Wednesday 24 July 2013

Dan FAM terus mencalit arang ke muka bola sepak negara....


Selesai sudah satu siri perlawanan sarkas edisi 2013 yang menyaksikan Jurulatih Malaysia yang kononnya digelar The Blessed One terus berpuas hati dengan aksi anak-anak buah yang dicaturkannya. Kalah, menang, seri, itu bukanlah satu matlamat hidup Rajagobal sebagai jurulatih profesional. Malah, ranking pun turut tidak berada dalam senarai cita-cita Raja. Entah apa yang penting tak tahulah..

Bercakap tentang perkara penting dan tak penting dalam hidup Rajagobal, teringat kembali 3 tahun yang lalu. Kala itu, Malaysia baru sahaja menikmati klimaks bolasepak terbesar dalam hayat FAM iaitu memenangi Piala AFF Suzuki. Indahnya bukan kepalang. Umpama memenangi Piala Dunia. Ya, kita harus bergembira kerana itulah sahaja gula-gula kita sebagai peminat bolasepak Malaysia. Kita ditakdirkan jadi peminat bolasepak Malaysia. Justeru, terpaksalah kita mengakui hakikat bahawa itu sahajalah yang mampu kita kecapi. Mungkin itu sekali sahaja dan sukar untuk kita mengulanginya untuk tahun-tahun yang akan datang. Haruslah kita mendendangkan lagu lama tanpa berbuat apa-apa lagi kerana seperti yang diperkatakan tadi, itu sahajalah yang kita dan FAM  MAMPU.

Ketika itu, tumpuan rakyat Malaysia kembali melimpah kepada bolasepak Malaysia. Bolasepak Malaysia kembali bernyawa. Umpama ada sinar di hujung terowong gelap, FAM kembali meraih sokongan semua pihak. Dan Rajagobal terus dijulang sebagai wira bolasepak negara. Lejen katanya... Pembesar-pembesar FAM pun turut tidak terkecuali, menjanjikan perancangan yang hebat untuk masa depan negara. Satu perlawanan A setiap bulan. Itu janji mereka. Kita sentiasa ingat. Hanya mereka yang lupa janji mereka. Rajagobal pun senada, menjanjikan yang kepentingan skuad negara selepas itu ialah melayakkan diri ke peringkat lagi tinggi dalam Kelayakan Piala Dunia 2014. Singapura menanti. Bagi kita ketika itu, Singapura hanyalah semut kecil di selatan negara yang tidak perlu ditakuti...

Perlawanan berlangsung pada 23 dan 28 Julai 2011. Masihkah kita semua ingat, beberapa hari sebelum skuad Malaysia turun menggalas tugasan besar menentang negara tambak, kita rakyat marhaen dihidangkan dengan aksi perlawanan sarkas pada 13 Julai 2011 menentang Arsenal, dan 3 hari berikutnya menerima kunjungan sarkas Liverpool ke Kuala Lumpur.  Tewas 4-0 kepada Arsenal, tewas 3-6 kepada Liverpool. FAM dan Rajagobal bertepuk tangan kepuasan. Pemain keletihan, beberapa tonggak dilanda kecederaan. Perlawanan penting menentang Singapura berkesudahan Malaysia tewas, dan gagal melayakkan diri ke peringkat seterusnya. Namu FAM dan Rajagobal masih puas dengan pencapaian yang diraih.

Kata Rajagobal, "Kita kena faham, pemain kita bla, bla, bla, bla, blaaaa, blaaaa...Keutamaan kita ialah bla, bla, bla blaaa..mencari keserasian bla, bla, bla, blaaaa..."

Sejak dari itu, Rajagobal yang sudah dikenali sebagai Datuk K Rajagobal memulakan kerjaya baru beliau sebagai tukang eksperimen. Setiap perlawanan yang dilalui adalah eksperimen baginya, kerana tiada yang penting dalam sesebuah perlawanan kerana ianya hanya bertujuan melakukan eksperimen mencari keserasian pasukan.

Tahun 2012 menjengah. Kata Rajagobal, tahun ini kita ada misi penting. Iaitu mempertahankan Piala Suzuki. Tempoh bergembira sudah tamat tetapi masa bereksperimentasi masih belum tamat katanya. Tahun ini juga FAM melakukan transformasi besar dalam membangunkan bolasepak Asia Tenggara. Bukan bolasepak Malaysia ya. Transformasi ini lagi besar, iaitu membantu Singapura memperhebatkan pasukan melalui penyertaan Lion 12 ke dalam Liga Super Malaysia dan hasilnya Singapura merampas Piala Suzuki dari tangan Malaysia. Malaysia pulang awal. Namun, FAM dan Rajagobal masih puas hati dengan aksi skuad negara. 

Kata Rajagobal, "Kita kena faham, pemain kita bla, bla, blaaaa, saya kenal pemain saya bla, bla, bla, blaa, balaaaaa....Kita kena faham tugasan utama kita ialah Kelayakan Piala Asia bla, bla, bla, blaaaa...."

Itulah Rajagobal yang kita kenal. Itulah dia. Dapat pula sokongan 'back up' dari pembesar-pembesar FAM melalui presiden dan juga Setiasaha Agung hebat giler terer kental bagus giler tu...

Sekarang sudahpun pertengahan tahun 2013, kita terus dimomokkan oleh Rajagobal dan FAM. Tiada hala tuju dan matlamat jelas. Sekadar mengharungi hari-hari tanpa hala tuju. Beginilah kita. Kelayakan Piala Asia pun tak nampak yang kita akan menyerlah. Kerana FAM dan Rajagobal sentiasa berkesperimentasi. Yang menjadi mangsa eksperimen ialah maruah bolasepak negara.

DAN FAM-RAJA TERUS MENCALIT ARANG KE MUKA BOLASEPAK MALAYSIA...




Friday 19 July 2013

AFC iktiraf Liga-J status 'A'

Cetak

AFC iktiraf Liga-J status 'A'Aksi Liga-J mula mendapat perhatian pemain bertaraf dunia.
Kuala Lumpur: Liga Bola Sepak Profesional Jepun atau dikenali sebagai Liga-J mula diperkenalkan oleh Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) pada 1992 bagi meningkatkan pencapaian skuad negara itu di pentas antarabangsa.

Penubuhan liga berkenaan yang menggantikan liga amatur, Liga Bola Sepak Jepun (JSL) menjadi antara liga paling berjaya di benua Asia dan dikelaskan sebagai liga berstatus A oleh Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC). 
Menurut laman web rasmi Liga-J (http://www.j-league.or.jp) dan wikipedia J. League Division 1, pada awalnya Liga-J hanya dikorporatkan dengan melantik Saburo Kawabuchi sebagai pengerusinya. 


Perlawanan sulung secara rasmi bagaimanapun hanya berlangsung pada 15 Mei 1993 antara Verdy Kawasaki (sekarang dikenali Tokyo Verdy) menentang Yokohama Marinos (Yokohama F Marinos) di Stadium Nasional Kasumigaoka.

Galak promosi

Untuk meningkatkan mutu bola sepak dan memperoleh penajaan lebih memberangsangkan, pengurusan Liga-J pantas tampil dengan dua penyelesaian. 

Pertama, memperkenalkan Visi 100 tahun Liga-J untuk mengubah kepada persatuan bola sepak profesional sepenuhnya pada 2092 dengan menggalakkan lagi promosi sukan bola sepak serta mendapat lebih penajaan.
Kedua, mengubah infrastruktur liga pada 1999 dengan membahagikan kepada dua bahagian, iaitu Divisyen Pertama membabitkan 16 kelab dan Divisyen Dua, 10 kelab.

Selepas era Kawabuchi sebagai pengerusi liga, Masaru Suzuki mula mengambil alih pada tahun ke-10 penubuhan Liga-J dalam meneruskan entiti nasional serta mencadangkan idea baru yang kemudian berterusan ketika era dua pengerusi seterusnya, Kenji Onitake dan Kazumi Ohigashi

Tuesday 16 July 2013

'MENANG TAK PENTING'

 Oleh Wan Fakhrul BakarCetak
'MENANG TAK PENTING'Datuk K Rajagobal
Rajagobal mahu cari rentak temu Chonburi sebelum berdepan Chelsea, Ahad ini

Kelana Jaya: Mentaliti dan falsafah Datuk K Rajagobal masih tidak berubah setiap kali skuad Harimau Malaya turun beraksi dalam perlawanan persahabatan. 
Semalam, ketua jurulatih skuad kebangsaan itu seperti biasa menegaskan dia tidak terlalu mementingkan kemenangan pada aksi persahabatan menentang kelab Thailand, Chonburi FC di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini. 

Pasukan kelab pastinya cukup teruja menentang skuad kebangsaan dan sama juga seperti ketika Chonburi FC menewaskan skuad kebangsaan Thailand sebelum ini. Persembahan mereka pasti meningkat tanpa memerlukan apa-apa motivasi tambahan kerana mereka tahu berdepan pasukan lebih baik” Datuk Rajagobal, Jurulatih kebangsaan

Pada tanggapan pengendali berusia 57 tahun itu, perlawanan berkenaan hanya medan mencari rentak menjelang pertemuan menentang gergasi Inggeris, Chelsea di Stadium Shah Alam, Ahad ini.

Malah, dia berasakan apa juga keputusan boleh berlaku apabila sebuah pasukan kebangsaan berdepan dengan pasukan berstatus kelab atau negeri.

“Semua kena faham, kita (skuad kebangsaan) juga pernah bertemu Sabah (menang tipis 1-0) dan Sarawak (seri 1-1) pada tahun lalu. Itu semua boleh berlaku di seluruh dunia.

“Pasukan kelab pastinya cukup teruja menentang skuad kebangsaan dan sama juga seperti ketika Chonburi FC menewaskan skuad kebangsaan Thailand sebelum ini. Persembahan mereka pasti meningkat tanpa memerlukan apa-apa motivasi tambahan kerana mereka tahu berdepan pasukan lebih baik. 

-----------------------------
This is Raja

Wednesday 3 July 2013

Kelantan Gah, JDT Cuba Lagi


Kelantan mengesahkan status gergasi bolasepak Malaya masih belum terhakis. Menumpaskan Johor Darul Takzim 1-0 pada final tempoh hari membuktikan semangat juang anak-anak buah Bojan Hodak masih membara untuk menyaingi kuasa-kuasa bolasepak Malaysia yang lain seperti Selangor, Lion 12 dan pasukan paling meningkat, Johor Darul Takzim.

Tidak banyak perbezaan kualiti kedua-dua pasaukan pada final tempoh hari. Kedua-duanya hebat. Penyokong pun hebat. Cuma yang membezakan Kelantan dan JDT ialah pengalaman.

Kepada penyokong JDT, banyak-banyakkan bersabar. Kerana ini baru permulaan bagi kalian. Pada awal kebangkitan Kelantan dulu pun, penyokong Kelantan merasai pedihnya tangisan kekalahan. Tahun 2009, dua kali penyokong Kelantan menangis ketewasan di final. Kalah penalti kepada Selangor dalam final piala FA 2009. Dan tumpuan dan harapan menjulang kejayaan diberi, pada penghujung musim TRW kalah lagi di final Piala Malaysia kepada Negeri Sembilan. Nikmatnya tangisan kekalahan, TRW belajar sesuatu, mendaki sedikit demi sedikit sehingga menjulang treble 2012.

Kepada JDT, anda juga akan merasai perjalanan hebat ini..

#PRESIDEN FAM SILA LETAK JAWATAN