Showing posts with label PIALA MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label PIALA MALAYSIA. Show all posts

Wednesday 7 September 2011

PIALA MALAYSIA |SANDARKAN PADA KENANGAN 33



Untuk team 33 (opss, 32 baru) Piala Malaysia. Selamat Maju Jaya.

~lagu karaoke kegemaran K Devan dan anak-anak buah beliau =)

Misi Sandarkan Pada Kenangan...

tok soh rusim belako..Tahun ini hok puok kito !
OrenKecik punye.. wa punya xdak...

Piala Malaysia | Keputusan Perlawanan 1

ASTRO PIALA MALAYSIA 2011
PERLAWANAN 1
6 SEPTEMBER 2011

SABAH 0 - 0 PERAK
JOHOR 0 - 2 KEDAH
SIME DARBY 0 - 3 TERENGGANU
PKNS FC 1 - 2 N SEMBILAN
JOHOR FC 0 - 2 FELDA UNITED
T-TEAM FC 1 - 0 SELANGOR
PDRM 0 - 3 KUALA LUMPUR
SARAWAK 0 - 2 KELANTAN

Monday 1 November 2010

Piala Keagungan Sudah Sampai di bumi Kelantan


Akhirnyo, pialo idamey kito sapa doh di tanoh kito petey takdih. Konvoi motosikal menyambut piala bersama skuad TRW di sempadey Pehey-Klate. Tahniah lako sep kito...
Jange lupo bowok pialo tu gi Jeli etek. Oghe kapong kawe pon nok kelih jugok. Oghe kapong kawe pon gi jugok bukik jalil barunih..

Sunday 31 October 2010

JOGHO !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Justify Full
Satu Malaya tau doh.. Kelate meney...tokleh nok kato gapo doh. malah nok ngulah, mugo sghemo oghe kelih blako.duk stadium duk depe tibi. sghemo kelih dan sghemo mengakui yg KELATE JUARA !

ALHAMDULILLAH.
Penantian panjang ditamatkan sudah. Dendam lama dilangsai sudah.

Akhirnya air mata kegembiraan mengalir di Stadium Bukit Jalil....
CINTAKU TERTINGGAL DI STADIUM

Saturday 30 October 2010

BERSEDIA !!!

8 Jam sebelum sepak mula penamat musim bolasepak 2010.
Aku sudah bersedia. Bersedia menjadi sebahagian daripada sejarah.
Sejarah baru bolasepak Malaya. Piala keagungan berusia 84 tahun menjadi idaman.
Barisan Indra Putra.... In U We Trust...

ayuh perwira, seputih jersimu, sucikan perjuanganmu

Kepada pemain ke-12 laskar merah. Ayuh kita bersatu tenaga berpadu suara. Berikan sokongan 100%. Mereka memerlukan kita. Namun jangan sampai kita melanggar batas-batas etika kita sebagai orang beradab, orang terhormat. Jangan ulangi kesilapan lama. Beraksi ganas terhadap penyokong lawan sedikitpun tidak membantu pasukan kita untuk menang.

no, no, noo.. we dont want this action again

Friday 29 October 2010

WALLPAPER | FINAL PIALA MALAYSIA 2010


__________________________________________
Anda akan jadi lebih berintegriti jika meninggalkan komen terutamanya selepas memuaturun sesuatu dari blog ini....
terima kasih

Thursday 28 October 2010

KONSPIRASI TIKET

foto: Shalaby Ibrahim

Kerancakan dan keghairahan menjelang final Piala Malaysia tahun ini tampak suram. Persiapan pasukan dan perang psikologi antara satu sama lain kurang meriah berbanding edisi lepas. Apa yang meriah kali ini ialah isu tiket, baik di pihak Kelantan mahupun Negeri Sembilan. Kedua-dua mengalami masalah sama berkaitan tiket.

FAM selaku penganjur perlawanan akhir telahpun mencetak 80 000 tiket. 30 000 diberikan kepada KAFA untuk dijual di Kota Bharu manakala 30 000 lagi dimiliki oleh PBNS untuk diedarkan di Seremban. Manakala baki 20 000 akan dijual di stadium Bukit Jalil pada hari perlawanan. Sekadar informasi, Stadium Nasional Bukit Jalil adalah berkapasiti 120 000 namun hanya 80 000 kapasiti dibenarkan untuk perlawanan ini atas faktor keselamatan.

Masalah yang berlaku. Di Kota Bharu khabarnya, hanya separuh daripada tiket yg diperuntukkan itu dijual kepada peminat. Separuh lagi menghilang. Sama juga keadaannya di Seremban. 30 000 habis walaupun pembelinya tidak sampai pun daripada jumlah itu. Timbul persoalan disini kemana menghilang tiket???

Aku rasa wujud konspirasi bisnes disini. Pihak persatuan menjual tiket secara borong kepada ulat dengan harga tinggi. dan ulat-ulat tiket akan menjual tiket final dengan harga mencecah RM60. Keghairahan peminat kedua-dua pasukan diambil kesempatan oleh pihak-pihak yg tak betanggungjawab untuk mengaut keuntungan mudah.

Senario ini pernah berlaku tahun lepas dimana sehari sebelum perlawanan berlangsung harga tiket khabarnya mencecah Rm80 di pasaran gelap. Tapi itu kes terpencil tidak seperti tahun ini yang nyata bersuluh bahawa tiket-tiket sudahpun lesap !

Di Kuala Lumpur, tiket2 di stadium Bukit Jalil akan dijual pada hari perlawanan bermula jam 10 pagi. Aku sangat bimbang dengan keputusan ini. Bimbang pada hari sabtu nanti, peminat-peminat yang masih tak bertiket akan berhimpun di perkarangan stadium seawal subuh. Jumlah peminat tak bertiket mencecah puluhan ribu, tapi peruntukan tiket yang ada hanyalah 4-5 ribu sahaja. Apa yang akan jadi nanti? Apa yang akan dilakukan oleh insan-insan kecewa ini? Bagaimana mereka hendak meluahkan kemarahan mereka??? doakan tiada apa2 yg akan berlaku.

dan jika tak mahu apa-apa berlaku, tiket untuk Kuala Lumpur seharusnya dijual 2 hari lebih awal. Bukannya PADA HARI PERLAWANAN !

Sunday 24 October 2010

FINAL LAGI | 2nd TIME IN A ROW


ALHAMDULILLAH.....

Walau dihina, walau dianiaya, barisan The Red Warriors dengan sokongan padu pemain ke-12 berjaya melangkah ke Final untuk tahun kedua berturut-turut. Misi kali ini lebih getir. Untuk melunaskan dendam lama terhadap barisan sang rusa.

Ayuh pahlawanku. Biar tanpa Satianathan. Kita buktikan !
Inilah masanya, penderitaan panjang harus ditamatkan segera.
Jumpa 30 Oktober nanti !

* barisan pemerintah bola Malaya boleh mula bermesyuarat dari sekarang. Apa lagi tindakan tak munasabah yg nak dikenakan terhadap Kelantan. Mungkin FAM boleh melarang Kelantan menggunakan khidmat penjaga gol utama final nanti..

Tuesday 19 October 2010

Wallpaper | Separuh Akhir Kedah-Kelantan

__________________________________________
Anda akan jadi lebih berintegriti jika meninggalkan komen
terutamanya selepas memuaturun sesuatu dari blog ini....
terima kasih

Saturday 16 October 2010

Jalan Keluar Untuk 'King of Malaya'.


Alhamdulillah..
hanya itu yg mampu terucap tatkala melihat pasukan kesayangan berjaya menundukkan ego Selangor dan berjaya menunjukkan pintu keluar untuk 'King of Malaya', Lagenda 32 kali Piala Malaysia.

Tiupan penamat dari pengadil di gelanggan keramat, Stadium Sultan Mohamad ke-IV, mengesahkan kemenangan 3-0 Kelantan dan membuka laluan ke separuh akhir, menanti pemenang perlawanan Kedah-Terengganu.

Berakhir perlawanan, keriangan usah dikata. Sebak di dada, hampir berair di mata..

Terharu kerana kejayaan ini sedikit sebanyak dapat mengembalikan maruah rakyat kelantan yg tercalar teruk ekoran diskriminasi media2 dan pihak2 yang galak melabelkan segala bentuk keburukan terhadap The Red Warriors.

Sebak juga, kerana ini adalah hadiah paling bermakna buat mereka yg telah GUGUR & tak sempat melihat kejayaan ini.

Dalam kita bergembira meraikan ini, jangan lupa perjalanan masih panjang. masih ada 180+ minit sebelum menjejak Bukit Jalil sekali lagi.. dan

Jangan juga sesekali kita melupakan rakan kita yg telah gugur semasa berjuang;
  1. Wira Merah yg terkorban dlm kemalangan motosikal semasa dalam perjalanan menyaksikan perlawanan KL Plus - Kelate di stadium MBPJ minggu lepas.
  2. Wira Merah yg terkorban sesak nafas dalam perlawanan Suku Akhir 1 di Shah Alam.
  3. Wira Merah yg khabarnya gugur dibelasah samseng2 bolasepak selepas aksi di Shah Alam.

AL- FATIHAH untuk mereka yang telah pergi.................


Wednesday 13 October 2010

Gaduh Lagi : sudah ku bilang....

Dalam entri terdahulu sebelum perlawanan antara selangor dan Kelantan sini .
Sudah ku katakan, pembahagian tempat duduk yg tidak adil oleh pihak pengurusan stadium Shah Alam bakal mengundang kejadian yang tak diingini...

Dan ia sememangnya telah berlaku. Pembahagian yang memberi 'gap' yang kecil buat kedua-dua penyokong mengundang padah. Perang telah meletus ketika pemain sedang beraksi di padang.

Dan ia tidak tamat disitu, provokasi melampau dari kedua-dua belah penyokong berlarutan ke luar stadium. Riot sana sini. Belasah-membelasah jadi semacam pesta. Dan hasilnya...

SEORANG PENYOKONG KELANTAN KHABARNYA TERBUNUH SETELAH DITIKAM!

Aku ingin tegaskan disini, insiden ini bukan salah kedua-dua belah penyokong baik kelantan mahupun selangor. Tapi yang bersalah ialah pengurusan stadium @ pihak FAS yang memandang ringan isu pembahagian tempat duduk. Mungkin dimata mereka benda ni nampak remeh. Tapi tidak dimata penyokong yang cintakan kedamaian.

Kenapa tidak Kelantan diberi separuh bahagian iaitu di sebelah pentas VIP dan Selangor berada di tempat mereka setentang pentas VIP? Bahagian kerusi hijau belakang kedua2 pintu gol harus dikosongkan sebagai penghalang ataupun 'gap'.

Tahniah FAS ! Tahniah kepada semua yang terlibat. Tahniah juga kepada pembunuh tadi kerana anda telah mencorakkan dimensi baru bolasepak Malaysia....

TAHNIAH SEKALI LAGI !

*Diminta bertenang. Kritikan aku bukan atas dasar aku penyokong Kelantan. Tapi atas dasar 'prevention is better than cure'. Nah, dah berlaku sekarang.

UPTADE : LAPORAN POLIS MENGESAHKAN HANYA SEORANG MENINGGAL AKIBAT SESAK NAFAS DAN LAPORAN TV3 MENYEBUT HANYA SEORANG PENYOKONG CEDERA DI KEPALA..

Monday 11 October 2010

Jalan Ke Shah Alam


Kelana Jaya telah menjadi saksi. Betapa semangat dan kesatuan yang tinggi dalam kalangan rakyat Kelantan mampu menjadikan Lembah Klang sebagai 'homeground' mereka. Stadium MBPJ berkaler merah. Meroh meran !!! Alhamdulillah 4-0 tercipta, membuka laluan The Red Warriors segerombolan ke Shah Alam pula selasa ini.

Tidak akan kurisaukan mengenai kehadiran laskar ke-12 The Red Warriors, kerna ku tahu laskar-laskar merah ini akan sentiasa mendukung barisan pimpinan Abe Ya dan rakan2 Indra Putra walau dimana jua beraksi.

Aku risaukan sesuatu. Bukan FRU atau RELA. Biarkan mereka.. Tidak juga kurisaukan pendokong Red Giant. Ku yakin, mereka tidak akan mengatasi jumlah pendokong TRW walaupon Shah Alam wilayah mereka, kubu mereka. Tidakkan ku gentar !

Aku cuma risaukan Pengurusan Stadium Shah Alam. Pengalaman-pengalaman sebelum ini di Shah Alam seeloknya dijadikan panduan. Kegagalan menyediakan ruang buat penyokong Kelantan menyebabkan kesesakan di pihak laskar merah putih. Perlawanan Liga Super sebelum ini memberi bukti ketidak adilan pengurusan stadium. Dari kapasiti 70 000 yang dimilik Stadium Shah Alam, hanya suku tempat diberikan kepada penyokong Kelantan. Menyebabkan berlaku kesesakan yang teruk. Penyokong berasak-asak. Lalu berlakukah insiden penyokong melompat pagar ke tempat VIP. Salah sape?

Ruang yang terhad juga menyebabkan sekumpulan penyokong bertindak berani merentasi sempadan dan mula memasuki bahagian Selangor sehingga mencetuskan provakasi kedua-dua pihak. Salah sape?

Aku harap, untuk perlawanan esok, stadium besar luas terbentang itu dibahagikan seadilnya. Kem Selangor biarkan di tempat mereka iaitu menghadap VIP. Dan Pasukan pelawat biarkan di sebelah sini untuk separuh bahagian lagi. Jangan ada campur-campur. Nanti kalau berlaku apa2 yg tak diingini, semakin galak lah media menyiarkan cerita yang penyokong kelantan ni samseng.

Saturday 7 August 2010

UNDIAN PIALA MALAYSIA 2010


KUMPULAN A
Kelantan
Negeri Sembilan
PLUS FC
Selangor PKNS

KUMPULAN B
Terengganu
Pahang
Kuala Lumpur
Sabah

KUMPULAN C
Johor FC
Kedah
Perak
ATM

KUMPULAN D
Selangor
Terengganu T-Team
Perlis
Felda United FC

Kejohanan TM Piala Malaysia akan bermula pada 16 September 2010

Thursday 12 November 2009

Kecoh | Wanita Bercoli Di SNBJ ?

Di pagi yg hening ni aku melilau-lilau di alam siber. Masih lagi dalam mood piala malaysia, masih teringat final di SNBJ sabtu lepas. Saje buka laman-laman web kelab penyokong pasukan-pasukan lain untuk tgk apa kutukan dan kritikan forumer2 terhadap penyokong kelantan. DAN, ku terjumpa satu thread menarik dan panas... Laman web dirahsiakan untuk kesejahteraan sejagat. Tp yg menariknya thread tu membicarakan tentang perangai penyokong kelate yang teruk sehingga ada awek kelate menyokong kelate di SNBJ dalam keadaan bercoli sahaja.. siap ada gambar lagi. nih....nampak x ?

Macam-macam kritikan dilemparkan. Tak cukup dengan insiden bom mengebom tu, bende ni dijadikan bahan plak. tak bermoral la, awek serambi mekah la...
Tp sayangnya pengkritik-pengkritik sekalian, awek tu sebenarnya bukanlah awek. Tu jantan.. Aku tau sebab sebelum game start aku dah terserempak ngan mamat ni.. itu lelaki yg pakai coli merah untuk menunjukkan kelainan dalam menyokong.. hehe...cool bro.

Agaknya kalo tu awek betul, brader-brader kat depan dia tu x tgk padang dah. Asyik tgk belakang je,...

ni haa, gambar zoom, nampak tak halkum kat leher tu??? Ada macam awek ke, badan besar camtu??

kepada brader yg pakai nih, sori publish cerito pasal mu.. sajo jah nok menjawab fitnah.. haha.. kawe sapot demo boh ! kemah..

Monday 9 November 2009

Merahnya Bukit Jalil

Memandangkan mood final piala malaysia masih belum surut, melihatkan rakyat kelate masih lagi sugul dan kecewa serta masih enggan bercakap mengenai bola, gua dengan ini memutuskan untuk menerbitkan atau bahasa inggerisnya mem'publish'kan gambar2 merah membara di bukit jalil sabtu lepas.
Gambar dari kamera sony (xtau model) milik rakan sangkunang, Encik Fazli Salam ini menceritakan segalanya...

LUAR STADIUM











DALAM STADIUM






SAAT PILU BERMULA.......................




Sunday 8 November 2009

Bakpo Kelate Kaloh?

PERINGATAN ! Tulisan ini bukan mengkritik kelantan, tapi mengutuk sebilangan rakyat kelantan yg berfikiran tak rasional..

Aku memulakan tulisan ini pada pukul 6.20..
balik dari stadium smalam x tido lagi. Ingat tak mau menulis pasal perlawanan akhir semalam. Sebab semua orang dah tau yang kelate kalah 3-1. Dan semua orang tahu yang perlawanan akhir ini paling meriah dari segi jumlah kehadiran tapi paling tak meriah dari segi permainan.
Tapi jari ini gatal, mulut ini banyak mengemam , hati ini masih tergamam..
Kenapa kelate main macam tu?
Kenapa senang2 je disayurkan oleh Jang?

Hari ini kita berdiari sikit.
Semalam aku sampai di Stadium Nasional Bukit Jalil pada pukul 3.25 petang. Lautan merah sudah kelihatan sana sini. Aku kagum, aku bangga. Bangganya jadi anak kelate kerana rakyatnya yang betul-betul gilakan bola. Sampai je di perkarangan stadium, budak kelate memang gila... sebab? Sebab masa tu ada 5 orang peronda polis berkuda sedang meronda. Penyokong kelate terjerit-jerit bersorak kearah abang2 polis berkuda tu. Tiba-tiba depan mata aku ada sorang mamat mana tah bakar mercun bola bersaiz besar sikit dari guli putih, dan menggelekkan bahan letupan tu ke arah kaki salah seekor kuda yang membawa polis. Meletop ! sikit lagi nak kena kuda tu, nasib baik kuda terlatih PDRM ini tangkas menangani situasi keganasan manusia di muka bumi ini. Cool je dia elak mercun tu.. jap, kalau aku jadi kuda tu, aku dah sumpah habis-habisan... Dan aku rasa kuda tu memang menyumpah dan berdoa sekali agar kelate kalah.. Ingat sikit brader ! binatang selalu berzikir dan bertasbih tau. tak macam kita. dan bila kuda yang tak bersalah tu mendoakan kekalahan kelate, 10 % ruang kekalahan mula menjelma.

Kemudian, aku ke surau dekat LRT untuk menunaikan tanggungjawab umat Islam pada waktu petang disamping memantau pergerakan lautan merah yang kian pekat warnanya. Sorakan x pyh cakap la. Meriah beb! Meriah menyambut penyokong2 kelate yg baru tiba dari LRT. Itu untuk yg berbaju merah saja. Bila tiba segerombolan manusia kuning turun dari LRT, lain macam meriahnya. Sumpah seranah maki hamun carut mencarut kedengaran. But its ok.. aku masih boleh terima, sebab aku sendiri pun turut menyumbangkan suara untuk meng'gege'kan suasana. Tp bila makin ramai, makin meriah jadinya, bila makin meriah, makin tak terkawal jadinya. Ketibaan laskar berkuning ini disambut dengan botol2 100+, mineral singgit, vitagen dan bermacam-macam jenama air lagi.. ok lagi, sehinggalah aksi baling mercun ke arah laskar kuning bermula. Kesian beb, depan mata aku budak kecik, orang pompuan kene baling mercun. Sikit lagi nak kena kepala akak tu. Nasib baik tak kena, kalau tak abis terbakar tudung yuna kaler itam yang dia pakai tu..
Kalau aku jadi akak dan budak2 kecik tu yg tak bersalah tu, aku akan mendoakan kekalahan kelantan. Dan aku rasa akak tu berdoa walaupun dalam hati. Peratusan kekalahan bertambah lagi jadi 20%.. Ingat brader, doa orang teraniaya sentiasa dimakbulkan Allah.

Masuk stadium.. NS memang dah kalah awal. Kelantan 75% tempat duduk diisi oleh tentera merah. Aku bangga, tp yang tak bangga nya bila mana brader2 Jang sedang memasang banner "Daulat Tuanku" dan disambut 'boooo' oleh penyokong merah. Ish, tak kena tulah ke nanti? haha, takpe laa yang tu. Mungkin peratusan tu tambah 5% je kot..

Game mula. aku dah x sedap hati tengok percaturan B Satianathan ni. Taktikal apa yang dia guna? Apa strategi dalam kepala dia? Nizad Ayub main 1st eleven instead of khalid jamlus? Zamri, budak umur 19 tahun yg biasa main forward tu mlm ni main left back? come on la macha, ini final sudaaah. no time for trial laa. Big game, Big risk !

Dan kerisauan aku menjelma jua pada minit 17. Hasil kesilapan kecil tp besar kesannya, dilakukan oleh pemain yg aku risau tu, zamri menyebabkan lautan merah tenang seketika. Tompok kecil baju kuning mula bersorak riang. Memang kesilapan zamri adalah satu kesilapan yg x sepatutnya berlaku di final di kala semua pemain mengambil langkah berhati-hati.
Tp masa tu aku masih yakin. Sathia should do something.

2nd half, kemasukan Khalid & Cik Hisham mengembirakan penyokong merah. Tp kegembiraan itu hanya sekejap. 10 saat berlalu NS menambah gol.. salah sape? defend lagi..
dipendekkan cerita, gol ke3 salah sape??? orang yg sama, zamri. (tp xpe la, ko mude lagi)

Masa ini hatiku sayu dan sedih melihat banner panjang yg tertulis " Terima Kasih Tan Sri Presiden" dijatuhkan oleh mereka2 yg tak mengenang budi. Sedih sungguh melihat banner yg berpuluh2 meter panjang itu jatuh sikit demi sedikit. Sedih bukan sebab banner tu mahal, tp sebab nilai di sebalik banner tu. Jatuhnya sebuah perjuangan yang sering dilaung-laungkan. Dan jatuhnya kehormatan penyokong terhadap insan yang telah menaikkan martabat bolasepak kelantan 2 tahun kebelakangan ini. Aku paham perasaan penyokong, aku pun sama rasa macam diorang rasa. Diorang kecewa aku kecewa, diorang marah aku pun marah.

Apapun, gol tunggal indra sedikit mengubati kekecewaan. Gol cantik plak tu, bertaraf antarabangsa. Dan gol itu juga berjaya menobatkan indra selaku penjaring terbanyak Piala Malaysia, 1 gol mengatasi Zaquan.

Habis perlawanan, pertempuran masih belum tamat. Insiden baling membaling, pukul memukul berlaku di luar stadium. Member aku dari kelatedotnet, dipukul oleh rakan senegeri kerana member aku cuba mempertahankan sorang penyokong NS yg dibalun beramai-ramai.. Kesian mu adib. Tp aku respek mu, mu lah wira sejati. Sanggup mempertahankan penyokong NS yg kene balun ngan budak2 hooligan tu.

secara keseluruhan, aku menganggap kekalahan dengan gol2 yg pelik ni adalah berpunca daripada sikap penyokong kelate sendiri, (sebilangan).. aku ikhlas katakan doa mereka yg tak bersalah DIMAKBULKAN ALLAH.

Apa-apa pun, yg menang tetap menang yg kalah tetap kalah.
Tahniah Negeri Sembilan, Daulat Tuanku Muhriz. Syabas jugak buat kelate, kerana daripada 20 pasukan yg bertanding, berada di tempat kedua adalah satu pencapaian yang 18 pasukan lagi tak mampu untuk lakukannya..
dan
TERIMA KASIH TAN SRI ANNUAR MUSA.
Bapa bOlasepak Kelate. TEruskan usaha murnimu untuk membangunkan bolasepak negeri CIk Siti Wan Kembang... !

KELATE TETAP TERBAIK !!!!!!
Champion in the making ..........kito gomo lagi pahni.. gomo pialo, buke gomo oghe

Saturday 7 November 2009

Debaran, Milik Siapakah Piala ini ?


lukisan: berita harian & utusan

Imbas Kembali



Gambaran suasana lautan merah di SNBJ pada perlawanan akhir Piala FA lalu..
dan hari ini, lautan ini bakal kembali dengan gelombang yang lebih besar dan merahnya lebih pekat seiring semangat yang membara.

Ayuh The Reds, kita tawan Bukit Jalil malam ni !!!

Friday 6 November 2009

Penyokong perlu patuh arahan

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) meminta lebih 60,000 penyokongnya yang akan membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil supaya mengawal emosi dan mematuhi segala arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.


Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, mereka perlu menjaga nama baik Kelantan ketika perlawanan tersebut berlangsung dan membuktikan bahawa penyokong negeri ini adalah yang terbaik.


Beliau berkata, pihaknya menjangkakan lebih 60,000 penyokong Kelantan dari seluruh negara akan membanjiri stadium tersebut esok.


''Patuhilah segala peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan jagalah nama baik Kelantan sepanjang perlawanan itu nanti," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan 1001 tiket menyaksikan perlawanan akhir itu kepada pelajar sekolah di Majlis Sukan Negeri Kelantan di sini, semalam.


Anuar berkata, KAFA telah mendapat kebenaran FAM menjual 56,000 tiket untuk menyaksikan perlawanan akhir tersebut bagaimanapun kesemuanya telah habis dijual.


"Kita telah meminta tambahan tiket dan FAM telah memberikan kebenaran kepada kita menjual lagi sejumlah tiket bagaimanapun ia masih tidak mencukupi kerana permintaan yang tinggi dari para peminat bola sepak negeri ini.


"Saya berharap mereka yang tidak mendapat tiket boleh membelinya secara terus daripada kaunter di stadium pada hari pertandingan," katanya.


Sementara itu, Anuar berkata, KAFA telah menyewa khas kereta api untuk membawa kira-kira 1,500 penyokong dari negeri ini memandangkan kesemua bas telah habis ditempah.

"Kereta api ini adalah tempahan khas dan diluar jadual biasa. Ia akan bertolak ke Kuala Lumpur pada pukul 12 tengah malam Jumaat dari Tumpat dan bertolak balik pada pukul 2 pagi keesokannya.

"Tren khas ini akan membawa peminat setia kita dan tetamu khas termasuk 1001 sekolah ini," katanya.


-utusan malaysia

---------------------------------------------


pakak2 laa denga nasihak presiden kito tu. jange duk bbolok dale stedium, jange mekong kokse, pekong kalu gi jauh takpola, takut nyo pekong keno ko puok sdiri, x pasa2 duk baloh samo sdiri pulok. hok maghi jauh tu beringak bawok keto muto atah jale rayo. semangak, smangak jugop tp keselamate keno jago.. bereh blako, jupo puok kito di bukit jalil.....

Monday 2 November 2009

RAKAMAN MENJELANG FINAL

Sesi penggambaran aksi penyokong Red Warriors menjelang final Piala Malaysia utk disiarkan dlm rancangan Sekilas Liga RTM
  • Lokasi: HTO de Futsal, Subang

  • Tarikh: 3/11/2009

  • Waktu: 8.30 pm

Dijemput semua penyokong The Red Warriors hadir dengan pakaian merah, bendera kelantan, banner, ikat palo dll. Sebuah pasukan dikir barat sedang diatur utk turut menyertai sessi ini