Thursday 1 August 2013

R.I.P CHUA BOON HUAT THE LEGEND....


Persiapan skuad hoki negara untuk Piala Asia dilanda perkhabaran suram apabila tonggak, dan pemain paling senior dalam skuad kebangsaan, Chua Boon Huat maut dalam kemalangan di Lebuhraya Damansara Puchong pagi tadi.

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada negara. Secara peribadi, Chua adalah pemain yang paling aku respek. Satu-satunya pemain hoki berbangsa Cina dalam skuad kebangsaan, dan mengabdikan diri kepada sukan hoki negara sepanjang hayatnya. Malah sanggup kembali dari persaraan semata-mata mahu membantu meningkatkan semula mutu persembahan skuad negara.

Chua mula dikenali seawal remaja apabila beliau adalah pemain paling muda yang disenaraikan untuk skuad kebangsaan dalam Sukan Komanwel 1998. Pernah bersara, namun kembali menyahut panggilan skuad negara. Sejak beliau kembali, hoki Malaysia kian mengorak langkah.

Semoga permergian Chua tidak menjatuhkan moral pemain negara untuk berjuang dalam Piala Asia beberapa hari lagi. Sebaliknya, berjuanglah habis habisan untuk menghadiakan kejuaraan dan kejayaan layak ke Piala Dunia untuk mendiang Chua..

REST IN PEACE =(