pelbagai spesis. umum mengetahui bahawa musim ini spesis2 ini mempergiatkan usaha untuk melompat dan mencari rakan kelaminan. fenomena ini sememangnya sudah dijangka seawal 8 Mac tahun lalu. Kalendar lompat-melompat sudahpun dipampang apabila spesis ulung amfibia yg juga kawanan tertua dalam kalangan spesis negara ini sudahpun meramalkan akan berlakunya lompatan besar-besaran tahap sarjana spesis2 ini kearah mencari kawanan yang lebih harmoni menjanjikan makanan melimpah ruah.
dua tiga hari ini, ramalan serta catitan kalendar amfibia ini menjadi kenyataan. namun, banyak tersasar dari ramalan awal para pengkaji habitat amfibia ini. mereka sebenarnya menjangkakan beberapa kawanan dari spesis dominan akan mencari kawanan dan rakan kelaminan di dalam komuniti spesis campuran yang satu lagi. tp sebaliknya yang berlaku. spesis yang dominan terus dominan menyebabkan satu kawasan paya yang menempatkan 2 kawanan yang hampir sama banyak, sudahpun kehilangan wilayah ke tangan spesis dominan.
para pengkaji dan pemerhati makhluk ini sudahpun memulakan post mortem, mencari punca mengapa berlaku perubahan mendadak pada sifat amfibia-amfibia ini.
setelah dikaji, jawapannya muncul. dengar ceritanya, spesis yang tewas di kawanan tersebut sebenarnya terlalu bongkak dan angkuh bercerita tentang kehebatan pengaruhnya di depan makhluk-makhluk lain di habitat negara ini. seperti cerita zaman persekolahan dulu-dulu, "lembu dan ibu katak yang sombong"...pernah baca? pegi baca..

Saturday 7 February 2009

DAULAT TUANKU !


Benarlah Nabi Bersabda :
Tanda Akhir Zaman Apabila Hamba Sahaya akan jadi Raja

Moga Tuhan Maha Perkasa Memelihara
Raja Raja dari segala ancaman ke atas takhta mereka


DAULAT TUANKU !

http://penembak-tepat.blogspot.com/


Saturday 17 January 2009

Kepala babi diletak di surau UM

Menjelang Pilihanraya kampus yang akan berlangsung tidak lama lagi, kehangatan bahang demokrasi kampus digemparkan dengan penemuan kepala babi di dalam surau Universiti Malaya semalam.

Malaysiakini difahamkan bahawa kepala babi itu ditemui oleh salah seorang pelajar pro-Mahasiswa - Mohd Azlan Zainal - yang pergi ke surau tersebut, untuk menunaikan solat Subuh.

Sebelum itu, Mohd Azlan dan seorang lagi rakannya - Ahmad Shahir Md Shah - bertugas mengawal poster dan kain rentang kumpulan tersebut di sekitar kawasan berkenaan.

Ketika itu, katanya, terdapat beberapa orang pelajar yang tidur di dalam surau berkenaan tetapi tidak menyedari kepala babi tersebut diletakkan di situ.

Sebaik sahaja ternampak kepala babi yang diletak di atas bendera parti PAS, Mohd Azlan terus menghubungi pihak keselamatan Universiti Malaya dan pihak polis Brickfields untuk memaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Bagaimanapun, ketika ditemui wartawan, Mohd Azlan berkata beliau tidak percayai perbuatan itu dilakukan oleh mahasiswa di situ.

Sebaliknya, beliau mengesyaki ada pihak-pihak lain yang mahu mengganggu-gugat dan mahu memecahkan perpaduan mahasiswa.

Mohd Azlan berkata, pensyarah undang-undang Akademi Pengajian Islam, UM, Dr Ruzman Mohd Noor datang pada kira-kira jam 6 pagi.

"Dr Ruzman juga mengesyaki ada orang tertentu yang melakukan perbuatan tersebut," katanya.

Sebelum ini, mantan exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UM sesi yang lalu, Mohd Hilman Nordin memberitahu Malaysiakini,kepala babi itu diletakkan di atas bendera parti PAS.

Juga terdapat tulisan PMI,PRO-M dan PAS pada bendera tersebut.

Di telinga babi terdapat tulisan nombor 872.

Katanya, pada kira-kira jam 7.30 pagi, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UM, Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin, datang ke surau tersebut, selepas dimaklum mengenai kejadian tersebut.

Mohd Hilman berkata, Dr Mohd Amin kemudiannya menasihatkan para pelajar supaya bersurai dan ke kuliah masing-masing.

Menurutnya lagi, kepala babi tersebut dilihat dimasukkan ke dalam kereta polis yang datang ke situ.

Sementara itu, Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) mengadakan satu sidang akhbar pada jam 2.30 petang untuk mengecam perbuatan tersebut.

Sidang akhbar tersebut akan diadakan di depan surau terbabit.

Kampus UM kini hangat dengan kempen pilihanraya kampus yang menyaksikan pertembungan calon-calon kumpulan pro-Aspirasi dan pro-Mahasiswa. Pilihanraya kampus UM dijadual 19 Januari ini.

Sementara itu, Yang Dipertua PMIUM, Mohamad Haafizuddin Abi Rerah berkata, pada jam 8 pagi, pasukan forensik polis tiba di surau tersebut untuk menjalankan siasatan serta untuk mengesan cap jari.

"Kejadian itu mungkin berlaku antara jam 4 hingga 5 pagi tadi. Pada waktu itu, difahamkan terdapat beberapa aktivis pro-Mahasiswa sedang tidur di situ kerana keletihan berkempen. Mereka tidak sedar kejadian itu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Mohamad berkata, kepala babi itu diletak di bahagian pintu surau yang jarang digunakan, dan terlindung di belakang sebatang tiang surau.