
Selangor mengesahkan status selaku Juara Liga Super buat tahun kedua berturut-turut selepas menumpaskan TErengganu 2-0 di Stadium Shah Alam malam tadi.
Saingan terdekat, Kelantan muncul naib juara walaupun menang 3-1 keatas Johor FC di Pasir Gudang. Tahniah Kelate, tahniah selangor.
Syabas Kelate, tempat kedua pada tahun kedua penyertaan di Liga Super adalah sesuatu yang membanggakan. Apa yang anda harapkan buat pasukan yang baru naik ke saingan utama. Selangor lain, mereka ada reputasi lagenda, mereka ada legasi. Kelate memerlukan 2 3 tahun lagi untuk jadi pasukan lagenda seperti Selangor.
Walaubagaimanapun, syabas buat Tan Sri Annuar Musa yang berjaya membina satu pengurusan yang cekap dalam memimpin bolasepak Kelantan. Syabas Satianathan yang berjaya membentuk pasukan yang kebal dan kental. Syabas juga buat Indra Putra kerana berjaya memimpin rakan-rakan yang hanya tewas SATU perlawanan sahaja sepanjang liga super 2010..
GOMO KELATE GOMO !
Kelate Sentiasa Di Hati.